BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! #MATSABU AKAN TUNDUK SEGALA KEHENDAK #DAP ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! #PAU2013 !!! #NURULIZZAH LUPA KERR PASAL #LIBERALISME ??? KENAPA #UMNO JUGA DIPERSALAHKAN ???
- EKSLUSIF !!! PRINSIP #DAP UNTUK HANCURKAN #MELAYU DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! #ANWARIBRAHIM PENGECUT !!! KENAPA TAKUT SANGAT DENGAN DATUK #SHAFEEABDULLAH ???
| BONGKAR !!! #MATSABU AKAN TUNDUK SEGALA KEHENDAK #DAP ??? WAJIB BACA !!! Posted: 20 Dec 2013 07:30 AM PST Perlantikan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang yang baru bagi mengantikan Salleh Man telah menimbulkan banyak spekulasi khususnya di kalangan para pemimpin Pas Pulau Pinang di peringkat kawasan dan cawangan.Ada yang berpendapat ia adalah merupakan perkara biasa,namun tidak kurang juga yang merasakan ia adalah merupakan 'hukuman' kepada Salleh Man yang disifatkan gagal mengawal anak buahnya sehingga menimbulkan kemarahan DAP khususnya Ketua Menterinya,Lim Guan Eng.Malah andaian tersebut turut disokong oleh beberapa pemerhati politik yang merasakan pelucutan jawatan Salleh Man sebagai Pesuruhjaya Pas negeri mungkin disebabkan tekanan yang diberikan oleh DAP kepada Pas.Ia disebabkan ramai dikalangan pimpinan Pas negeri yang dikatakan tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan pimpinan DAP sehingga menimbulkan kemarahan mereka.Malah sikap DAP yang dikatakan mengamalkan pemerintahan ala 'kuku besi' dan 'diktator' terhadap Pas,dilihat sebagai kemuncak kepada rasa tidak puas hati mereka sehingga ramai yang mula bangkit dan mengistiharkan perang terhadap parti ultra kiasu itu. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Perwakilan Pas Pulau Pinang,Mohd. Raduan Ramli ketika menjelaskan kewajaran tindakan Pas negeri memberi kata dua kepada kepimpinan Guan Eng ketika sesi perbahasan muktamar Dewan Pemuda baru-baru ini.Menurutnya DAP dilihat cuba menjadikan Pas hanya sebagai boneka sehingga menyebabkan hubungan antara keduanya menjadi retak.Tidak cukup dengan itu,Raduan turut menyelar sikap segelintir pemimpin Pas yang mudah melatah sehingga sanggup meletakkan kesalahn tersebut kepada Pas Pulau Pinang,Ini kerana menurutnya tindakan itu dibuat demi maruah parti dan bukannya gila kuasa seperti mana didakwa golongan tidak bertanggungjawab.Selain Raduan,wakil Pas Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad turut membangkitkan isu yang sama dengan menyifatkan parti itu hanya dianggap sebagai 'barua' DAP dan pembonceng kepada pakatan pembangkang.Sejurus selepas membangkitkan isu tersebut,dia turut mendesak agar pucuk pimpinan parti segera menyelesaikan perkara tersebut.Terdahulu Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang,Mohd. Fauzi Yusof mengejutkan banyak pihak dalam pakatan apabila dengan beraninya memberikan kata dua kepada kerajaan DAP agar berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam. Selain itu,dia juga menuntut kerajaan negeri pimpinan Guan Eng agar melantik lebih ramai pemimpin Pas sebagai ahli majlis negeri.Ekoran itu,Guan Eng dan pimpinan DAP negeri dikatakan marah dan mula panas punggung kerana merasakan tembelangnya mula terdedah kepada umum.Malah paling menyakitkan hati apabila perkara itu didedahkan sendiri oleh pimpinan Pas negeri yang merupakan rakan sekutu mereka di dalam pakatan.Disebabkan itu,DAP dikatakan mula memberikan tekanan kepada Pas agar melucutkan jawatan Salleh Man yang dianggap GAGAL mengawal tindak tanduk anak-anak buahnya.Tidak kurang juga ada dikalangan mereka yang menuduh Salleh Man sebagai dalang utama namun cuba berselindung dengan mengunakan Fauzi sebagai 'kambing hitam'.Bagi mengelakkan 'pisang berbuah dua kali' mereka perlu melakukan sesuatu dan jalan penyelesaian terbaik dengan meminta Pas pusat agar melantik Mat Sabu sebagai Pesuruhaya Negeri yang baru.Tambahan pula mereka amat yakin Mat Sabu akan mampu mengawal keadaan sekaligus terus memberikan 'taat dan setia' kepada DAP.Kesimpulannya ialah walau apapun kisah disebalik kemelut itu, diharapkan ahli dan penyokong Pas segera bangkit dari lena.Ini kerana sikap DAP yang sering bermuka- muka bukanlah jalan yang terbaik untuk memperjuangan Islam. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 20 Dec 2013 04:00 AM PST Dalam komennya mengenai Persidangan Agung UMNO yang berlangsung baru-baru ini,Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar menuduh parti itu menggelapkan masa depan orang Melayu.Malah anak kepada Ketua Umum PKR itu mendakwa UMNO tidak peduli nasib bangsa dan rakyat Malaysia dengan membiarkan kos sara hidup naik.Menurut Nurul lagi pemimpin-pemimpin negara hidup senang lenang tatkala rakyat menderita kerana tekanan kos barangan keperluan yang naik.Komen seperti Nurul itu adalah contoh mentaliti pemimpin pembangkang yang gaya cakap dan beretorik yang boleh memukau si pendengar tetapi hakikatnya kosong dan tidak berlandaskan fakta.Mungkin disebabkan generasi seperti Nurul lahir dalam era negara sudah pun lama mengecapi kemerdekaan lalu jahil mengharungi sejarah perjuangan UMNO dan juga pejuang-pejuang Melayu yang ikhlas dan kental mempertahankan ibu pertiwi.Nurul seperti rakan-rakan seperjuangan muda lain yang menyokong pembangkang berasa tidak perlu untuk mempelajari sejarah kontemporari negara apatah lagi sejarah keagungan dan kehebatan Melayu sebagai satu bangsa yang bermaruah dan progresif di alam Nusantara. Bagi Nurul sudah cukup membaca sedikit sebanyak sejarah perjuangan UMNO secara permukaan sahaja dan tidak berusaha memahami perit dan getir generasi terdahulu yang membangunkan masa depan negara yang dikecapi beliau kini.Inilah sebenar wajah mereka yang menganut fahaman liberalisme yang cuba disebarluaskan di dalam pemikiran rakyat negara ini oleh tidak lain tidak bukan ayahnya sendiri,Anwar Ibrahim.Seorang yang berkiblat kepada fahaman liberalisme tidak melihat sejarah serta kefahaman mengenainya sebagai satu aset penting dalam memahami erti kehidupan sebenar.Orang seperti Nurul dan yang 'sewaktu' dengannya melihat sejarah sebagai satu subjek yang mati dan kaku serta tidak mampu menyumbang kepada pergerakan sesebuah tamadun ke arah kesempurnaan.Oleh kerana fikiran golongan ini seperti begitu,maka mereka tidak dapat mempelajari apa-apa daripada sejarah kerana bukan itu yang menjadi panutan mereka dalam pencarian ideologi mereka.PKR adalah sebuah parti yang berpegang dan menganuti agama liberalisme di samping pluralisme.Pada pemikiran Nurul apa yang penting adalah apa yang dilihatnya di depan matanya sahaja.Tidak perlu melihat ke belakang seperti dalam hal ini perjuangan UMNO untuk membela bangsa Melayu.Tidak menghairankan jika Nurul tidak pernah dengar mahupun mengambil inisiatif untuk membaca karya-karya agung bangsa Melayu yang ditulis oleh tokoh silam seperti Tun Sri Lanang,Hamzah Fansuri atau yang lebih kontemporer seperti Za'aba,Hamka.Mereka bukan sahaja menulis mengenai politik,ketamadunan tetapi juga sejarah jatuh bangun bangsa Melayu yang sepatutnya dijadikan pedoman dan panduan oleh pemimpin muda seperti Nurul. Adalah amat mudah bagi beliau memetik satu dua statistik atau menemubual seorang dua penduduk di kawasannya mengenai masalah mereka lalu membuat rumusan kerajaan adalah zalim,menindas dan sebagainya. Jika Nurul ingin menjadi seorang pemimpin politik yang berwibawa dan berintegriti beliau hendaklah melengkapkan dirinya dengan pengetahuan sejarah negara secara mendalam dan terperinci.Membaca sejarah sahaja tidak mencukupi tetapi memahaminya adalah lebih mencabar.Setelah faham,yang lebih payah ialah bagaimana pula mengintepretasi bahan sejarah yang telah difahami.Dalam konteks komen dan kenyataan Nurul mengenai UMNO,nampak sangat pengetahuan beliua mengenai latar belakang berwarna warni parti itu sejak penubuhannya pada tahun 1946 tidak begitu difahami oleh beliau.Mungkin Nurul amat terpengaruh dengan kesan poltiking yang parah di kalangan parti-parti pembangkang sehingga tidak dapat memisahkan antara fakta, kenyataan dan fantasi.Jangan disebabkan terlalu ghairah melayan kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional sehingga tidak dapat mengimbangi pendapat yang syumul dan adil terhadap jasa-jasa parti pemerintah yang telah membangunkan negara dengan begitu hebat sekali. Ingatlah kontemporer UMNO seperti Golkar di Indonesia,LDP di Jepun,Kongres di India sudah hilang kuasa politik disebabkan parti-parti itu tidak lagi mampu melalui proses peremajaan sebagaimana yang sentiasa dilakukan UMNO.Ingatlah,Nurul,sebenci mana saudari luahkan perasaan terhadap UMNO, sistem kerajaan yang dipertahankan oleh UMNO itulah juga yang membolehkan anda bergelar 'Yang Berhormat'. ada faham ka ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSLUSIF !!! PRINSIP #DAP UNTUK HANCURKAN #MELAYU DIDEDAHKAN !!! Posted: 20 Dec 2013 02:02 AM PST DAP Selangor menyasarkan untuk meraih 50% undi Melayu dalam PRU-14 berbanding 40% dalam PRU-13.Menurut Teresa Kok,parti itu akan bekerja lebih kuat untuk memastikan sasaran ini berjaya direalisasikan.Walaupun cita-cita DAP begitu tinggi untuk meningkatkan sokongan Melayu,tetapi ia tidak bermakna yang parti itu akan melutut,menyembah atau memberi peluang kepada Melayu dalam apa jua keadaan.Kita boleh melihat sendiri bagaimana DAP tidak pernah mengalah dengan PAS dalam isu-isu yang membabitkan Islam dan Melayu tetapi sebaliknya PAS yang terpaksa mengalah dan membuat penjelasan bagi pihak DAP kepada orang-orang Melayu sekiranya parti Cina itu ada menyinggung perasaan umat Islam. DAP juga tidak pernah melonggarkan walau sedikitpun sifat perkauman Cina di sektor- sektor swasta yang didominasi kaum itu.Malah,sifat perkauman lebih terserlah dan sifat bongkak kaum Cina semakin menjadi-jadi dengan mencabar dan menghina Islam dan Melayu sesuka hati.Bayangkanlah,semua ini dilakukan dalam pada DAP ingin meraih sokongan Melayu.Walaupun UMNO sering dituduh DAP sebagai perkauman dan meminggirkan kaum Cina,tetapi UMNO tetap memberi peluang dan menyediakan platform kepada pemimpin dari kaum Cina untuk turut bersama di dalam kabinet.Sungguhpun setelah ditikam dari belakang oleh MCA yang turut menyokong DAP pada PRU yang lalu,UMNO tetap cuba memaafkan parti Cina itu dan menaruh harapan untuk terus bekerjasama demi negara. Namun,toleransi,tanggungjawab dan kematangan yang sama langsung tidak dipraktikkan oleh DAP.Buktinya,Konvensyen DAP peringkat negeri Selangor yang lalu memperlihatkan tiada seorang pun Melayu terlantik sebagai Ahli Jawatankuasa Parti. Ahli-ahli jawatankuasa DAP Selangor Pengerusi - Tony Pua Kiam Wee Timbalan Pengerusi - Gobind Singh Deo Naib Pengerusi - Teng Chang Khim Naib Pengerusi - Yeoh Tseow Suan (Hannah) Setiausaha - Yong Hian Wah Penolong Setiausaha - Ng Suee Lim Bendahari - Sze Han Setiausaha Organisasi - Lau Weng San Penolong Setiausaha Organisasi - Ganabatirau Veraman Penolong Setiausaha Organisasi - Philip Tan Choon Swee Setiausaha Publisiti - Ronnie Liu Tian Khiew Pengarah Pendidikan Politik - Lee Kee Hiong Ahli Jawatankuasa - Charles Anthony Santiago Ahli Jawatankuasa - Tiew Way Keng Ahli Jawatankuasa - Kannan A/L Thangarasu Ahli Jawatankuasa - Ong Kian Ming Ahli Jawatankuasa - Eddie Ng Ahli Jawatankuasa - Rajiv A/L Rishyakaran Ahli Jawatankuasa - Yeo Bee Yin KATA NAK UNDI MELAYU ??? MANA NAMA MELAYU ??? NAMPAK TAK DAP NAK MENGHANCURKAN MELAYU ??? Selain Selangor,Perak dan Pulau Pinang juga tidak melantik walaupun seorang Melayu untuk memegang jawatan di peringkat negeri.Sekali lagi,semua ini berlaku ketika DAP mensasarkan peningkatan sokongan Melayu.Jika semua ini masih tidak cukup untuk dijadikan pengajaran tentang keangkuhan dan sifat perkauman DAP,maka apa lagi ??? Apakah orang-orang Melayu perlu belajar dari kemusnahan ??? Apakah kita yakin yang kita mampu bangun semula setelah musnah ??? Hakikatnya,DAP bersifat chauvinis dan rasis dan tidak akan sekali-kali meletakkan diri mereka sama tinggi atau sama rendah dengan orang Melayu.Biarpun DAP memerlukan Melayu untuk menang, membuka peluang kepada Melayu pantang sekali. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #ANWARIBRAHIM PENGECUT !!! KENAPA TAKUT SANGAT DENGAN DATUK #SHAFEEABDULLAH ??? Posted: 20 Dec 2013 02:29 AM PST Hari ini Mahkamah Rayuan akan menentukan sama ada Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat yang melibatkan "lelaki Y" atau tidak.Ini adalah kerana Anwar sebelum ini mahu mahkamah menggugurkan nama Shafee dari pasukan pendakwaan bagi kes itu.Dalam perkembangan berkaitan,Anwar dikatakan memperguna bekas pengarah siasatan jenayah,Md Zain Ibrahim,bagi memburuk-burukkan kreadibiliti Shafee melalui satu pengakuan bersumpah yang kononnya ketua pasukan pendakwaan itu tahu tentang "jenayah" yang dilakukan Peguam Negara,Tan Sri Ghani Patail. Dalam menyangkal dakwaan Md Zain yang dipercayai berpakat dengan Anwar itu,Shafee mengemukakan hujah bahawa Md Zain sebenarnya telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi dan mungkin ditawarkan sesuatu yang menarik,maka Md Zain sedia mereka-reka cerita palsu di dalam akuan bersumpah tersebut.Tambahan pula,Shafee difahamkan mendakwa Md Zain mempunyai muslihat apabila menyembunyikan nombor kad pengenalan dan alamat di dalam akuan bersumpah tersebut. Selain itu,Mad Zain juga dikatakan memfailkan saman "main-main" bernilai RM30 juta sedangkan ia tidak pernah dibicarakan meskipun mahkamah pernah mengeluarkan 3 pucuk surat tunjuk sebab.Lebih mengejutkan, akuan bersumpah Md Zain itu dibuat berasaskan dengan hanya "dengar cakap-cakap" saja.Boleh terimakah akuan bersumpah jenis "dengar cakap-cakap orang" saja? Bagaimana jika saya buat akuan bersumpah mengatakan "saya dengar orang kata khabarnya Anwar Ibrahim peliwat tegar dan agen Yahudi"? Boleh diterima di mahkamah,kah? Saya tertanya-tanya,kenapa Anwar takut sangat pada Shafee? "Lelaki Y" itu menang dalam perbicaraannya di Mahkamah Tinggi sebelum ini.Kini kes tersebut yang ilatnya pada soal teknikal yang "seciput" itu di bawa ke Mahkamah Rayuan.Susah sangatkah nak tamatkan kes dan bersihkan nama baik sendiri? Mengapa takut sangat berdepan dengan Shafee? Apakah Shafee jenis "orang makan orang"? Shafee bukan "zombie".Atau Anwar sengaja mahu melengah-lengahkan kes rayuan itu? Takut sekiranya Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati dia sememangnya "lelaki Y" yang meliwat Saiful Bukhari Azlan dalam keadaan "paksa rela"? Saya yakin,Saiful Bukhari sehingga hari ini tidak sabar-sabar mahu menamatkan segala kekusutan kes yang sangat memalukan ini.Saya yakin dia punya harga diri yang perlu dibayar oleh Ketua Pembangkang itu dengan "mahar" yang sangat mahal.Dan sudah tentulah Saiful mahu dirinya terbela dengan adil. Maklumlah,Anwar sebelum ini hanya dilepaskan hanya kerana cara memproses bukti air mani Anwar yang kononnya tidak mengikut standard "pakar dari Australia".Kalau ikut standard yang ditetapkan "pakar" yang diimport Anwar,hanya Anwar saja yang boleh lolos dari dijatuhkan hukuman liwat.Maksud saya,kalau orang lain yang dituduh meliwat dan air maninya diproses jabatan kimia seperti amalan standard di negara kita, sudah tentu peliwat itu akan merengkok dalam penjara.Tapi oleh kerana negara kita perlu ikut standard "pakar Anwar",maka Anwar boleh terlepas dengan begitu mudah.Maklumlah,jabatan kimia kita mana ada standard…kan? Sebenarnya,saya tidak ambil pusing sangat sama ada Anwar bersalah atau tidak dalam kes liwat II di Mahkamah Rayuan kali ini. Kalau Anwar didapati bersalah, maka Najib juga yang salah.Kalau Anwar didapati tidak bersalah,Kerajaan pimpinan Najib juga akan dipersalahkan.Pendek kata,semua salah kerajaan Najib. Misalnya,cuba tengok ketika Mahkamah Tinggi jatuhkan hukum pada kes itu buat pertama kali.Anwar dikatakan tidak bersalah.Ramai pulak pihak yang salahkan hakim,mahkamah,pasukan pendakwaraya,saksi dan tak semena-mena Najib pun terpalit dipersalahkan..bukan? Lantaklah sama ada Anwar salah atau tidak.Pada saya,mahkamah di dunia ini tidak sempurna dan kadang-kala kurang adil terhadap sesuatu yang dibicarakan.Bukanlah saya menyanggah sistem keadilan negara.Cuma pada saya,mahkamah Allah lebih adil berbanding mahkamah di akhirat.Saya faham berapa ramai penjenayah dan tukang buat dosa terlepas di mahkamah dunia hanya disebabkan mereka kaya raya dan mampu membayar peguam yang handal.Tapi di akhirat kelak,mereka tahulah nasib mereka… - MYKMU APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




No comments:
Post a Comment