BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! MALANG SUNGGUH NASIB #HUSAMMUSA !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Dec 2013 07:30 AM PST


Nampaknya 'badi malang' yang melanda Naib Presiden Pas,Husam Musa seperti tiada penghujugnya.Lepas satu-satu musibah melanda dirinya walaupun sebelum ini ramai mengatakan kemenangannya dalam pemilihan muktamar lalu seperti menandakan sudah ada sinar baru dalam karier politiknya.Namun ramai yang mengatakan kemenangan Husam hanyalah 'nasib baik' kerana undi kumpulan liberal berpecah dua antara Mahfuz Omar dan dirinya.Pemilihan di Muktamar Pas ke-59 yang lalu menyaksikan Husam hanya mampu menang tipis apabila memperolehi 520 undi berbanding Mahfuz yang memperolehi 504 undi dengan 16 majoriti.

Dalam erti kata lain,kemenangan Husam itu membuktikan dia tidak mendapat sokongan penuh para perwakilan Pas yang lebih cenderung memilih penyandang jawatan Salahuddin Ayub dengan 917 undi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili kumpulan ulama dengan 849 undi.Mungkin atas faktor itu kepimpinan Pas negeri Kelantan membuat keputusan untuk menurunkan pangkatnya dengan melantik dia sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan III.Sedangkan sebelum ini,ketika Nik Abdul Aziz Mat masih memegang jawatan sebagai Menteri Besar,Husam adalah merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan II.  

Mungkin ada yang mengatakan ia adalah merupakan perkara biasa dan 'asam garam' dalam dunia politik,namun para pemerhati politik merasakan sebaliknya.Ramai yang berpendapat,penurunan pangkat Husam ini adalah merupakan 'rentetan episod balas dendam' terhadap Husam yang dilihat semakin biadap terhadap kumpulan ulama Pas.Malah menurut sumber,sejurus selepas berjaya mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden,sudah ada gerakan kempen untuk memastikan jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan diberikan kepada Husam.Namun bak kata pepatah,lain yang dirancang,lain yang jadinya apabila jawatan tersebut akhirnya diberikan kepada Ahmad Yakob atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.

Tidak cukup dengan itu,ada yang mengatakan kekalahan calon Timbalan Presiden,Nik Amar Nik Abdullah yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada penyandang jawatan Mat Sabu adalah berpunca dari Husam.Episod balas dendam terhadap Husam ini dikatakan bermula apabila kepimpinan kerajaan negeri Pas Kelantan,memutuskan untuk tidak melantiknya semula bagi mengisi jawatan Exco kerajaan negeri walaupun dia berjaya memenanggi kerusi DUN Salor dalam pilihanraya umum yang lalu.Sedangkan sebelum ini,dia adalah merupakan Exco kanan kerajaan negeri dengan memegang portfolio Pengerusi,Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan.   

Paling menarik apabila,ketika sesi penggulungan sidang DUN Kelantan baru-baru ini,Husam dikatakan telah bertegang urat dan membidas beberapa anggota Exco yang dikatakan gagal mengurus tadbir dengan baik,berlaku kepincangan dan wujud penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan.Mungkin kerana tidak tahan dengan semua tuduhan yang dilemparkan itu, beberapa anggota Exco dikatakan bangun untuk menafikan semua tuduhan tersebut.Kesimpulannya,air mata Husam Musa menandakan badi malangnya tidak pernah hilang dan bakal kekal untuk merosakkan dirinya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! AKHIRNYA #ANWARIBRAHIM HANTAR PERMOHONAN UNTUK NAIK GAJI !!! TAK MALU KER ???

Posted: 18 Dec 2013 04:00 AM PST


Setelah puas menghentam Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tidak peka dengan masalah dan rintihan rakyat berhubung usul kenaikkan gaji mendadak yang dberikan kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Disebabkan itu,Khalid telah menjadi 'mangsa belasahan' Anwar dan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali yang kononnya tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut.Pelbagai kritikan dan cemuhan dilemparkan oleh Anwar bagi menggambarkan kononnya dia prihatin denga keluhan dan masalah rakyat.Namun dalam diam-diam,Anwar rupanya telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memohon agar gaji dan elaun Ahli Parlimen dinaikkan.Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dalam sidang Dewan Negara.Anwar sudah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji Ahli Parlimen dinaikkan.   

"Perdana Menteri sudah membentangkan cadangan itu (kenaikan gaji dan elaun MP) dalam usaha menaiktaraf Ahli Parlimen kita setaraf dengan ahli-ahli Parlimen negara lain di seluruh dunia.Usaha telah kita buat tapi atas sebab politik ia dibantah oleh Ketua Pembangkang.Sekarang barulah Ketua Pembangkang hantar surat kepada Speaker baru-baru ini mohon dinaikkan gaji.Barulah nampak ada sokongan padu untuk naikkan gaji MP," kata Shahidan.  

Ketika pembentangan Bajet 2012 pada tahun lalu,Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas.Namun usul tersebut terpaksa ditarik balik ekoran bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang.Mereka yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim,Ahli Parlimen Gombak,Mohamed Azmin Ali,Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas,Salahuddin Ayub.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Nazri Aziz pada ketika itu berkata,penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri itu.

"Pembangkang 'buka mulut' (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat.Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak,mungkin dalam lingkungan RM1,000.Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik,bayaran pejabat serta gaji pemandu," menurut Nazri.   

Malah disebabkan bantahan tersebut,ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen pembangkang dikatakan marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar itu.Menurut Ahli Parlimen PKR,selama ini mereka telah mengalami perbelanjaan 'defesit' setiap bulan memandangkan gaji sebagai Ahli Parlimen cuma RM6,500 sahaja dan dicampur lain-lain  elaun termasuk tuntutan jika Parlimen bersidang,mereka hanya perolehi tidak sampai RM12,000 sebulan.Lebih malang lagi,beberapa orang Ahli Parlimen PKR yang ditemui pada ketika itu menjelaskan,mereka terpaksa mendermakan RM1,500 kepada parti bagi kos operasi.   

"Tolak sebanyak itu,berapa yang kami dapat.Anak isteri juga perlu wang.Ini tak masuk bantuan kepada pengundi-pengundi dan aktiviti setempat.Hadiri kenduri kahwin,ziarah kematian."   Menurut seorang ahli parlimen PKR yang enggan dikenali itu,mengatakan dia terpaksa 'bersilat' dengan isterinya selepas ternampak slip elaun RM6,500. "Isteri saya bising dan tidak percaya wakil rakyat dapat gaji banyak itu.Dia tanya saya,macam mana saya boleh beri duit kepada mereka yang datang meminta bantuan.nasib baik saya ada perniagaan sendiri,jika tidak memang teruk.Perbelanjaan kami 'defesit' sebenarnya."   

Kesimpulannya ialah,walaupun pada ketika itu kerajaan hanya mencadangkan kenaikan sekitar 10 peratus,namun atas sebab politik ia terus ditentang berbanding kenaikan yang diluluskan oleh kerajaan Selangor yang mencecah sehingga 373 peratus.Anwar juga pada hakikatnya sedar gaji Ahli-ahli Parlimen di Malaysia adalah rendah berbanding negara-negara jiran.Namun disebabkan hasratnya ingin menjadi Perdana Menteri dan ingin mengambil hati rakyat semua cadangan tersebut terus ditolak mentah-mentah,tambahan pula pada ketika cadangan tersebut dilakukan,Pilihanraya Umum ke-13 masih lagi menjadi teka- teki.Benarlah apa yang dikatakan sebelum ini.Anwar adalah 'Bapa Segala Retorik'.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! AKHIRNYA #DAP MENGAKU TIADA TENDER TERBUKA UNTUK PROJEK NAIKTARAF LONGKANG !!!

Posted: 18 Dec 2013 12:30 AM PST


sebelum ini,Isu 'tender terbuka' merupakan peluru utama DAP untuk menyerang kerajaan BN.Di mana-mana sahaja DAP sering mencanangkan bagaimana parti itu mengamalkan tender terbuka untuk sebarang projek bagi mengurangkan kos dan memastikan ketelusan pentadbiran.Bagaimanapun,pembaca perlu ingat bahawa berbohong bukanlah perkara asing bagi DAP.Jika tidak,takkanlah Setiausaha Agungnya digelar 'berlidah biawak'.Baru-baru ini DAP telah terbukti berbohong lagi buat kesekian kalinya dalam projek menaiktaraf longkang dan membendung banjir di Pulau Pinang.Projek tersebut ternyata telah dianugerahkan kepada syarikat S.P Mega melalui rundingan terus tanpa melalui proses tender terbuka.Perkara itu diakui sendiri oleh Lim Hock Seng,Exco Pulau Pinang apabila ia terdedah di internet.Alasan Lim ialah rundingan terus telah membantu mengurangkan kos kerana syarikat berkenaan berjanji untuk 'membantu' kerajaan negeri.Persoalannya,bukankah DAP juga yang menyatakan bahawa tender terbuka mampu mengurangkan kos ???  Kenapa pula ada pengecualian atau 'double standard' apabila yang terlibat ialah DAP dan bukan BN ???  

Kerajaan negeri menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh MPSP sedangkan terdapat Minit Mesyuarat Sulit yang mencatatkan ia sebagai arahan terus dari Ketua Menteri untuk menganugerahkan projek tersebut kepada S.P Mega tanpa melalui tender terbuka.Lebih menarik lagi,S.P Mega meletakkan kos sebanyak RM6,913,896.60 walaupun kos yang diumumkan oleh Exco ialah RM6,947,120 iaitu perbezaan sebanyak RM33,223.40.Jika itu belum cukup membingungkan maka kita pasti bingung membaca Minit Mesyuarat awal yang menyatakan bahawa projek tersebut dicadangkan dianugerahkan kepada syarikat Suchen Sdn Bhd dari Selangor.Lim Hock Seng memberi alassan bahawa syarikat Suchen didapati tidak layak selain bukan merupakan syarikat tempatan yang mana menyebabkan Exco mencadangkan S.P Mega.Bagaimanapun, pihak MPSP pula menyatakan bahawa Minit Mesyuarat telah tersalah catat kerana Lim Hock Seng ataupun Lim Guan Eng langsung tidak menyebut nama S.P Mega untuk projek tersebut.

Nampaknya, 'salah taip','salah catat','salah kira' sudah menjadi sinonim dalam pentadbiran DAP.Setiap tindakan parti itu yang meragukan semuanya akan dijawab dengan alasan 'tersilap' atau 'tersalah',yakni tidak sengaja.Jika asyik tersilap atau tersalah, di manakah 'Cekap' yang dilaungkan ???  Jika tidak melalui tender terbuka,di manakah 'Telus' yang dicanangkan ???  Jika terdapat perbezaan harga yang meragukan,di manakah 'Amanah' yang dibangga- banggakan ???  saya nak pesan sikit pada DAP,cukup-cukuplah berbohong.Sesungguhnya,hipokrasi DAP sudah sampai ke tahap meloyakan.Dari apa yang dapat saya lihat di Pulau Pinang,saya pasti DAP tidak akan mampu memerintah dengan adil.Parti yang tidak cekap,tidak telus dan tidak amanah tidak mungkin dapat menjadi pemerintah yang baik.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENIPUAN OLEH #MILOSUAM DAN KUNCU TERHADAP DS @SHABERYC DIDEDAHKAN !!!

Posted: 17 Dec 2013 09:00 PM PST


lihat gambar di atas.saya dah gabungkan mana 1 FITNAH dan mana 1 BETUL.lain kali selidik dulu jawapan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.ini asyik hentam jerr akhirnya fitnah berlaku.bila pulak ada bayaran untuk pendaftaran media sosial ??? nampak sangat menipu ni !!! saya akan tunjuk bukti mana yang benar dan mana yang salah !!!

LIHAT JAWAPAN DI BAWAH 

"Kementerian tidak bercadang untuk melaksanakan pendaftaran media sosial atau mengenakan bayaran." 

Menjawab soalan tambahan Abdul Rahman sama ada kementerian bercadang mengenakan pendaftaran dan wang cagaran kepada setiap pengguna laman sosial untuk melayari Internet,Ahmad Shabery berkata kementerian tidak bercadang melaksanakannya.

NAK BUKTI PENUH ???


UNTUK SELANJUTNYA 

"Menghindarlah kalian dari fitnah-fitnah kekacauan, karena pada waktu itu tajamnya lidah sudah seperti tebasan pedang." - Ibnu Majah

SIAPA YANG SALAH DAN SIAPA YANG BENAR ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! LUAHAN HATI DS #ROSMAHMANSOR YANG DIFITNAH OLEH PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 17 Dec 2013 06:00 PM PST


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.Gejalanya amat menakutkan,lagi merosakkan.Pembaca yang amat dikasihi; Tibalah masanya saya sebagai seorang insan,dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya,maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.Alhamdulillah,anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat,bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut,mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan.Cuma,mereka hairan,terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya.Saya mana ada pegawai,saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.Justeru,saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama : Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006 

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian.Nauzubillah.Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari.Saya juga takut gelap.Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu.Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur.Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya,saya tidak diberikan kekebalan.Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua : Cincin berlian berharga RM24 Juta 

Saya berani bersumpah,cincin itu tidak ada di tangan saya.Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya.Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co.,Philip Nassimi.Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit,New York menggunakan penerbangan House Airway,no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur,Malaysia.Ia sampai pada 16 April 2011.Setelah dilihat oleh Maira,cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011.Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura.Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011 

Ketiga : Berjoli di luar negara 

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.Selain itu,saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah.Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi.Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,Britain,Perancis,Jepun dan Korea sudah maju dan kaya.Jika mahu berbakti,sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita.Kita mahu buat kerja,bukan glamour.Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011.Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah.Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan.Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun,saya tidak minat berjoli. 

Keempat : Pembaziran Projek Permata 

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.Sebagai anak bekas guru,saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia.Pendidikan harus bermula daripada awal.Justeru,saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru.Tidak apalah,kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub,kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik.Semuanya mereka satukan.Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang.Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya. 

Kelima : Bergaya dengan perhiasan mewah 

Seperti kebanyakan isteri pemimpin,saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara.Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri.Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.Apabila saya ke negara tersebut,mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita.Itulah adab sopan melayan tetamu.Sebagai meraikan kehadiran tetamu,kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan.Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin,jam,perhiasan diri dan sebagainya.Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati.Dan,apabila telah diberi,saya pun memakainya.Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas,cantik dan sesuai untuk digunakan.Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai.Itu hak mereka.Saya tidak boleh menghalang.Tetapi,malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.Pendek kata,saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang.Yang penting,saya percaya pada apa yang saya lakukan 

Keenam : Isu 'First Lady' 

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama,peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden,Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis,ketua kerajaan dan negara adalah Presiden,maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda.Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong.Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham.Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu. 

Ketujuh : Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak.Kalau dia orang biasa pun,saya akan bersama dia.Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik.Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri.Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib,maka saya menjadi sasaran.Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja,maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.Datuk Seri Najib kata,sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu.Mereka tak dapat suami,mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda.Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib.Bagi saya senang,tak salah setiap orang ada cita-cita.Tapi,caranya kena betul.Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang.Itu salah dan tidak ada etika.Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi,Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini.Apa yang lahir,adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.Saya serahkan kepada Allah.Kalau mereka insaf,syukur Alhamdulillah.Saya sentiasa memaafkan.Tak apalah mereka memfitnah saya,Tuhan akan beri yang baik kepada saya.Ingat zaman nabi dulu,bila orang kutuk baginda,baginda beri pisang kepada orang itu.Semoga Allah memberkati para pembaca semua.Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

ANDA DAH BACA LUAHAN INI WAHAI PEMBACA BADUT RAKYAT ???

TOLONG BAGI LUAHAN INI DAN MINTA PUAK PEMBANGKANG BACA !!!

JANGAN ASYIK FITNAH MEMANJANG !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...