Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Kerajaan Kedah Nak Hadiah RM50 Ribu? #HanyaDiKedah

Posted: 13 Dec 2013 06:21 AM PST



ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menawarkan hadiah bernilai RM50,000 kepada pembayar cukai pintu bermula 1 Jan hingga 28 Feb tahun depan.

Datuk Bandar Datuk Mat Noh Ahmad berkata hadiah utama sebuah kereta Proton Saga menanti pembayar cukai bertuah selain 61 hadiah lain seperti barangan elektrik.

Beliau berkata pemilik rumah dan premis perniagaan dengan tunggakan cukai pintu tidak layak menyertai cabutan bertuah itu, yang akan dibuat pada Mac tahun depan.

Hadiah itu adalah inisiatif MBAS bagi menggalakkan lebih 80,000 pemilik rumah dan premis perniagaan yang gagal menjelaskan cukai tertunggak lebih RM23 juta sejak lebih 10 tahun lepas, katanya.

Mat Noh juga berkata orang ramai yang melunaskan tunggakan cukai pada minggu pertama bulan Januari layak menyertai cabutan bertuah itu.

Beliau berkata mereka boleh membuat semakan dan mengemas kini maklumat seperti alamat dan nombor telefon bagi memudahkan urusan dengan MBAS kelak.

INFO! Jawapan JPJ Soal Saman Lori Bantuan Banjir!

Posted: 13 Dec 2013 01:10 AM PST



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.

"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat hari ini.

Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah.

Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan.

Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih ~ Bernama

HOT! Ayahanda Kena Tangkap Edar Dadah!

Posted: 12 Dec 2013 06:10 PM PST



 Inilah manusia yang mengaku pejuang Islam dan bangsa melayu, akhirnya ditangkap kerana mengedar dadah. Seorang Ayahanda sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anak bawahannya yang lain. Kalau Ayah dah mengedar, Abang Long dan kebawah, sudah tentu jadi pusher dan menjalankan aktiviti yang sama.

Rosak-rosak..


Kegiatan seorang ahli kumpulan kongsi gelap berpangkat ayahanda yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Kampung Wira Damai dekat sini, tumpas selepas polis menyerbu kediamannya, petang tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Balai Polis Selayang bersama pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu kediaman lelaki terbabit yang terletak di atas bukit di Kampung Wira Damai dan merampas ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.3 kilogram (kg).

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan itu suspek berusia 68 tahun mengaku pemilik kediaman itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1.3 kg."Dadah disyaki jenis ganja itu disembunyikan di celah anak tangga di bahagian dapur rumah itu."Kita menahan suspek selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai peningkatan kegiatan dadah di kawasan ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.


McTheory:
Jenis macam ni yang merosakkan nama baik pertubuhan..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...