BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! AKHIRNYA PAS MENGAKU DAP MASIH BELUM FAHAM ISLAM !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! APA ITU #COMANGO ??? ANDA NAK TAHU ??? WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! HARON DIN SELAMA INI TAK SEDAR KERR DAP ADA DALAM KELAMBU ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! #PEMILIHANPAS !!! STRATEGI KOTOR HINA CALON DIDEDAHKAN !!!
- ISU SABAH DAN SARAWAK !!! DAP HARUS BANTU MELAYU DAN INDIA BARU BUKA CERITA !!! ADA FAHAM KAAA ???
- BONGKAR !!! SEBENARNYA PAS DAN DAP ADALAH MUSUH TRADISI TANPA PENGETAHUAN RAKYAT !!!
KANTOI !!! AKHIRNYA PAS MENGAKU DAP MASIH BELUM FAHAM ISLAM !!! WAJIB BACA !!! Posted: 21 Nov 2013 07:30 AM PST Setelah bertahun diperkudakan oleh PKR dan DAP akhirnya Pas seakan tersedar dari mimpi dan terpaksa mengakui,bahawa parti itu telah GAGAL mendidik pengerusi parti Ultra Kiasu,Karpal Singh dengan ajaran Islam.Ia diakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan bohong Karpal yang menjadi polemik akhir-akhir ini.Harun Taib berkata,kenyataan Karpal akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji serta belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak betul.Disebabkan kenyataan Karpal yang meminta agar Pas dibubarkan pendaftaran,sebelum ini,ramai di kalangan pimpinan Pas mula melenting bagai nak gila.Baik pemimpin yang besar,hinggalah kepada pemimpin di peringkat kawasan kampung, semua seolah-olah terkejut dan tidak percaya kenyataan tersebut keluar dari mulut pemimpin rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.Sedangkan sebelum ini,baik DAP mahupun Karpal Singh mereka ini semua dipuji bak setinggi langit. Kononnya parti ultra kaisu itu telah mula faham dengan Islam,persetujuan untuk bekerjasama adalah sebahagian dari dakwah,malah ada di kalangan mereka yang 'marah' dan yang sanggup membela DAP yang dilabelkan sebagai 'kafir harbi'.Contohnya Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat,Dr Khairuddin Razali melalui kenyataan yang disiarkan oleh Harakah Daily pada 16 Ogos 2012 mengatakan,tindakan melabelkan DAP sebagai kafir harbi adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.Beliau menjelaskan,dalam konteks hubungan antara Pas dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan,maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid,iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam. Paling menarik, mereka turut mengeluarkan fatwa songsang dengan mengatakan mengundi calon-calon DAP pada pilihanraya adalah tidak haram kerana parti itu telah bersepakat untuk mengikat janji dengan Pas.Antara hujah yang digunakan,kononnya ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar'iyyah. Seterusnya Pas suatu ketika dahulu juga, pernah berbangga apabila mendakwa DAP telah mula memahami Islam sejak parti itu menggunakan pendekatan 'tahaluf siyasi'. Ini kerana menurut mereka,ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang yang diadakan pada 2010,ia telah diakhiri dengan bacaan doa.Mereka mendakwa ia sebagai bukti dan tanda DAP telah mula mendekatkan diri dengan Islam dan semakin terbuka untuk menerima Islam selari dengan kenyataan yang pernah diungkapkan oleh Musyidul Am,Nik Aziz Nik Mat.Malah bekas menteri besar Perak sebelum ini juga pernah berkali-kali memuji DAP yang disifatkan sebagai cukup intim,saling memahami,tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif sama ada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu.Paling menarik,untuk mengelaburi mata rakyat,mereka turut mengatakan Nga Kor Ming yang merupakan salah seorang Exco dari DAP pada ketika itu sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Nizar. Nga dikatakan sering bertanya dari ayat mana dan surah apa yang dibacakan oleh Nizar.Tidak cukup dengan itu,bagi meyakinkan hubungan antara Pas dan DAP bukan seperti yang di dakwa kononnya Nga sering merujuk kepada Al-Quran bagi mencari ayat yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan,integriti,ketelusan dan amanah.Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, kini DAP tidak lagi dianggap sebagai sahabat mahupun kawan.Tambahan pula pada Muktamar kali ini,parti itu akan memilih pucuk pimpinan. Maka sudah tentu mereka yang ingin bertanding perlu meyakinkan para perwakilan bahawa mereka adalah merupakan calon yang paling layak untuk dipilih. Selain mempunyai kredibiliti,watak garang dan tegas juga perlu ditonjolkan bagi memastikan perwakilan yakin dan seterusnya mengundi mereka.Kesimpulannya,kenyataan Karpal dan isu Hudud yang dimainkan pada ketika ini tidak lebih hanya satu drama dan sandiwara. Ini kerana semua perkara yang dibangkitkan itu akan lenyap sejurus sahaja keputusan pemilihan diketahui.Hakikatnya Pas adalah merupakan parti politik yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! APA ITU #COMANGO ??? ANDA NAK TAHU ??? WAJIB BACA !!! Posted: 21 Nov 2013 04:00 AM PST nak tahu apa itu COMANGO ??? tolong baca sampai habis artikel ini terutama puak pembangkang yang sokong sangat COMANGO ni.COMANGO atau Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia yang mencabar kerajaan berkenaan hak LGBT,murtad dan nama Allah untuk kegunaan Kristian,semakin terserlah sebagai pejuang hak asasi yang hipokrit.Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor,Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia pula menyifatkan perjuangan COMANGO sebagai keliru iaitu tidak dapat mendefinasikan 'hak asasi' dalam konteks yang tepat.Hujah beliau,'hak asasi' seharusnya meliputi hak asasi semua golongan dan semua perkara di dunia ini.Bagaimanapun,COMANGO telah menyempitkan definisi 'hak asasi' dengan memilih hanya hak-hak yang kebetulan bertentangan dengan agama,terutamanya agama Islam sahaja.Bagi COMANGO,agama Islam telah menghalang kebebasan manusia untuk bertindak mengikut nafsunya. Secara dasarnya,bukan hanya agama Islam yang menentang LGBT tetapi semua agama-agama langit mengharamkannya.Seperti yang anda tahu,Vatican sendiri menyokong perjuangan kumpulan Kristian di negara-negara Eropah untukmenghalang pengiktrifan hak LGBT.Malangnya,ajaran Kristian mempunyai berbagai versi yang berbeza atau bertentangan antara satu sama lain mengikut tempat,citarasa dan juga 'kaum'.Jika Kristian di negara lain turut menentang terjemahan nama Tuhan di dalam Injil sebagai 'Allah',Kristian di Malaysia pula bermati-matian menuntut untuk menggunakan nama Allah di dalam risalah agama mereka.Alasan yang diberi adalah,ia telah digunakan sekian lama di Sabah dan Sarawak.Perkara ini sebenarnya telah pun diputuskan di mahkamah iaitu pihak Kristian di Sabah dan Sarawak boleh meneruskan penggunaan nama Allah sepertimana kebiasaan mereka kerana yang dihalang oleh mahkamah hanyalah penerbitan The Herald yang menggunakan nama Allah untuk edaran di Semenanjung.Logik keputusan mahkamah ini ialah,sejak azali lagi,Kristian di Semenanjung tidak menggunakan nama 'Allah' di dalam risalah dan ceramah mereka dan ia tidak pernah menjadi masalah sebelum ini.Entah kenapa akhir-akhir ini Kristian di Malaysia ingin menyebarkan nama 'Allah' di dalam ajaran mereka di sini tanpa memberikan alasan konkrit selain kerana ia telah lama digunakan di Sabah Sarawak. Jelas,ada pihak Kristian di Malaysia yang mempunyai niat jahat untuk memurtadkan umat Islam di Semenanjung melalui manipulasi halus.Sudah tentu sebagai sebuah negara Islam,kerajaan mempunyai hak untuk menggubal undang-undang yang menghalang umat Islam dari murtad atau dimurtadkan dengan sewenang-wenangnya.Oleh itu,tindakan COMANGO mencabar semua perkara ini membuktikan bahawa mereka adalah hipokrit terbesar yang sengaja ingin mencari masalah dengan umat Islam.Hakikatnya,apa yang dituntut oleh COMANGO samalah dengan menuntut agar kerajaan menukar perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.Selain itu,COMANGO sebenarnya menuntut agar sebahagian amalan Islam itu dilonggarkan atau ditolak dengan mengiktiraf hak kepada golongan songsang LGBT.COMANGO juga ingin menafikan hak umat Islam untuk mempertahankan akidah saudara-saudara mereka.Pendek kata,bagi COMANGO,umat Islam tidak punya hak untuk mengamalkan kepercayaan mereka dan kerajaan tidak punya hak untuk meletakkan Islam sebagai agama rasmi.Setiap agama ada garispanduan tertentu yang wajib diikuti oleh setiap penganutnya dan masyarakat wajib menghormati kepercayaan mereka.Adalah tidak wajar menyuruh penganut Hindu agar jangan memecahkan kelapa di Hari Thaipusam atas alasan membazir.Adalah tidak wajar menyuruh penganut Buddha agar jangan membakar colok atas alasan berbau busuk. Dan adalah tidak wajar mengejek penganut Hindu yang enggan makan daging lembu walaupun kebuluran atau mengejek penganut Buddha yang amat gemar makan babi walaupun ia merupakan binatang yang paling kotor yang memakan najis sendiri.Semua agama ada pantang larangnya dan ritualnya yang kita perlu hormat dan terima sebagai sebahagian dari kehidupan di dunia.Semua negara ada undang-undangnya, semua kaum atau puak ada adatnya dan semua ini wajib dihormati sekiranya kita berada di dalam jajahan negara atau kaum tersebut.Bak kata Tan Sri Yusof Nor,kerajaan juga ada hak ke atas negaranya dan COMANGO tidak berhak mempersoal hak sesebuah kerajaan untuk mentadbir mengikut cara masing-masing yang dirasakan terbaik untuk majoriti rakyatnya. Ingatlah, di dalam pentadbiran demokrasi, dan kita percaya COMANGO turut mendokong demokrasi, hak majoriti adalah lebih utama dari minoriti.Di Malaysia,umat Islam adalah majoriti manakala Kristian mahupun golongan songsang LGBT hanyalah minoriti kecil.Mungkin COMANGO tidak tahu bahawa manusia bertamadun adalah manusia yang mengikut peraturan.Nampaknya,COMANGO terdiri dari manusia yang tidak bertamadun,yang mengimpikan dunia tanpa peraturan.Justeru,sebagai manusia bertamadun,kita wajib menentang COMANGO dengan segenap kudrat yang termampu. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! HARON DIN SELAMA INI TAK SEDAR KERR DAP ADA DALAM KELAMBU ??? WAJIB BACA !!! Posted: 21 Nov 2013 12:30 AM PST Kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS,Datuk Haron Din di dalam Berita Harian semalam menyebabkan saya menggeleng-gelengkan kepala.Haron Din menempelak Karpal Singh atas kenyataan pemimpin DAP itu mengenai parti berasaskan agama wajar diharamkan.Menurut Haron Din,Karpal tidak faham agama Islam dan Karpal tidak wajar masuk campur dalam urusan rumahtangga PAS atau tidak wajar 'masuk ke dalam kelambu' PAS.Analogi 'kelambu' yang digunakan Haron Din membawa makna yang mendalam sekali. 'Kelambu' selalunya dikaitkan dengan keintiman dan menyatakan bahawa DAP telah masuk ke dalam kelambu PAS membayangkan betapa DAP telah mengetahui segala-galanya tentang PAS.Tiada lagi rahsia PAS yang tidak diketahui oleh DAP.Apa yang pelik ialah, walaupun DAP atau Karpal telah masuk ke dalam kelambu PAS,Karpal masih lagi tidak faham Islam,sepertimana yang disahkan oleh Haron Din sendiri.Jelas,apa yang ada di dalam PAS tidak mampu menarik Karpal ke arah Islam, jauh sekali memahamkannya mengenai agama suci ini.Ini kerana apa yang dapat dilihat di dalam kelambu PAS hanyalah kekeliruan antara menjaga hati bukan Islam, mengambil hati umat Islam, memerangi sesama Islam,membela Syiah,menyokong komunis dan ketidakpastian mengenai LGBT.Justeru,tidak hairanlah Karpal semakin jauh dari Islam dan bukannya semakin tertarik dengan Islam sejak DAP 'masuk ke dalam kelambu PAS'. Apa yang lebih melucukan ialah kenyataan Haron Din itu membayangkan beliau marah-marah kerana Karpal menceroboh kelambunya.Mungkin Haron Din terlupa bahawa PAS yang menjemput Karpal duduk sekelambu.Sehingga ke tahap ini juga,PAS yang kelihatan enggan berpisah dengan DAP sedangkan DAP sudah pernah mengugut untuk keluar pakatan sekiranya PAS terus mempertahankan Negara Islam dan Hudud.Tetapi, PAS tidak pernah mengugut keluar pakatan sekiranya DAP terus mempersoalkan Islam.Sebaliknya,PAS sering menganggap kenyataan DAP adalah kenyataan peribadi pemimpin tertentu dan enggan mencari gaduh dengan parti itu.Selamanya,PAS yang terus mengalah,mengharapkan kesetiaan DAP kepadanya.Kini setelah DAP berada dalam kelambu yang sama, Haron Din pula yang berpura-pura baru tersedar.Apakah Ulama ini selama ini buta ??? Jika beliau boleh melihat makhluk halus yang manusia biasa tidak dapat lihat,kenapakah beliau tidak boleh melihat makhluk 'kasar' iaitu Karpal Singh di dalam kelambunya ??? Atau Kit Siang dan Guan Eng di dalam kelambu PAS ??? Hanya kerana mereka berwajah Mat Sabu,mereka tetap Kit Siang,Guan Eng dan juga Karpal berdasarkan tindak tanduk dan kenyataan yang dibuat.Apakah Haron Din tidak nampak mereka di sebalik wajah Mat Sabu itu sedangkan seluruh negara boleh melihatnya ??? Itu belum lagi Ambiga Sreevanesan atau mungkin juga Bridget Welsh yang didakwa sebagai agen CIA yang juga pernah dijemput masuk dalam kelambu PAS.Apakah Haron Din terlepas pandang akan mereka juga ??? Hakikatnya,kelambu PAS itu sudah koyak.Semua orang boleh melihat apa yang berlaku di dalamnya termasuk hubungan terlarang mahupun songsang.Kebusukan PAS sudah terdedah luas dan tidak hairanlah apabila Karpal menyuruh PAS membuang saja nama agama pada parti.Sememangnya,PAS sudah terlalu jauh dari landasan Islam. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #PEMILIHANPAS !!! STRATEGI KOTOR HINA CALON DIDEDAHKAN !!! Posted: 20 Nov 2013 09:00 PM PST Walaupun sering menggunakan Islam dan imej ustaz dan tok guru bagi menarik sokongan rakyat di kampung,namun pendekatan kempen yang digunakan oleh calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi parti itu jelas bertentangan dengan ajaran agama.Bukan sekadar memburukkan antara satu sama lain,namun ada di kalangan mereka sanggup menggunakan pendekatan yang agak melampau bagi menarik sokongan perwakilan.Media sebelum ini melaporkan tindakan penyebaran satu poster yang bertujuan menghina calon Ketua Pemuda Pas,Zulhazmi Sharif yang digantikan dengan gambar anjing dan disifatkan sebagai penyokong kumpulan Liberal. "Jika aning-anjing liberal ini berjaya menguasai parti,maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali.Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP" kata salah seorang penyokong parti itu dalam akaun Facebooknya. Selain menghasut,pemilik akaun tersebut turut mendakwa Suhaizan hanyalah 'kambing hitam' kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas. "Golongan ini amat bimbang dengan Kamarulzaman yang mempunyai fikrah islam yang jelas maka Kamarulzaman wajib dinyah keluar dari Dewan Pemuda bagi melakasanakan kerja-kerja jahat mereka.Ketua Pemuda Pas,Nasruddin Hassan sebelum ini pula menyifatkan tindakan tersebut merupakan cara kempen dan perang saraf yang keji bertaraf 'macai'.Tidak cukup dengan itu,di dalam satu majlis percambahan fikiran anjuran Lajnah Tarbiayah Pas Perak yang diadakan baru-baru ini,seorang penceramah dikatakan telah menghamburkan pelbagai kata-kata kesat terhadap Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP),Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Parit Buntar,Datuk Dr Mujahid Rawa.Penceramah yang merupakan ahli jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS Pusat itu didakwa menghamburkan kata-kata berbaur hinaan yang tidak dibenarkan dalam garis panduan menjelang muktamar PAS. Jawatankuasa Pemilihan parti itu melalui sidang akhbar yang diadakan sebelum mengatakan pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain".Selain daripada itu penyandang jawatan Timbalan Presiden Pas,Mat Sabu sebelum ini turut melahirkan rasa kecewa dan kurang senangnya berhubung cara dan kaedah kempen yang dijalankan pada pemilihan kali ini. "Sepanjang 35 tahun saya berada dalam Pas iaitu sejak 1978,inilah kempen paling teruk pernah saya lihat." Malah kenyataan itu turut disokong oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor,Khalid Samad yang menegaskan wujudnya budaya fitnah dan adu domba menjelang pemilihan parti itu minggu depan dengan agenda tersirat untuk mengeluarkan parti itu dari pakatan pembangkang.Katanya,budaya itu bukan akan menyelamatkan parti Islam itu, sebaliknya bakal meruntuhkannya. Kesimpulannya,semenjak bersetuju untuk bersekongkol dengan DAP dan PKR,parti itu telah mula diresapi dengan pelbagai elemen negatif.Tambahan pula rakan sekutunya DAP dan PKR memang sering berdepan dengan masalah tiap kali tiba musim pemilihan. DAP dengan isu pemilihan CECnya,manakala PKR dengan insiden gaduh dan baling kerusi.Apa pun,terserahlah kepada 1,300 perwakilan parti itu yang akan membuat keputusan esok.Keputusan yang akan bakal menentukan corak perjalanan politik Pas selepas ini sama ada 'Berani Berubah' untuk menjadi sebuah parti yang dominan atau 'Kekal' sebagai 'pak turut'. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
ISU SABAH DAN SARAWAK !!! DAP HARUS BANTU MELAYU DAN INDIA BARU BUKA CERITA !!! ADA FAHAM KAAA ??? Posted: 20 Nov 2013 06:00 PM PST Malaysian Insider melaporkan kenyataan Lim Guan Eng bahawa DAP bersedia bekerjasama dengan pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak yang telah dipinggirkan oleh pemimpin muda dari UMNO.Lim Guan Eng berkata begitu dengan merujuk kepada kenyataan Menteri Pembangunan Sarawak,Tan Sri James Masing bahawa terdapat pemimpin muda UMNO yang sengaja merenggangkan hubungan Sarawak dengan Putrajaya.Pemimpin muda tersebut dikatakan bersikap angkuh apabila berurusan dengan Sabah dan Sarawak seolah-olah wakil dari kedua-dua negeri itu berada di taraf yang rendah berbanding pemimpin dari semenanjung.Jika benar,keluh kesah Tan Sri James wajar mendapat perhatian kepimpinan tertinggi dan ditangani segera.Namun begitu,ia tidak memberi apa-apa hak kepada DAP untuk menunjuk hero atau masuk campur dalam masalah dalaman BN.Apatah lagi apabila ia melibatkan sikap bongkak sesuatu pihak dan perasaan terpinggir pihak yang lain.Ini kerana Lim Guan Eng sendiri merupakan 'ikon' manusia paling bongkak di era ini.Tiada yang lebih bongkak dari manusia yang digelar tokong oleh ahli partinya sendiri. Kepimpinan Lim Guan Eng juga merupakan contoh paling mudah dalam soal meminggirkan orang lain. Seluruh rakyat boleh melihat sendiri bagaimana Lim Guan Eng meminggirkan orang-orang India dan Melayu dengan tidak mengambilkira langsung permasalahan mereka ketika kerajaannya merobohkan kampung dan menghalang mereka berniaga.Seluruh rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana Lim Guan Eng mengenepikan suara kaum India dan Melayu dalam pemilihan parti melalui berbagai muslihat.Malah,Lim Guan Eng turut meminggirkan kaumnya sendiri yang lantang menegur dan mengkritik caranya.Akibatnya, seorang demi seorang dari ahli dan pemimpin DAP membuat aduan,laporan dan juga keluar parti kerana tidak tahan dengan keangkuhannya.Justeru,saya ingin bertanya kepada Tan Sri James dan juga seluruh rakyat Sabah dan Sarawak,apakah mereka percaya yang Lim Guan Eng akan membantu mereka ??? Apakah mereka percaya Lim Guan Eng tidak akan meminggirkan mereka ??? Jangan sekali-kali lupa bahawa Lim Guan Eng memandang rendah kepada kaum Melayu dan India,maka apakah jaminan yang beliau tidak memandang rendah juga pada pribumi Sabah dan Sarawak juga ??? Tidak mustahil, beliau memandang pribumi Sabah dan Sarawak sebagai jauh lebih rendah lagi.Jika orang Melayu di bandar di halau ke kampung oleh DAP suatu ketika dahulu,maka ke manakah pribumi Sabah dan Sarawak yang tinggal di pedalaman akan dihalau Guan Eng nanti ??? Guan Eng bukanlah manusia prihatin dan untuk percaya yang Guan Eng akan membantu sesiapa selain keturunan dan kroninya adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.Kesimpulannya,apapun masalah Tan Sri James dengan Putrajaya adalah masalah dalaman BN yang tidak memerlukan campurtangan dari manusia seperti Lim Guan Eng.BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah mengabaikan rakyat dan BN juga telah memastikan semua rakyat dari berbagai kaum mendapat peluang untuk meningkat maju dan berjaya. BN bukan seperti DAP yang hanya mementingkan kaum Cina pembayar cukai.BN sentiasa memberi keutamaan kepada kaum lain yang sekian lama membantu kaum Cina berjaya dengan menjadi pelanggan mereka.BN bukan parti angkuh.Jika ada seorang dua pemimpin yang angkuh,maka beliau perlu didedahkan dan ditegur agar kembali ke pangkal jalan. APA KATA ADA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! SEBENARNYA PAS DAN DAP ADALAH MUSUH TRADISI TANPA PENGETAHUAN RAKYAT !!! Posted: 20 Nov 2013 04:00 PM PST Riuh rendah sekampung pasal cadangan Dap untuk membubarkan parti berbentuk perkauman atau keagamaan seperti Pas sudah sampai kemuncak yang menggoncang keutuhan pakatan pembangkang.Kesalahan harus terletak di bahu pengerusi kebangsaan Dap,Karpal Singh yang terkenal dengan keceluparan mulutnya.Inilah yang menjadi masalah pemimpin-pemimpin pembangkang yang suka bercakap tanpa menggunakan akal mereka.Ini ditambah pula dengan sikap mereka yang cakap tak sama bikin, suka berjanji kepada rakyat tetapi tidak menggotakan apa dijanjikan.Sifat hentam keromo pemimpin pembangkang yang bercakap tanpa berlandaskan fakta menjadi antara kelemahan utama mereka.Kerana itulah rakyat amat bijak memilih Barisan Nasional untuk terus menerajui negera oleh kerana ketidakyakinan mereka terhadap kemampuan pembangkang.Lihat saja kenyataan anak ketua umum PKR,Nurul Izzah Anwar yang bercakap mengenai soal keselamatan negara seolah-olah kapasiti otaknya amat kecil atau mungkin tidak wujud sama sekali.Mendedahkan rahsia kerajaan sememangnya kegemaran pembangkang kerana mereka mahu melihat negara ini huru hara dan dijajah semula oleh kuasa asing.Nurul yang menyentuh mengenai dakwaan kehadiran lebih 30 anggota khas atau Special Branch PDRM di kota London mencerminkan ketidakmatangan beliau sebagai ahli politik. Malah rasa syoknya untuk mendedahkan kepada umum mengenai tugasan anggota keselamatan negara mencerminkan bidalan Melayu, 'bapak borek anak rintik'.Kalau si bapa menyokong kewujudan rejim Zionis Israel si anak pula menyokong orang Melayu menjadi murtad.Itulah mentaliti kebanyakan pemimpin parti pembangkang yang sebenarnya tidak bijak dan lebih pandai cakap kosong dan beretorik semata-matanya Apabila mereka membuka mulut tempayan mereka,sama ada kata-kata yang dihemburkan adalah dalam bentuk fitnah, tohmahan atau sesuatu yang tidak langsung masuk akal.Perbuatan mereka juga menuruti budaya 'otak letak di lutut' kerana politik yang diamalkan mereka hanya menjurus kepada kerugian kepada agama,bangsa dan negara.Pembangkang akan mendedah apa sahaja termasuk soal keselamatan nasional jika ia boleh meraih keuntungan sokongan politik dan undi untuk mereka.Begitu juga yang berlaku sekarang di antara Pas dan Dap yang sedang bertikam lidah mengenai cakap lepas Karpal yang tersinggung dek sekutunya itu.Dulu dalam lewat tahun 1980an Karpal juga celupar dengan kenyataan 'langkah mayat saya dulu' berhubung cadangan Pas untuk menubuh Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Pepatah Inggeris menyifatkan hubungan Pas-Dap ini sebagai 'no love lost' kerana sesungguhnya kedua-dua parti sememangnya membenci antara satu sama lain. Bukan disebabkan berlainan ideologi politik kerana itu adalah lumrah dunia politik. Pas membenci dap sejal azali kerana dap mahu hapuskan hak-hak bangsa Melayu dan mengeluarkan Malaysia daripada sebuah negara Islam kepada sistem republik yang berkiblatkan Kristian. Dap pula membenci Pas kerana perjuangan untuk menubuhkan Negara Islam dan pelaksanaan hukum syariah bermakna slogan "Malaysian Malaysia" parti itu akan berkubur dan lenyap.Maka apabila Pas dan Dap bersetuju bergabung di bawah panji Pakatan Rakyat di bawah tipu helah Anwar Ibrahim,penyokong pembangkang terpinga-pinga bagaimana pemimpin Pas yang dilihat agak cerdik juga boleh tertipu bulat-bulat oleh Sang Anwar.Kini selepas lima tahun bersama Dap dan PKR baru Pas sedar dan merasai bahang panas yang membakar dirinya sendiri hasil perkongsian hidup dengan dua madu. Elok sajalah Pas keluar dari kerjasama tripartite yang selama ini menjadi igauan menghantui parti itu.Sebenarnya itulah saja jalan yang perlu ditempuh olehnya jika ia mahu menjaga integriti sebagai sebuah parti berlandaskan perjuangan nilai-nilai Islam.Bagaimana sebuah parti Islam yang sepatutnya tinggi status dan martabat kerana ia menjunjung agama Tauhid boleh tunduk dan berada di bawah tapak kaki sebuah parti yang menyokong fahaman liberalisme dan budaya LBGT dan satu lagi anti-Islam dan anti-Melayu. Jawapannya hanya apa pada pemimpin dan ahli-ahli Pas kerana selain daripada mereka hanya bertindak sebagai pemerhati atau paling tidak sekadar memberi nasihat. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment