BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ISU KUCING KURAP !!! SI TUA OKU BERJAYA TUNDUKKAN JEFF OOI !!!

Posted: 02 Dec 2013 07:30 AM PST


Para pencacai pakatan pembangkang khususnya 'Red Bean Army',akhirnya mampu menarik nafas lega apabila episod drama 'kucing kurap' yang telah berlangsung sejak sekian lama itu dilihat hampir selesai.Ia ekoran dari permohonan maaf terbuka yang dilakukan oleh ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun kerana dikatakan akur dengan 'nasihat' Pengerusi DAP,Karpal Singh yang memintanya berbuat demikian.Jeff Ooi dalam ucapannya di konvensyen DAP Pulau Pinang,menjelaskan bahawa dia tidak akan meminta maaf,seandainya tidak diminta berbuat demikian oleh Karpal. 

"Tiada siapa boleh minta saya minta maaf.Saya tidak akan tarik balik atau minta maaf jika sesiapa minta,kecuali Karpal Singh,pengerusi nasional yang juga 'harimau jelutong'," katanya. "Saya dengan ini memohon maaf kepada semua pekerja MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) yang terluka dengan gelaran berkenaan.Saya memohon maaf kerana menghormati permintaan Karpal sebagai 'Lead of Tiger Jelutong'.Jadi saya sebagai 'Little Tiger Jelutong' akan akur dengan kehendak Karpal," katanya.Terdahulu,ahli parlimen Bukit Gelugor itu dikatakan telah 'menasihati' Jeff Ooi agar memohon maaf secara terbuka kepada kakitangan MPPP yang digelar Kucing Kurap baru-baru ini,kerana menyifatkan gelaran itu tidak patut.Disebabkan gelaran tersebut,pelbagai pihak tampil membuat kecaman termasuklah pimpinan dari pakatan yang mendesaknya agar segera menarik kembali kenyataan tersebut dan segera membuat permohonan maaf terbuka.Ini kerana ramai melihat kenyataan tersebut telah mengguris hati dan perasaan orang Melayu kerana majoriti kakitangan MPPP adalah terdiri daripada bangsa Melayu. 

Malah disebabkan isu tersebut,para pencacai pakatan pembangkang dilihat seakan 'mati akal' untuk membela kenyataan yang mempunyai unsur perkauman itu.Sekiranya tidak dibela,ia boleh menyebabkan orang Melayu marah sekali gus merosakkan imej pakatan pembangkang.Mereka cuba menggunakan pelbagai isu sampingan bagi mengalihkan tumpuan masyarakat agar melupakan kenyataan 'kucing kurap'.Persoalannya bagaimana nak bela,kerana kenyataan Jeff Ooi itu jelas memperlihatkan sikap sebenar pemimpin DAP yang selama ini berselindung di sebalik jubah Pas dan Anwar Ibrahim bagi memancing undi simpati dari orang Melayu.Di dalam kejadian sebelum ini,Jeff Ooi dilaporkan telah menghina kakitangan MPPP yang berpangkat rendah.Malah ketika ditanya mengenainya,Ooi seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu apabila mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai MPPP.Ia disebabkan kerana mereka dikatakan tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu. 

 "You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')… Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," katanya.Kesimpulannya,kenyataan maaf Jeff Ooi yang penuh dengan nada angkuh itu jelas membuktikan ianya tidak ikhlas.Ini kerana,menurutnya ia dibuat kerana akur dan tunduk dengan 'nasihat' Karpal dan bukannya kerana rasa bersalah kerana menghina kakitangan bawahan.Apa pun tahniah kepada Karpal,kerana berjaya menundukkan Jeff Ooi.Dia telah membuktikan walaupun sudah tua,cacat dan hanya duduk di kerusi roda namun taring dan kuku 'Harimau Jelutong' masih kuat mencengkam DAP.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! KERANA TAWARAN MT USTAZ KAZIM ELIAS DITUDUH BARUA DAN ANJING UMNO !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 02 Dec 2013 04:00 AM PST


Isu tawaran perlantikan kepada penceramah bebas,Ustaz Mohamed Kazim Elias sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno (MT) adalah antara topik hangat yang sedang dibincangkan pada ketika ini.Malah para macai pembangkang telah menjadikan isu tersebut sebagai modal baru untuk menyerang Ustaz Kazim dengan pelbagai kata-kata yang kesat dan nista semata-mata untuk merosakkan kredibiliti ahli agama itu.Selain cacian seperti,anjing Umno,babi,pencacai dan sebagainya,mereka turut menyerang Ustaz Kazim yang dikatakan masih merupakan ahli PAS.video dibawah akan menjelaskan segalanya


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SENARAI JAWATANKUASA KEPIMPINAN PAS PUSAT SESI 2013 - 2015 DIDEDAHKAN !!! MANA ULAMA DALAM PAS ???

Posted: 01 Dec 2013 09:00 PM PST


Makluman Pelantikan Jawatan Dalam Kepimpinan PAS Pusat Untuk Sesi 2013-2015 Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini,Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti dan dihadiri oleh Timbalan Presiden,semua Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut : 

1. Setiausaha Agung PAS - Dato' Hj Mustafa Ali 
2. Bendahari - YAB Dato Ahmad Yaakob 
3. Ketua Penerangan - YB Dato' Mahfuz Omar 
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli 

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah 

1. Kelantan - YAB Dato Ahmad Yaakob 
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat 
3. Pahang – Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man 
4. Johor - YB Tn. Hj Aminulhuda Hassan 
5. Melaka – Sdr Adly Zahari 
6. Negeri Sembilan - Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani 
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad 
8. Perak - Tn Hj Razman b. Zakaria 
9. Kedah - YB Dato' Mahfuz Omar 
10. Perlis - YB Mohd Shukri bin Ramli 
11. W Persekutuan – Tn. Hj Mohammad Noor Mohammad 
12. Sabah - Sdr Mohd Aminuddin Aling 
13. Sarawak – Tn. Haji Adam Ahid 

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri dari : 

1. YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah 
2. Dato' Abu Bakar Chik 
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos 
4. Tn. Hj. Mohd Hussin 
5. Tn. Haji Asmuni Awi 
6. Zulkiflee Mohd Omar 
7. Dr Muhaimin Sulam 

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan ke jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas. 

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
PRESIDEN PAS

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! ISU 'KUCING KURAP' !!! JEFF OOI MELAMPAU !!!

Posted: 01 Dec 2013 06:53 PM PST


Dah panggil orang 'kucing kurap'.Nak main drama pulak.Terus meminta maaf setelah disuruh oleh orang lain yg dirasakan berpengaruh.apa salahnya minta maaf.kena bayar kerr kalau minta maaf ??? 

Kalau tak ada si karpal singh ??? Confirm,degillah si bangsat Jef Ooi utk meminta maaf kepada orang yang dilabel KUCING KURAP !!! Kurang ajar kan?? Apa nilai yang cuba ditonjolkan ??? Tiada hormat untuk DAP. 

Hapuskan pengaruh DAP !!! 
Tolak rasis !!! 
Tolak monopoli !!! 
Tolak kesombongan !!! 
Tolak DAP !!! 

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...