Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! tudiaaa.. Pekan Rabu Berwajah Baru.. #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur

Posted: 19 Nov 2013 07:12 AM PST

Pehh.. sempoii..

canggih dan anggun..

Terbaik la Kerajaan negeri merancang untuk mengubah rupa Pekan Rabu menjadi secantik dan secanggih ini. Sebagai tempat berniaga yang mempunyai nostalgia tersendiri kepada Menteri Besar kita Dato Mukhriz (dulu ayahanda beliau Tun M pernah berniaga disini waktu kecil).

Pekan Rabu juga dikenali sebagai tempat melawat paling penting di Kedah kerana menjual barangan bumiputra dan asli yang sukar didapati ditempat lain. Memang unit Pekan Rabu ni.. nak terangkan pun susah.

Bak kata orang, kalau mai Alor Setaq, tak singgah Pekan Rabu, kira macam tak cukup syarat la.

Cuma apa yang Mc minta, tapak sewa dan bayaran kedainya janganla naik melampau atau letak terlalu tinggi. Tak guna buat cantik-cantik tapi menyusahkan peniaga asal disitu. Betui?

McTheory:
Lagi satu.. parking paling penting..  cantik pun tak guna kalau takdak parking..

HOT! Pas Mahu Malaysia Contohi Brunei Buat Hukum Hudud! #MuktamarPas

Posted: 19 Nov 2013 05:12 AM PST



Mc agak tertarik dengan ulasan hudud dari blog Semut Hitam.

Dikala ini, ramai pemimpin PAS yang sibuk dok bercerita pasal perlaksanaan Hukum Hudud. Masing - masing sibuk menjaja cerita pasal Hudud ni ke hulu ke hilir.

Ada jugak dikalangan pemimpin PAS ni yang ghairah bercerita pasal Hudud turut membangkitkan nama Negara Brunei. Ramai yang puji pemimpin Negara tersebut.

Tak pelik jika Brunei laksanakan Hudud. Hakikatnya, Demografi penduduk di Malaysia dan Brunei mempunyai perbezaa yang cukup ketara. Dan perkara ini tidak dijelaskan oleh PAS.

Jika dilihat, memang Brunei layak untuk melaksanakan Hudud. Populasi penduduk di Negara tersebut melayakkan mereka untuk berbuat demikian.

Brunei mengamalkan sistem Monarki Mutlak Berparlimen dimana Sultan adalah Pemimpin Utama dan merupakan Ketua Agama Islam. Seluruh rakyat berada dibawah naungannya.

Jelas ianya menyangkal dakwaan dari Profesor Badut semalam yang mengatakan Sultan tak de hak ke atas mereka yang bukan Islam mengikut Hukum Islam.


Dengan hanya mempunyai rakyat seramai lebih kurang 400ribu orang, tidak mustahil mereka mampu melaksanakan Hukum Hudud. Hampir 2/3 dari mereka beragama Islam.

Tidak ada sebab kenapa Hudud tidak boleh dilaksanakan di Brunei kerana jumlah penduduknya yang tak berapa ramai tetapi pendapatan Negaranya banyak.

Bayangkan. Orang yang baru habis belajar pun diberi gaji oleh Kerajaan secara bulanan. Jadi bab nak mencuri tak timbul sebab semua orang ada pendapatan sendiri.

Nak kata rakyat Brunei nak berzina pun payah sebab kalau nak kahwin Kerajaan sendiri bagi duit belanja. Kahwin pun percuma. Rakyat cuma kena bayar Mas Kahwin sahaja.

Inikan pulak nak berpoligami. Ianya memang dianjurkan oleh pihak Kerajaan sendiri. Jadi, isu berkaitan dengan zina memang tak timbul lansung di Brunei.

Di Malaysia ni sebut Poligami je dah mula ketar kepala. Ada yang siap kena kejar dengan Parang lagi sampai terpaksa melarikan diri ke Negara jiran.

Tapi, jangan salah anggap apabila isu berkaitan dengan Hudud di Brunei ni menyebut bahawa undang - undang tersebut hanya tertakluk kepada agama Islam sahaja ye.

Kita kena ingat bahawa Brunei hanya ada satu Mahkamah iaitu Mahkamah Syariah. Maka seluruh penduduk tertakluk dibawah Hukum Syariah.

Nah!!! Sekarang bezakan lah Brunei dengan Kelantan yang mana rakyatnya sendiri pun tak de kerja. Terpaksa pergi ke tempat lain mencari rezeki. Jadi, tak payah la sibuk nak mempolitikkan pasal Hudud ni semata - mata untuk meraih sokongan orang!!!

Lagi pun betui ka semua geng Pakatan setuju nak buat hudud ni?



Atau puak Pas ni sembang deraih saja nak buat hudud, tapi hanya lakonan semata-mata? Politik tak habis-habis.

P/s: nak buat hudud? Pi pujuk Anwar dengan Kit Siang dulu laa.. hehe



McTheory:
Hudud Pas hanya muncul masa nak pilihanraya atau muktamar Pas.. waktu lain.. hampeh!

INFO! Basmi Kemiskinan dan Samaratakan Pertumbuhan Ekonomi Kedah! - Dato Mukhriz

Posted: 19 Nov 2013 01:36 AM PST


Kerajaan Kedah akan memberi perhatian khusus kepada usaha membasmi kemiskinan di negeri ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi di Kedah dapat dinikmati secara saksama oleh rakyat.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tema Bajet 2014 yang dibentangkan beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin, " Bajet Rakyat - Pertumbuhan Mampan, Pengagihan Saksama" adalah untuk mengimbangi antara soal pertumbuhan ekonomi dengan pembahagian hasilnya kepada rakyat negeri ini.

"Masih banyak yang agak terpinggir daripada arus pembangunan perdana. Penekanan untuk membasmi kemiskinan diberikan perhatian khusus. Di sini pentingnya kerajaan negeri sama dengan di Persekutuan. Kerjasama kedua-dua pihak banyak meringankan beban rakyat," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2014 di Wisma Darul Aman.

Katanya kerajaan negeri juga akan bekerjasama erat dengan pelbagai kementerian untuk pembangunan perumahan baharu dan baik pulih rumah yang memerlukan bantuan kerana ia juga sebahagian daripada pembasmian kemiskinan.

Mengenai kenaikan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) sebanyak RM1,300 sebulan menjadikan jumlah keseluruhannya RM6,961 seperti yang diumumkan dalam pembentangan bajet hari ini, Mukhriz berkata hasil penelitian kerajaan negeri mendapati elaun Adun di Kedah adalah yang terendah di Malaysia.

"Itu memberi gambaran bahawa kerja berat wakil rakyat negeri lebih berat apabila elaun begitu rendah. Untuk ringankan beban sedikit pertambahan sebanyak RM1,300..jadi kini lebih sikit daripada terendah (elaun Adun). Kita kaji sejak bulan Ogos dan berkuat kuasa mulai Disember," kata Mukhriz.

Berkenaan tindakan kerajaan negeri tidak memasukkan hasil jualan air mentah daripada sungai di Kedah yang mengalir ke Pulau Pinang dan Perlis seperti dilakukan kerajaan negeri terdahulu, beliau berkata bajet mestilah berdasarkan angka-angka yang benar dan tepat.

" Tak boleh letak angka selagi belum dimuktamad, belum bincang dengan pihak terlibat. (Penjualan) air mentah ke Pulau Pinang, kita tak bincang, jadi tak adil letak dalam bajet. Belum tentu dapat," katanya.

Mukhriz berkata penjualan air itu masih satu isu yang perlu diselesaikan kerana ia melibatkan sumber air tadahan Kedah.

" Masih ada pertikaian sumber air. Kita akan teruskan dengan cara lain. Harap-harap tak timbul kekhuatiran di pihak Pulau Pinang," katanya.

Mukhriz berkata kerajaan negeri Kedah juga akan membincangkan soal bayaran pajakan Pulau Pinang yang kini RM10,000 setahun, dengan kerajaan Persekutuan.

" Kita (Kedah) sebenarnya dah bangkitkan daripada dulu. Saya ingat tiada inisiatif bincang dengan kerajaan Persekutuan mengenai pajakan Pulau Pinang. Ikut sejarah pajakan adalah 10,000 Spanish Crown, di mana nilainya kini jauh lebih besar.

"Sewaktu merdeka 10,000 Spanish Crown ditukar menjadi RM10,000. (Nilai itu) tak ada peningkatan, inflasi dan sebagainya. Yang dipajak adalah sebuah negeri, seluruh pulau dan sebahagian di tanah besar. Saya optimis, kerajaan Persekutuan beri pertimbangan positif," katanya.

Mukhriz berkata banyak sumber pendapatan negeri tidak dikutip dengan serius menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri.

"Ada situasi, pemohon minta tukar status tanah. Dia telah usahakan tanah itu dan dia ada peruntukan bayar kerajaan negeri tetapi kerana kertas kerja tidak dibuat untuk diluluskan kita tak dapat hasil," katanya. -- BERNAMA

Video penuh bajet boleh tengok dibawah,


INFO! Kisah disebalik Ayah Larang anak belajar Agama!

Posted: 18 Nov 2013 10:37 PM PST



Kecoh mengenai surat seorang bapa kepada pihak sekolah yang meminta anaknya dikecualikan dari pembelajaran perkara asas agama Islam di sekolahnya.

Mc pun pernah posting pasal surat tu kat SINI.

Memang sah kewujudan data murid tersebut dan surat tersebut bukan sengaja digembar-gemburkan.

Di bawah adalah surat tersebut. Kisah ini mendapat perhatian ramai dan kami cuba
menyingkap alasan sebenar ianya terjadi.

Berhubung isu surat bapa mohon sekolah jangan libatkan anak dengan aktiviti agama di sekolah, berikut respon yang di terima:



" Imam surau kejiranan Presint 11 dah dapat citer sebenar dari guru sekolah tu. Dia baru pindah ke putrajaya, tak sangka ramai bertudung kat sekolah anak dia. Dia jumpa tudung dalam beg sekolah anak. Si anak bawak sorok-sorok. Taknak ayah dia tau. Ayah dia terus hubungi sekolah. Taknak orang dakwah anak dia. Masa kelas agama anak dia diatur masuk kelas pendidikan moral. Ayah juga buat laporan supaya tiada dakwah agama kepada anak dia.

Statement si ayah: "kuno rupanya putrajaya ni. Ramai pakai tudung.

McTheory:
Ayah budak ni mereng ka sawan ni?..

INFO! Kisah Benar dan Video Mengenai Villa Nabila!

Posted: 18 Nov 2013 07:50 PM PST



Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie. Sebenarnya saya ada cerita menarik yang ingin dikongsikan kepada korang semua disebalik misteri rumah banglo tersebut.
Menurut cerita apa yang saya tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu).

Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yangg orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.


Ada beberapa budak penakut yang saya dengar cerita nie lagi lah best, takut punya pasal, dieorang pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas dieorang bersahur kat Singgah Selalu (depan danga bay) pukul 2 pagi, dieorang terus buat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba-tiba bumbung kereta dieorang kena ketuk. Lagi dasyat enjin kereta dia tak boleh nak hidup. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup dan mereka membatalkan hasrat untuk menjejak kan kaki ke dalam Villa Nabila tu.

Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak. Tapi Saya masih tak berapa tahu sangat berita mengenainya.

Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini.


video

Disebabkan ramai sangat yang nak tau pasal cerita Villa Nabila ni, Mc pun kutip cerita ni di blog Daeng.

Dengar cerita sampai sekarang masih ada seorang remaja hilang, dan tidak dijumpai. Kononnya hilang di kawasan Villa Nabila tu.

Tapi pada hakikatnya remaja tersebut bersembunyi di rumah kawan. Jadi cerita seram mengenai Villa Nabila ni betul atau pun hanya kabar angin?

McTheory:
Kadang-kadang khabar angin, lebih menakutkan dari cerita sebenar.. hehe
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...