Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Berapa Banyak Kerajaan Kedah Kena Kencing Ni? #HanyaDiKedah

Posted: 14 Dec 2013 09:12 PM PST

Apa benda ni?




Semalam Mc ada terima call dari seorang sahabat yang datang berkunjung ke Langkawi, sahabat ni bertanyakan satu event dari kerajaan negeri dan kementerian pelancongan Malaysia. Kalau tak salah Mc, event ni bertaraf nasional. Maknanya ini event untuk tarik orang datang bercuti ke Langkawi.


Mc cakap kat sahabat tu Mc tak tahu menahu dan tak terlibat langsung.

Sebenarnya Mc tak kisah, lantak la event apa pun depa nak buat. Bukan ada kena mengena dengan Mc pun. Cuma lepas pada tu Mc terbaca di facebook, twitter dan blog mengenai event Langkawi Natural Magikal yang mempunyai pelbagai masalah.

Ada yang kata event tu pinggirkan tenaga kerja tempatan, macam yang Mc baca di blog Aktivis Pendang Jr dan Keris7Lok. Betul ka?

Setahu Mc, event tu dihandle oleh anak Langkawi sendiri, Aznee Mansor adik kepada pelayar negara Azhar Mansor. Cuma Mc taktau la pulak Aznee tu bawa geng mana bekerja di Langkawi. Sebab ramai juga orang Langkawi kata depa tak terlibat dengan event yang menelan hampir 10juta tu.

Bagi pendapat Mc, ianya agak rugi la bila event sebesar tu tidak menguntung dan ketepikan tenaga kerja dari Langkawi sendiri. Jangan kata anak Kedah, anak Langkawi pun diketepikan, memang tak patut langsung.

Ada orang kata cukuplah si Aznee tu orang Langkawi. Tapi apa guna kalau kepalanya saja orang Langkawi tetapi bawahannya dipenuhi dengan orang yang diimport dari luar. Berilah peluang kepada anak tempatan menonjol dan mencari rezeki.


Kemudian ada pulak blog yang komplen mengenai consultant yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk mempromosi event tu menipu dalam membuat kerja promosi. Bermakna, mereka tidak melakukan dengan jujur dalam membuat promosi event terbabit.

Blog yang mendedahkan penipuan tu pembaca boleh baca di SINI dan blog Medan Tempur Kedah juga membuktikan bahawa sememangnya orang yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan event tersebut menipu dalam kerja yang diamanahkan kepadanya. Nak baca klik SINI.

Sebagai pengiat media sosial pro Kerajaan, Mc pun agak terkilan kenapa pemimpin kita ni mudah benar kena tipu dengan orang yang taktau buat kerja. Apakah mereka hanya mempercayai pada kaki bodek, kaki ampu, kaki jilat dan kaki yes bos semata-mata?

Ahh sebelum terlupa, blog Sangkakala juga ada mencoretkan sesuatu yang menarik untuk kita baca. soo kalau nak baca boleh klik kat SINI.

McTheory:
Tegur kerana sayang.. pukul kerana peduli..

PANASS!! KDN Perlu Ambil Tindakan Segera Terhadap Penganut Syiah di Malaysia!

Posted: 14 Dec 2013 07:12 PM PST

Ketua syiah yang pakai lebai putih tuu..




Kenapa KDN masih menunggu untuk mengambil tindakan terhadap penganut syiah yang ekstreme dan dikenal pasti di Malaysia ni. Sepatutnya KDN boleh berbuat sesuatu keatas mereka.


Ini kerana penyebaran dakwah agama sesat di kalangan orang Islam adalah dilarang sama sekali. Malah syiah di Malaysia masih lagi dikategori sebagai Islam yang telah menyongsang.

Sewajarnya KDN dan jabatan agama negeri terbabit mengambil tindakan terhadap sesiapa yang cuba menyebarkan agama sesat terhadap umat Islam di Malaysia.

Juga mengambil tindakan terhadap penganut Syiah yang bukannya fahaman tradisi keluarga mereka.

Secara umumnya penganut ajaran Syiah merahsiakan fahaman mereka dan bukan mudah untuk mendapatkan pengakuan mereka secara sukarela.

Justeru tindakan wajar patut diambil terhadap individu yang mengaku mengamalkan amalan tersebut sebagai langkah pertama, sebelum siasatan secara menyeluruh dan pemantauan dijalankan dari masa ke semasa terhadap individu dan kumpulan yang disyaki mengamalkan ajaran tersebut.

Contohnya di Kedah, si Abdullah dari Pendang mengakui bahawa dia adalah Ketua Syiah. Terang-terang dia membuat pengakuan dan pernah membuat laporan polis terhadap Mufti Kedah kononnya Mufti Kedah memfitnah syiah.

Kenapa KDN masih biarkan si Abdullah ni bebas dan menyebarkan agama Islam yang sesat terhadap rakyat Malaysia? Patutnya dia disiasat dan ditangkap sebelum semuanya menjadi lebih parah.

Tak faham apa yang KDN fikir.. bab bahaya macam ni pun masih nak politik?

McTheory:
Nak tunggu jabatan agama Islam? hmm.. hancuss laa..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...