Kedah Ke KL - MctHeory |
PANASS! Blogger Seks Bunuh Diri Sebab Menyesal? Posted: 11 Oct 2013 09:14 AM PDT Bosan dengan cerita pemilihan sayap esok? Mc pun dah penin dok tengok poster dok promote calon masing-masing. Malam ni Mc hidang cerita lain sikit.. pasal blogger lucah bodoh dua ekor, sejak keluar penjara, katanya nak insaf. Entah laa.. he he Baca kat bawah ni, Vivian Lee, pasangan kontroversi kepada blogger seks Alvivi, muncul dalam klip video yang berakhir dengan babak dia 'mengelar pergelangan tangannya'. Video berjudul 'Penyesalan' itu dimuat naik di akaun Twitternya pada petang Khamis. Video berkenaan turut dimuat naik di laman YouTube pada Rabu. Klip video berdurasi dua minit itu diarahkan oleh teman lelakinya, Alvin Tan. Vivian, 24, digambarkan sebagai wanita yang tulus ikhlas yang sedang melihat pilihan yang berlaku dalam hidupnya. "Ketika saya masih keci, orang beritahu saya untuk mengejar cita-cita saya, percaya kepada diri sendiri dan cari jalan sendiri untuk berjaya. Dengan itu, semuanya akan menjadi mudah," katanya. "Apabila dewasa, apa yang mereka kata benar-benar terjadi, saya pilih kestabilan. Jangan cakap terlalu banyak. Selain itu, saya juga seorang yang idealistik. Saya pilih ketidakpastian. Saya juga pilih bersuara terlalu kerap dan terlalu kuat. Semua orang mula rasa bangga dengan membenci saya. "Saya rasa sukar menjadi orang dewasa. Jika saya ikut hati, semua orang kata saya salah. Saya jahat dan tidak berguna. "Bukan itu sahaja mereka yang saya sayang juga enggan sayang saya lagi. Semuanya kerana idea saya dan mereka berbeza dan saya pilih jalan hidup yang unik dan tersendiri. "Adakalanya saya fikir jika saya buat perkara yang betul adalah yang terbaik. Jujurnya saya penat. Mereka berjaya. Saya gagal. Saya sering mendengar suara hati saya. Mereka semua menyambutnya dengan riang. "Bagi saya, kehidupan ini ibarat skrip yang ditulis oleh orang lain," kata Vivian sambil mengalirkan air mata di sofa sambil menonton televisyen. "Mungkin sudah tiba masanya untuk saya tamatkan perjuangan yang tidak bermakna buat saya lagi. Hanya dengan satu pukulan," katanya. Video itu diakhiri dengan babak Vivian mengelar pergelangan tangannya dengan sebilah pisau sebelum skrin bertukar kabur. Usaha menghubugi pasangan berkenaan tidak berjaya. Sebelum ini, pasangan kontroversi itu memuat naik rakaman video seks mereka yang menyebabkan Alvin dibuang daripada pengajian undang-undang di sebuah insitutsi pengajian tinggi terkenal di Singapura. Pasangan tersebut terus mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh dengan ucapan Selamat Berbuka Puasa yang menyebabkan mereka dikritik serta dipanggil untuk memberi kenyataan kepada pihak berkuasa. Pada 18 Julai lepas, Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal. Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi. Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan. Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan.-Mstar McTheory: boleh pakai ka menyesal depa tu? |
HOT! Tun Dr Mahathir Pertahankan Zahid Kes 'Polis Tembak Dulu'! Posted: 10 Oct 2013 09:49 PM PDT Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan pasukan polis menembak mati penjenayah bagi menjaga keselamatan anggota tersebut. Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika seorang individu atau penjenayah yang mempunyai senjata, pasukan polis lebih baik menembak mereka dahulu atas faktor keselamatan. ''Apabila berdepan dengan penjenayah yang ada senjata dan mempunyai kemungkinan untuk menembak polis, adalah lebih baik anggota keselamatan itu menembak mereka dahulu. ''Saya beranggapan lebih baik membiarkan penjenayah berdepan dengan risiko ditembak daripada meletakkan risiko bahaya itu ke atas pihak keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek kerja-kerja bawah tanah dan terowong Lembah Klang Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Cochrane, Cheras di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid dalam satu majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat yang dibuat secara tertutup Sabtu lalu. Walaupun majlis taklimat itu dibuat secara tertutup, portal propembangkang Malaysiakini dalam laporannya Isnin lalu memetik ucapan Ahmad Zahid yang memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan. Mengulas tentang Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera, Dr. Mahathir percaya agenda tersebut perlu bagi memantapkan perbezaan antara kaum. Beliau berkata, usaha kerajaan itu bukan mahu memihak kepada bumiputera, sebaliknya memberi 'bahagian mereka'. Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemu bual di Ibu Pejabat Utusan (M) Malaysia di sini, menyelar sikap tidak bertanggungjawab portal berkenaan dan mempersoal mengapa Malaysiakini hanya bertindak menyiarkan separuh sahaja daripada keseluruhan ucapannya jika benar mengamalkan etika kewartawanan ketika membuat liputan. Pada masa sama, beliau menjelaskan, kenyataannya menyokong tindakan polis dalam satu operasi sehingga membunuh lima anggota kongsi gelap Geng 04 di Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu adalah kerana bersandarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada. Tegasnya, tidak salah untuk beliau mempertahankan tindakan polis yang dibuat mengikut SOP kerana anggota beruniform tersebut sepanjang masa mempertaruhkan nyawa mereka dalam memerangi kegiatan jenayah demi keselamatan rakyat. "Saya sokong tindakan polis kerana maklumat risikan mengesahkan semua suspek bersenjata api di tangan mereka. Apa yang dilakukan polis berpandukan maklumat sahih dan tembakan dibuat mengikut SOP. Maksud saya, jika beri amaran dahulu, saya pasti polis akan ditembak dahulu dan mati. Setiap kali polis jadi mangsa, mana pejuang hak asasi? Salahkah saya mempertahankan polis? "Adakah saya tidak adil melakukan perkara ini? Saya mempertahankan anak buah kerana mereka mempertaruhkan nyawa untuk tugas demi keamanan dan keselamatan rakyat," katanya. - GPB |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment