BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DR KHIR TOYO MENABUR FITNAH !!! APA CERITA NI ???

Posted: 12 Dec 2013 07:30 AM PST


Dana yang digunakan untuk menaikkan gaji pengurusan tertinggi kerajaan negeri Selangor adalah sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).Bekas Menteri Besar Selangor,Dr Khir Toyo berkata RM600 juta daripada rizab Selangor adalah lebihan peruntukan MARRIS yang gagal dimanfaatkan Pakatan Rakyat negeri itu. 

"ADUN Kota Anggerik,Dr Yaakob Sapari sebelum ini memberitahu lebihan dana MARRIS dimasukkan ke dalam simpanan rizab Selangor," kata Khir.Daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan bagi kepada kerajaan negeri RM1.75 bilion. Tetapi yang dibelanjakan hanya RM1.1 bilion.Bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan untuk digunakan perbaiki jalan,tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab," kata Khir ketika dihubungi Antarapos

DUN Selangor sebelum ini meluluskan kenaikan gaji 56 anggotanya berkuatkuasa Januari 2014 dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.Gaji Menteri Besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250,anggota Exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250, Speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500,Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN daripada RM6,000 kepada RM11,250. Gaji baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. 

"Saya tengok yang tidak logiknya adalah kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker malah Exco pun saya rasa tinggi.Gaji MB naik lebih kurang RM29 ribu, itu belum elaun keraian sebab MB juga ADUN dapat elaun ADUN RM 11 ribu,dicampur keduanya dekat RM40 ribu di situ.Lepas itu tidak masuk elaun-elaun lain,pemandu,pembantu rumah,elaun minyak dan lain-lain lagi,sebenarnya kalau dikira biasanya wakil rakyat sahaja RM11 ribu campur elaun akan dapat lebih kurang RM16 ribu, MB pula lebih kurang mencecah RM50 hingga RM60 ribu sebulan," ujar beliau. 


Mengulas lanjut Khir berkata kegagalan kerajaan negeri menguruskan dana MARRIS menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menggunakan jalan yang tidak diselenggara. "Macam mana dengan peruntukan baiki jalan MB tidak belanjakan jalan,maksudnya MB kurang kerja tapi naik gaji? "Masalah sekarang ini melalui Audit Negara buat laporan 75 peratus rakyat di Selangor tidak berpuas hati dengan keadaan jalan.Laporan Audit Negara 2013 sebelum ini mendedahkan 75 peratus rakyat negeri itu merungut dengan keadaan jalan raya yang berlubang dan tidak dinaik taraf.Audit Negara yang baru-baru keluar pun komen tentang pada tahun lepas perbelanjaan untuk perbaiki jalan yang kerajaan Persekutuan beri hanya dibelanjakan 46 peratus dari jumlahnya,maksudnya kalau MB kata duit begitu banyak,bukan kerana MB cari tetapi kerana Persekutuan bagi untuk peruntukan MARRIS dan tidak dibelanjakan," katanya kepada Antarapos hari ini.

TU DIAA...

CONFIRM PUAK PR KATA DR KHIR MENABUR FITNAH !!!

KALAU TABUR FITNAH APA KATA SAMAN DR KHIR !!!

ADA BERANI ???

INILAH PADAHNYA KALAU PANGKAR PR KAT SELANGOR !!! 

HABIS DUIT RAKYAT KENA SAPU !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! FILEM #KOLUMPO !!! KENAPA DIALOG 'INI TANAH MELAYU' DIPOTONG ??? APA CERITA NI ???

Posted: 12 Dec 2013 04:00 AM PST


Filem 'Kolumpo' yang baru saja penulis tonton semalam...begitu menarik dan mencuit hati.Kebanyakan penonton di dalam pawagam kelihatan ketawa ketika menyaksikan filem menerusi 3 babak itu.

Disini penulis ingin melontarkan beberapa pendapat mengenai cerita tersebut yang di arahkan oleh 3 orang berlainan individu.Babak pertama dimana adegan seorang lelaki yang baru tiba KLIA daripada India yang ingin memulakan hidup baru dengan bekerja di ibukota.


Namun beliau ditipu seterusnya terperangkap dengan peniaga restoran mamak yang disifatkan sebagai kejam dan zalim apabila memegang passport para pekerjanya dan dijadikan seperti hamba.Penulis tertarik dengan dialog salah seorang pelakon iaitu Soffi Jikan yang memegang watak lelaki samseng berketurunan Indonesia.



Adegan dimana Soffi Jikan ketika memarahi beberapa watak yang dimainkan orang India.Namun sesetengah dialog tersebut berjaya dipadamkan oleh pihak lembaga penapisan filem.Kelihatan miming mulut Soffi Jikan ketika itu menyebut "Ini tanah Melayu"

Penulis masih hairan kenapa dialog itu dipotong,apakah pihak yg terlibat takut untuk mengakui kebenaran ??? Takut pada sejarah umpama takut pada bayang-bayang sendiri...

Manakala babak kedua ketika adegan seorang wanita Cina yang membantu seorang nenek Melayu nyanyuk pulang ke rumah,begitu menyayat hati dan mengundang keinsafan.



Termasuk juga adegan sekumpulan Mat Rempit yang berjaya memberi persepsi positif kepada golongan itu apabila membantu wanita Cina ketika berada didalam kesusahan.


CUMA....

SATU LAGI BENDA YANG SAYA TAK PUAS HATI !!!

NAK TAHU APA DIA ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! BEZA MANDELA DAN ANWAR IBRAHIM SEPERTI LANGIT DAN BUMI !!!

Posted: 12 Dec 2013 12:30 AM PST


Amat menggelikan hati apabila naib presiden PKR, N. Surendran menyamakan ketokohan mendiang pemimpin negara Afrika Selatan,Nelson Mandela dengan ketua umum parti yang kerdil itu.Malah lebih kelakar lagi apabila Anwar Ibrahim dikatakan pemimpin yang tidak melihat 'warna kulit rakyat' dalam perjuangannya.Pertama sekali,kenyataan dangkal itu datangnya dari seorang yang tidak mengenali siapa sebenarnya Anwar.Ini kerana Surendran dan Anwar dari dua zaman berbeza,Anwar sudahdah pun aktif sebagai pemimpin pelajar dan kemudiannya berpolitik lama sebelum anak muda ini dilahirkan.Jadi kejahilan mengenai latar belakang seseorang terutamanya dalam alam politik menjadi bahaya apabila tidak mengetahui siapa yang ingin diagung-agungkan.Inilah yang terjadi kepada Surendran yang meletakkan Anwar pada satu posisi yang salah dan tidak dipunyai oleh idolanya.Fakta asas yang membandingkan antara kedua pemimpin tersebut sudah mampu menyerlahkan perbezaan langit dan bumi antara mereka.

Pertama Mandela merengkok di dalam penjara di Pulau Robben selama 27 tahun kerana memimpin perjuangan menentang sistem perkauman atau apartheid pemerintahan kulit putih di Afrika Selatan.Selama dipenjarakan,Mandela dikenakan hukuman berat seperti memecah serta mengangkat batu dan lain-lain kerja yang memeritkan.Anwar pula dikatakan bersuka ria dalam penjara siap dengan tukang urut peribadi.Anwar juga dipenjarakan tapi atas sebab musabab yang lain dan jauh berbeza.Beliau menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh selama enam tahun sebelum dibebaskan atas sudut teknikal.Beliau dipenjara bukan kerana memimpin perjuangan membebaskan bangsa Melayu atau rakyat Malaysia daripada cengkaman penjajahan asing.Anwar dihukum mengikut undang-undang negara kerana menyalahguna kuasa beliau semasa menjadi timbalan perdana menteri dan lebih jijik daripada itu terlibat pula dengan perlakuan seks songsang liwat dengan pemandu kepada isteri dan juga adik angkatnya.Beliau hanya dibebaskan atas ketidakpastian mengenai persoalan teknikal seperti tarikh dan masa sebenar kejadian tetapi hakikat beliau telah meliwat mangsa tidak dapat dinafikan. 

Mandela,walaupun seorang yang beragama Kristian tidak melakukan perkara-perkara yang terkutuk itu tetapi Anwar yang mendabik dada sebagai pemimpin Islam berstatus antarabangsa dengan jaringan dunia Islam yang hebat sanggup melanggar hukum Allah dan melakukan dosa yang besar itu.Mandela juga tidak pernah disabit atau didakwa terlibat dengan rasuah atau penyelewengan sepanjang tempoh beliau menjabat jawatan Presiden Afrika Selatan selama sepenggal dari tahun 1994 hingga 1999.Anwar pula terlibat bukan sahaja dengan amalan kronisme dan nepotisme yang parah tetapi juga mengamalkan rasuah yang berleluasa.Sebelum beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998,satu senarai panjang yang mengandungi ratusan syarikat kroni-kroni Anwar telah dipamerkan di persidangan agung UMNO ketika itu dan juga diterbitkan di dalam media arus perdana.Syarikat-syarikat ini dipunyai oleh kroni-kroni Anwar yang dipilih dan mereka memegang ekuiti atau saham bagi pihaknya.Rakyat Malaysia tentu masih ingat bagaimana Anwar semasa menjadi menteri kewangan membiarkan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroninya seperti Repco memanipulasi pasaran saham sehingga banyak saham syarikat kroni Anwar naik mendadak tanpa sebab yang munasabah.Kroni-kroni Anwar mengaut berbilion ringgit daripada keuntungan atas angin membolak balikkan harga saham sementara rakyat biasa merana kerana ramai yang hangus dan lebur pelaburan mereka disebabkan angkara Anwar. 

Jika kroni untung ratusan juta ringgit,bagaimana pula orang yang menjadi dalangnya ??? Mandela tidak mempunyai 20 'master account' yang menyimpan 'slush money' atau duit haram sebanyak RM3 bilion seperti Anwar.Tiap kali isu ini disebut di Dewan Rakyat atau di luar,sudah tentu Anwar menjadi amat sensitif dan melenting tak tentu arah.Mandela juga dipilih secara demokratik sebagai Presiden ANC dari tahun 1991 hingga 1997,parti yang memerintah Afrika Selatan sekarang.Tetapi Anwar memegang jawatan sebagai ketua umum yang tidak pun melalui proses pemilihan parti malah beliau pula menjadi pemimpin de facto pakatan pembangkang.Mungkin Surendran tidak tahu fakta-fakta ini atau berpura-pura lagak jahil untuk mengangkat pemimpin idolanya itu ke satu tahap yang 'suci' dan 'bersih' daripada segala kekotoran moral dan akhlak.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PEMBANGKANG KECOH PM @NAJIBRAZAK PUJI ISTERI !!! NAK TENGOK TAK VIDEO ANWAR IBRAHIM ???

Posted: 11 Dec 2013 09:00 PM PST


sebelum ini puak pembangkang kecoh bila Datuk Seri Najib memuji isteri beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2013.kenapa nak kecoh ??? salah ker Datuk Seri Najib puji ??? apa cerita video di bawah ??? sama jerrr kan ??? tak kisah lah tahun berapa pun.tapi itu adalah tanggungjawab isteri yang membantu suami walau apapun terjadi.ada faham kaaa wahai puak pembangkang ??? jom lihat video di bawah


Yang penting,apa yang saya nak jelaskan disini,kalau nak mengatakan ini pertama kali pemimpin UMNO memuji isteri sendiri di Perhimpunan Agung,itu bohong,dulu lagi dah jadi dah dengan Anwar menjadi antara pelopornya.Anwar memang banyak buat hal dalam UMNO,politik wang pun banyak dakwa dia yang mula,puji isteri sendiri dalam ucapan pun,ternyata dia juga yang mula.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BANJIR BESAR !!! LUAHAN HATI OLEH DS @SHABERYC DIDEDAHKAN !!!

Posted: 11 Dec 2013 06:00 PM PST


Alhamdulillah,5 hari di kemaman.Saat kritikal nampaknya sudah berakhir.Masa kepada kerja-kerja pasca banjir.Membersih dan mengukur kerugian yang ditanggung.Terima kasih kepada yang sudi menghulur.Tenaga atau pun harta.Lebih 18 ribu berpindah dalam tempoh 30 jam.Paling kritikal apabila kira-kira 10 tempat berpindah diisytihar tidak selamat dan terpaksa berpindah lagi.Keselamatan lebih utama dari keselesaan.Maaf di atas kekurangan.Tiada siapa menjangka.Paras air berganda dari yang pernah diingati sesiapa.Seberang Tayor seratus peratus tenggelam.Mak Chili,Mak Lagam,Bukit Mentok lumpuh sama sekali.Elektrik, air dan sistem telekomunikasi turut terhenti. Semuanya luar biasa. Bacaan sukat hujan di Jabur pada 2 Disember ialah 777 mm. 

Ini fenomena 100 tahun.Biasanya di musim tengkujuh kira-kira 350mm sebulan.Kali ini 777mm sehari.Mereka yang tidak berada di sini,tidak merasakannya.Ini adalah fenomena luar biasa.18 ribu hanyalah rekod mereka yang berpindah.Mangsa sebenar lebih dari itu.Tak terkira korban harta benda.Ya,ada banyak yang kelemahan dan banyak perlu diperbaiki.Ini adalah ingatan untuk semua.Namun peranan yang ditunjukkan oleh semua pihak,kakitangan kerajaan,polis,bomba penyelamat,JPAM,Rela, dan lebih-lebih lagi tentera yang datang dari jauh dan dekat amat dihargai.Mereka bekerja bukan kerana kerja tetapi menghayati tanggungjawab yang diberikan.Salute saya untuk tentera kita.Kau kebanggaan negara.Tak ketinggalan para sukarelawan.Baik NGO,parti politik, atau persendirian. 

Tak kira mereka UMNO,PAS atau lainnya.Anda semua wira yang tak didendang.Kita bersatu atas kemanusiaan.Kita bersatu atas hablomminannas.Hubungan insan – ibadat yang dituntut! Ajal maut di tangan Tuhan.Namun kecuali seorang,yang lain semuanya selamat.Ini juga luar biasa.Terima kasih semua.Allah maha penyayang.Syukur yang tak terhingga.Semoga Allah lebih menyatukan kita.Mungkin ini adalah ingatan untuk ummat.Di Aceh dan Sri Lanka,perbalahan mereka hingga berbunuhan – di uji tsunami. Di Filipina, perbalahan mereka hingga berbunuhan – diuji haiyan.

Ujian kita belum sampai ke tahap itu.Allah masih menyayangi kita! 

I love kemaman! 
I love you All! 

Dipetik dari laman Facebook Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 8 Disember 2013.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SINGAPURA TIDAK LAGI SELAMAT DIDIAMI ???

Posted: 11 Dec 2013 04:00 PM PST


Singapura cukup terkenal dengan sikap hidung tingginya.Negara itu gemar memandang rendah terhadap Malaysia dan sering mengejek atau memperlekeh Malaysia.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa hubungan baik Malaysia dengan Singapura adalah satu hipokrasi semata-mata,sekurang-kurangnya di pihak Singapura.Telah beberapa kali Singapura dengan sengaja menyakitkan hati kita dengan menggambarkan Malaysia sebagai tidak selamat dan tidak cukup baik berbanding negara itu.Kononnya pihak keselamatan kita tidak cekap dan tidak mampu membendung jenayah.Dalam masa yang sama,terdapat juga rakyat Malaysia sendiri yang mengagungkan Singapura melebihi negara sendiri.Segala-galanya ingin dibandingkan dengan Singapura sama ada dari segi pendapatan atau kemajuan.Bagi mereka,Singapura adalah kiblat dan Malaysia perlu diubah dan ditukar agar menyamai negara itu dari segi sosial,pendidikan dan segala-galanya.     

Hakikatnya, yang ingin diubah agar menepati Singapura itu hanyalah satu iaitu : 'dikuasai oleh kaum Cina'.Namun,negara yang terkenal sebagai 'bandar saman' itu akhirnya terbukti sebagai tidak sehebat mana berbanding Malaysia.Walaupun berjaya menutup mulut dan menekan kaum Melayu di sana agar menerima nasib sebagai warga kelas tiga,tetapi Singapura tidak mampu menahan kemarahan orang-orang asing yang ditindas di negara itu.saya tahu bahawa Singapura menyambut baik tenaga professional dari luar dan diberi gaji yang sebegitu tinggi tetapi sikap kiasu semulajadi kaum Cina membuatkan mereka melayan tenaga buruh dan pekerja asing peringkat bawahan dengan buruk sekali.Akibatnya,negara itu menyaksikan rusuhan paling buruk sejak 1969.Perusuh dikenalpasti sebagai warga asing yang tidak puas hati dengan gaji yang begitu rendah.Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ini bukan kes pertama warga asing menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di negara itu.Tahun lepas seramai 170 pemandu bas warga China telah melancarkan mogok menuntut gaji dan layanan yang lebih baik.Ternyata,Singapura itu adalah indah khabar dari rupa.Tiada keadilan yang sebenar dalam negara yang dikuasai kaum Cina ini.Penindasan merupakan perkara biasa yang selama ini ditutup dan dipateri rapat agar tidak dapat dihidu oleh sesiapa.walaubagaimanapun,tiada siapa yang dapat menutup keburukannya selama- lamanya.Hipokrasi pasti terdedah jua.Singapura bertindak tegas ke atas perusuh sepertimana mana-mana polis di dunia.    

Mungkin warga Malaysia yang begitu menyanjung Singapura perlu mencerna tindakan polis Singapura ini sebaiknya.Ketahuilah bahawa hampir tiada di kalangan rakyat negara itu yang membantah ketegasan polis dan kerajaan mereka dalam  membendung rusuhan.Bayangkan jika ia berlaku di Malaysia,belum apa-apa tentunya sudah ramai yang memilih untuk membela perusuh dan percaya bahawa kerajaan kita kejam.Tidak cukup dengan itu,pasti akan diadu pula pada negara asing, agar membantu perusuh dan mengecam kerajaan sendiri.Kesimpulannya,jika kita ingin mencontohi Singapura,contohilah sikap warganya yang disiplin dan matang yakni tidak mudah terpengaruh untuk menghentam kerajaan dalam apa jua keadaan.Tetapi,dalam pada itu,kita juga perlu memahami bahawa tidak semua mengenai negara itu adalah baik.Sikap hipokrit,kiasu dan perkauman bukanlah sesuatu yang perlu dicontohi.Apapun,dalam segala segi,percayalah Malaysia adalah sepuluh kali ganda lebih baik dari Singapura.Buktinya,setiap usaha untuk melakukan rusuhan besar-besaran oleh berbagai pihak tidak akan berjaya,bukan sahaja kerana pasukan keselamatan kita lebih cekap dari Singapura tetapi apa yang lebih penting ialah kerana kerajaan Malaysia sebenarnya tidak pernah menindas sesiapa.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...