House PK

House PK


CILI KASI TARUK! APA LAGI PAKATAN HARAMI MAU?

Posted: 17 Nov 2013 02:50 AM PST


Membaca tulisan Flying Kick SINI berkenaan isteri PM, Datin Seri Rosmah, tertanya-tanya agaknya badigol mana yang akan menggunakan berita lawatan DSRM ke Timut Tengah untuk mereka fitnah?

"Rosmah baru pulang daripada melawat Kota Kemanusiaan Antarabangsa Dubai (IHC) selama tiga hari.

Malaysia merupakan salah satu daripada enam hub yang menempatkan rangkaian UNHRD selepas Dubai (UAE), Brindisi (Itali), Accra (Ghana), Panama City (Panama) dan Las Palmas (Sepanyol).

IHC dibangunkan dan dikendalikan oleh kerajaan UAE merupakan hub utama misi kemanusiaan dan bantuan antarabangsa dan merupakan yang terbesar."

Ketika di sana, Rosmah Mansor mengusulkan agar diwujudkan dana untuk bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam terutama sekali wanita dan kanak-kanak.

Boleh bayangkan akan ada dokumen, "bukti dan saksi yang akan ditampilkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat berhubung usul Rosmah Mansor ini?

Apa pula andaian dan teori-teori fantasi yang akan mereka keluarkan memandangkan DANA KEMANUSIAAN itu sudah pastilah melibatkan wang ringgit yang bukan kecil jumlahnya."

Harap Rosmah "tidak pernah serik untuk melakukan sesuatu yang boleh memberikan imej positif kepada Malaysia" walaupun tak henti dikritik.

Selalunya ada tiga karekter pemimpin muda pembangkang yang suka benar nak timbulkan isu dari rekaan rekaan isu yang tak munasabah tapi di jadikan seolah-olah betul dengan fakta-fakta dan bukti-bukti palsu.

Mereka adalah Nurul Izzah, Rafizi dan Tony Pua.


Hingga kini, ketiga-tiga mereka dah banyak kali kantol tapi masih meneruskan pembohongan demi pembohongan.

Nurul akan sentiasa diingati kerana mendedahkan di Indonesia kapalselam tak boleh selam, dan tuduhan melulu mengenai radar KLIA2. Bersama Tony Pua, dia menuduh mereka-reka pembohongan mengenai sabun kedai 1Malaysia. Rafizi kantoi di mahkamah dengan isu NFC dan menuduh anak Dato Nazri guna kereta Hammer kepunyaan taukeh balak Sabah.


Baru-baru ini Nurul dan Rafizi dimaafkan dari disaman hingga bankrup dan tidak layak untuk meneruskan kerjaya politik. Tony Pua masih belum belajar dan kini bertambah hari bertambah angkuh dan biadap.

Jika ketiga-tiga mereka ini bintang baru pembangkang yang bohong untuk menyertai bintang-bintang pembohong lama seperti Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal SIngh, Mat Sabu, Husam dan ramai lagi, ada bintang baru yang sedang diasuh dan didik seperti Surendran, Latifah Koya, Mazlan Aliman dan lain-lain.

Blogger-blogger dan media-media perlu terus mendedahkan pembohongan, fitnah dan kepalsuan ketiga bintang baru pembohong Pakatan dan membunuh character mereka untuk selamatkan orang awam akan akhirnya sedar akan pembohingan mereka hingga terus hilang kepercayaan.

HOUSE PK: Ini aku ambik dari the Unspinners, tak habis-habis lagi mereka ni nak fitnah dan rosakkan nama Rosmah kan? Aku makin meluat tengok perangai puak pakatan ni la.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...