Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Penduduk Langkawi Demo Bantah harga Tiket Naik! #KedahAmanMakmur

Posted: 09 Nov 2013 01:06 AM PST

Ini diantara penduduk Langkawi yang membantah kenaikkan harga tiket yang akan dinaikkan pada 15 novenber ini. Lebih kurang 200 orang turun membantah dan berdemo.

Demo ini dibuat dihadapan jeti dan perhentian bas pulau Langkawi..

HOT! Harga Tiket Feri Langkawi Akan di Naikkan?

Posted: 08 Nov 2013 07:07 PM PST


Mc diberitahu oleh sahabat yang menetap di pulau Langkawi bahawa syarikat yang menguruskan feri ke pulau Langkawi akan membatalkan diskaun khas kepada penduduk tempatan bermula dari 15 November ini.

Malah Mc diberitahu, syarikat berkenaan juga berniat untuk menaikkan harga tiket. Cuma jumlah berapa peratus kenaikkan harga tiket belum diberitahu secara tetap.

Jika syarikat berkenaan naikkan harga tiket feri ke Langkawi, ini bermakna syarikat berkenaan sudah melanggar perjanjian asalnya bersama TPM TS Muhyiddin Yasin yang melarang harga tiket feri ke Langkawi dinaikkan.

Mungkin kenaikkan harga tiket ini hanya untuk meraih keuntungan besar sempena cuti sekolah. Apa pun alasan syarikat berkenaan, bagi Mc ia satu tindakan yang tidak patut. Malah tindakan untuk membatalkan diskaun pada penduduk tempatan juga tidak patut dilakukan.

Mc berharap pihak berkuasa dapat bertindak dahulu sebelum orang ramai bertindak terhadap pengusaha feri Langkawi ni. Usah fikir dia ni orang besar atau orang kecil. Sebab kepentingan rakyat lebih utama dari segala-galanya.

Jangan sampai terhantuk dulu baru nak gelabah!

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...