Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Luahan Ustaz Kazim Mengenai Parti Pas!

Posted: 03 Dec 2013 07:17 AM PST

Penceramah Ustaz Kazim Elias yang bertemu Perdana Menteri pada Isnin menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berhubung pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pertemuan sejam dengan Presiden UMNO itu, Ustaz Kazim menyifatkan perbincangannya dengan Najib di menara Parlimen pagi ini mengenai isu pelantikan itu dengan mereka saling bertukar pandangan serta pendapat.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, beliau turut mengumumkan keluar daripada PAS.

Beliau amat kesal dan kecewa kerana pemimpin PAS memburuk-burukkan beliau termasuk dipanggil 'kambing yang akan dimakan serigala' serta 'anak babi'.

Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi' selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO. - BNBBC


HOT!! Kisah Candi Guar Kepah Berusia 5000 tahun yang diabaikan Kerajaan Dap Penang!! @cmlimguaneng @mkinibm #HanyaDiKedah

Posted: 02 Dec 2013 11:13 PM PST


Pagi tadi Mc ada keluarkan story mengenai candi Lembah Bujang kononnya kerajaan Kedah tak peduli mengenai candi yang berusia beribu tahun tu. Nak baca boleh klik kat SINI.

Sebelum ni beberapa portal dan blogger pro pembangkang mempertikaikan kerajaan Kedah, kenapa tidak menjaga tinggalan sejarah yang diiktiraf sebagai warisan dunia.

Disebabkan itu, kisah Candi Lembah Bujang di Kedah telah menjadi isu penting dimana sekarang isu berkenaan sedang dipolitikkan oleh para pemimpin parti pembangkang, khususnya dari PKR dan DAP, termasuklah oleh Prof. Ramasamy DAP dari Pulau Pinang.

Pelik betul apabila Pulau Pinang sibuk nak campur urusan Kedah. Sedangkan negeri mereka sendiri pun terabai dan tak terjaga.

Kita tanya pemimpin Dap Pulau Pinang tentang projek di Tapak Arkeologi Guar Kepah di Penaga. Candi bersejarah di Seberang Prai Utara itu dikatakan telah diabaikan begitu sahaja selepas kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan bajet untuk projek berkenaan.

Sehingga kini terdapat pihak-pihak tertentu yang menanam pokok nangka dan mendirikan rumah sarang burung walit, diatas tapak candi Guar Kepah.

Jika pemimpin Dap Penang berniat nak campur tangan dalam isu Candi Lembah Bujang di Kedah, lebih baik korang jaga candi Guar Kepah yang teruk dicabuli malah langsung tidak dipedulikan oleh kerajaan Penang.

Malah untuk makluman semua tapak tersebut adalah tapak pra-sejarah sekitar 5000 tahun dulu (macam di Lenggong). Berbeza dengan tapak Lembah Bujang yang mempunyai nilai sejarah ketamadunan.

Malah pihak luar pernah membuat kajian di candi Guar Kepah malah menjumpai rangka manusia yang berusia 5000 tahun, digelarkan sebagai Seberang Perai man's, rangka tersebut masih disimpan di Muzium Natyral History Leiden, Belanda.

Dibawah  gambar artifak dari candi Guar Kepah,

Diantara Artifak yang ditemui di Guar Kepah
GAMBAR TAPAK GUAR KEPAH YANG DIAMBIL PADA 2007
Timbunan Kulit Kepah yang berlapis-lapis tersusun dengan padat masih dapat dilihat disini


Lebih baik pemimpin Dap dan Pkr Penang 'jaga' dulu rumah sendiri. Bina candi Guar Kepah bagi elok-elok, kemudian baru sibuk dengan negeri orang dulu.

Lepas ni Mc nak tengok Malaysiakini dan blogger pro pembangkang bising bab Candi Guar Kepah pulak. Ada berani ka? Kononnya pencinta sejarah la katakan.. he he..

Bab candi Lembah Bujang, jangan risau, MB Kedah sudah keluar arahan supaya kerja yang dilakukan oleh Saujana Develop. dihentikan serta merta. Malah kerajaan negeri akan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Baca kenyataan media dari MB Kedah,

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PEMUSNAHAN BINAAN WARISAN CANDI DI SUNGAI BATU, LEMBAH BUJANG, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH

Kerajaan Negeri Kedah sedih dan kesal diatas pemusnahan Candi 11 di Sungai Batu, Lembah Bujang. Walaupun ianya adalah struktur yang telah dibina semula pada tahun 1974 di atas tapak candi yang asalnya dibina antara Kurun ke 8 – 11 Masehi, ianya tetap dianggap tapak warisan negara yang sepatutnya dipelihara. Tapak-tapak candi di sekitar Lembah Bujang adalah sebenarnya tapak warisan yang telah tidak digunakan sebagai tempat penyembahan sejak berkurun-kurun lamanya.

Syarikat empunya tanah telah mendapat kelulusan untuk memajukannya pada tahun 1993 lagi tetapi tidak memulakan kerja-kerja pembersihan tanah hingga Ogos 2013. Meskipun Kerajaan Negeri mengarahkan supaya syarikat berkenaan menghentikan kerja-kerja pembersihan tersebut, struktur Candi 11 yang dibina semula itu telahpun musnah sejak bulan Ogos lagi.

Candi yang sama boleh dibina semula di atas tapak asal dengan persetujuan syarikat, atau di tapak lain seperti berhampiran dengan tapak ekskavasi Universiti Sains Malaysia (USM) di Sungai Batu. Untuk tujuan ini, pelan Candi 11 akan dirujuk untuk memastikan rekabentuk dan bahan yang sama seperti di tapak asal akan turut digunakan.

Kerajaan Negeri amat menitikberatkan usaha untuk memelihara semua jenis warisan turun temurun Negeri Kedah. Bagi memastikan tapak-tapak warisan yang terletak di lebih seratus lokasi kesemuanya sekitar Lembah Bujang tidak musnah dimamah zaman atau akibat pembangunan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah bersetuju untuk menimbang permohonan Kerajaan Negeri agar tapak-tapak yang dikenalpasti mempunyai nilai warisan diwartakan. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Yang Berhormat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan syarikat pemaju supaya menghentikan kerja-kerja pembersihan di tapak Candi 11.

Kerja-kerja ekskavasi dan pemuliharaan akan terus dilaksanakan oleh pakar-pakar arkeologi USM hingga kawasan Lembah Bujang boleh dibangunkan sebagai tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa. Sehingga kini kajian arkeologi di Sungai Batu telah mendedahkan bahawa tapak ini telah digunakan sejak kurun ke-5 Sebelum Masehi, dari semasa ke semasa, sehingga kurun ke-17 Masehi. Ini membuktikan bahawa tamadun Sungai Batu adalah tamadun tertua di rantau ini yang berasaskan industri peleburan besi.

DATO' PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Wisma Darul Aman, Alor Setar


McTheory:
sibuk dengan rumah orang, rumah sendiri pun tak terjaga.. aparaa pemimpin Dap Penang!

INFO! Kerajaan Kedah Roboh Candi Lembah Bujang? #HanyaDiKedah

Posted: 02 Dec 2013 07:13 PM PST




Semalam kita dikejutkan dengan pendedahan mengenai khazanah warisan sejarah turun temurun Malaysia iaitu Candi di Lembah Bujang telah dirobohkan oleh pihak pemaju swasta untuk tujuan pembangunan..

Aku difahamkan candi yang terdapat di atas tanah dalam kawasan Sg Batu itu milik persendirian.. Candi berkenaan dikelilingi ladang kelapa sawit.

Kenapa isu tentang Candi Lembah Bujang ni menjadi perhatian ramai ?? salah satunya aku yakin isu ini bukan isu perkauman atau soal merobohkan tempat beribadat sesuatu agama, tetapi ianya adalah SALAH SATU WARISAN SEJARAH TERULUNG NEGERI KEDAH dimana ketika itu Kerajaan Tua Kedah adalah salah satunya Kerajaan  sebelum empayar Kesultanan Melayu Melaka..

Hampir kesemua rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri mahu mempertahankan tempat bersejarah itu daripada dirobohkan. Kawasan arkeologi Lembah Bujang merupakan peninggalan warisan sejarah yang masih lagi dalam kajian pihak USM..

Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebuah tempat bersejarah yang hampir berusia 1,200 tahun ini telah dimusnahkan oleh pihak PEMAJU SWASTA yang tidak bertanggungjawab hanya semata mata untuk mengejar keuntungan.. Hasil semakan aku mendapati kawasan yang dimusnahkan ini akan dibangunkan dengan projek perumahan..

Menurut Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Mohd Rawi, Pemaju gagal memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani tentang struktur dalam pelan pembangunan dikawasan berkenaan.. Terdapat hampir 50 buah candi di kawasan Lembah Bujang dimana kebanyakkannya berada di atas tanah milik persendirian.

Semalam, Kerajaan Negeri Kedah sudah mengarahkan projek itu diberhentikan buat sementara. Menurut sumber, YAB MB Kedah sememangnya tidak mempunyai kuasa dalam hal ini memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan persendirian dan diluar penjagaan beliau.. Hal ini disebabkan tanah kawasan tersebut telah dijual kepada pemaju.

Sebaik sahaja pihak MB dimaklumkan tentang berita ini, arahan agar pemaju memberhentikan kerja kerja meratakan tanah dikawasan candi ini diberhentikan sementara bagi membolehkan pihak kerajaan menyiasat punca sebenar berlaku..

Aku yakin dalam hal ini, kerajaan Kedah cukup kecewa dan sedih dengan tindakkan PEMAJU YANG KURANG PEKA terhadap monumen monumen peninggalan sejarah yang amat berharga..

Apa yang aku nak katakan disini adalah kepada MP MP pembangkang yang cuba nak tunjuk hero kononnya kerajaan Kedah roboh candi itu lebih baik duduk diam.. Kerja kerja memusnahkan kawasan milik persendirian ini dibuat oleh syarikat pemaju swasta diatas tanah milik persendirian dan tak maklumkan kepada Majlis Perbandaran tentang kerja kerja merobohkan..

Satu lagi, candi ini adalah bahan tinggalan sejarah dan bukannya tempat masyarakat India beribadat.. Isu ini bukan isu perkauman, sebab penganut HINDU DIZAMAN KURUN KE 8-11 MASIHI MERUPAKAN bangsa MELAYU bukannya INDIA ...baca balik sejarah Hindu tamadun Melayu lama.. Harap Faham Okay...

Kerajaan Kedah Tua dulu dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Lepas tu baru Islam masuk dan candi-candi ini ditinggalkan menjadi tempat sejarah. 

Sumber ni Mc ambil dari blog Medan Tempur. Ada lagi maklumat tambahan yang Mc dapat. Mc akan update kelak.

McTheory:
Puak Pas yang dok sibuk hingaq pasal candi kena roboh ni.. tau tak candi ni apa? candi tu Kuil.. he he.. masa Madrasah Salihiah kena roboh, puak Pas ni diam pulak noo..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...