Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Betul ka Orang India Marah Isu #CandiLembahBujang ni? #HanyaDiKedah

Posted: 04 Dec 2013 05:35 AM PST




Petikan ini Mc ambil dari blog Pak Teh, tapi ada sedikit ubah suai dan tambahan yang Mc buat.

Masuk hari ni entah hari ke berapa isu candi 11 yang musnah diperkatakan oleh rakyat negara ini dan juga negara luar. Inilah yang terjadi apabila segala macam benda perlu dipolitikkan hingga perkara sejarah macam ni pun depa dok kalut politik lagi.

Pandai berlakon ekk?

Memang benar kerosakan telah berlaku, namun rakyat Malaysia perlu tahu, candi tersebut hanyalah binaan semula yang dibangunkan pada 1974, bukanlah struktur asal yang telah lama lenyap. Oleh itu, buat masa ini tapak masih ada dan boleh dibangunkan semula. Malah si pembuat candi tersebut pun masih hidup dan boleh ditemuramah (kalau nak la).

Namun jika dilihat kepada Muzium Arkeologi Lembah Bujang, rasanya tidak salah rasanya binaan candi 11 ini dibuat ditempat lain yang boleh dikawalselia dengan baik. Mc pun gembira melihat kerajaan BN Kedah mengambil tindakan segera menghentikan aktiviti pembangunan walaupun sedar tanah ini milik persendirian.

Harus diingat 2 tahun dulu pimpinan Pas yang melepaskan tanah ini untuk projek pembangunan dan semakan pada Januari 2013 (masih zaman Pas) juga memberi kebenaran kepada projek ini. Mc menilai isu ini sengaja dibangkitkan oleh DAP bagi membantu PR menyembunyikan isu kenaikan gaji ADUN Selangor dan masalah pemilihan DAP dan ROS.

Pimpinan DAP Penang sepatutnya boleh memahami dengan jelas, namun komen Guan Eng dalam Malaysia Insider dan semangat Prof Ramasamy menyebabkan kita terfikir...apa tujuan sebenar mereka?

Apakah mereka benar-benar memperjuangkan candi ini, atau hanya mengunakan isu candi ini untuk menutup isu mereka yang lain.

Isu candi yang dibawa oleh pimpinan DAP Penang ini tampak jelas mereka tidak ikhlas. Sedangkan mereka sendiri gagal mengawalselia tapak arkeologi Guar Kepah dengan baik, kini mereka cuba pula nak campur hal di negeri orang.

Paling pelik bila ada kaum ini yang marah bila candi ni dimusnahkan.. setahu Mc, candi ini tak pernah digunakan lagi selepas dibina semula. 

Kalau digunakan pun mungkin waktu zaman dulu, pada masa tersebut, penduduk di sini bukanlah india, tetapi melayu tua. Jadi apa kaum india nak terasa atau nak bising? Ini bukan soal agama atau perkauman. Ini hanya soal kemusnahan tinggalan sejarah.

Penduduk india berhampiran candi pun buat tak kisah sewaktu pemaju datang membersihkan tapak candi 11. Cuma selepas 2 minggu tapak tersebut dibersihkan, datang orang luar dan membuat kacau dikawasan tersebut (demo dan macam-macam lagi). Jadi.. apa motif sebenarnya kononnya candi ini umpama kuil sejarah orang india? Sedangkan orang india tempatan pun tak pernah peduli?

Tolong jangan politikan isu candi ni boleh?

McTheory:
Sudah kalau semua perkara nak dipolitikkan!

HOT! Dap Penang Musnahkan Tapak Arkeologi Guar Kepah Untuk Hapuskan Sejarah Melayu? @cmlimguaneng #CandiLembahBujang

Posted: 03 Dec 2013 10:23 PM PST




Semalam Mc ada cerita mengenai tapak arkeologi Guar Kepah. Kalau semalam Mc panggil ianya Candi, sebab ada pihak yang mengatakan ianya Candi yang dibina dari kepah. Tetapi ada pulak yang kata ianya hanya tapak arkeologi penemuan penempatan manusia.

Walau ada lain-lain pendapat, namun isu pemusnahan tapak arkeologi ini memang berlaku, ianya berlaku di Seberang Perai, Pulau Pinang, dimana kawasan tapak arkeologi itu kini dirosakkan dengan pembinaan rumah-rumah burung walit dan penanaman nangka oleh kroni DAP sendiri.

Tapak arkeologi cuba dipelihara semenjak zaman British yang berusia 5000 tahun itu adalah tapak arkeologi Guar Kepah, di Seberang Perai. Tapi tidak mungkin Malaysiakini sebagai Agensi berita DAP akan berani menerbitkan isu ini kerana bimbang dimarahi Tokong mereka di Penang tu.

Mc berpendapat tapak arkeologi Guar Kepah sengaja dimusnahkan kerana ia mengandungi artifak yang membuktikan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu, yang mengesahkan taraf bumiputra orang Melayu.

Malah pihak luar pernah membuat kajian di tapak arkeologi Guar Kepah malah menjumpai rangka manusia yang berusia 5000 tahun, digelarkan sebagai Seberang Perai man's, rangka tersebut masih disimpan di Muzium Natyral History Leiden, Belanda.

Ini adalah bukti besar penemuan tentang orang melayu di muka bumi Malaysia. Walaupun kita tahu sememangnya dari rentetan sejarah sememangnya Malaysia ini bumi kita, namun penemuan di Guar Kepah, menguatkan lagi bukti sejarah.

Bagi yang tak pernah tengok tapak arkeologi Guar Kepah, kat bawah ni Mc sertakan gambar, buat sekali lagi. (semalam dah buh dah)


Diantara Artifak yang ditemui di Guar Kepah
GAMBAR TAPAK GUAR KEPAH YANG DIAMBIL PADA 2007

Timbunan Kulit Kepah yang berlapis-lapis tersusun dengan padat masih dapat dilihat disini


Sepatutnya tapak arkeologi ini dijaga rapi, bukan hanya bercakap saja. Walaupun sebelum ini ada pihak kononnya mahu membuka pusat pelancongan pendidikan diatas tapak ini, dengan niat untuk mengekalkan sumber warisan sejarah, namun hingga kini belum ada perlaksanaan, cuma cakap-cakap kosong.

Malah semakin hari, tapak arkeologi yang berstatus 'dunia' ini semakin terhapus dengan aktiviti pencabulan di tapak tersebut. Apakah aktiviti pencabulan ini sengaja, atau tidak. Kerajaan Pulau Pinang perlu bertanggung jawab.

Tapak arkeologi yang berstatus 'warisan dunia' ini patut dijaga.

Jangan sibuk negeri orang lain, sedangkan negeri sendiri pun tak terjaga.

McTheory:
Apakah Dap sengaja tidak mahu jaga, semata-mata untuk hapuskan bukti kewujudan melayu lebih awal di Malaysia?

HOT! Fakta yang disembunyikan MalaysiaKini tentang Candi Lembah Bujang! #HanyaDiKedah

Posted: 03 Dec 2013 06:31 PM PST



Kita sambung lagi cerita tentang Candi Lembah bujang dan beberapa fakta yang telah disembunyikan oleh MalaysiaKini sewaktu mendedahkan ceritanya kepada umum.

Kisah tentang perobohan "Candi" di Merbok kini dijadikan cerita panas. Malah pihak yang tidak tahu menahu tentang cerita ini pun kini bertukar menjadi pakar sejarah.

N. Surendran menyamakan perobohan "candi" tersebut sebagai tindakan setara Taliban memusnahkan patung Budha di Bamiyan satu ketika dulu.

Sebenarnya, ada tiga perkara yang Malaysiakini sembunyikan dari pembacanya, supaya perobohan "candi" ini akan dipersalahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, dibawah pimpinan YAB Dato Paduka Mukhriz Mahathir.


1. Malaysiakini gagal memberitahu pembacanya bahawa "Pemaju telah membuat semakan status tanah, dan mendapat kebebasan dari terikat dengan apa2" pada 14 Januari 2013, dan meneruskan pembelian tanah tersebut pada Februari 2013 . Siapakah kerajaan negeri yang memberi "clearance" pada masa itu, bukankah kerajaan Pakatan Rakyat, yang merupakan penaja penuh Malaysiakini?

2. Dari manakah wartawan Malaysiakini mendapat Gambar Before/ After Seperti diatas? Mereka pastinya menulis artikel dari Kuala Lumpur dan tidak tahu pun dimana Candi Merbok tersebut. Sebenarnya,tidak ada Candi yang dirobohkan, yang dirobohkan hanyalah replika yang dibina pada tahun 1974, diatas tapak asal candi. Jadi, faktanya, TIDAK ADA CANDI YANG DIROBOHKAN.

3. Candi tersebut adalah tinggalan kerajaan Melayu beragama Hindu masa lampau, dan tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman. Ini bukan Candi orang India, tetapi Candi Melayu.

Sebenarnya, isu ini adalah bukti kegersangan isu oleh DAP untuk memburukkan pemimpin Umno yang sepopular Mukhriz, kerana bimbang akan membayangi ketidakmampuan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang hanya kuat retorik dan berbohong.

Sebenar, isu pemusnahan tapak arkeologi ini memang berlaku, tetapi di Seberang Perai, Pulau Pinang, dimana kawasan tapak arkeologi dirosakkan dengan pembinaan rumah-rumah burung walit dan penanaman nangka oleh kroni DAP.

Candi yang cuba dipelihara semenjak zaman British yang berusia 5000 tahun itu adalah tapak arkeologi Guar Kepah, di Seberang Perai. Tapi tidak mungkin Malaysiakini sebagai Agensi berita DAP akan berani menerbitkan isu ini kerana bimbang dimarahi Tokong mereka.

Kemusnahan tapak arkeologi Guar Kepah akan kami dedahkan dalam artikel seterusnya, dengan harapan Malaysiakini dapat mendahului kami di Kedahtimes dalam isu candi, kerana mereka kononnya prihatin.

Kami juga berpendapat, tapak arkeologi Guar Kepah sengaja dimusnahkan kerana ia mengadungi artifak yang membuktikan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu, yang mengesahkan taraf bumiputra orang Melayu.

Mc setuju dan sependapat dengan Kedah Times.. rasanya memang saja dimusnahkan tapak arkeologi Guar Kepah tu kerana ianya membuktikan bahawa kewujudan bangsa Melayu di Pulau Pinang lebih 5000 tahun.

Cerita tentang tapak arkeologi Guar Kepah Mc ada tulis semalam.. boleh klik LINK kat SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...