UMNO Online - “Pesawat Komersil Kurang Sesuai Untuk Lawatan Rasmi PM Ke Luar Negara” plus 9 more

UMNO Online - “Pesawat Komersil Kurang Sesuai Untuk Lawatan Rasmi PM Ke Luar Negara” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pesawat Komersil Kurang Sesuai Untuk Lawatan Rasmi PM Ke Luar Negara

Posted: 18 Nov 2013 03:39 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov  – Penggunaan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS) untuk lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara adalah kurang bersesuaian kerana beberapa faktor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antaranya laluan penerbangan MAS tidak meliputi semua kawasan dan adalah kurang bersesuaian jika pemimpin negara terpaksa menaiki pesawat komersil bersama penumpang lain.

“Ia melibatkan imej negara. Takkan Perdana Menteri terpaksa menunggu sehingga semua penumpang (baru boleh terbang).

“Ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi jika kerajaan terpaksa ‘charter’ sebuah pesawat MAS untuk tujuan tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan kepada beberapa anggota parlimen yang ingin tahu mengapa Perdana Menteri tidak menggunakan MAS untuk lawatan rasmi ke luar negara.

Shahidan berkata penggunaan pesawat-pesawat eksekutif milik kerajaan bukan terhad kepada Perdana Menteri sahaja.

Katanya, pesawat tersebut juga boleh diguna oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Perdana Menteri untuk tujuan lawatan rasmi ke luar negara.

Katanya, malah isteri Perdana Menteri juga boleh menggunakan pesawat tersebut untuk urusan rasmi di luar negara dengan syarat mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan sesuatu acara yang dihadiri itu mempunyai kepentingan untuk negara.

Katanya, perbelanjaan tinggi diperuntuk bagi penyenggaraan pesawat-pesawat ini bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

“Kalau kereta rosak, kita boleh berhenti di tepi jalan. Tapi kalau pesawat rosak, di mana kita nak berhenti?,” katanya.

Awal bulan ini, Shahidan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah membelanjakan RM182 juta untuk petrol dan penyenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif milik kerajaan.

Large Number Of Civil Servants Not A Problem

Posted: 18 Nov 2013 03:14 AM PST

GEORGE TOWN, Nov 18  - The large number of civil servants in the country should not become an issue because what is important is how to enhance the delivery system and the efficiency of public service.

Public Service Department (PSD) director-general Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal said the efficiency, service and innovation of civil servants should be a priority in efforts to transform the public service in line with changes and developments.

“We do not talk in terms of quantity, but our products that can bring success to the country. If we talk in terms of sheer numbers but not the  products, then the achievements are not evident,” he told reporters after opening the  N ational Public Sector Innovation Seminar 2013, here today.

He was responding to a suggestion from some quarters that the number of civil servants be reduced to improve the efficiency of the public service.

Mohamad Zabidi said he would always ensure that each civil servant improve their service from time to time to enable the sector keep pace with the developed nation status by 2020.

Batal Pendaftaran : Karpal Tipu Atau Tidak, Apa Yang Boleh Mereka Lakukan?

Posted: 18 Nov 2013 02:58 AM PST

Penulis tak faham apa yang Naib Ketua Pemuda PAS yang baru bising sangat dengan hakikat bahawaKarpal menipu ada buat kenyataan mahu PAS diharamkan kerana menggunakan nama Islam pada partitersebut.

Karpal kata kenyataannya pada 5 November tidak langsung menyebut pasal soal itu (mahu PAS diharamkan kerana guna perkataan Islam), tapi Pemuda PAS pulak kata ada bukti dalam bentuk CD

So what kalau betul pun Karpal menipu?  Nak putuskan hubungan dengan DAP ke? Nak desak Karpal minta maaf ke?  Kalau tak, apa?  PAS nak keluar dari Pakatan Rakyat?

karpal-parti-dap-rasis-angkuh-biadap

Penulis tak rasa itu akan terjadi kerana hubungan luar nikah dengan DAP ini terbukti telah mencambahkan benih haram yang memberikan keuntungan yang tak terkira banyaknya kepada PAS.

Kerana hubungan inilah ADUN PAS dapat jadi Exco di Selangor, jadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam di Pulau Pinang, Mat Sabu dapat masuk jadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang dan sebagainya.

Malah, ADUN PAS dapat merasa jadi Menteri Besar Perak buat pertama kali pada 2008 (walaupun hanya ada 6 kerusi) sebab sokongan dari DAP.

Ini semua ada masyuk tau, jadi gila ke dek sebab satu penipuan macam itu oleh Karpal Singh, Pemuda PAS berharap parti tersebut akan putuskan hubungan dengan DAP.  Sudah tentu tidak masuk akal sama sekali.

Lainlah kalau Pemuda PAS boleh ganti semula semua keistimewaan yang hilang kalau perkara itu terjadi nanti!!  Rasanya tak mungkin.

Eh, penulis nak sebut ni, hudud – yang digembar gembur sebagai undang-undang Allah swt yang wajib dilaksanakan tidak kira apa itu pun, PAS sanggup ketepikan demi menghalalkan hubungan haram dengan DAP, apa sangat dengan Karpal menipu pasal nak PAS diharamkan?

Tuhan pun ulama ulama PAS sanggup ketepikan demi DAP, apa Pemuda PAS ingat mereka lebih tinggi dari Tuhan ke?

Sebetulnya, apa yang Pemuda PAS buat sekarang (dengan mempertikaikan Karpal) ini, sebenarnya tidak lebih dari permainan politik untuk menghadapi pemilihan pada Muktamar yang akan datang (22 November).  Adalah nanti salah satu dari 2 fraksi yang wujud dalam PAS sekarang yang akan dapat kelebihan bila isu Karpal ini diperbesarkan.

Masa inilah semua benda pun naik; hudud, hubungan dengan DAP dan sebagainya yang bertentangan dengan norma tradisi menjadi parti yang kononnya memperjuangkan Islam seperti PAS.

Nanti senanglah nak gebang, Islam masih jadi perjuangan teras PAS walaupun bekerjasama dengan DAP – konon, kononnya lah.

mykmu.net

Wahai Pas!!… Berhentilah Dari Terus Bermain Sandiwara

Posted: 18 Nov 2013 02:49 AM PST

Nampaknya menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-59 yang akan diadakan pada 22 November ini, rakyat bakal disajikan dengan pelbagai drama dan sandiwara terbaru yang menggelikan hati.

Antara kenyataan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Pas akan mendesak negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat (Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang) untuk melaksanakan hudud.

Bukanlah niat untuk memperlekehkan usaha parti itu, namun umum mengetahui rakan sekutu mereka DAP dan PKR tidak pernah bersetuju dengan pendirian parti itu yang sering mendakwa ingin memperjuangkan Islam.

Ini kerana DAP memang sejak dari dahulu lagi memang terkenal sikap cauvinisme / ultra kiasunya dan begitu tebal dengan semangat kecinaan mereka.

karpal-dap-tolak-hudud-negara-islam-pas-sergah-kalimah-allah

Malah melalui analisa dan kajian yang dilakukan, DAP masih tetap dengan perjuangan aliran sosialis demokratnya, yang ditunjangi dengan fahaman sekular “sama rata sama rasa” dan ingin menghasilkan negara yang berorientasikan Konsep Malaysian Malaysia.

Itu belum lagi diambil kira kenyataan Pengerusi parti itu yang pernah mengatakan untuk meminta mana-mana pemimpin untuk melangkah mayatnya dahulu, sekiranya ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Malah dia melalui kenyataan terbarunya turut mendesak agar Pas dibatalkan pendaftaran kerana disifatkan sebagai sebuah pertubuhan yang berbahaya.

Manakala bagi pihak PKR pula, melalui perjuangan 'pemimpin anugerah tuhan' yang ingin membangunkan sebuah negara liberal yang berasaskan pluralisme agama.

Malah disebabkan faham pluralisme agamanya itu PKR turut sama memperjuangkan kalimah Allah agar boleh digunakan oleh gereja untuk menerbitkan naskah Bible versi Bahasa Melayu.

Paling menarik, apabila Anwar dengan segala tipu daya dan helahnya telah berjaya mempengaruhi Pas sehingga sanggup menggadaikan dan menggugurkan slogan negara Islam yang menjadi asas perjuangan sejak dahulu dengan menerima konsep negara kebajikan.

Perbezaan ideologi antara ketiga-tiga parti terbesar di dalam pakatan pembangkang ini sudah cukup membuktikan desakan yang cuba dilakukan oleh Pas itu hanyalah sekadar retorik dan sandiwara semata-mata. Ini kerana ramai yang melihat kenyataan Tuan Ibrahim itu hanyalah merupakan kenyataan politik yang bertujuan untuk meraih simpati para perwakilan yang bakal mengundi nanti.

Ini kerana, dengan mengambil kira pendekatan kempen Pas selama ini, sekiranya benar parti itu ikhlas ingin memperjuangkan Islam dan Hudud mereka tidak akan bersifat seperti 'talam dua muka'.

Di depan pengundi Melayu mereka mencanangkan Islam, namun di depan pengundi Cina dan India mereka menggunakan konsep negara berkebajikan. Seolah-olah konsep Islam tidak layak untuk semua kaum. Jadi di manakah konsep dakwah yang merupakan sebahagian dari Islam?

Di depan pengundi Melayu mereka mencanangkan Islam, namun di depan pengundi Cina dan India mereka menggunakan konsep negara berkebajikan. Seolah-olah konsep Islam tidak layak untuk semua kaum. Jadi di manakah konsep dakwah yang merupakan sebahagian dari Islam?

Sebenarnya isu Hudud ini sengaja dibangkitkan, kerana Tuan Ibrahim sedar parti itu mempunyai terlalu banyak isu yang dijangka akan berbangkit dalam muktamar Pas pada kali ini.

Di samping isu pencapaian dalam PRU-13, isu tahalluf siasi, isu syiah, kalimah Allah, pengaruh liberal dalam Pas dan isu memorandum Comango yang tidak diberi perhatian oleh Pas mungkin antara perkara yang akan dibangkitkan.

Ia terkait langsung dengan asas perjuangan Pas untuk memartabatkan Islam.

Isu kalimah Allah menyebabkan dalam kalangan kepimpinan utama Pas bercanggah pendirian. Sedangkan isu itu terhubung dengan persoalan akidah. Isu Syiah menyebabkan Pas tidak ambil pendirian yang jelas sedangkan fahaman Syiah bercanggah dengan fahaman Ahlu Sunnah wal jamaah.

Isu perjuangan Comango sangat jelas bercanggah dengan Islam. Isu Hak Asasi Manusia yang bercanggah dengan syariat tidak dibantah oleh Pas. 54 organisasi Comango sangat jelas anti-Islam dan anti Perlembagaan Malaysia. Mengapa Pas membisu? Lujnah Penyelidikan Pas yang diketuai oleh Dr. Zulkifli tidak membantu.

Isu parasit dalam Pas dan pengaruh Anwariyyun memang diketahui umum. Apakah dukungan Anwar terhadap pluralisme agama menyebabkan Datuk Mujahid tertarik dengan fahaman ini dan menyebabkan beliau menulis dalam sebuah buku yang amat liberal sifatnya.

Isu Pas dalam politik Malaysia bukan sekadar isu kerusi dan kuasa tetapi isu ideologi dan sinergi ulama dan professional. Ideologi Pas ingin memartabatkan Islam dalam sistem kenegaraan.

Bila Pas bersetuju melunakkan perjuangannya ke arah negara "berkebajikan” ia sudah lari daripada ideologi. Ia adalah suatu kesilapan besar.

Berbalik kepada isu asal, PKR mungkin tidak akan membantah secara terang-terangan bagi mengelakkan masyarakat Melayu dan Islam mengetahui belang sebenar mereka. Namun DAP sudah pasti bakal menentang habis-habisan sebarang cadangan dan gesaan parti itu untuk melaksanakan hudud bukan sahaja di Pulau Pinang namun turut merangkumi di Selangor dan Kelantan.

Kepada para pemimpin Pas, berhentilah dari terus bersandiwara.

Dr Muslim Umar

pas-kelantan-negeri-sedia-hudud-pusat-umno-syarie-syariah

Mykad Palsu : JPN Sedia Bekerjasama Dengan Polis

Posted: 18 Nov 2013 02:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov -  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia bekerjasama dengan polis berhubung kes pembabitan pegawai JPN dengan kegiatan pemalsuan kad pengenalan di Miri, Sarawak.

Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said berkata JPN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati menyalahi undang-undang dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri.

“Tindakan susulan berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada akan diambil oleh pihak JPN,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JPN Jainisah Mohd Noor berkata segala jenis aktiviti pemalsuan MyKad adalah satu kesalahan jenayah dan individu yang terbabit boleh diberkas dan dikenakan hukuman penjara atau denda.

“Mengikut Akta 78 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) semua kesalahan ini jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Akhbar hari ini melaporkan seorang kakitangan JPN berumur lewat 50an bersama sepasang suami isteri ditahan pihak polis kerana disyaki terbabit dalam pemalsuan MyKad di sebuah rumah sewa di Pujut 2, Miri, Sarawak semalam.

Turut ditahan 13 warga Filipina termasuk enam wanita kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu.

Melaksanakan Hudud Bukanlah Semudah Berkata-kata : Prof Halim Sidek

Posted: 18 Nov 2013 02:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk A. Halim Sidek berkata, pada asasnya kerajaan Kelantan tidak ada halangan  untuk melaksanakan hukum jenayah syariah Islam (hudud) di negeri tersebut sekiranya mereka benar-benar berhasrat untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

"Untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu, kerajaan Kelantan boleh melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu tanpa perlu meminta izin kepada kerajaan pusat kerana Majlis Agama Islam negeri tertakluk di bawah kuasa negeri iaitu Sultan.

"Cuma untuk melaksanakan undang-undang tersebut,  perlu pada sedikit pindaan perlembagaan di peringkat persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah syariah yang sedia ada, di mana undang-undang syariah hari ini  lebih khusus kepada undang-undang  syariah kekeluargaan saja," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

prof-abdul-halim-sidek-penasihat-undang-law-umk-universiti-malaysia-kelantan-negeri-hudud-islam

Namun persoalan yang lebih penting menurut beliau, apakah rakyat di negeri itu sudah bersedia  dan diberikan informasi secukupnya mengenai undang-undang hudud yang bakal dilaksanakan di negeri tersebut.

"Cuma  saya ingin bertanya kepada mereka, apakah masyarakat di Kelantan sudah bersedia dan sudah ditarbiah secukupnya mengenai undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negeri tersebut?

"Adakah kerajaan sudah menerangkan dengan sepenuhnya kepada rakyat di  negeri itu, jenayah jenis manakah yang akan dikategorikan menerima hukuman hudud? Apakah sudah ada bentuk pendidikan yang jelas kepada rakyat daripada kerajaan negeri berhubung undang-undang hudud untuk dikuatkuasakan kepada rakyat di negeri itu?"ujarnya.

Tambah beliau, sebelum melaksanakan undang-undang hudud itu, kerajaan Kelantan perlulah memberikan penjelasan secara terperinci bagaimana untuk melaksanakan undang-undang tersebut, termasuk menjelaskan kategori jenayah serta penguatkuasaan yang bakal dilakukan sekiranya undang-undang tersebut dilaksanakan.

"Banyak persoalan yang perlu dijelaskan kepada rakyat. Contohnya bagaimana sekiranya perbuatan jenayah dilakukan bersama oleh orang Islam dan bukan Islam? ? Ini kerana perlaksanaan hudud di Kelantan hanya untuk orang Islam saja.

"Contohnya jika seorang lelaki Islam mencuri bersama dengan seorang lelaki bukan Islam, maka lelaki Islam akan dikenakan hukuman potong tangan manakala lelaki bukan Islam hanya akan menerima hukuman penjara kerana dibicarakan di mahkamah sivil. Apakah ini satu keadilan?," soalnya.

Begitu juga kata beliau lagi, jenis-jenis jenayah yang akan dikategorikan termasuk di dalam hukum hudud dan bagaimana penguatkuasaan yang akan dilakukan kelak.

"Kerajaan kena jelaskan apakah jenayah-jenayah yang akan dikategorikan dalam hukuman hudud kelak, seumpamanya seperti jenayah rogol, rompak, ragut, ugut, rasuah, menipu, menghasut, pecah amanah dan sebagainya, serta apakah bentuk hukumannya?

"Bagaimana pula dengan penguatkuasaan terhadap jenayah-jenayah itu dalam bidang siasatan, penangkapan dan sebagainya yang sudah tentunya melibatkan agensi penguatkuasaan seperti polis yang tertakluk di bawah undang-undang sivil hari ini.

"Apakah penguatkuasaan dalam undang-undang  hudud yang akan dilaksanakan itu akan menggunakan pihak polis, jabatan penjara dan lain-lain yang di bawah kerajaan pusat atau ada agensi berasingan?

"Kalau dipenjara, apakah pesalah hudud akan dipenjara dengan penjara persekutuan atau penjara berasingan? Semua ini perlu perhalusi dan diperjelaskan kepada rakyat," tegasnya.

Lantaran itu menurut beliau, untuk melaksanakan undang-undang hudud ini bukanlah semudah berkata-kata.

"Kita bukan menolak hudud kerana hukum hudud adalah hukum yang datang dari Allah yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Tetapi untuk melaksanakannya, kita mesti benar-benar memperhalusi perkara ini kerana ia akan melibatkan ramai pihak, khususnya rakyat dan jika tidak, ia akan mengundang konflik serta ketidakadilan terhadap rakyat.

"Ini kerana undang-undang Islam sebenarnya lebih kepada usaha pencegahan dan bukannya untuk menghukum manusia semata-mata," akhirinya. -MediaUMNO

RM4.28 Bln Proposed For Developement Under Sarawak Budget 2014

Posted: 18 Nov 2013 02:17 AM PST

KUCHING, Nov 18  - The Sarawak government plans to allocate about RM4.28 billion next year to continue with the development programmes in the state.

Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, who is also state Finance Minister, today said the figure would be about 72 per cent of the total budget proposed for the year with the remaining RM1.68 billion or 28 per cent for operating expenditure.

“This level of expenditure is expected to generate a fairly high level of economic activities in order to sustain the level of economic growth and employment,” he said when tabling the state’s 2014 Budget at the state assembly sitting, here.

He said out of the total allocation for development, RM1.98 billion would be for the implementation of industrial and commercial programmes and projects,  RM689 million for general administration, RM511 million for social development and community services, RM486 million for public utilities, RM438 million for transport and communications, and RM169 million for agriculture, land and rural development programmes.

Taib said on the basis of an estimated total revenue of RM4.94 billion against a total ordinary expenditure of RM4.68 billion, the proposed 2014 Budget was expected to have a surplus of RM258 million.

He said it was imperative for the state government to continue with a surplus budget policy to ensure that the state’s financial position remained strong and sustainable.

“We need to spend within our means to ensure that we have sufficient financial reserves to meet future challenges,” he said.

Taib said Sarawak had also been given a clean bill of health for its 2012 public accounts by the Auditor-General, hence receiving such recognition for the 11th consecutive year.

“I wish to emphasise again that we must continue to maintain our (public accounts’) clean bill of health into the future years,” he added.

DAP Expels Pujut State Assemblyman Fong Pau Teck

Posted: 18 Nov 2013 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 18 – DAP has expelled Sarawak’s Pujut state assemblyman Fong Pau Teck with immediate effect, announced DAP’s deputy chairman Tan Kok Wai.

Tan who is also the party’s disciplinary committee chairman said in a statement issued here today, the decision was based on the fact that Fong had “displayed various acts of disobedience, hence breaching party discipline on a many occasions”.

“Fong’S refusal to pay the mandatory monthly contribution to the party as well as the arrears owing to the party as a result of the increment in the allowance for Sarawak state assemblymen, constituted an act of insubordination to the party’s directive,” he said.

Therefore, Tan said the committee found that Fong has set a bad precedent, which is unpardonable and as such the disciplinary committee has reached an unanimous decision to expel him from the party.

Fong has 14 days to appeal in writing against the party’s decision.

If Fong’s appeal is rejected, the number of DAP representatives in the state assembly will be reduced from 12 to 11. DAP also won six parliamentary seats in Sarawak in the 13th General Election on May 5.

Earlier in Sept, DAP’s assemblyman for Luyang in Sabah, Hiew King Cheu quit the party and turned independent following a fallout with other Sabah DAP leaders.

Hiew backed Klias assemblyman Datuk Lajim Ukin from PKR as the Sabah opposition whip while the party backed Tamparuli assemblyman Datuk Wilfred Bumburing.

PKR Terbukti Parti Bermasalah, Nama Rakyat Hanya Untuk Pancing Undi

Posted: 18 Nov 2013 02:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov. – Tindakan anggota pakatan pembangkang khususnya PKR yang tidak putus-putus dilanda kemelut ahlinya meninggalkan parti menjadi bukti bahawa matlamat perjuangan dalam PKR amat rapuh sehinggakan gagal dihayati oleh ahlinya.

Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Seri M. Kayveas menganggap ikatan yang rapuh dengan matlamat perjuangan yang tidak ikhlas terhadap rakyat menjadikan ahli-ahlinya lebih bersikap mementingkan diri sendiri sebagaimana diterapkan oleh pemimpin atasannya.

"Kita lihat bahawa setiap alasan daripada anggotanya yang meninggalkan parti adalah wujudnya pertikaian dengan pemimpin atasannya, rasa tidak puas hati dan juga adanya pertikaian peribadi dengan individu maka dengan ini jelaslah bahawa PKR sememangnya tidak ada hasrat untuk membantu rakyat dan memajukan negara," katanya kepada UMNO-Online.

belanjawan-pakatan-bajet-belanja-kawan-pakat-makan-rakyat-2014

Ujar beliau, kepimpinan PKR sememangnya telah dikenali mempunyai ego yang sangat besar sehinggakan enggan mendengar atau engkiut cadangan ahli-ahlinya.

"Dalam perjuangan yang benar-benar ikhlas, pemimpin dan ahli-ahli parti bersama rakyat keseluruhannya perlu ada sikap bertolak ansur, mempunyai asas perjuangan yang betul dan mempunyai inspirasi untuk membantu rakyat tanpa memikirkan agenda peribadi.

"Nilai perjuangan perlulah lebih besar dari kepentingan diri, rasa ego mesti diketepikan sekiranya benar tujuan asal adalah untuk membawa masyarakat kepada kemajuan dan keadilan yang sebenar dan bukannya berasaskan kepada agenda tertntu."

Terbaru, Ketua Cabang Langkawi, Datuk Wan Salleh Wan Isa mengumumkan keluar parti Sabtu lalu kerana mendakwa PKR Kedah tidak berfungsi termasuk tidak membuat mesyuarat parti selain dakwaan PKR pusat juga tidak mengambil berat kepada cabang seluruh Malaysia dan ketua yang bertungkus lumus menghidupkan parti selama ini hinggakan, pejabat PKR Langkawi terpaksa dikosongkan kerana mempunyai tunggakan sewa selama enam bulan.

Sebelum itu, 80 ahli PKR termasuk Abdul Aziz Jusoh yang dikatakan ‘orang kuat’ Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli turut bertindak keluar parti dan membubarkan cabang terbabit dengan menjelaskan bahawa tindakan dan sikap pemimpin PKR terutamanya Rafizi yang langsung tidak 'tunjuk muka' sejak menang PRU lalu.

"Inilah yang berlaku apabila nafsu ke atas kuasa melampaui tanggungjawab dan nilai pemimpin sebenar apabila para pemimpinnya gagal untuk menghargai ahli-ahlinya di akar umbi.

"Pemimpin dalam PKR lebih kepada mendapatkan kuasa, pangkat dan kedudukan dan kemudiannya, apabila apa yang diidamkan menjadi kenyataan maka mereka tidak lagi mempedulikan tentang tanggungjawab dan ikatan yang terjalin dengan masyarakat di akar umbi.

"Jika dari peringkat awal penubuhannya, PKR sudah bermasalah lantaran matlamat dan tujuan asal yang tidak sempurna dalam perjuangan maka apa sahaja yang dilaksanakan kemudian akan membawa kepada masalah yang sama."

Katanya, selepas mendapat kuasa, pemimpin pembangkang termasuk PKR tidak lagi peduli dengan janji-janji mereka, bukan sahaja kepada masyarakat keseluruhan tetapi ahli-ahlinya juga turut dibiarkan.

"Lepas apa yang dihajati tercapai maka mereka akan bersikap tidak kisah malah anggap kalau ada ahlinya yang nak keluar parti pun tak apalah."

Terang beliau, usaha pembangkang untuk menutup pekung di dada tidak akan berhasil dengan satu persatu terdedah dan ia dijangka akan berterusan.

Terdahulu, ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan meletakkan jawatan sebagai Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah dan mendedahkan beliau belum pernah menjadi ahli parti tersebut selain ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad mengisytiharkan keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mengikuti tindakan sama dilakukan ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu pada 27 September lalu. - MediaUMNO

rakan-kawan-rapat-karib-tinggal-anwar-pakatan-pkr-parti-kroni-tipu-guna-rakyat

UMNO Perlu Terus Kukuh Untuk Agenda Melayu dan Bumiputera

Posted: 18 Nov 2013 02:06 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov. – UMNO perlu terus diperkukuh bagi meneruskan kelangsungan perjuangannya sebagai satu-satunya parti yang berjuang mendukung matlamat untuk memperkasa bangsa Melayu dan Bumiputera di negara ini, kata Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Nordin.

perwakilan-wakil-ahli-majlis-tertinggi-umno-perhimpunan-agung-bersemangat

Katanya, biarpun berdepan dengan pelbagai tohmahan pembangkang yang menggunakan persepsi dan manipulasi dalam berpolitik, namun perjuangan UMNO tidak mudah goyah lantaran sokongan dari semua peringkat dan kekuatan ahli-ahlinya sendiri.

"Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang bakal berlangsung perlu menjadi suara kepada ahli-ahli UMNO dalam usaha untuk memenangi hati rakyat tanpa mengira latar belakang dan perbezaan yang ada kerana dengan mendekati masyarakatlah maka persediaan berdepan dengan kemenangan dalam pilihan raya dapat dibuat," katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, UMNO perlu terus gagah, terus berani dan menjuarai setiap permasalahan rakyat dengan hasrat ikhlas untuk membantu mereka.

"Ini bukan perkara baru dalam UMNO kerana perjuangan UMNO adalah jelas namun Perhimpunan Agung adalah pentas untuk ahli-ahlinya sama-sama berkongsi rasa dan mengembalikan semua konsep perjuangan UMNO sebenar untuk terus dihayati dan dipraktikkan.

"Kita berani kehadapan dan kita menerajui pembangunan, kecemerlangan dan kejayaan dalam negara maka setiap apa yang dilaksanakan juga perlu dengan telus, berhemah dan setiap ucapan yang dibentangkan dalam perhimpunan nanti mempunyai fakta dan hujah yang jelas."

wan-norashikin-perak-umno-bn-puteri-wanita

Ujarnya, lantaran kepimpinan UMNO adalah cermin kepada kepimpinan negara maka setiap anggota parti bertanggungjawab bagi terus menunjukkan kewibawaan UMNO sebagai teraju utama.

"Setiap ahli bertanggungjawab membawa suara parti dengan menghayati setiap nilai yang ada dalam UMNO kerana eloknya UMNO maka baguslah kepimpinan negara," katanya yang mengaitkan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Beliau yang pertama kali melangkah ke pentas Wanita UMNO selaku ketuan Wanita Bahagian selepas menjawat Exco Pergerakan Puteri UMNO pada penggal lalu berharap agar kepimpinan parti terus mengiktiraf peranan wanita dalam negara malah sebagai pemimpin juga.

Perhimpunan Agung UMNO 2013 bakal diadakan pada 2 hingga 7 Disember depan dengan julung kalinya selepas pindaan Perlembagaan UMNO yang mencapai kemuncaknya Oktober lalu. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...