BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR PEMIMPIN UMNO TIDAK MEMBANTU RAKYAT ??? INI JAWAPAN DATUK @RAZALIIBRAHIM !!!

Posted: 11 Dec 2013 07:30 AM PST


sebelum ini saya telah mengeluarkan posting berkenaan pemimpin UMNO tidak membantu rakyat sebaliknya pemimpin pembangkang yang membantu.


UNTUK SELANJUTNYA

adakah ini muslihat puak pembangkang atau sebaliknya ??? jom lihat apa jawapan sebenar Datuk Razali ibrahim.gambar ini telah dikirim dari email ketika melihat posting saya sebelum ini


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! BANJIR BESAR !!! ANWAR IBRAHIM SERONOK BERCUTI,FUZIAH SALLEH SIBUK JADI MODEL !!!

Posted: 11 Dec 2013 04:00 AM PST


Umum mengetahui beberapa negeri telah dilaporkan terjejas teruk ekoran bencana banjir yang melanda.Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor malah ekoran kenaikan air secara mendadak di beberapa tempat,beberapa jalan utama terpaksa ditutup,bekalan elektrik terpaksa dimatikan dan semua mangsa yang terlibat berpindah ke pusat pemindahan.Namun di sebalik kesibukan itu,kelibat ketua pembangkang,Anwar Ibrahim langsung tidak kelihatan di kawasan yang terlibat dengan bencana.Sudahlah tidak menghulurkan sebarang bantuan,setidak-tidaknya hadir bagi memberikan sokongan moral.Tambahan pula antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kuantan,di mana majoriti pengundi di kawasan terbabit telah memberikan sokongan kepada calon PKR sekali gus memberikan mandat bagi mewakili mereka di dalam Parlimen.Apabila disiasat,rupa-rupanya Anwar yang pernah berangan ingin menjadi Perdana Menteri itu sedang enak bercuti bersama keluarganya di London. 

Ia bukanlah merupakan satu fitnah atau sengaja diada-adakan,tetapi dimaklumkan sendiri oleh Anwar melalui akaun media sosialnya di Instagram.Anwar telah memuat-naik sekeping gambar yang memaparkan dia dan anaknya Ihsan sedang berada di dalam sebuah kereta api.Malah Anwar dengan bangganya mengatakan dia sedang dalam perjalanan ke Washington DC dekat dengan kediaman saya.Menarik bukan.Inikah ciri-ciri bakal perdana menteri yang diinginkan oleh semua masyarakat ??? Ketika rakyat sedang dilanda musibah dia begitu seronok bercuti di luar negara.Sedangkan sebelum ini,ada di kalangan pemimpin pembangkang yang mendesak agar Perhimpunan Agung Umno dibatalkan,bagi membantu mangsa banjir.Namun apabila diteliti semula,ia bukanlah satu perkara yang pelik,kerana ia adalah lumrah bagi pemimpin pakatan pembangkang.

Contohnya apabila negeri Selangor di landa ribut beberapa tahun yang lalu,Menteri Besarnya,Abdul Khalid Ibrahim enggan turun padang bagi meninjau keadaan mangsa ribut kerana merasakan ia satu perbuatan yang membuang masa dan membazirkan wang."Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka.Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.Jika saya datang melawat,saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya kepada pemberita ketika itu.Menurutnya lagi,walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan,ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.Di dalam kejadian tersebut,dianggarkan hampir 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut yang memusnahkan kediaman dan harta benda mereka


Berbalik kepada isu banjir besar yang sedang berlaku ketika ini,ketika puluhan ribu rakyat Kuantan terpaksa dihantar ke pusat-pusat pemindahan,ahli Parlimennya,Fuziah Salleh langsung tidak kelihatan.Namun apabila ramai yang mula mempersoalkan peranannya sebagai wakil rakyat,baru-barulah kelihatan beberapa keping gambar yang dimuatkan di laman-laman media sosial,kononnya bagi membuktikan kehadirannya membantu mangsa.Para pencacai pakatan pembangkang,mungkin merasakan ianya sebagai cara untuk menangkis tuduhan masyarakat Kuantan yang hairan dengan 'kehilangan' Fuziah. 

Tetapi,bak kata pepatah,"bangkai gajah,masakan dapat ditutup dengan sehelai daun pisang".Kebanyakan gambar-gambar yang dimuat naik lebih banyak memaparkan aksi Fuziah bergaya ala 'super model' berbanding membantu mangsa banjir.Ini kerana dia mungkin merasakan sebagai wakil rakyat,aktiviti bergambar dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.Nampaknya benarlah seperti kata Khalid Ibrahim,sesetengah ahli politik lebih suka 'bergaya' dengan cara begini.Jelasnya,perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali."Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral,dia mahukan pertolongan.Namun,sesetengah ahli politik suka 'bergaya' dengan cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka," tegasnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU SYIAH !!! MAT SABU PERLU SAMAN PEMIMPIN PAS !!! BUKAN DS @ZAHID_HAMIDI !!!

Posted: 11 Dec 2013 12:30 AM PST


Pendedahan Naib Presiden Umno,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mengenai isu Syiah yang melibatkan parti politik tertentu,telah menyebabkan segelintir mereka yang dikaitkan dengan fahaman sesat itu seperti cacing yang kepanasan.Ekoran pendedahan tersebut,Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu berkata dia sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid yang mendakwanya mengamalkan ajaran Syiah.Dia yang terkenal dengan panggilan manja 'Mat Sabu atau Abang Mat' itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkan Zahid cuba membuat tuduhan jahat. "Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu.Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah,seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.Terdahulu, ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013,Zahid mendedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah. 

Malah Zahid turut menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas agar menolak pemimpin terbabit malah turut melahirkan rasa hairan,bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti itu.Paling menarik apabila Pas,seolah-olah cuba 'cuci tangan' bagi mengelakkan isu Mat Sabu itu dikaitkan secara langsung dengan parti itu.Menurut Setiausaha Agung parti itu Mustafa Ali,dakwaan terhadap Mat Sabu adalah merupakan serangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan parti."Itu adalah serangan peribadi,Mat Sabu perlu buat sesuatu.Kita tak akan masuk campur" katanya.Namun,apa yang menghairankan ialah,apabila diteliti ucapan yang disampaikan oleh Zahid itu,beliau langsung tidak menyentuh atau menyebut nama,mana-mana individu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah itu.Yang menyebut nama Mat Sabu secara khusus adalah Mustafa Ali sendiri.Apakah ini bermaksud Pas memang telah lama menghidu dan mengetahui penglibatan Mat Sabu dengan Syiah ??? Malah sekiranya dilihat daripada kenyataan Mat Sabu ketika kempen sebelum Muktamar Pas baru-baru ini,dia turut mengakui 'diserang' oleh ahli dan pengikut dengan cara yang paling kotor.

''Sepanjang 35 tahun saya berada dalam Pas iaitu sejak 1978,inilah kempen paling teruk pernah saya lihat.'' Ketika sesi wawancara bersama salah sebuah portal pembangkang sebelum ini,Mat Sabu menjelaskan pelbagai kempen 'kotor' telah dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui dengan menjadikan Facebook,SMS dan blog sebagai medan utama.Untuk menjatuhkan seseorang pemimpin Pas,pelbagai label diberikan.Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,'' katanya.Ini bermaksud,ahli dan penyokong Pas telah terlebih dahulu melabelkan Mat Sabu sebagai pemimpin berfahaman Syiah dan bukannya Umno.Patutlah Mustafa Ali siang-siang dah buat kenyataan cuci tangan dan terus mengaitkan Mat Sabu dengan pendedahan Zahid itu.Oleh itu sekiranya benar Mat Sabu ingin mengambil tindakan undang-undang,ada baiknya ia dilakukan terhadap 'musuh-musuhnya' di dalam Pas terlebih dahulu.

Zahid ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu ini berkata pihaknya mempunyai bukti bagi menyokong pendedahan yang dilakukan sebelum ini. "Kementerian Dalam Negeri mempunyai semua bukti pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah dan menyedari fahaman ini jika tidak ditangani memberi ancaman kepada keselamatan negara.Lebih bahaya kerana Syiah sudah merebak ke dalam parti politik seperti Pas sedangkan Islam di Malaysia bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya. Malah beliau turut menegaskan akan mengadakan satu sidang akhbar khas untuk menunjukkan bukti tersebut.Katanya,sidang akhbar itu akan menunjukkan pelbagai bukti termasuk bahan bergambar yang dapat membuktikan pemimpin pembangkang itu sebagai pengikut Syiah.Kepada Mat Sabu,apa kata tunggu sidang akhbar tersebut sebelum meloncat tidak tentu fasal.Atau Mat Sabu sememangnya sedar,tembelang dan pendekatan 'taqiyyah' (berpura-pura) telah mula terbongkar dan tidak mampu untuk diselindungkan lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BUKAN SYIAH !!!

Posted: 10 Dec 2013 09:00 PM PST


Kerajaan bersetuju untuk membawa usul bagi mengubah perlembagaan negara dengan menambah perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi membendung masalah syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini.Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini."Apakah yang boleh kita jadikan sebagai panduan selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-67 ini dengan jelas menyatakan menyokon teguh kesungguhan kerajaan meninggikan syariat Islam di negara ini serta-merta.Dalam hal ini,kalau ada pihak tidak menerima hakikat, saya setuju dengan seorang perwakilan kalau buat baik, tak dapat diterima.Tetapi percayalah, kita tak akan lemah semangat kerana Umno berada di atas landasan yang tepat, landasan ASWJ.Oleh itu,saya nyatakan,Islam di negara ini adalah Islam agama persekutuan dan berkefahaman ASWJ," katanya.  

Usul tersebut sebelum ini telah dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ.Cadangan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno yang berlangsung pada Selasa lalu.Selain daripada itu,Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang turut membentangkan usul yang sama unuk meminta Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Islam sebagai Agama Persekutuan ditakrifkan kepada ASWJ.Wakilnya,Datuk Shabudin Yahaya berkata,langkah itu perlu kerana Islam bertunjangkan ASWJ mampu menjadi benteng kukuh daripada sebarang usaha penyelewengan terutama oleh mana-mana ajaran sesat.Beliau berkata,usaha tersebut akan melibatkan pindaan ke atas fasal tiga Perlembagaan Persekutuan.''Kita mahu Islam yang bertunjangkan kepada ASWJ dicatatkan sebagai satu kandungan rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.Kita mahu memastikan tiada lagi pengikut-pengikut ajaran sesat dengan mudah mereka mengaku Islam.,'' katanya.Manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika diminta mengulas mengenainya berkata akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah Wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.   

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan ASWJ dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini," katanya.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini,mengeluarkan statistik yang menganggarkan hampir 300 ratus ribu rakyat di negara ini yang beragama Islam adalah merupakan pengikut fahaman Syiah.Ajaran Syiah mula memasuki Malaysia sekitar tahun 80an selepas berlakunya revolusi Iran pada tahun 1978/79.Pada tahun 1984,Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.Namun pada tahun 1996,disebabkan oleh penularan ajaran Syiah yang semakin berleluasa di negara ini, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.Kesimpulannya pengumuman yang dibuat oleh Presiden Umno itu membuktikan bahawa parti itu begitu berani dan serius untuk membendung ajaran sesat yang semakin berkembang ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! DS @SHABERYC JAWAB ISU KHEMAH DAN PUSAT PEMINDAHAN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 10 Dec 2013 06:02 PM PST


Khemah akan disediakan kepada mangsa banjir namun ia tidak akan dilaksanakan dalam negara berikutan pusat pemindahan hanya beroperasi untuk jangka masa singkat sekaligus menolak persepsi yang dimainkan media sosial pro pembangkang yang cuba membandingkan pusat pemindahan dari luar negara.Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,negara Malaysia tidak memerlukan pusat pemindahan untuk tempoh lama kerana air banjir akan surut dan tidak seperti di negara Jepun yang menghadapi bencana tsunami seterusnya menggunakan khemah sebagai pusat pemindahan sehingga tempoh lebih daripada sebulan.

"Jepun,ia berlaku tsunami,mereka menetap di pusat pemindahan hingga sebulan ke dua bulan.Begitu juga di Thailand,3 bulan.Mereka juga kelam kabut dalam tempoh seminggu kerana tempoh itu adalah bagi menyelamatkan nyawa terlebih dahulu.Selepas itu baru memikirkan soal kelegaan dan keselesaan," 

"Pengalaman kita,5 hari itu sebagai tempoh maksima di pusat pemindahan.Apakah kerana mahu menyediakan untuk kegunaan 5 hari itu kita perlu mengangkut dan sebagainya.Khemah ada,namun jika mahu menyediakannya kita perlukan lebih ruang,bagi saya mungkin kita dapat tambahbaik iaitu penggunaan 'sleeping bed'.Ia merupakan sumbangan yang baik kerana ia terdapat tilam dan selimut dalam masa sama dan boleh digulung,ia lebih efektif," katanya.


ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 


anda lihat gambar di atas,itu adalah gambar di jepun.Kerajaan Jepun seperti lain-lain negara yang dilanda bencana yang diluar jangkaan atau berskala besar turut mengalami masalah untuk menguruskannya di peringkat awalan.Menyedari hakikat ini,masyarakat setempat serta organisasi sukarelawan tempatan memainkan peranan mereka sebelum ketibaan pihak berkuasa.Mereka ini mempunyai kesedaran tinggi peranan dan tanggungjawab yang seharusnya mereka mainkan tanpa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak.ini membolehkan negara mereka untuk bangkit kembali dengan pantas selepas berlakunya musibah.

Masyarakat Jepun sama ada orang awam atau parti politik tidak memijak di atas kepala agensi dan anggota penyelamat untuk mendabik dada sendiri.Dalam keghairahan kita untuk membandingkan situasi dalam negara dengan negara luar yang dirasakan lebih ke hadapan,seharusnya kesediaan masyarakat untuk turut sama menggalas perubahan juga harus diambil kira.Tahap kesedaran rakyat Jepun terhadap pentingnya untuk bersedia menghadapi bencana adalah amat tinggi.Menyedari bahawa mereka tinggal di kawasan yang berisiko menghadapi bencana alam,mereka memberikan kerjasama dalam melaksanakan langkah persediaan termasuk mengambil insurans bagi melindungi harta benda mereka.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

UNTUK MENDERMA SILA LIHAT BANNER DI ATAS 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! NASIHAT KEPADA PEMIMPIN UMNO !!! TOLONG BACA ISI HATI RAKYAT INI !!!

Posted: 10 Dec 2013 05:42 PM PST


kepada pemimpin UMNO,tolong baca isihati rakyat malaysia yang tidak dapat bantuan ini.saya faham tak semua pemimpin macam tu,tapi ini adalah nasihat untuk anda wahai pemimpin UMNO.tolonglah mereka yang susah.berilah kebajikan untuk mereka.saya faham anda ada keluarga tapi jangan sampai jadi macam ni.

tetapi,saya nak ulas sikit komen ni.kepada norizan abu bakar,jgn mengharap saja kepada bantuan dari kerajaan atau parti lain.apa kata anda juga berusaha untuk membaiki kehidupan anda.bukan x boleh harap dari kerajaan,boleh tapi jangan terlalu mengharap.masihkah anda ingat cerita orang kurang upaya yang pandai melukis ??? beliau juga berdikari untuk mendapatkan sesuap nasi.saya harap anda pelajari dari cerita itu.tapi ada sesuatu yang ganggu fikiran saya.adakah benar Norizan ini ahli UMNO atau ini kerja puak pembangkang ??? 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...