BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! IPP DAN KENAIKAN TARIFF ELEKTRIK !!! NAMPAK SANGAT #PEMBANGKANG JAHIL !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Dec 2013 07:30 AM PST


Kenaikan tariff elektrik baru-baru ini telah menjadikan Penjana Tenaga Bebas (IPP) sebagai sasaran tembakan pembangkang terhadap kerajaan.Keputusan tidak popular ini sememangnya sukar untuk dicerna oleh rakyat,sekali gus memberi kelebihan kepada pembangkang.Sebagai rakyat yang bijak,pembaca Badut Rakyat tidak seharusnya menerima bulat-bulat apa saja hujah tidak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan.Sebaiknya,anda harus mengkaji dan menganalisa sendiri latarbelakang dan kesan dari keputusan yang dibuat.Kewujudan IPP sebenarnya banyak membantu negara dari segi menangani krisis bekalan tenaga dengan menggunakan dana swasta.Di kala Malaysia beralih ke era perindustrian iaitu dalam tahun 1990-an,kewujudan IPP adalah tepat di mana ia mampu mengelakan krisis tenaga yang teruk di samping menjimatkan perbelanjaan kerajaan.IPP terbukti merupakan antara faktor utama yang menjadikan Malaysia destinasi kegemaran pelabur.Pembekalan tenaga yang efisien amatlah penting bagi industri-industri terutamanya perkilangan. Mengenalpasti peranan IPP dalam ekonomi negara,kerajaan telah memastikan yang ia mendapat diskaun korporat dari pembekal, iaitu Petronas. 

Pembekalan gas oleh Petronas kepada IPP dan TNB dengan harga rendah mampu mengawal tariff agar kekal pada harga yang berpatutan.Harga 'diskaun' yang diberi Petronas kepada IPP dan TNB melibatkan jumlah sehingga RM12 billion setahun.Selain mempersoalkan subsidi kepada IPP,pembangkang juga menuduh kononnya IPP diberi pada kroni,iaitu YTL yang mana membuktikan kerajaan tidak telus.Namun,saya pasti seluruh rakyat di Malaysia sedia maklum bahawa siapa jua yang mendapat projek tersebut akan tetap dilabel sebagai kroni di negara ini.Perlu diingatkan bahawa IPP dan juga TNB tidak dapat menjual gas tersebut secara langsung kepada pengguna untuk keuntungan syarikat mereka,tetapi mereka membekalkan tenaga sahaja kepada pengguna.Pengurangan subsidi terhadap pengguna juga tidak memberi apa-apa keuntungan kepada IPP. 

Kenaikan tariff elektrik adalah berpunca dari kenaikan semasa dari segi penyelenggaraan,operasi dan bangunan.Selain subsidi,pembangkang juga mempersoalkan mengenai simpanan tenaga yang tinggi dan menyarankan agar ianya dikurangkan dari 52% kepada 30% bagi menjana keuntungan sehingga RM20 billion.Saranan ini membuktikan bahawa pembangkang gemar mencari cara mudah untuk membuat keuntungan sekali gus mencerminkan cara mereka mentadbir negeri-negeri jajahan mereka.Nampaknya,pembangkang tidak faham bahawa margin simpanan tenaga yang tinggi adalah penting bagi menarik pelabur asing melabur di negara ini.Di bawah transformasi Industri Bekalan Elektrik Malaysia,TNB kini perlu bersaing dengan IPP lain untuk pembinaan loji tenaga baru.proses pembidaan pertama untuk loji tenaga di Prai telah dimenangi oleh TNB.Ini membuktikan bahawa TNB tidak lagi memonopoli industri ini dan perlu bersaing dengan berusaha membekalkan khidmat terbaik kepada pelanggan.Persaingan ini pastinya memberi manfaat kepada pengguna kerana berpeluang menikmati perkhidmatan yang lebih baik.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! RUSUHAN #SINGAPURA !!! KENAPA #CNN SENYAP ??? APA CERITA NI ???

Posted: 14 Dec 2013 04:00 AM PST


Ahad lalu, jiran kita iaitu Singapura yang menjadi kiblat masyarakat Cina di Malaysia menyaksikan rusuhan terburuk dalam sejarahnya.Kira-kira 400 perusuh telah membuat kacau memusnahkan harta awam serta membakar kenderaan di kawasan Little India.Ia berpunca dari seorang lelaki India berusia 33 tahun telah mati dilanggar oleh sebuah bas ketika melintas jalan.Pihak berkuasa negara itu mengerahkan lebih 300 anggota keselamatan untuk meleraikan rusuhan.Sehingga kini 27 orang telah ditangkap manakala 18 orang termasuk polis dan juga pemandu dan konduktor bas, telah cedera dalam rusuhan tersebut.Bagi sebuah negara kecil iaitu 714.3 km/p dengan populasi lebih kurang 5 juta,rusuhan yang melibatkan 400 perusuh dan kemusnahan yang berlaku pada Ahad lalu,bukanlah besar,tetapi bukan juga kecil. 

Apatah lagi bagi sebuah negara yang sering mendabik dada sebagai lebih bijak dari kebanyakan negara di dunia,yang meletakkan kedudukannya sebagai setaraf dengan negara maju di barat dan memandang rendah pada rakan-rakan Asianya.Rusuhan yang buruk dalam negara ini yang turut terkenal dengan undang-undang yang ketat tentunya merupakan satu berita hangat.Namun,pelik sekali apabila media barat,terutamanya CNN tidak pula memberi liputan meluas mengenainya.Sedangkan selama ini CNN cukup berminat dengan berita sebegitu.Malah,rusuhan kecil juga sering diperbesar-besarkan,diulang-ulang dan dibincang berkali-kali dalam program-program mereka.Demonstrasi BERSIH atau Blackout atau Himpunan Kebangkitan Rakyat di Malaysia,misalnya,sering mendapat liputan meluas di CNN walaupun tidaklah seburuk mana.  

Benar,jumlah pendemonstrasi lebih ramai dari Singapura tetapi perlu diingatkan bahawa Malaysia juga lebih besar dari Singapura dengan jumlah penduduk 23 juta iaitu hampir 4 kali ganda.Pun begitu,kesannya tidak seburuk yang berlaku di Singapura.Dalam setiap demonstrasi di Malaysia kita boleh melihat bagaimana sebahagian dari mereka yang berada di tempat kejadian bukannya turut berdemonstrasi,tetapi sekadar ingin melihat sendiri kekecohan itu,tanpa sedikit pun merasa takut.Jelas,rakyat negara ini cukup yakin dengan kecekapan polis menangani manusia-manusia tidak bertamadun yang menjadikan demonstrasi sebagai hobi.Bagaimanapun,demonstrasi di Malaysia pasti menarik minat media barat.Beberapa pemimpin barat turut memberi perhatian sehingga ada yang membuat kenyataan seolah-olah ingin mengajar,kalau pun tidak memberi tekanan kepada Malaysia.Media barat juga sedaya upaya cuba menggambarkan seolah-olah Malaysia tidak lagi selamat.Walhal,rakyat Malaysia sendiri hanya memandang demonstrasi itu dengan sinis sahaja tanpa sedikit pun merasa terancam kerana tahu bahawa ia dilancarkan tanpa sebab yang konkrit tetapi sekadar untuk mencari publisiti di media asing.  

Berbeza dengan demonstrasi di Singapura,rakyat dan kerajaan negara itu jelas terlepas pandang akan sesuatu yang telah lama terpendam di hati manusia yang menduduki negara itu.Sesuatu rusuhan seganas itu tidak mungkin tercetus hanya kerana satu insiden seperti kemalangan.Rusuhan ganas adalah kemuncak dari rangkaian keadaan atau peristiwa yang menyebabkan ketidakpuasan hati dan kemarahan terpendam lama.Memandangkan yang terlibat adalah warga asing yang kebanyakannya dari India dan Bangladesh,maka kemungkinan besar rusuhan ini berkait rapat dengan cara Singapura melayan pekerja asing di peringkat bawahan atau buruh kasar.Tahun lepas,warga asing dari China yang menjadi pemandu bas di negara itu juga telah melancarkan mogok kerana tidak puas hati terhadap layanan dan gaji yang diterima mereka.Ini menguatkan persepsi mengenai trend menindas golongan bawahan di Kota Singa itu.Persepsi ini amat menepati sikap kiasu kaum Cina yang mendominasi negara itu.  

bagaimanapun,sepertimana CNN tidak begitu berminat dengan rusuhan ganas di Singapura,begitu jugalah kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi manusia di barat tidak begitu berminat dengan golongan yang tertindas di Singapura.Nampaknya,Singapura mendapat layanan istimewa dari barat.Segala keburukan negara itu tidak akan dihebahkan dan sebaliknya hanya kebaikannya sahaja yang ditonjolkan.Ini mengukuhkan anggapan ramai bahawa Singapura merupakan 'adik' kepada Amerika Syarikat atau lebih tepat kumpulan Neo-con yang sedang bermaharajalela di seluruh dunia melalui operasi pertukaran rejimnya.Justeru,tidak hairanlah apabila CNN hanya memberi liputan 'melepas batuk di tangga' mengenai rusuhan di Singapura kerana imej negara itu perlu dijaga agar ia dapat terus menjadi mata,telinga ataupun 'alat' Amerika Syarikat di Asia Tenggara,dalam usaha kuasa besar itu untuk menguasai dunia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! @USTAZFATHULBARI MEMBELASAH #MATSABU !!! BUKTI #MATSABU PENGANUT #SYIAH DIDEDAHKAN !!!

Posted: 14 Dec 2013 12:30 AM PST


Keh3..Sekali Dr. Fathul Bari sudah lempang 'BUKAN USTAZ' dari PAS yang juga Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu.Macam biasa.Mat Sabu nafikan dia bukan Syiah....Ala rileks ler Mat Sabu.Bukan hari tu kau tak nak jawab ke dalam isu Syiah ??? Sedangkan sepatutnya bila wartawan tanya soalan tu kat kau,seharusnya dengan tegas kau nafikan diri kau bukan Syiah.Kenapa bila KDN dah gertak,baru terhegeh-hegeh nak mengaku ahli sunnah ??? Apa-apa pun... Kau tak boleh nak selindung coz kau punya Degree Taqiyyah tak complete lagi.Kes tu senang saja terkantoi. - AJ

kenapa pembangkang ni bangang sangat !!! kalau perjumapaan tiada masalah !!! ada faham kahh !!! perbuatan tu baru salah seperti di bawah 

mat sabu telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah.Mat Sabu juga pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu ceramah di Madrasah Diniah, Arau,Perlis pada 2005 dan Tuan Guru Haji Abd. Rahim dari Sungai Jagung,Pendang,Kedah menjelaskan Mat Sabu dilihat menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujud yang merupakan ajaran sinonim dengan fahaman Syiah. 

BUKTI DAH ADA !!! 

APA LAGI PEMBANGKANG NAK MENGARUT NI ??? 

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH





ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SELEPAS #PRU13 !!! KEZALIMAN DAN SIKAP #RASIS #DAP DI PULAU PINANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 13 Dec 2013 09:00 PM PST


Sejak berjaya mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang,kerajaan DAP pimpinan Ketua Menterinya,Lim Guan Eng dilihat semakin angkuh dan zalim terutamanya yang melibatkan isu bangsa Melayu dan India.Watak dan penampilan mereka jelas berbeza berbanding sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU13).Jika sebelum ini masyarakat Melayu diangkat seperti 'menatang minyak yang penuh',namun sejurus selepas menang pilihanraya,nilai mereka hanyalah seperti duit lima kupang.Ia bukanlah cakap kosong semata-mata,namun perkara itu diakui sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu negeri,Zulkifli Mohd Noor yang berkata kewujudan ahli Melayu dalam parti tersebut jika mahu digambarkan dengan mata wang hanya bernilai 50 sen.Menurutnya penyertaan orang Melayu dalam DAP tidak pernah dihargai para pemimpinnya malah kehadiran mereka dilihat sekadar mengaburi mata rakyat bagi menggambarkan keahlian parti tersebut terdiri daripada berbilang kaum.Contohnya ketika pemilihan parti yang diadakan pada hujung tahun lalu,tiada seorang pun calon wakil Melayu yang menang sekali gus memberikan gambaran sebenar kedudukan ahli- ahli Melayu dalam DAP. 

Sedangkan sebelum ini,Guan Eng dengan bangganya mengatakan mahu mengikut jejak Khalifah Umar Abd Aziz bagi mengambarkan kononnya walaupun merupakan tokoh DAP yang dianggap rasis,dia lebih memahami Islam berbanding orang lain.Di atas pentas yang dihadiri ramai orang Melayu,Guan Eng begitu beria-ria bercakap perihal khalifah Islam itu.Sedangkan apabila diteliti pendekatan tersebut hanya bertujuan untuk mengunakan dan memperbodohkan pengundi Melayu kononnya dia faham akan ciri-ciri pentadbiran khalifah Islam,Bani Umaiyyah.Paling menarik apabila kaedah tersebut hampir sama dengan pendekatan pemimpin Republik Rakyat China menggunakan The Little Red Book yang mengandungi petikan Pengerusi Mao Tse Tung.Apa yang anehnya,orang yang mendabik dada ingin mengunakan pendekatan Islam ini,langsung tidak berminat untuk mempertahankan hukum hudud sebagaimana yang dilakukan oleh cicit kepada khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al- Khatab.  

Dari segi ini,nampaknya sebagaimana maksud peribahasa Inggeris,the appearance is more important than substance. Tidak cukup dengan guna maskot tidak rasmi pemerintah Islam itu,ketika Ramadan pula,jadual Guan Eng agak sibuk ke sana ke mari untuk bersama umat Islam berbuka puasa seolah-olah ia sudah menjadi satu 'majlis' dan bukan lagi satu ibadah eksklusif umat Islam.Itu belum lagi diambil-kira peruntukkan yang diberikan kepada guru agama, imam dan sebagainya.Namun semua yang dilakukan itu sebelum PRU13,sebaik sahaja berjaya mengekalkan kuasa,lagaknya mula berubah.Daripada seorang yang agak Islamik,dia kembali menjadi seorang pemerinah yang zalim lagi rasis.Contohnya,sejak PRU-13 tamat,apa yang telah kerajaan DAP mereka lakukan untuk kebajikan rakyat.Mereka hanya berkempen dan berpolitik setiap masa tetapi tidak ada apa yang mereka lakukan untuk rakyat.Harga surcaj air naik 100 peratus,rumah kos rendah dan sederhana sehingga kini masih tidak nampak bayang dan peniaga kecil diganggu sehingga pendapatan mereka terjejas.Antaranya tindakan melampau DAP yang merobohkan gerai-gerai makan di Teluk Bahang,Jelutong,Batu Feringgi dan Padang Kota tanpa sebarang notis.

Malah mereka juga tergamak untuk meruntuhkan rumah seorang warga emas di Kampung Lengkok Sungai Gelugor. Tidak cukup dengan itu,nasib 58 keluarga yang rata-ratanya dihuni oleh golongan nelayan juga seperti tidak menentu apabila kerajaan negeri mengarahkan mereka mengosongkan rumah di Kampung Permatang Tepi Laut,Batu Maung walaupun perkampungan tersebut telah wujud hampir 100 tahun lalu.Malah sebelum ini penduduk di Kampung Genting,Balik Pulau turut terkejut apabila dimaklumkan mengenai tindakan Guan Eng yang mahu mengambil tanah mereka atas alasan untuk mewujudkan 'hab pendidikan'. Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan layanan yang diberikan selama ini,PAS Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan akan meletak semua jawatan dalam kerajaan negeri.Menurut meraka pentadbiran Guan Eng langsung tidak mempedulikan Pas malah mereka juga seolah-olah dinafikan hak untuk bersuara yang diumpamakan seperti melukut di tepi gantang. 

Terbaru Ketua Pembangkang Pulau Pinang,Jahara Hamid sebelum ini mempersoalkan kenapa tiada tindakan diambil terhadap penjaja Cina yang berniaga secara haram sepanjang Pantai Bersih,Butterworth.Ekoran kenyataan tersebut,Guan Eng kemudiannya berkata,beliau sentiasa memikirkan Jahara sebagai nenek yang biasa tetapi beliau kemudiannya menjadi"nenek yang rasis dan tidak munasabah". Kesimpulannya,DAP dan sikap perkauman boleh disifatkan tidak dapat dipisahkan. Kepada orang Melayu khususnya,nilailah sendiri apakah benar Guan Eng mengamalkan pemerintahan ala Khalifah Umar Abd Aziz atau ia sebenarnya hanya sekadar retorik politik semata.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #MATSABU PANIK !!! #HADIAWANG DAH BERSUARA PASAL #SYIAH !!!

Posted: 13 Dec 2013 06:00 PM PST


Pendedahan terbaru yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi pasti membuatkan tidur Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu semakin tidak lena.Ini kerana pendedahan tersebut dilakukan berdasarkan penelitian,siasatan yng dijalankan,kenyataan serta tindakan Mat Sabu sebelum ini yang jelas mencurigakan.Dalam satu sidang media di Putrajaya,Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk keterangan daripada Mat Sabu sendiri.Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni" dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008."Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain,pegawai KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah,Arau Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim. 

Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979,Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Julai 2011.Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.Berdasarkan maklumat,beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah,Semanggol,Perak.Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah. 

Ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013 sebelum ini, Menterinya,Datuk Seri Dr Ahmad Zahidmendedahkan pihak KDN mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah.Malah Zahid turut menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas agar menolak pemimpin terbabit malah turut melahirkan rasa hairan,bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti itu. Paling menarik, ekoran kenyataan tersebut ramai pemimpin pakatan pembangkang khususnya Pas segera tampil membuat kenyataan membela Mat Sabu,sedangkan ketika pendedahan itu dilakukan,Zahid langsung tidak menyebut mana-mana nama individu.Malah ketika diminta mengulas mengenainya,Mat Sabu dengan pantas mengatakan akan mengambil tindakan terhadap Zahid ekoran kenyataan tersebut. Mungkin kerana menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu,Mat Sabu dengan segera membuat kenyataan balas mengatakan dia tidak pasti sama ada kenyataan Zahid itu merujuk kepada dirinya atau sebaliknya.Selain pihak KDN,ramai di kalangan pimpinan Pas turut mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah apabila isu mengenai fahaman sesat itu dibangkitkan. 

Malah ia turut diakui sendiri Mat Sabu ketika siri kempen pemilihan yang diadakan oleh parti itu baru-baru ini.Beberapa hari sebelum berlangsung muktamar,Mat Sabu dilaporkan bertemu dengan beberapa orang kenalannya untuk menyuarakan kebimbangannya.Dia mengeluh kerana kurang senang dengan gaya dan bentuk kempen keterlaluan yang dijalankan oleh para pengikut dan penyokong Pas. "Aku dituduh Syiah!" begitulah antara katanya ketika bercakap dengan salah seorang rakan yang ditemui itu dengan nada sedih dan kecewa."Apa Syiah buktikan dulu.Aku hanya mengambil semangat revolusi Iran untuk menghadapi Umno.Apakah kerana pernah ke Iran maka dituduh Syiah…" katanya lagi.Disebabkan pendedahan yang dilakukan kelmarin,Presiden Pas,Haji Abdul Hadi Awang terpaksa menulis kenyataan yang panjang lebar di dalam ruangan portal pembangkang,bagi membela Mat Sabu.Namun apabila diteliti semula artikel tersebut ada ayat-ayatnya yang seakan ingin memberi tekanan kepada Mat Sabu."Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al "Quran,Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata.inilah sumber hukum para Ahli Sunnah wal Jama'ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli Pas WAJIB menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam Pas" katanya. 

Menurutnya lagi,parti itu bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang jelas telah terpesong dari fahaman Ahli Sunnah wal Jama'ah.'Pas juga memahami betapa Revolusi Islam Syi'ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan Pas dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat.Pas tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada Pas atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli Sunnah yang didukung oleh Pas secara istiqamah dan muhasabah" tegasnya lagi. 

Parti itu sebelum ini sering bercanggah pendapat berhubung dasar parti,tiap kali isu Syiah dibangkitkan.Sebagai contoh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat,Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata tidak seorang pun pemimpin parti it yang terlibat dengan Syiah. "Berdasarkan pemantauan,tiada seorang pemimpin Pas terlibat dengan Syiah dan kami telah pun membuat penafian berhubung perkara ini.Ia hanya spekulasi pihak luar yang khabar angin untuk mereka dan juga Umno sahaja.Jika KDN ada bukti,sila buktikan, jangan hanya bermain politik sebegini" katanya.Namun yang menghairankan ialah,dia yang pada mulanya meminta pihak KDN agar mengeluarkan bukti bagi menyokong dakwaan tersebut mengatakan parti itu akan tetap mempertikaikannya. "Jika beliau berjaya membuktikan ada pemimpin Pas yang mengikut fahaman Syiah, Pas tetap mempertikaikannya. Kami hanya akan mengambil tindakan apabila kami sendiri melihat serta mengkaji bukti tersebut," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! SYIAH MELAYU MENGHINA YUSUF AL-QARDAWI !!!

Posted: 13 Dec 2013 05:23 PM PST


Dalam posting rakan blogger Pena Minang Return,Agensi Berita Ahlul Bait pernah mengeluarkan artikel yang membantah dan menghina Dr. Yusuf Al-Qaradawi gara-gara beliau mengkritik kepimpinan Syiah di Iraq dan memuji kepimpinan Sunni di Arab Saudi.


UNTUK SELANJUTNYA 



ternyata kenyataan beliau itu telah mengundang rasa marah dikalangan penganut Syiah terutama sekali di Malaysia.Dalam satu komentar yang dikeluarkan oleh Mahdawi Ali Akhbar,penama berkenaan telah menggelarkan Qaradawi dengan panggilan 'Joseph Qaradawi Mufti Nato'.Dalam komentar tersebut itu juga,Mahdawi turut menyatakan bahawa dari perkataan Qaradawi itulah menjadi punca ramai manusia telah terbunuh.Berikut merupakan sedikit bukti kecenderungan penama berkenaan terhadap Syiah :




ANDA NAK LAGI MELIHAT BUKTI ???


UNTUK SELANJUTNYA

SAYA HARAP BELIAU TIDAK PADAM SEMUA INI !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...