Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Sebab Kain Pontianak Mengamuk di Kulim! #HanyaDiKedah

Posted: 10 Dec 2013 07:37 AM PST



KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu.

"Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

"Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya.

Bakar kain buruk

Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.

"Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.

"Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah," katanya.

Aziz menunjukkan lokasi kain batik dijumpai.





Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.

Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.

Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.

Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.

Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.

Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.

Cari alternatif

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.

"Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.

"Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta," katanya.

Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.

"Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran," katanya.

Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.

"Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.-sinar harian -

INFO! Anggota Tentera yang Hilang Di PUKUL Ombak Selamat di jumpai!

Posted: 10 Dec 2013 05:28 AM PST




Alhamdullilah anggota tentera yang hilang akibat dipukul ombak kuat, telah selamat semuanya.

Baca bawah untuk mengetahui peristiwa yang mendebarkan,

MELAKA – "Kami mendayung menggunakan pelbagai peralatan termasuk bekas makanan dan dayung buatan sendiri serta memerah segala kudrat yang ada untuk sampai ke pesisir pantai, ditambah pula jurulatih sentiasa memberikan semangat supaya tidak berputus asa.

"Dengan kuasa Allah, petang semalam (kelmarin) selepas tiga kali dibaiki, akhirnya enjin bot berfungsi semula sebelum kami bergerak menuju ke pantai berpandukan pergerakan kapal dagang," kata pelatih komando berusia 20-an dari Kem Sungai Udang di sini, semalam.

Dia antara 13 anggota tentera berusia 19 hingga 23 tahun terdiri 11 pelatih komando serta dua jurulatih mereka yang dilaporkan hilang selepas bot jenis Assault yang mereka naiki dipukul ribut dan ombak ketika menyertai latihan mendayung dari pantai Kem Sungai Udang ke Pulau Nangka, malam Sabtu lalu.

Kehilangan kumpulan itu disedari 32 anggota dan seorang pegawai yang turut sama menyertai latihan berkenaan menggunakan empat bot berlainan selepas mereka mendarat di Pulau Upeh, jam 12.30 tengah malam hari kejadian.

Bagaimanapun, selepas 28 jam hanyut di perairan Selat Melaka, semua mangsa tiba di pesisir pantai berhampiran Jeti Tanjung Beruas, Pantai Puteri di sini, jam 12.50 pagi semalam.

Nama semua mangsa tidak dibenarkan disiarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pelatih terbabit berkata, kejadian jam 10 malam itu mengakibatkan bot terbalik dan mereka berenang ke arah bot dalam keadaan laut bergelora sebelum berpaut pada badan bot berkenaan.

"Jurulatih mengarahkan kami supaya tidak berpecah dan dengan menggunakan segala ilmu dan kepakaran ketika menjalani kursus asas komando, kami berusaha menterbalikkan bot berkenaan.

"Disebabkan semua dayung hilang, kami membuat layar supaya dapat ke pesisir pantai, tetapi angin dan ombak membawa bot hanyut ke tengah laut hingga hampir memasuki perairan antarabangsa," katanya ketika ditemui di Hospital Kem Terendak, semalam.

Mereka yang mendapat rawatan di hospital itu menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Seorang lagi mangsa berusia 20-an berkata, mereka yang bertolak dari pantai Kem Sungai Udang pada petang Sabtu lalu dijadualkan tiba di Pulau Nangka jam 5 pagi.

"Berbekalkan semangat kerjasama yang kuat, kami memperbetulkan semula kedudukan bot yang terbalik, namun ketua mengarahkan hanya lima orang berada dalam bot pada satu-satu masa manakala yang lain berpaut pada badan bot bagi mengelakkan ia terbalik semula.

"Kami bertukar kedudukan untuk menyimpan tenaga dan pelbagai usaha dilakukan dan menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari ketika kursus.

"Alhamdulillah, selepas beberapa kali mencuba enjin bot akhirnya dihidupkan dan kami terus bergerak ke pantai," katanya.

TERKINI! Bob Lokman di Laporkan Nazak di Hospital!

Posted: 09 Dec 2013 11:12 PM PST


Mc mendapat info yang mengatakan Bob Lokman penceramah dan juga artis Pas yang agak popular dikalangan ahli Pas sedang nazak di hospital Taiping. Beliau yang dimasukkan 5 hari lepas, dikatakan sesak nafas selepas makan durian.

Keadaan beliau bertambah teruk hari ini, malah Bob Lokman akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapat rawatan yang lebih baik.

Walaupun Bob seorang penceramah Pas yang selalu mengutuk UMNO dan Kerajaan. Tapi demi saudara sesama Islam, kita doakan beliau cepat sembuh dari penyakit yang beliau tanggung selama ni.

Ajal, jodoh, pertemuan semuanya di tangan Allah..

Syurga dan Nereka juga milik Allah..

HOT! Lagi Demo Kekejaman Kerajaan Penang!

Posted: 09 Dec 2013 10:07 PM PST


Sidang Dun P.Pinang bukan sahaja panas di dalam dewan tapi juga di luar . Hari ini kumpulan penjaga 
parking MPPP membantah tindakan kerajaan Dap yang mahu perkenalkan sistem baru parking iaitu menggunakan sistem kupon.

Mereka berkata tindakan ini akan menutup periuk nasi mereka yang majoritinya daripada golongan berpendapatan rendah .

Sumber Mc ambil dari blog GBP. Tahun ni saja, dah macam-macam benda jadi di Penang. Tu pun orang Penang dok pilih lagi kerajaan Dap yang sememangnya mengamalkan double standart.


McTheory:
Apakah ini contoh satu lagi kerajaan rakyat selepas Selangor?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...