House PK

House PK


PANAS PUNGGUNG! TAKAT BAGI 10 ALASAN MAT SABU SYIAH, BUKAN JADI KUDIS PUN!

Posted: 13 Dec 2013 12:47 AM PST


Selesailah sudah cerita Mat Sabu dengan Syiahnya. 10 sebab atau dikatakan oleh KDN sebagai bukti Mat Sabu pengamal Syiah dah dibagi.

Aku tak tahu nak gelak ke, nak kagum ke atau nak menangis meraung.

Sebabnya, alasan-alasan tu semua bagi aku langsung tak kredibel. Macam backfired balik. Kalau Mat Sabu dan Hanipa Maidin bawa ke mahkamah dan kena pula dengan hakim-hakim tertentu, bukan setakat Menteri KDN dan KDN dimalukan, bahkan Kerajaan Malaysia dan UMNO sendiri pun akan terpalit sama.

Ni sudah jadi kes tersalah cakap ler kut sampai akhirnya dalam keadaan tergesa-gesa, terpaksa juga cari alasan-alasan yang boleh menyebabkan budak-budak darjah enam pun menangis sedih.

Semua orang faham masalah Syiah di Malaysia ni. Syiah memang teruk. Sejarah dah membuktikan bagaimana Syiah mengejami dan menzalimi Ahli Sunnah kalau mereka diberikan kuasa atau mereka rasa mereka dah cukup kuat.

Yang aku hairan, kalau alasan-alasan dan bukti-bukti terpaksa dicari untuk mengenakan Mat Sabu dan kemudian dipanjangkan pula ke mahkamah, kenapa yer tak didakwa mereka yang sudah pun mengaku mereka pengamal ajaran sesat itu seperti Ketua Syiah Rafidhah Kedah, Abdullah Hassan?

Golongan tu bukan setakat mengamalkan ajaran sesat Syiah dalam kelompok sendiri, tapi turut menyebarkan ajaran mereka kepada orang ramai. Tengok sajalah kat pusat-pusat pengajian tinggi. Budak-budak yang gila nak cari jalan singkat masuk syurga, selain isi borang masuk PAS, juga masuk Syiah sebab dalam Syiah ada macam-macam benda menarik. Contohnya Kahwin Mutaah.

Aku sokong sepenuhnya kalau KDN betul-betul nak banteras Syiah atau ajaran-ajaran sesat lainnya. Tapi kalau setakat sembang dengan 10 bukti macam yang ditimbulkan semalam, aku rasa baiklah KDN lebih tumpukan kepada kemasukan dan kehadiran pendatang haram di negara ini sampai rakyat Malaysia sendiri dah takut nak ke mana-mana.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...