BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! FORMULA PEMBANGKANG UNTUK MENGHANCURKAN MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 13 Dec 2013 07:30 AM PST


Dua puak lawan mengisytiharkan kesetiaan mereka kepada negara mereka.Satu kerja-kerja untuk membangunkan negara secara positif walaupun tidak sempurna manakala yang lain secara konsisten berjalan ke bawah negara di dalam negara dan di luar negara kononnya demi rakyat.Di peringkat antarabangsa,prestij negara adalah pada trend menurun.Ramai membuat kesimpulan bahawa perkara yang tidak baik di dalam negeri.Yang kamu akan percaya ??? Walaupun laporan itu,ramai yang masih terpedaya dengan berfikir bahawa PR melakukan semua ia boleh untuk negara ini tetapi apa yang mereka BENAR-BENAR dilakukan untuk Malaysia ??? 

Lihatlah jadual berikut,yang adalah himpunan cara di mana PR meletakkan Malaysia di jalan raya untuk kemusnahan.Senarai semua rungutan yang dibangkitkan oleh pembangkang adalah satu tugas yang sukar dan mustahil.Mereka mempunyai TIADA APA-APA yang baik tentang kerajaan.Walau bagaimanapun,marilah kita turun ke tag tembaga.Apa yang telah PR dilakukan untuk membangunkan negara ???

ANDA NAK LAGI KEBENARAN ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSLUSIF !!! KISAH SEBENAR KENAPA ANWAR IBRAHIM TIDAK HADIR RAYUAN KES LIWAT 2 DIDEDAHKAN !!!

Posted: 13 Dec 2013 04:00 AM PST


Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan Anwar Ibrahim yang dijadualkan kelmarin telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim.Alasan yang dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua Pembangkang itu berada di Washington untuk menghadiri seminar.Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir.Menurutnya,dalam sebarang perbicaraan jenayah,responden adalah wajib hadir.Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan.Sebagai seorang pemimpin yang bercita- cita untuk menjadi Perdana Menteri,Anwar telah menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap undang-undang negara.Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah air.  

Perlu diingatkan bahawa pada ketika yang sama,rakyat negara ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling buruk.Sekurang-kurangnya,Anwar boleh menolak untuk hadir ke seminar atas alasan ingin membantu rakyat.Namun,ini tidak berlaku.Anwar dilaporkan sedang menghadiri Seminar anjuran IIIT (International Institute of Islamic Thought) iaitu sebuah organsasi yang menggunakan nama Islam secara meragukan berdasarkan latarbelakang mereka yang menerajuinya.IIIT berpengkalan di Herndon Virginia mempunyai hubungan  yang rapat dengan CIA.Antara nama- nama besar di dalam IIIT adalah Youseff Nada yang juga merupakan antara pencetus Arab Spring yang menghancurkan dunia Islam.Selain itu,kematian pengasas IIIT iaitu Ismail Faruqi,diselubungi skandal homoseksual dan pembunuhan yang mengejutkan.IIIT juga mempunyai jaringan dengan organisasi Yahudi yang merancang pertukaran rejim di negara-negara sasaran Amerika.Oleh itu,kehadiran Anwar ke seminar IIIT sambil mengabaikan proses keadilan ke atas dirinya dan mangsa,iaitu Saiful Bukhari dalam kes liwat 2 amatlah tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun,ada juga yang berpendapat bahawa Anwar memilih untuk tidak hadir ke mahkamah serta lari ke Washington bukan kerana biadap,tetapi sebenarnya kerana takut.Ini berdasarkan perkembangan terkini mengenai kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendedahkan hubungan Anwar dengan Datuk Mat Zain Ibrahim dan juga Datuk Ghani Patail,Peguam Negara.Selama ini,rakyat Malaysia cukup musykil dengan keputusan mahkamah dan tindakan Peguam Negara dalam menangani kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim di mana hampir semuanya memihak kepada Anwar dalam cara yang begitu 'misteri'.Justeru,kenyataan Tan Sri Shafee mengenai pendedahan yang mungkin dibuatnya menyebabkan seluruh rakyat teruja manakala Anwar pula resah gelisah. Apapun,yang penting untuk diberi perhatian di sini ialah fakta kes yang mana terdapat 'mangsa' yang sedang mencari keadilan.Mangsa di dalam kes ini bukan Anwar,tetapi Saiful Bukhari.  

Seperti semua mangsa-mangsa kes jenayah seksual,Saiful berhak mendapat keadilan.Rayuan yang dikemukakan oleh pihaknya bukan bermotif politik tetapi sekadar mencari keadilan semata-mata.Atas dasar ini,sekurang-kurangnya,sebagai seorang manusia yang waras,Anwar seharusnya memahami bahawa beliau bukan berhadapan dengan seorang politikus,tetapi bekas pekerjanya sendiri.Anwar boleh menuduh semua ini hanya konspirasi,tetapi sebagai seorang yang mengaku tidak bersalah,beliau harus berani berhadapan dengan mangsa di dalam mahkamah sebagai seorang lelaki sejati.Cerita-cerita bahawa mahkamah tidak adil tidak lagi laku pada hari ini kerana seluruh dunia telah menyaksikan bagaimana mahkamah yang sama telah melepaskan Anwar berkali-kali.Justeru,kenapa Anwar harus takut, mengelak dan cuba lari ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! 10 BUKTI MAT SABU CENDERUNG FAHAMAN SYIAH DIDEDAHKAN !!! TAPI SAIFUDDIN BUAT HAL LAH !!!

Posted: 13 Dec 2013 01:00 AM PST


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamd Radzi hari ini mendedahkan sepuluh maklumat lanjutan daripada kenyataan Menterinya,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas yang cenderung dengan fahaman Syiah.Menurut Abdul Rahim,penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid adalah merujuk kepada Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan Mat Sabu.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH


TAPI ADA YANG SAYA TAK PUAS HATI !!!

INI BERKAITAN DENGAN KEYATAAN SAIFUDDIN ABDULLAH !!!

LIHAT GAMBAR DI BAWAH


10 alasan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung kegiatan Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu yang mengesahkan dia adalah penganut agama Syiah,telah digunakan oleh Saifuddin Abdullah yang sebelum ini juga cukup terkenal dengan politik liberal yang berpaksikan Anwar Ibrahim dengan jenama NEW POLITIC,untuk menunjukkan dia sangat hebat.

Kata Saifuddin Abdullah di dalam Twitternya,kekagumannya kepada Khomeini dan beberapa nama lain,tidak menjadikan dia Syiah,Yahudi,Kristian mahupun komunis.Ternyata penolakan terhadap calon Parlimen Temerloh yang merupakan penyandang pada PRU13 oleh pengundi-pengundi di Temerloh,merupakan tindakan yang bijak.

Biarpun terkenal dengan NEW POLITIC yang dibangga-banggakannya,Saifuddin tidak faham apa sebenarnya yang membuatkan Mat Sabu dipandang salah.Kekaguman tidak menjadi satu kesalahan kepada sesiapa pun.Sesiapa pun boleh kagum dengan mana-mana individu.contohnya kalau saya kagum dengan barack obama,adakah saya penganut kristian ??? jawapan tentu tak !!! betul tak pembaca Badut Rakyat ???

Yang menjadi kesalahan adalah AMALAN !!! Takkanlah benda semudah itu pun,bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu tidak cukup otak untuk memahaminya ??? kenapa tak jawab jawapan number 7,9 dan 10 tu ???

NAMPAK TAK PERMAINAN SAIFUDDIN ABDULLAH DI SITU ???

SAYA NAK SAIFUDDIN JAWAB JAWAPAN DI BAWAH 

7 - Beliau telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah,Semanggol,Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah.

9 - Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu ceramah di Madrasah Diniah,Arau,Perlis pada 2005 dan 

10 - Tuan Guru Haji Abd. Rahim dari Sungai Jagung,Pendang,Kedah menjelaskan Mat Sabu dilihat menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujud yang merupakan ajaran sinonim dengan fahaman Syiah.

BOLEH JAWAB TAK SAIFUDDIN ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ANTARA MANDELA DAN BANJIR DI MALAYSIA !!! MANA LEBIH PENTING ???

Posted: 12 Dec 2013 10:00 PM PST


saya tidak menafikan bahawa kerajaan ada kelemahan,sepertimana pembangkang juga ada keburukan.Sebagai kerajaan yang terbuka dan matang,sebarang kritikan perlu dikaji dengan sebaiknya manakala kutukan pula diterima dengan tenang.Namun begitu,saya juga mengharapkan kematangan dan sikap professional yang sama,di kalangan mereka yang melemparkan kritikan terhadap kerajaan.saya dapati sesetengah orang begitu beremosi apabila mengkritik kerajaan akhir-akhir ini.Emosi marah yang dijana setiap hari mampu mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan.Justeru,sudahnya,pengkritik yang dianggap professional dan matang juga mula melatah dan bersikap seperti pengkritik jalanan yang tidak bersandarkan fakta dan asas yang kukuh.Hanya kerana setiap kritikan yang dilemparkan disambut dan dipersetujui ramai tidak bermakna semua yang dikritik itu benar.Apabila diri pengkritik sudah dikuasai riak dan takbur kerana sering dipuji atas kehebatan kritikan, beliau hampir pasti akan tergelincir juga dari landasan fakta dalam berkata-kata.Inilah yang berlaku apabila seorang pengkritik begitu teruja untuk mengkritik sehingga mengambil laporan 'dengar-cakap' dari pembaca dan rakan sebagai benar,tanpa terlebih dahulu menyemak faktanya. 

Akhirnya, Perdana Menteri juga yang menjadi mangsa fitnah apabila pengkritik menghebahkan kononnya beliau tidak menghadiri pengkebumian Mendiang Nelson Mandela atas alasan ingin menjimatkan kos.Kononnya perkara itu dilaporkan oleh Radio Sinar FM.Walhal,yang berkata demikian adalah Perdana Menteri Israel bukan Perdana Menteri Malaysia.Nampaknya,daripada tersalah dengar kemudiannya menjadi fitnah yang disebar dan dipercayai oleh begitu ramai pembaca.Kenapa Perdana Menteri tidak menghadiri pengkebumian Mandela seharusnya tidak menjadi persoalan di kala negara sedang ditimpa bencana.Apatah lagi bencana itu menimpa negeri kelahiran Perdana Menteri sendiri.Sudah tentulah rakyat perlu didahulukan walaupun beliau dan negara ini menyanjung tinggi jasa Mandela.Sebagai menghormati Mendiang Mandela,Perdana Menteri telah menugaskan Datuk Seri Tengku Adnan dan Datuk Dr. Maximus Ongkili untuk mewakili beliau dan negara ini ke pengkebumian tokoh keadilan itu.Yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali tetapi yang sedang bergelut dengan bencana alam wajib disorongkan harapan,bantuan dan sokongan.Oleh itu,tidak timbul soal Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bodoh.  

Tidak timbul juga soal Radio Sinar FM tersalah lapor.Yang timbul adalah seorang pendengar yang tersalah dengar dan seorang blogger yang tersalah lapor.Walaubagaimanapun,hal yang sebegini kecil mampu menjadi besar jika tidak ditangani dengan baik.Sewajarnya,Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan balas secara rasmi secara segera bagi membetulkan maklumat yang tidak tepat itu.Selain itu,Pejabat Perdana Menteri boleh memberi sedikit nasihat secara tegas agar setiap pengkritik menyemak fakta mereka sebelum menulis agar tidak menjadi penyebar fitnah.Maklumat yang tersalah lapor secara sengaja atau tidak sengaja di dalam media massa mampu membawa akibat yang diluar jangkaan.Ingatlah bahawa penghapusan etnik Rohingya juga bermula dari maklumat yang disalah lapor.  Rakyat yang telah sedia marah atau terhasut dengan sesuatu isu, akan mudah mempercayai apa jua maklumat yang menepati kemarahan mereka.  

Lebih malang lagi,apabila mereka telah terhasut,apa jua maklumat yang benar tetapi tidak menepati emosi mereka,tidak lagi akan dipercayai mereka.Justeru,saya memohon kepada semua warga maya agar lebih berhati-hati apabila menerima maklumat.Tidak semestinya seorang blogger tersohor pembangkang  tidak mampu membuat kesilapan.Manusia tetap manusia,biarpun tersohor atau tidak.Sekiranya kita membiarkan diri kita hanyut dengan ego atau marah,maka tidak mustahil satu hari kita akan berbuat silap dan memalukan diri sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DAP TUNJUK BELANG SEBENAR DALAM SIDANG DEWAN PULAU PINANG !!!

Posted: 12 Dec 2013 09:48 PM PST


Sikap Diktator DAP didalam Sidang Dewan Pulau pinang terserlah apabila soalan dari ketua pembangkang (BN) dihalang untuk disoal didalam isu peniaga Melayu.Didalam soalan tersebut Ketua pembangkang (BN ) mempersoalkan kenapa peniaga melayu yang telah berniaga hampir 20 tahun dirobohkan atas alasan yang tidak manusabah,tetapi kompaun dikenakan kepada peniaga Cina yang banyak melanggar peraturan MPPP. 

Sikap diktator ini ditunjukkan secara jelas didalam sidang dewan yang telah berlansung.Ini kah yang dinamakan ketelusan dan tiada sikap rasis dikalangan pemimpin DAP.Kecewa dengan sikap buruk ADUN Pakatan DAP yang tak boleh ditegur dan disoal,Adun BN keluar dewan.

ADAKAH INI YANG DI KATAKAN DEMOKRASI DI PULAU PINANG ???

ANDA LIHAT SENDIRI WAHAI KAUM MELAYU PULAU PINANG !!!

ADAKAH INI YANG ANDA NAK KALAU PR PERINTAH MALAYSIA ???

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KENAIKAN GAJI !!! KHIR TOYO MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!!

Posted: 12 Dec 2013 04:00 PM PST


Sebelum ini masyarakat khususnya di Selangor terkejut dengan tindakan melampau kerajaan negeri itu untuk meluluskan usul kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan untuk semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 ini.Di sebalik polemik itu,ada yang merasakan kenaikan itu sebagai umpan untuk memancing semua Adun agar menolak sebarang cubaan menukar pucuk kepimpinan negeri.Ini kerana umum mengetahui,sejak dipilih semula sebagai Menteri Besar,Abdul Khalid Ibrahim sentiasa berdepan dengan pelbagai isu yang dipercayai didalangi oleh Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali.Mungkin kerana tidak tahan dengan 'gerakan' Azmin yang sentiasa menjadi duri dalam daging,Khalid baru-baru dilaporkan membuat kenyataan untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada Mei tahun depan.Selain untuk mengukur kekuatan,Khalid mungkin merasakan ia adalah merupakan medan yang terbaik untuk membunuh karier politik anak emas Anwar itu sekali gus mengurangkan cengkaman Azmin di dalam PKR.   

Malah tidak kurang juga,ada yang merasakan,kenaikan mendadak itu sebagai tanda protes terhadap kritikan terbuka Anwar yang telah mencalarkan imejnya.Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya,Selangor.Ketua Pembangkang itu dikatakan menempelak Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik."Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.Paling menarik,apabila para pencacai pakatan cuba mempertahankan tindakan Khalid itu dengan mengatakan ia adalah kerana sikap berjimat cermat Khalid yang begitu teliti mengurus tadbir kewangan negeri.Namun apabila diteliti,sumber kewangan yang digunakan untuk kenaikan gaji dan elaun itu adalah berpunca dari dan yang diperoleh dari kerajaan persekutuan.   

Mantan menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo menjelaskan dana yang digunakan untuk menaikkan gaji itu adalah sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Menurutnya RM600 juta daripada rizab Selangor adalah lebihan peruntukan MARRIS yang gagal dimanfaatkan PR negeri itu. "ADUN Kota Anggerik,Dr Yaakob Sapari sebelum ini memberitahu lebihan dana MARRIS dimasukkan ke dalam simpanan rizab Selangor. Daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan bagi kepada kerajaan negeri RM1.75 bilion.Tetapi yang dibelanjakan hanya RM1.1 bilion.Bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan untuk digunakan perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab," katanya.  

Kesimpulannya,kenaikan tersebut bukanlah kerana Khalid hebat menguruskan kewangan kerajaan negeri seperti yang didakwa oleh para pencacai mereka.Realitinya ia adalah merupakan kegagalan kerajaan negeri menguruskan dana MARRIS sehingga menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menggunakan jalan yang tidak diselenggarakan dengan sempurna atau dalam bahasa mudah,rakyat terpaksa menanggung kesulitan melalui jalan raya yang rosak dan berlubang yang ada kalanya menjadi punca kemalangan jalan raya,semata-mata untuk membolehkan Khalid naik gaji.Apabila dipersoalkan,jawapan yang paling mudah adalah meletakkan kembalikan kesalahan tersebut kepada kerajaan persekutuan.Laporan Audit Negara 2013 sebelum ini mendedahkan 75 peratus rakyat negeri itu merungut dengan keadaan jalan raya yang berlubang dan tidak dinaik taraf.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...