Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Terima Kasih @NajibRazak Kerana Naikkan Harga Semua Barang Semampu Boleh!! #PUNAHSIHAT

Posted: 11 Dec 2013 07:35 PM PST


Pertamanya Mc nak ucapkan terima kasih pada kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh PM tercinta Najib Tun Abdul Razak. Kerana mengekalkan Malaysia masih aman dan sesuai untuk kami mencari rezeki.

Paling terima kasih kerana Najib berjaya memimpin BN hingga menang majoriti mudah pada PRU yang lepas. Maknanya, nak tunggu kemenangan tu pun, para penyokong BN berpeluh dahi dan ketiak jugala melihat, satu demi satu kerusi parlimen jatuh ke tangan pembangkang.

Kemudian BN pun menang dan menubuhkan kerajaan..

Selepas menang, kami penyokong kerajaan merasa nikmat kehidupan yang sediakala dan serupa macam biasa. Kami bersyukur, kerana Malaysia masih aman dan mampu untuk kami mencari rezeki.

Kami tak harapkan kerajaan mampu menghasilkan projek mega untuk kayakan kami rakyat marhein ni. Kami juga tak harapkan jatuhnya emas dan perak dari langit untuk kami hidup senang lenang. Cuma apa yang kami harapkan sedikit perhatian dari kerajaan yang memerintah untuk melihat taraf kehidupan rakyat pada masa ini.

Bukan kami nak kata rakyat tengah susah, takkk..cuma rakyat sekarang sedang terkejut dengan kenaikan harga barang dan taraf hidup.

Lepas menang saja, Kerajaan BN sudah naikkan harga gula dan minyak petrol. Bila minyak petrol naik, maka berlumba-lumbalah barang keperluan lain juga telah naik. Sedikit sebanyak kenaikkan ini dirasai oleh rakyat. Janji pemantauan harga barang pula, hanya hangat-hangat tahi ayam. Hanya hebat pada mula, selepas sebulan, penguatkuasa pun dah tak nampak batang hidung.

Selepas minyak dan gula, rakyat Malaysia diberitahu bahawa minyak masak, tepung, tarif elektrik, tol dan beberapa lagi barangan keperluan lain akan naik tahun hadapan. Paling terbaru, ialah kadar tambang LRT dan Monorel pun akan di naikkan juga. Pehh.. memang hebat dan tersusun strategi kenaikkan harga barang yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Disamping itu, cukai GST akan diperkenalkan, GST tu bagus, cuma perlaksanaan GST juga akan mengakibatkan sedikit inflasi, akibat daripada inflasi tersebut, kemungkinan besar harga barangan keperluan yang lain juga akan naik 3-4%. Ehh.. Naik lagi?

Bermakna tahun 2014 nanti, hampir semua barang keperluan, tol, tarif letrik, tambang LRT dan monorel akan naik. Agaknya cukup ke kenaikkan itu saja? Rasanya macam tak cukup lagi tu. Rakyat Malaysia kan kaya! Boleh naik lagi apa yang patut.

Penasihat PM perlu memikir untuk menaikkan harga yang lain pulak, seperti saman AES yang dinaikkan dari RM300 kepada RM500, roadtax kereta dinaikkan lagi 50% malah boleh ditambah dengan pembaharuan lesen memandu setahun dinaikkan harga RM1000, barulah negara boleh mendapat pendapatan tinggi!

Cukai tanah juga perlu dinaikkan, jangan biar begitu saja. Malah kalau boleh kenakan cukai setiap ekar tanah yang ada. Barulah kerajaan akan mendapat duit dengan cara mudah. Cukai pendapatan pula kenaikkannya perlu dipertimbangkan, naikkan 5% dari potongan sekarang.

Kalau tak cukup juga, kenakan balik lesen TV dengan bayaran RM500 setahun untuk satu TV. Malah kalau ada 3 TV dalam rumah, kerajaan dah dapat RM1500. Wow! Sudah pasti kerajaan Malaysia akan mengaut berbillion ringgit dalam masa beberapa bulan sahaja!

Kemudian punahsihat PM pun akan diberi anugerah Dato, Datuk Seri malah Tan Sri kerana berjaya meningkatkan pendapatan negara dengan cara paling kreatif sekali.

Takpa kami rakyat Malaysia tak kisah pun kerajaan Malaysia nak naikkan harga barang, naik la banyak mana pun, kami suka, kerana Malaysia masih aman! Betul tak?

Terima Kasih Najib kerana memberi restu akan perancangan strategi ekonomi yang dirancang oleh Punahsihat begitu baik sekali!

Cuma PRU ke 14 nanti, get readylah kita menjadi pembangkang. Bila semua harga dah naik, sudah tentu rakyat Malaysia suruh Najib turun pulak nanti kann. Asyik naik saja, bila nak turun, betui?


P/s: Terima Kasih.. Malaysia masih amannnn.. 


McTheory:
Lepas ni nak buat kursus, macam mana nak jadi pembangkang yang baik! Sapa nak daftar?

INFO! Dr Asri Sokong Syiah Bebas di Amalkan?

Posted: 11 Dec 2013 05:12 PM PST




10 DIS: "Penganut Syiah ada hak amal kepercayaan mereka, kata bekas mufti". Kalau baca tajuk ini sekilas lalu, seolah-olah bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong penganut Syiah di negara ini.

Tetapi hakikatnya, kenyataan asal Dr. Asri itu telah disalah ertikan oleh wartawan portal The Malaysian Insider (TMI) untuk menjadikan artikel tersebut lebih sensasi.

Perkara ini nyata tidak disenangi oleh Dr. Asri.

DR ASRI…Nampak macam saya sokong Syiah

Menerusi Facebooknya, beliau menjelaskan kenyataan disiarkan oleh TMI telah disalahtafsir dan nampak seperti beliau menyokong penganut Syiah yang boleh bebas bebas amal kepercayaan mereka.

"Laporan MI (Malaysian Insider) seakan saya pertahankan Syiah di Malaysia. Ini tidak tepat. Saya bercakap bahawa semua pihak yang dituduh hendaklah dibuktikan kesalahannya di sudut undang – undang.

"Tanggungjawab pemerintah menjelaskan kesalahan itu agar rakyat faham. Nada berita itu semacam bunyinya," tegasnya di laman sosial itu

TMI sebelum ini melaporkan Dr. Asri berkata penganut fahaman Syiah seharusnya tidak diganggu untuk mengamalkan kepercayaan mereka walaupun beliau mempunyai pendapat sama dengan kerajaan bahawa ia mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.

"Memang benar kalau kita lihat negara yang mengamalkan fahaman Syiah seperti Pakistan dan Iran biasanya akan menjerumuskan kepada kekecohan, huru-hara dan kita tidak mahu ia terjadi di negara ini.

"Sehingga kini, kerajaan hanya mampu bercakap Syiah membahayakan. Fahaman itu harus dihalang, namun apa yang bahayanya? Daripada segi apa? Apakah kekacauan itu sebenarnya kerana ia kenyataan yang mengelirukan dan tidak jelas," katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Jelas di sini, apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Asri adalah berkaitan kekeliruan dari segi undang-undang di mana dalam ucapan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini tidak dinyatakan dengan jelas bukti penglibatan seseorang di dalam Syiah.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lalu Dr Ahmad Zahid mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap 'pemimpin No.2 PAS', yang didakwa menjadi pengikut Syiah.

Walaupun terdapat ugutan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mahu mengambil tindakan saman terhadap beliau, Dr. Ahmad Zahid nyata tidak gentar malah beliau bersedia untuk mendedahkan bukti pada satu sidang media khas yang akan diadakan kementeriannya dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau , dalam sidang media itu beliau akan menunjukkan pelbagai bukti termasuk bahan bergambar yang dapat membuktikan pemimpin pembangkang itu sebagai pengikut Syiah. -bnbbc.my


McTheory:
Dr Asri tak sokong syiah laa.. dia wahabi saja. he he..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...