Kedah Ke KL - MctHeory |
| HOT! Kelab Penyokong Bantah Logo Baru Persatuan Bola Sepak Kedah? #HanyaDiKedah Posted: 22 Dec 2013 08:12 PM PST Lepas Mc keluarkan artikel mengenai Pasukan Kedah sedang di UPGRADE berdasarkan ciri-ciri dan sponsor baru, nak baca boleh klik SINI. Kemudian kecoh diperkatakan bahawa ada pihak yang menentang logo baru bola sepak Kedah yang akan diperkenalkan nanti. Walaupun ada ura-ura yang mengatakan Tunku Sultan Kedah juga telah bersetuju akan merasmikan logo terbaru tersebut. Kemudian tersebarlah poster protes seperti dibawah! Tak cukup dengan poster protes yang tersebar di internet, ada pulak yang buat interview dalam surat khabar kononnya nak pertahankan nostalgia. Punggahh.. Awatlah kecoh sangat cekk oii.. bila baca balik apa yang depa kata ni. Mc nak gelak pun ada, nostalgia tu, memang la nostalgia bangg.. sepatutnya kita sokong bila kerajaan negeri nak buat pembaharuan pada bola sepak Kedah yang sedang merudum ni. Logo tu memang maruah, tapi yang lebih penting kewangan dan sponsor dari pihak yang nak bantu pasukan Kedah ni. Kalau dok sibuk dengan logo saja pun tak guna, kalau duit takdak. Pemain nak makan apa, sewa stadium sapa nak bayar? Perancangan masa depan bola sepak Kedah lagi. Lebih baik kita tumpukan kepada semua itu dari nak bantah logo baru ni. Mc faham perasaan orang lama yang berat hati nak tukar logo, tapi pandanglah kearah kebaikkan, pandanglah kearah kemajuan. Kita boleh buat brand baru untuk niagakan logo baru kita ni. Persatuan boleh cari duit, mungkin ada pihak sponsor yang tertarik dengan imej baru bola sepak Kedah. Kita ambil Johor DT sebagai contoh, macam mana depa niagakan brand baru JDT hinggakan orang luar Johor pun tertarik dengan baju dan poster JDT. Itu contoh, bukan Mc nak puji JDT tapi mereka merupakan salah satu pasukan bola yang digeruni, walaupun pada hakikatnya tak kuat mana.. he he he.. Kepada brader-brader otai bola sepak yang dok marah tak tentu pasai, dok hingaq sampai nak buat demo tu, pikiaq la pat lima kali brader. Apa yang orang buat hanya untuk kebaikan bola sepak Kedah, takkanlah ada orang saja-saja nak pelingkup pasukan bola sepak negeri sendiri? Apa yang Mc tulis hanyalah pendapat peribadi Mc, kalau ada yang nak bagi pendapat atau luahan hati pasal logo ni, boleh tulis dikomen, atau emailkan pada Mc saja ok. McTheory: 1 tekad 1 arah 1 akidah.. pulun Kedahh pulun.. |
| #HOT! Video Saat Letupan BOM di Danok! #HOT Posted: 22 Dec 2013 06:28 PM PST |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment