BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! SYIAH !!! MAT SABU DISARAN MELAFAZ SUMPAH !!! ADA BERANI ???
- HOT NEWS !!! TENGKU ADNAN MEMBELASAH MEDIA PEMBANGKANG KAW-KAW !!! VIDEO INSIDE !!!
- HOT NEWS !!! PEMBANGKANG TUKAR LOKASI BARU PADA 31 DiSEMBER !!!
- HOT NEWS !!! MISTERI KEMATIAN PUTERI DIANA TERJAWAB !!!
- KANTOI !!! SIRI #PRU13 !!! LAGI SIRI PEMBOHONGAN PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!
- EKSKLUSIF !!! LAPORAN PAKAR EKONOMI VS KAJISELIDIK MERDEKA CENTER !!! MANA LAGI HEBAT ???
| HOT NEWS !!! SYIAH !!! MAT SABU DISARAN MELAFAZ SUMPAH !!! ADA BERANI ??? Posted: 23 Dec 2013 07:30 AM PST Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu disaran melafazkan sumpah di masjid bagi membersihkan namanya daripada tuduhan mengamal dan memegang ajaran Syiah.Pengerusi Biro Antarabangsa,Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM),Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, keadaan dikhuatiri bertambah buruk sekiranya Mohamad mengheret isu itu ke mahkamah. "Saya ingin mencadangkan kepada Mohamad agar melafazkan sumpah tersebut di masjid bagi menyelesaikan kemelut ini agar tidak dipolitikkan.Sebagai umat Islam, kita wajib memelihara hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Sebelum ini,Mohamad sabu menyatakan akan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan mengaitkan beliau dengan ajaran Syiah sebelum memfailkan saman fitnah.Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO sebelum ini mendedahkan,seorang pemimpin kanan Pas adalah pengikut Syiah ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini. Dalam perkembangan sama,Fakhrul Azman memberitahu, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengakui tentang bahaya ajaran Syiah. "Jadi, adalah lebih baik sekiranya UMNO dan Pas duduk berbincang bagi menyelesaikan kemelut ini demi perpaduan umat Islam serta orang Melayu," ujarnya. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! TENGKU ADNAN MEMBELASAH MEDIA PEMBANGKANG KAW-KAW !!! VIDEO INSIDE !!! Posted: 23 Dec 2013 04:00 AM PST |
| HOT NEWS !!! PEMBANGKANG TUKAR LOKASI BARU PADA 31 DiSEMBER !!! Posted: 23 Dec 2013 02:29 AM PST |
| HOT NEWS !!! MISTERI KEMATIAN PUTERI DIANA TERJAWAB !!! Posted: 23 Dec 2013 12:30 AM PST selama lebih tujuh tahun,kematian Puteri Diana masih menjadi misteri.Namun kini,tiba-tiba muncul seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.Menurut majalah Globe,lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu. "Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong,Pont de l'Alma di Paris,ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed,yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut. Sumber menjelaskan,sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku,walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu,mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.Puteri Diana dan Putera Charles,berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul,London.Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara."Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja."Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber. |
| KANTOI !!! SIRI #PRU13 !!! LAGI SIRI PEMBOHONGAN PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!! Posted: 22 Dec 2013 09:00 PM PST Pembangkang terlalu kecewa disebabkan kekalahan mereka untuk merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu sehingga terus menggunakan strategi fitnah,pembohongan dan tohmahan untuk menyerang kerajaan.Bukan sahaja itu pembangkang juga menggunakan kaedah yang sama untuk memburuk-buruk semua dasar dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan untuk kebaikan rakyat dan negara.Strategi fitnah dan pembohongan adalah sebahagian daripada prinsip yang terkandung di dalam 'Protocols of Elders of Zion' sebuah manuskrip yang menggariskan perancangan puak Yahudi- Zionis untuk menguasai dunia.Sasaran utama buku adalah untuk melemahkan negara-negara Islam dan perpaduan umat Islam.Sejarah telah membuktikan bagaimana strategi pecah dan perintah yang juga dibincangkan di dalam buku tersebut telah meruntuhkan empayar Islam Uthmaniyah pada tahun 1924. Dengan itu berakhirlah sistem khalifah yang menjadi teras kekuatan kerajaan Uthmaniyah yang memerintah hampir satu pertiga dunia dalam tempoh hampir 800 tahun. Empayar Uthmaniyah dipecah-pecah oleh penjajah Inggeris ketika itu sehingga tertubuhlah negara haram Israel di bumi Palestin pada 1948. Oleh sebab ketua umum PKR,Anwar Ibrahim mempunyai hubungan amat rapat dengan tokoh-tokoh penting gerakan Kristian-Yahudi-Zionis antarabangsa,pelan yang sama telah dilaksanakan oleh beliau di Malaysia. Sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang agama,Malaysia amat dicemburui oleh negara-negara Barat yang tidak mahu sebuah negara Islam yang maju dan progresif.Sebagai sebuah negara yang ungggul di kalangan negara-negara Islam di dunia dan juga negara-negara membangun,Malaysia dan kepimpinan yang menerajui kerajaan negara ini menjadi sasaran kepada musuh-musuh Islam.Maka agen atau talibarut Barat akan di letakkan di dalam sistem politik negara untuk membuat huru hara dan memporak perandakan masyarakat supaya negara menjadi tidak stabil.Apabila negara terjerumus dalam keadaan kacau bilau maka ekonominya akan menjadi lemah,lumpuh dan akhirnya bankrap.Pada masa itu institusi yang didalangi Yahudi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia akan mengambil peluang keemasan itu untuk menjajah semula negara. Kalau dahulu penjajahan Barat ke atas tanah air adalah melalui kekerasan ketenteraan, tetapi kali ini strateginya lebih licik dan halus dari sudut ekonomi dan kewangan. Oleh menjayakan agenda mereka, Yahud-Zionis memerlukan seorang hamba yang taat setia serta bersedai melakukan apa sahaja suruhan tuannya. Mereka melengkapkan Anwar denga wajah dan topeng Islamik supaya mendapat kepercayaan dan keyakinan orang Melayu dan umat Islam di dalam dan di luar negara. Maka Anwar pun dicanang sebagai seorang pemimpin 'Renaissance' atau pembaharuan dalam dunia Islam. Pembaharuan yang dibawa bukanlah memberi keuntungan kepada Islam tetapi untuk menyuntik agenda menjahanamkan kekuatan islam dan umat Islam sebagai yang pernah dilakukan kepada Kerajaan Uthmaniyah dahulu. Jika dilihat sepanjang lima tahun sejak 2008,Anwar dan parti-parti pembangkang menggunakan kaedah fitnah dan pembohongan dengan sepenuhnya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO-Barisan Nasional. Apa sahaja yang boleh difitnah dan dibuat pembohongan akan dilakukan mereka tanpa rasa bersalah.Dalam segala gerakan fitnah yang dilancarkan terhadap kerajaan dalang dan perancangnya adalah Anwar sendiri.Daripada isu Scorpene, PKFZ, SPR, SPRM, dakwat kekal, NFC sehingga kepada fitnah pengundi hantu Bangladesh, semuanya ini adalah peranan Anwar. Tidak cukup dengan itu, pembangkang menyerang pula sosok peribadi isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah. Terkini bermacam-macam fitnah dilemparkan kepada beliau berhubung lawatan ke Qatar,Dubai,Sri Lanka dan Bangladesh dengan dakwaan menyalahguna kemudahan jet eksekutif kerajaan.Datin Seri Rosmah sendiri akhirnya terpaksa menjawab bahawa siri lawatan beliau tersebut adalah tugas kenegaraan berkaitan Permata Negara,agenda pemerkasaan peranan wanita dan pendidikan kanak- kanak di samping mengatasi masalah kemiskinan.Perdana Menteri juga terpaksa mendedahkan peranan dan jasa isterinya di belakang tabir yang dilakukan untuk kebaikan negara. Apa yang dilakukan oleh pembangkang melalui strategi ini adalah untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan dengan mengada-adakan pelbagai cerita yang tidak berlandaskan fakta dan kenyataan.Strategi pembohongan Anwar tidak akan berpenjangan kerana kini rakyat sudah tahu beliau adalah Raja Auta Malaysia nombor 1. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! LAPORAN PAKAR EKONOMI VS KAJISELIDIK MERDEKA CENTER !!! MANA LAGI HEBAT ??? Posted: 22 Dec 2013 06:00 PM PST Sebaik sahaja subsidi dikurangkan dan beberapa harga barangan naik, semakin ramai rakyat Malaysia yang tiba-tiba menjadi 'bijak' ekonomi.Rata-rata terdengar kritikan dan perbincangan mengenai kebimbangan terhadap keadaan ekonomi negara.Ramai yang melihat tindakan mengurangkan subsidi sebagai bukti kerajaan tidak mampu menjana kewangan dari sumber lain,selain membebankan rakyat sendiri. Sebarang penjelasan tidak lagi mampu untuk meredakan keadaan.Fakta dan angka tenggelam ditelan emosi.Pembangkang tidak membuang masa mengambil kesempatan dari perkembangan ini.Justeru,rangkaian propaganda mereka pun dikerah sepenuhnya untuk meningkatkan lagi keraguan rakyat.Antara rangkaian yang digunakan ialah Merdeka Center yang diketuai oleh Ibrahim Suffian atau lebih dikenali sebagai Ben.Bagi yang belum pernah mendengar namanya, sebelum pru 2008,Ben sering menghadiri mesyuarat bersama DSAI di ibu pejabat PKR,Merchant Square Tropicana,Petaling Jaya bagi membincangkan strategi pilihan raya.Beberapa blog sebelum ini mendedahkan bahawa Ben merupakan penyelaras dana "Canadian International Development Agency" (CIDA) yang mengambil tempat dalam pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada. Dana yang diterima disalurkan kepada NGO 'pro- demokrasi' termasuklahlah Malaysiakini.com,Tenaganita,Pertubuhan Kebajikan Budi Malaysia (BUDI),SUARAM,HAKAM dan Malaysia Citizan Election Watch (MCEW).Ben pernah mewakili Merdeka Center untuk menghadiri The World Movement for Democracy (WMD) di Turki bersama dengan Premesh Chandran (Malaysiakini),Cynthia Gabriel (SUARAM),Elizabeth Wong,Swee Seng Yap ( Forum Asia) dan Syed Azman (PAS).WMD adalah satu organisasi yang ditaja sepenuhnya oleh NED (National Endowment for Democracy) iaitu sebuah yayasan dana demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kaitan dengan CIA.Misi NED untuk menakluki dunia melalui operasi pertukaran rejim kini sudah menjadi rahsia umum.Justeru,Merdeka Center sebagai penerima dana dari rangkaian NED logiknya, pastilah membawa misi yang sama.Oleh itu,sebagai rakyat Malaysia yang nampaknya 'bijak-bijak' belaka, kita seharusnya mampu membaca agenda tersurat dan tersirat dari bahan-bahan yang diwar-warkan oleh Merdeka Center ini.Baru-baru ini Merdeka Center membentangkan kajiselidik pendapat ramai mengenai keadaan di dalam negara yang menunjukkan kedudukan negatif bagi kerajaan sama ada dari segi ekonomi,keyakinan rakyat mahupun hala tuju negara.Apa yang menarik ialah kajiselidik itu hanyalah berdasarkan responden seramai 1005 orang sahaja tanpa menjelaskan butir-butir latarbelakang mereka. Daripada 1005 orang ini, Merdeka Center menyimpulkan bahawa 49% rakyat tidak yakin mengenai hala tuju negara.Isu ekonomi menjadi keutamaan dengan kadar 67% berbanding isu politik yang hanya mencatatkan 4%.Pendapat 1005 orang tentu saja tidak signifikan untuk dijadikan asas ataupun rujukan mengenai kedudukan sebenar dalam negara.Apatah lagi dengan hakikat bahawa kajiselidik itu tidak menepati fakta, angka dan pendapat mereka yang lebih signifikan bagi pertumbuhan ekonomi negara,iaitu pakar- pakar ekonomi sendiri.Setakat ini,laporan mengenai ekonomi Malaysia oleh pakar ekonomi menunjukkan perkembangan positif.Laporan Thomson Reuters/Insead mengenai ekonomi Asia meletakkan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang 'cerah' dari segi ekonomi dengan indeks 75 berbanding 69 dalam suku ketiga tahun ini. Thailand berada di tempat paling corot, menjunam dari 71 ke 40.Laporan Penilaian Kredit Moody's sebelum ini juga mencatatkan kedudukan Malaysia dari stabil ke positif manakala Shane Oliver,Chief Economist AMP Capital pula turut menekankan keyakinan beliau yang Malaysia akan terus kukuh dari segi ekonomi berdasarkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan negara ini menjadi pilihan utama para pelabur.Moody's,Reuters and AMP Capital pastinya lebih arif mengenai ekonomi berbanding 1005 responden dalam kajiselidik Merdeka Center.Lebih dari itu,laporan yang cukup memberangsangkan dari pakar ekonomi antarabangsa ini pula mampu menjadi pemangkin bagi peningkatan kedudukan ekonomi negara.Ini bermakna,keadaan ekonomi yang sedia kukuh akan dapat dikukuhkan lagi dengan laporan positif mengenai Malaysia.Berdasarkan fakta ini,adalah tidak masuk akal bagi rakyat Malaysia merasa gusar dengan kajiselidik Merdeka Center.Malah,rakyat Malaysia seharusnya merasa yakin kerana negara ini terus mendapat penilaian cemerlang oleh pakar-pakar ekonomi sekali gus berpotensi untuk kekal menjadi destinasi pilihan para pelabur. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




.jpeg)

No comments:
Post a Comment