PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


TERKINI PANAS! PM NAJIB TUMPU PERHATIAN DIJERANTUT, AHLI PARLIMEN JERANTUT BERJUANG UNTUK RAKYAT WALAU TERPAKSA BERHADAPAN CALON DIRAJA!

Posted: 18 Oct 2013 01:48 AM PDT


Seperti yang diketahui umum pemilihan ketua umno bahagian Jerantut melibatkan dua tokoh pemimpin yang berlatarbelakang berbeza. Calon Ketua Bahagian Jerantut YB Hj Nazlan Idris akan ditentang bekas ahli parlimen Jerantut YBM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar.

Keputusan yang dicatatkan dalam pemilihan ketua bahagian esok, yang pastinya tanggungjawab yang akan digalas mereka yang menang nanti pasti berat terutama dalam menyediakan Umno dan BN untuk berhadapan PRU14 nanti.

Sewaktu Pilihanraya baru-baru ini YB Hj Ahmad Nazlan yang menggantikan penyandang sebelum ini, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berjaya meraih 26,544 undi menewaskan calon Pas, Dr. Hamzah Jaafar yang mendapat 22,012 undi.

 Peningkatan majoriti undi berbanding 1,946 pada 2008 membuktikan rakyat di sini yakin dengan kemampuan kepimpinan yang akan dibawa oleh YB Ahli Parlimen Jerantut
 
Mengikut bancian terkini berdasarkan riaksi rakyat di Jerantut ketika ini yang lebih memihak kepada calon perubahan iaitu Ahli Parlimen Jerantut YB Hj Nazlan Bin Idris didalam memenangi kerusi ketua umno bahagian Jerantut.

Sedikit mengecewakan rakyat pada ketika ini kelihatan politik wang menjadi punca utama dan penghalang kepada perubahan yang dimahukan oleh rakyat Jerantut pada ketika ini. Ahli umno dan rakyat Jerantut berharap demi menguatkan kepimpinan di Jerantut pihak pucuk pimpinan tertinggi perlu memandang serius perkara ini yang akan membawa kesan yang negatif dan melemahkan parti umno itu sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...