Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Ops Cantas 14,511 Gangster Telah Di Tangkap PDRM!

Posted: 06 Oct 2013 08:37 AM PDT



Walaupun tindakan memburu penjenayah dan samseng2 baru dilaksanakan pihak berkuasa, ia membuahkan hasil dan berjaya membuat tangkapan tertinggi dalam operasi dijalankan.

Ini adalah berita baik buat sekelian rakyat Malaysia yang impikan kedamaian dan keharmonian, kerana berjaya mengekang penjenayah berleluasa melakukan kehendak mereka.

Operasi ini berjaya membuat penjenayah dan samseng2 ketakutan sehingga ada yang melarikan diri dan cuba bersembunyi dari pihak polis.

Jika dahulu mereka2 yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan kongsi gelap ni berleluasa menunjukkan taring mereka, tetapi kini mereka ni umpama cacing kepanasan mencari tempat untuk bersembunyi pula.

Tahniah diucapkan kepada pihak polis kerana dapat mengekang kegiatan mereka ni dari terus bermaharajalela.

Polis menahan 14,511 anggota samseng dan kongsi gelap dalam Op Cantas Khas sejak dilancarkan pada 17 Ogos lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah statistik terkini hasil Op Cantas Khas yang telah dijalankan di seluruh negara sehingga pukul 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata, suspek yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 380,343 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan samseng yang telah ditahan serta disoal siasat.

"Penahanan individu paling besar dibuat di Selangor melibatkan sebanyak 6,191 orang diikuti Johor (2,682) dan Kuala Lumpur (1,185).

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan Op Cantas Khas ini dan akan berterusan selagi penjenayah tidak dihapuskan dan mungkin selepas ini kita menggunakan nama lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Op Cantas Khas juga tidak tertumpu kepada satu kaum tertentu sahaja seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

"Sehingga tengah hari semalam, polis telah menahan 6,171 orang Melayu, Cina (1,701), India (3,685) manakala lain-lain kaum pula seramai 2,954 orang," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihak polis menunggu Akta Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 untuk dikuatkuasakan setelah diwartakan nanti.

Katanya, melalui akta itu, polis mempunyai 60 hari untuk menahan reman mereka manakala Badan Pencegahan Jenayah boleh memutuskan tindakan penahanan selama dua tahun.

"Namun, keputusan itu boleh disemak semula di Mahkamah Tinggi," katanya.

Sementara itu, dalam satu majlis di Kuala Terengganu, Ahmad Zahid menyeru semua pihak memberi keyakinan kepada polis untuk memerangi jenayah habis-habisan. - UM

INFO! Anak Syarikat Kedah RUGI 3 Tahun Berturut-Turut!

Posted: 06 Oct 2013 06:12 AM PDT



Semasa Kedah ditadbir oleh Kerajaan Pas, saban hari rakyat Kedah ditipu oleh Pas bahawa mereka cekap mentadbir negeri tanpa ada sebarang penyelewengan apatah lagi kerugian..Yang dicanangnya keuntungan balak berlipat kali ganda..

Tapi sebenarnya banyak anak anak syarikat Negeri Kedah mengalami kerugian berturut turut setiap tahun..

Mengikut laporan Ketua Audit Negara syarikat milikan penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), PKNK Hotels Sdn Bhd (PHSB) di laporkan mengalami kerugian bersih selama tiga tahun berturut-turut.

Kerugian dicatat pada tahun 2009 hingga 2011 berjumlah RM 0.30 juta, RM 1.37 juta dan RM 0.66 juta.

Kerugian terkumpul PHSB meningkat daripada RM 1.76 juta pada tahun 2009 kepada RM 3.13 juta pada tahun 2010 dan terus meningkat sejumlah RM 0.66 juta kepada RM 3.79 juta pada tahun 2011.

"Walaupun berjaya mencatatkan peningkatan hasil setiap tahun, tetapi PHSB kurang berkesan mengawal perbelanjaannya sehingga gagal memberi pulangan kepada pelabur," kata laporan itu.

Laporan itu juga menyebut punca kerugian itu ekoran berlaku ketidak seimbangan dalam peningkatan pendapatan dan perbelanjaan.

"Kerugian yang ditanggung syarikat adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah pendapatan tidak seimbang dengan peningkatan dalam jumlah perbelanjaan.

"Kesannya, kerugian terkumpul PHSB telah meningkat kepada RM 3.79 juta pada tahun 2011 iaitu peningkatan sejumlah RM 2.03 juta atau 115.3 peratus berbanding tahun 2009.

Pendapatan utama PHSB adalah diperoleh daripada operasi perhotelan khususnya penyewaan bilik hotel, penyediaan makanan serta aktiviti hiburan dan 'outdoor'.

Melalui laporan Audit juga mendapati, ada peningkatan pendapatan sejumlah RM 0.92 juta atau 17.4 peratus [ada tahun 2010 dan RM 1.13 juta atau 18.2 peratus pada tahun 2011.

Peningkatan itu disebabkan kenaikan jumlah tempahan bilik dan jualan katering bagi tahun 2010-2011 yang menyumbang 92.4 peratus hingga 99.1 peratus daripada keseluruhan pendapatan PHSB.

Selain itu, berlaku juga peningkatan perbelanjaan pada tahun 2010.

"Pada tahun 2009 perbelanjaan syarikat adalah berjumlah RM5.56 juta meningkat kepada RM7.57 juta pada tahun 2010 dan terus meningkat kepada RM7.99 juta pada tahun 2011.

"Peningkatan tahun 2010 disebabkan peningkatan perbelanjaan operasi syarikat dan meningkat lagi pada tahun 2011.

"Peningkatan ketara perbelanjaan sejajar dengan kenaikan kos bahan mentah dan gaji pekerja hotel," kata laporan itu lagi.

Secara keseluruhan, pihak Audit berpendapat bahawa prestasi kewangan PHSB tidak memuaskan. - Medan Tempur

HOT! Azeez Rahim 'Malukan' Mak Lampir Dalam Parlimen..

Posted: 06 Oct 2013 02:12 AM PDT


Kesian tengok Mak Lampir meroyan dalam parlimen dok kena taruk dengan Azeez Rahim. Dari kisah bantuan kerajaan, tangkapan ISA, hinggalah ke Lombok. Kemudian dia lompat ke Memali pulak..adehh


Untuk pengetahuan Mak Lampir, peti undi Kampung Memali di Baling tu, BN yang menang tau. Nampak sangat orang kampung Memali dah taknak kena bodoh dengan Pas lagi. Kan Mc dah kata, lama ke lamaan kebenaran akan muncul jua. he he he..

Pas hanya sesatkan orang.. tapi lama mana orang tu nak sesat kann??

HOT! Wartawan Teruja Tengok Muka 'BotoX' Anwar?

Posted: 05 Oct 2013 11:12 PM PDT




Agendadaily - Pagi Khamis ramai wartawan dan jurugambar standby di luar pintu utama Dewan Rakyat.Ini setelah tersebar khabar mengenai kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Masa sidang Dewan Rakyat selama lapan hari kali ini bermula pada 23 September kelibat Ketua Pembangkang itu tidak kelihatan sejak hari pertama lagi.

Beliau terbang ke luar negara termasuk berada di New York. Khamis ialah hari akhir sidang Dewan Rakyat.

Apa yang menjadi 'berita' bukan sangat komenter Anwar pasal isu-isu semasa termasuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang hangat dibahaskan dan diluluskan Rabu malam.

Fokus mereka tentulah pada wajahnya yang 'lain macam' sejak muncul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 September.

Waktu itu mukanya kelihatan bengkak jauh berbeza dari biasa.

Kelainan itu mengundang pelbagai cakap-cakap termasuk kata Anwar sudah buat 'makeover' pada wajahnya agar kelihatan lebih muda.


Wajah Anwar semasa di Mahkamah Rayuan Putrajaya 18 September

Setelah dua minggu tentu ramai yang hendak tengok kalau-kalau wajah itu sudah kembali normal.

Namun jelas kesan pada perubahan wajahnya masih ada.

Ini yang menjadi bahan gosip hangat dikalangan mereka yang berada di Parlimen Khamis.

Apa yang sudah jadi pada wajahnya?

" Siapa tahu...mungkin dia nak nampak lebih bertenaga siap hadapi PRU14," bisik seorang wartawan secara berjenaka pada rakannya selepas sidang akhbar Anwar di lobi Parlimen.

INFO! Terbaik Zahid Hamidi SOUND Wartawan Malaysiakini.. memang patut pun!

Posted: 05 Oct 2013 08:46 PM PDT




MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat meluahkan perasaan geramnya terhadap Malaysiakini apabila menegur wartawan portal berita berkenaan secara berdepan dalam satu sesi temu bual yang turut melibatkan wartawan daripada media lain.

Berdasarkan rungutan yang diluahkan Zahid berkali-kali, beliau nyata tidak berpuas hati dengan Malaysiakini kerana didakwa sentiasa spin atau melaporkan berita tidak tepat tentang beliau dan KDN.

Keadaan tegang, boleh dikatakan bermula selepas wartawan Malaysiakini bertanyakan sesuatu melibatkan angka padanya.

Saat itu, Zahid bertanya wartawan tersebut dari mana dan apabila mengetahui dari Malaysiakini beliau berkata, "Patutlah tanya pelik-pelik. Tanya kos apa semua… nanti you spin. Rm3 jadi RM30. Jangan spin ma.. tulis betul-betul. You bagus, you punya bosses tak bagus.

Amaran Zahid tidak berakhir di situ apabila beliau kelihatan agak terganggu dengan wartawan portal berkenaan yang tidak berputus asa mahu bertanyakan soalan meskipun beliau sudah memberitahu tidak akan melayan sebarang soalan daripada Malaysiakini.

Sampai satu peringkat beliau berkata, "Macam mana Malaysiakini boleh dijemput ni? Saya tak nak jawab soalan. Selalu spin saya punya cerita. Recorded tapi tulis lain."

Menjawab soalan berkaitan laporan audit, Zahid menyatakan kehilangan 1.3 juta senjata di bawah PDRM bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewengan dan unsur-unsur rasuah. Sebaiknya kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan termasuk melibatkan pihak lain seperti awam dan syarikat kawalan keselamatan.

Sebelum dan selepas kenyataan berkaitan audit ini diterangkan pun, Zahid masih berkali-kali menitipkan pesan supaya kenyataannya itu ditulis dengan betul oleh Malaysiakini.

"You boleh tulis saya tak percaya Malaysiakini langsung. Tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN. Malulah datang.

"You tulis betul, you punya editor tak betul. Saya tak percaya langsung Malaysiakini, saya cakap banyak kali," kata Zahid yang kelihatan marah tapi terkawal.

Malah sebaik usai sesi temubual, Zahid menuju ke arah wartawan portal berita berkenaan. Beliau menolak untuk bersalam sebaliknya menepuk bahunya.

"Tulis betul-betul, jangan main-main sama saya.. i monitor," tegas Zahid kepada wartawan Malaysiakini sebelum beredar.




SUMBER

INFO! Allahyarham Azizan Razak di ANTI Puak Pas Kedah? #PrkSgLimau

Posted: 05 Oct 2013 06:27 PM PDT


Bahang PRK Sungai Limau sudah mula terasa. Di beberapa ceruk kampong di DUN Sg Limau masyarakat di sana mula memperkatakan siapa bakal calon UMNO yang akan bertanding dalam PRK nanti untuk melawan calon PAS. Bunyinya agak aneh mengapa calon UMNO yang disebut-sebut sedangkan sepatutnya mereka lebih memperkatakan kelibat calon PAS?

Mungkin ini satu kebetulan kerana jentera UMNO dilihat lebih banyak memainkan peranan membantu rakyat di kawasan tersebut di kala Allahyarham Tan Sri Azizan sedang dirawat di hospital. Sedangkan jentera PAS hanya sekali sekala datang menjenguk pengundi dengan hanya mengadakan ceramah-ceramah sambil-sambil hulur karung dan usung tin mintak derma.

Di kala pemergian Allahyarham Tan Sri di hospital, kelibat pemimpin-pemimpin UMNO juga yang sibuk untuk menguruskan jenazah. Kami dapat melihat kehadiran YAB Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah serta Mukhriz yang lebih mendapat perhatian rakyat.

Kami tertanya mengapa Tun berdua sanggup bergegas ke hospital untuk melawat 'musuh' politik UMNO dengan meninggalkan sebuah majlis di kawasan lain. Walhal beberapa pemimpin PAS yang lain lebih sibuk ke Bangkok untuk tunduk sembah hormat kepada bangkai Chin Peng dan sibuk melalut nak bawa balik abu bangkai pengganas tersebut.

Dari sembang-sembang kami dengan beberapa ahli PAS asal Bukit Besar dan Sungai Dedap mereka menyatakan "pemimpin PAS la nie (kini) lebih kalut nak bela komunih dan syiah. Depa lebih suka Ustaz Azizan mampuih cepat sebab Azizanlah punca Kedah kalah, sebab tu kena kafarah habih kaki kena potong".

Terkejut juga kami mendengar penjelasan tersebut.

Kami bertanya lagi agaknya siapa yang layak jadi pengganti Arwah Ustaz. Mereka kata "mungkin anak arwah yang layak tapi dalam PAS ni jenuh sikit sebab puak Mahfuz pun ada orang depa sendiri, Mahfuz nak bertanding, Mat Sabu pun nak jugak. puak Fakrul Razi pun nak, puak Taulan pun nak jugak. Nak letak anak arwah pulak had (yang) mana satu? Had anak bini nombor satu ka, had anak bini nombor dua? Had Musadak pun ada orangnya jugak, dia pun nak jadi calon…nak letak Muaaz ka atau letak Muzaini?" Mymassa sendiri tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh ahli-ahli PAS ini.

Mymassa pun tak dapat nak sembang panjang sebab ramai berpusu-pusu datang kat hospital. Tapi dalam benak kami ramai ahli PAS yang kecewa apabila segelintir ahli dan pemimpin PAS sendiri tergamak menentang arwah semasa hayatnya. Sampai ada yang mintak arwah dipecat dari PAS dan jawatan Menteri Besar Kedah hanya kerana ketegasan arwah tidak melayan tuntutan melampau segelintir ahli PAS yang gilakan projek.

Arwah juga ditentang hebat oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri berkaitan isu Syiah sehingga ada yang sanggup mencerca arwah kononnya menjadi barua UMNO. Itu belum masuk lagi kes KUIN sehinggakan apabila arwah sakit dan masuk hospital ada segelintir ahli PAS mendesak arwah dan kerajaan negeri melantik seorang pemangku dengan segera tanpa menghormati keadaan arwah yang sakit tenat.

Kami juga mendapat tahu dari Pak Su Man yang dari PAS Kampung Gelam Tiga mengenai perangai segelintir ahli-ahli PAS yang mensabotaj jentera parti sendiri semasa PRU 13 lalu. Pak Su Man memberitahu "ahli-ahli PAS pakat cabut bendera parti dan pacak bendera BN keliling kampung sebagai protes kepada Azizan. Tak cukup dengan tu, depa pakat pacak bendera PAS hitam putih keliling Sungai Limau dan mengugut tak akan keluar mengundi".

"Bila arwah menang ADUN Sungai Limau pada PRU 13 tapi dengan majoriti berkurang, ahli-ahli PAS bersorak riang. Bila arwah masuk hospital dan kena potong kaki depa hambuq kata lebih baik Ustaz mampuih teruih".

Perbuatan-perbuatan segelintir penyokong PAS ini ternyata menguriskan hati dan perasaan isteri -isteri dan keluarga Tan Sri Azizan. Pernah wakil Mymassa melihat Mukhriz sebak melihat isteri arwah mengalirkan air matanya sebab arwah dicaci dan dihina sebegitu rupa, sedangkan arwah begitu besar jasanya kepada PAS dan Negeri Kedah.

"Ustaz Azizan bukan sebarang orang. Dia Menteri Besaq dia banyak berjasa pada orang Kedah tanpa kira depa tu PAS atau UMNO. Tapi orang PAS sendiri sanggup hina dan humban Ustaz sampai lagu ni. Sakit pun susah depa nak mai lawat. Kami malu kat Datuk (Mukhriz) dan Tun Mahdey (Mahathir)…"

Itulah yang diluahkan oleh ahli keluarga Allahyarham kepada wakil Mymassa di Kedah. Kami tak mahu mengaibkan orang lain apatah lagi sesama bangsa. Kami juga turut bersimpati dan berkabung atas pemergian Allahyarham. Tapi sampai bila kami perlu sembunyikan dapatan fakta dari pengalaman kami sendiri?

Kedamaian di Sg Limau antara kawasan jelapang padi negeri Kedah


Memang hasrat arwah ingin memajukan Sg Limau. Tapi setakat itu kemampuan arwah dan kesempatan yang Allah Taala berikan pada arwah. Arwah pergi meninggalkan kita dan amat teringin melihat penyatuan umat Melayu. Namun hajat arwah itulah yang menjadi punca beliau ditentang hebat oleh segelintir ahli-ahli dan pemimpin PAS sendiri. MyMassa
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...