BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! #HARAKAH KENCING RAKYAT MALAYSIA !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 25 Dec 2013 07:30 AM PST


agak-agaklaaa kalau nak tipu.kejadian di lahad datu hanya ikan yang naik.bukan seperti gambar diatas.mana bukti kalau betul kerang yang naik dari laut ??? kesian pembaca harakah kena kencing bulat-bulat.padahal kerang yng naik di darat kat mesir,bukan malaysia.muahahahaha,kantoi !!!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BUKTI KESAMSENGAN #DAP PADA PIHAK #ROS DIDEDAHKAN !!!

Posted: 25 Dec 2013 04:00 AM PST


Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember tahun lalu masih belum sah walaupun hampir setahun berlalu.Pengiraan semula yang dibuat pada bulan Januari telah menerima banyak aduan dari ahli yang mengesyaki berlakunya manipulasi apabila ramai perwakilan telah tidak menerima notis mesyuarat.Kemelut ini berpanjangan sehingga membawa kepada pemilihan semula September lalu.Walaubagaimanapun,pemilihan semula itu juga berlangsung dalam keadaan meragukan di mana lebih banyak perwakilan 'hilang' berbanding pemilihan awal.Di masa yang sama,DAP mengambil sikap berdegil enggan menangani segala aduan ahli mahupun arahan ROS.DAP tetap mengadakan Kongres Tahunan seperti biasa sedangkan Ahli CEC belum lagi sah.Namun,DAP tidak boleh lari dari undang-undang dan ahli sendiri.Oleh itu,mahu tidak mahu parti itu terpaksa menghantar laporan kepada ROS berkenaan perjalanan kongres dan juga pemilihan CEC.    

Bagaimanapun,seperti yang dijangka,laporan yang dibuat oleh DAP ternyata hanya sekadar melepas batuk di tangga.Mana mungkin masalah yang sebegitu besar telah diperjelaskan dalam surat sepanjang tiga mukasurat ???  Sedangkan jika nama-nama perwakilan yang 'hilang' diperincikan sahaja sudah pasti panjangnya beberapa muka surat.Apa yang berlaku ini menunjukkan sama ada DAP benar-benar bodoh kerana tidak tahu bagaimana untuk membuat laporan bagi sebuah siasatan atau DAP sememangnya sengaja ingin menunjuk samseng terhadap ROS.Apapun,saya merasa cenderung untuk percaya bahawa DAP sebenarnya adalah kedua- duanya iaitu samseng yang bodoh sekali gus.Jika DAP tidak bodoh,maka semua masalah pemilihan CEC ini tidak akan berlaku.Bukankah ianya bermula dengan 'kesilapan komputer' ???   Sedangkan undi yang dikira hanya lebih kurang 2,000.siapa yang boleh lupa dengan pembentangan kos projek supermega terowong bawah laut yang memperlihatkan DAP 'tersalah taip' ???     

Bagaimana pula dengan projek longkang untuk menghalang banjir yang diberi tanpa tender terbuka kepada syarikat yang langsung tidak disebut di dalam mesyuarat atas alasan 'salah mengambil minit' ??? Bukankah ini semua bukti kebodohan DAP ??? Jika itu belum cukup untuk membuktikan kebodohan DAP maka ketahuilah bahawa hanya Ketua Menteri yang paling bodoh sahaja yang pergi ke luar negara untuk mempromosi negerinya dengan cara memburukkan negara sendiri.Siapa lagi Ketua Menteri yang sebodoh itu jika bukan Lim Guan Eng.saya tidak tahu sama ada Lim Guan Eng ini menjadi bodoh kerana terlalu angkuh atau menjadi angkuh kerana terlalu bodoh.Walau apapun,sikap bodoh sombongnya nampaknya tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negeri,DAP mahupun dirinya sendiri.Entah apa yang difikirkan oleh para pengundi DAP ketika memangkah parti itu dalam PRU yang lalu.Jika mereka masih mengundi DAP dalam PRU yang akan datang,maka saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sahaja.Mungkin pengundi DAP berpegang kepada prinsip biar bodoh dan samseng sekali pun asalkan Cina.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! APA DAH JADI DENGAN DR RANI ???

Posted: 25 Dec 2013 01:36 AM PST


Dr Rani kata dia akur perintah Sultan Selangor dalam isu kalimah Allah.Hari Krismas ini,dia pakai kopiah masuk gereja.Dahulu PAS juga yang mengkafirkan sesiapa saja yang mereka mahu dan diperbesarkan kata ucap Krismas pun kafir.Orang PAS juga kini sedang menyebarkan message bahawa ucap Krismas pun haram. Padahal ucap Krismas atas niat keharmonian kaum dalam negara berbilang kaum hukumnya harum mengikut Majlis Fatwa. Lihat berikut dan cari website:



Tapi sekarang sampai ... Kristian sembahyang dalam gereja untuk perayaan Krismas pun nak ikut serta.Mungkin itu yang Nik aziz hujah secara politik kata untuk dakwah. Baiklah berapa banyak Kristian masuk Islam hasil usaha PAS berbanding Melayu di kristiankan oleh gereja evangelis hasil usaha mubaligh yang dibiayai oleh penganut dan ahli korporat Cina berugama Kristian? Malah evangelis Kristian berdegil mahu gun akalimah Allah untuk murtadkan orang Islam di Semenanjung. Jawa Bernam di SINI melaporkan ada gereja terus engkar perintah Sultan




PETANG tadi bertempat di Hotel Gold Coast, Bandar Di Raja Klang,Selangor telah diadakan satu forum yang menggabungkan tiga rumah ibadat agama Kristian iaitu Gereja Klang,Nilai dan Puchong.Yang lebih mengejutkan adalah adanya perkataan kalimah Allah yang turut digunakan oleh penganjur majlis ini. Sedangkan sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh mana-mana agama di Semenanjung Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dari segi penggunaan nama tuhan.
Putrajaya tetap dengan pendirian kalimah Allah adalah hak mutlak penganut Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang keputusan rayuan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang bakal diumumkan 22 Ogos ini.

Jadi, apa pula tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Mahkamah berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam acara anjuran Gereja Kristian ini??? Bukankah telah diputuskan bahawa kalimah Allah adalah hak mutlak penganut agama Islam???
**************
Tanya juga Rani apa hasil usahanya nak rapat dengan Kristian padahal dulu begitu extrim pandangan tentang ugama Kristian/ Tak lain sebab politik yang mana kini sanggup menafikan kewujudan usaha murtad gereja atas orang Islam hanya demi nak berkuasa. - Unspinners 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! AHLI PAS MENGAKU #MATSABU BERFAHAMAN SYIAH !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 24 Dec 2013 09:00 PM PST


Polemik mengenai isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu seperti tiada penghujungnya.Terbaru,perkara itu telah di dedahkan oleh Ustaz Ashiq Ilahi,seorang mudir dari Al- Maahad Al-Fathoni atau lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Kobah.Beliau yang merupakan ahli Pas itu,menjelaskan pendedahan yang dilakukan itu adalah hasil siasatan yang dilakukannya sejak sekian lama.Menurutnya melalui temubual yang dilakukan terhadap rakan-rakan karib Mat Sabu dan guru-guru beliau,majoriti mengatakan Timbalan Presiden Pas itu adalah merupakan seorang penganut fahaman Syiah.

"Sekiranya kita bertanya kepada ahli-ahli agama yang berfahaman Ahli Sunah Wal Jemaah (khususnya) di dalam Pas sendiri,semua akan mengatakan bahawa Mat Sabu ini memang (berfahaman) Syiah.Contohnya,Tok Guru Hj Salleh di Sik (juga merupakan salah seorang pengikut tegar Pas) sendiri turut mengetahui mengenai fahaman Syiah Mat Sabu ini,malah (beliau) banyak kali berpesan kepada ahli-ahli kuliahnya agar berhati-hati dengan Mat Sabu" katanya.

Menurut Ustaz Ashiq lagi,baru-baru ini seorang rakannya ada menziarahi Tok Guru Hj Salleh di kediamannya. Antara pesan yang disampaikan kepadanya ialah meminta agar Mat Sabu kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.

"Seperti yang didedahkan oleh KDN sebelum ini, antara 10 bukti yang mengatakan Mat Sabu menganut fahaman Syiah disebutkan oleh Tok Guru Hj Abdul Rahim Rahman,daripada Pondok Sungai Jagung.Menurutnya (Tok Guru Abdul Rahim) lagi,beliau pernah ternampak Mat Sabu bersembahyang dengan ciri-ciri Syiah di dalam ibadatnya" jelas Ustaz Ashiq.

Di dalam isu yang lain,Mat Sabu turut ditempelak oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang,Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang mempertikaikan perlantikannya sebagai Pesuruhjaya Negeri yang baru bagi menggantikan Mohd Salleh Man yang telah digugurkan.Menurut Hafis,sebelum ini Mat Sabu pernah menolak cadangan untuk memintanya menerajui kepimpinan Pas negeri. Yang menjadi persoalannya ialah,dia bukan setakat menolak cadangan tersebut namun turut mencadangkan agar jawatan tersebut diberikan kepada Mohd Salleh.

"Sebelum ini kami kepimpinan Pas negeri mahukan Mat Sabu terus menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tetapi beliau menolak dan mencadangkan Mohd. Salleh.Walau bagaimanapun kini beliau menerima pula sedangkan dirinya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk didakwa dikaitkan dengan Syiah," katanya kepada pihak media sebelum ini.

Menurutnya perlantikan Mat Sabu itu seperti ada yang tidak kena dan dilihat wujud satu agenda yang tersirat.Selasa lalu,Setiausaha Agung Pas,Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar di Pejabat Agung parti itu di ibu negara.Kesimpulannya semua kenyataan ini adalah merupakan bukti,bahawa Umno/BN langsung tidak terlibat dalam serangan dan gerakan terhadap Mat Sabu ini.Apa yang jelas,ramai di kalangan pengikut dan ahli Pas sendiri sebenarnya tidak senang dengan perlantikan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti dan Pesuruhjaya Pas negeri. Pada mereka,Mat Sabu hanya layak dijadikan 'kuda tunggangan' di atas pentas-pentas ceramah sahaja.Ini kerana selain mampu mengumpulkan jumlah hadirin yang ramai, Mat Sabu juga dilihat boleh memberikan 'pulangan' yang memberangsangkan hasil dari kutipan derma yang dijalankan.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PENDEDAHAN #DINASTILIM CUBA SINGKIRKAN PEMIMPIN YANG LAWAN MEREKA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 24 Dec 2013 06:00 PM PST


Isu pergolakan dalaman yang melanda DAP Johor,bukanlah merupakan satu rahsia,ini kerana rata-rata penganalisis politik memang menyedari akan perkara itu.Ketika pilihan raya umum yang lalu,media melaporkan tiga pemimpin kanan parti itu mengambil keputusan drastik dengan meletakan jawatan ekoran marah dengan campur tangan melampau Penasihat parti,Lim Kit Siang dan anaknya,Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri itu.Mereka yang meletakkan jawatan itu adalah Pengerusi DAP Johor,Dr. Boo Chen Hau,Timbalannya Norman Fernandez dan Setiausahanya,Tan Chen Choon.Sejurus selepas berakhirnya pilihan raya umum,isu itu dilihat sedikit reda apabila semua pimpinan DAP dilihat agak sibuk menguruskan pemilihan semula CEC parti ekoran aduan yang dibuat oleh ahli parti itu yang mendakwa berlakunya salah guna kuasa dan penipuan dalam proses pemilihan yang dilakukan sebelum ini.Namun isu pergolakan itu kembali hangat apabila baru-baru ini,penyokong dan ahli DAP dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor,Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan,Gwee Tong Hiang.Mereka antara lainnya mendesak agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin yang lain.   

Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai,Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru.Ini kerana selain masih muda,mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak memimpin berbanding Cheng Hau.Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa dalam proses demokrasi, namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari arahan pemimpin 'atasan' yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang.Tambahan pula,Kow Meng dan Tong Hiang sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan baik dengan Dr Boo,semenjak mereka digugurkan daripada menjadi calon parti itu dalam pilihanraya yang lalu.Pemilihan pimpinan DAP Johor dijadualkan berlangsung pada 12 Januari depan.Cheng Hau sebenarnya tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Khususnya apabila dia dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim.Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi.Oleh demikian,terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina yang tinggi sekali gus membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain, yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.   

Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP.Cheng Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau sehinggalah munculnya Kit Siang di Gelang Patah.Tidak cukup dengan itu,pemilihan Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching dari Selangor (Serdang) untuk bertanding di Johor juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengukuhkan kedudukannya Kit Siang.Kedua-dua mereka ini memang diketahui sebagai orang kuat dinasti Lim.   Malah, dengan kehadiran pemimpin luar di Johor,ia sebenarnya untuk memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.   Sebagai orang nombor satu dalam DAP Johor,Cheng Hau sebelum ini bermati- matian mempertahankan kuota kerusi untuk parti itu sehingga sanggup bergaduh sakan dengan Pengerusi PKR negeri, Chua Jui Meng.Namun,setelah berjaya mempertahankan kerusi untuk DAP,dia akhirnya terpaksa akur dengan keputusan DAP pusat yang mahu membawa masuk 'pemimpin pilihan' Dinasti Lim itu bagi dijadikan calon parti itu bertanding di Johor.  

Sebagai tanda protes,Cheng Hau akhirnya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan bagi memberikan mesej yang jelas kepada Kit Siang.Ini kerana peletakan jawatan itu dilakukan ketika proses pilihanraya umum sedang dijalankan, sekaligus bakal menyebabkan gerak kerja dan kempen parti menjadi tidak tersusun dan kelam kabut.Bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi,Kit Siang dan anaknya Guan Eng terpaksa 'tunduk' dengan beberapa permintaan Cheng Hau yang mahu agar 'orang-orangnya' turut diberikan tempat untuk bertanding dan menyingkirkan beberapa nama calon yang merupakan penyokong setia 'Dinasti Lim'.Kesimpulannya,walaupun Kit Siang sering menuduh kerajaan sebagai zalim dan tidak demokrasi namun pada hakikatnya dia dan anaknya tidak pernah mengamalkan demokrasi dalam erti kata sebenar sepanjang pemerintahan mereka di dalam DAP. Pada mereka siapa sahaja yang menjadi musuh,harus dihapuskan.Nampaknya benarlah seperti dakwaan sesetengah pihak,Kit Siang dan Guan Eng sebenarnya merupakan pemimpin yang mengamalkan kuku besi dan diktator.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KERAJAAN KELANTAN NAIK HARGA TIKET PARKING !!!

Posted: 24 Dec 2013 04:00 PM PST


sebelum ini pembangkang sibuk nak tuduh kerajaan menaikkan harga.yang atas tu macam mana pulak ??? bukan hanya di selangor dan pulau pinang.kelantan pun dah naikkan harga tiket parking tauu !!! tak ada demo kerr kat kelantan ??? siapa yang terajui kelantan yeekkk ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...