Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Zahid Bengang Anjing Komunis Pertikai Polis Tembak Penjenayah!
- INFO! Nak Pinjam RM2Billion? Muka tak malu wehh..
- HOT! 32 Keping Gambar Kemalangan Ngeri Yang Tak Sanggup Kita Lihat!
- HOT! Kaum Cina Panas Dengan Mukhriz Mahathir? #KedahAmanMakmur
- INFO! Layak, Azalina Ke Kerusi Majlis Tertinggi? #PemilihanUMNO
- HOT! Betul ke Rombongan Mukhriz Makan Sampai RM6000? Siapa Salah?
INFO! Zahid Bengang Anjing Komunis Pertikai Polis Tembak Penjenayah! Posted: 10 Oct 2013 08:37 AM PDT Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang selama ini mendiamkan diri berikutan bidasan dan kritikan pedas oleh pelbagai pihak ekoran kenyataannya bahawa anggota gangster seharusnya "ditembak dahulu" sekiranya ada bukti, akhirnya membalas kritikan tersebut di laman Twitternya semalam. Beliau mempertikaikan kumpulan hak asasi yang disifatkan hanya membela penjenayah berbanding dengan kematian anggota Polis serta pasukan keselamatan didalam menangani jenayah yang berlaku. Ahmad Zahid juga mempertikaikan dimanakah pejuang hak asasi apabila individu yang ditembak, dibunuh dan juga dirompak menjadi mangsa penjenayah. "Apakah hak asasi hanya untuk penjenayah?" tanya beliau didalam laman Twitternya. ~ MPP News |
INFO! Nak Pinjam RM2Billion? Muka tak malu wehh.. Posted: 10 Oct 2013 06:12 AM PDT Cadangan kerajaan Kelantan untuk meminjam sebanyak RM 2 billion dari kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah air di negeri tersebut, benar-benar telah memalukan Pakatan Rakyat dan parti-parti komponennya. Dalam masa yang sama, mengesahkan dengan sendirinya bahawa Kelantan telah gagal menguruskan masalah air di negeri tersebut, tak seperti yang cuba dinafikan banyak kali oleh pemimpin negeri PAS sebelum ini. Tak payah UMNO susah-susah mencanang ke seluruh Kelantan, kerajaan negeri itu sendiri telah mengesahkan sendiri kegagalan menyelesaikan masalah air ini adalah datang daripada mereka. Belum lagi disebutkan bagaimana PAS dan media rasminya Harakah membalun kerajaan persekutuan hampir setiap masa, sekarang mereka nak minta pinjam wang dengan kerajaan persekutuan pula. Dimana maruah? Sebetulnya aku tak percaya pemimpin PAS tidak mampu memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah air di negeri tersebut, selain dari minta pinjam wang dengan kerajaan persekutuan. Mesti ada jalan lain, takkan cara senang dengan pinjam wang? Ini bukan kali pertama pula tu, dulu pun dah bagi pinjam dah RM 600 juta, bagaimana wang itu dibelanjakan, sekarang nak mintak pinjam lagi? Macam mana PAS nak jawab soalan itu? Aku simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah bersusah payah mempromosikan kehebatan pimpinan Pakatan Rakyat ini dengan begitu agresif sekali, tapi diakhirnya semua itu musnah dengan tindakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Tidak hairan kenapa PAS menjadi parti yang paling corot prestasinya dalam PRU13 yang lepas apabila sekadar menang di 21 kerusi parlimen (berbanding 23 kerusi pada 2008), selain Kedah yang baru ditadbir sepenggal, jatuh ke tangan BN semula. DUN Kelantan sendiri menyaksikan kekurangan kerusi yang dimiliki PAS berbanding 2008. dengan UMNO menambah 6 kerusi DUN lagi. Semua ini berlaku kerana ada kelemahan-kelemahan macam ini yang terlepas pandang oleh pimpinan PAS Kelantan. Aku yakin kalau pengumuman nak meminjam dari kerajaan persekutuan ini dibuat sebelum PRU13, pasti PAS akan tewas di negeri tersebut. Justeru, jangan tambah lagi masalah yang sedia ada dengan membuat pinjaman dari kerajaan persekutuan. Batalkan sahaja cadangan tersebut dan tumpukan kepada mengumpul sumber-sumber yang banyak di Kelantan itu untuk dapatkan nilai RM 2 billion tersebut. Bukan banyak mana sangat pun. Kebimbangan yang lagi satu ialah UMNO (kalau setuju bagi pinjam pun), akan gunakan hasil pendapatan negara dari perniagaan judi, lumba kuda, lesen kedai ekor dan sebagainya untuk membiayai pinjaman tersebut. Nak ke PAS wang dari sumber-sumber yang selama ini haram pada mereka?- Negara Pakatan Rakyat |
HOT! 32 Keping Gambar Kemalangan Ngeri Yang Tak Sanggup Kita Lihat! Posted: 10 Oct 2013 02:12 AM PDT Masyallah.. seram sejuk tengok gambar kemalangan di kilometer 223.2 Ada 32 lagi keping gambar kemalangan maut di PLUS highway dengan baca entri ini sepenuhnya. Kalau lemah jantung/lemah semangat jangan tengok. Tergamam.. Ya Allah.. tempatkan roh umat Islam yang terbabit dalam kemalangan ini di tempat orang yang beriman. jauhilah kami dari segala seksa dan azab di dunia dan akhirat. aminnn.. sumber |
HOT! Kaum Cina Panas Dengan Mukhriz Mahathir? #KedahAmanMakmur Posted: 10 Oct 2013 12:14 AM PDT Keratan akhbar Berita Harian 10 Oktober 2013 Bila kita hanya bercakap dan mempertahankan tentang hak asasi Melayu dan Islam, adalah pihak yang mula terasa hati dan menuduhnya rasis. Tetapi apabila puak chauvinist memperlekehkan hak Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu mereka mendakwa itu hak asasi mereka untuk bersuara. Kami ingin ingatkan Mukhriz dan juga pemimpin-pemimpin Melayu yang lain tak kira dari UMNO, PAS mahupun PKR di seluruh negara bahawa orang Melayu-Islam dan Bumiputera merangkumi 67.4% penduduk di negara ini. Menjelang tahun 2015 penduduk Melayu-Islam dan Bumiputera akan meningkat kepada 70%. Di Kedah saja Melayu-Islam dan Bumiputera melebihi 90% komposisi penduduk Negeri. Maka sewajarnya hak-hak Melayu-Bumiputera (dan juga masyarakat India dan Siam) dipertahankan dan pengagihan perlu mengikut merit majoriti. Betul kata Mukhriz, kalau usaha mengutamakan Melayu dilihat sebagai bersifat perkauman, maka cara pengundian dibuat oleh kaum-kaum tertentu pada PRU 13 lepas juga boleh dilihat sebagai perkauman. Dah banyak pengorbanan dilakukan oleh Kerajaan BN dan juga UMNO kepada kaum-kaum tertentu tetapi mereka jenis tak sedar diri, tikam dari belakang malah sentiasa angkuh mempersoalkan hak-hak orang lain. Macamlah banyak sangat cukai yang mereka bayar pada negara ini! Pemerintahan PAS Kedah dahulupun cuba membantu Melayu tetapi sekutu mereka dari sebuah parti chauvinist hebat membantah hinggakan arwah Menteri Besar terpaksa membatalkan beberapa peraturan dan dasar yang pro Melayu dan Islam hanya kerana sekor dua chauvinist yang menentang. Kini bila UMNO nak bantu Melayu dan kaum minoriti lain yang susah, puak-puak chauvinist bertopengkan hak asasi ini bersama-sama senada membantah usaha tersebut. Apakah selama ini puak-puak itu terpaksa hidup di dalam longkang dan di bawah kolong jembatan serta meminta sedekah sana sini kerana kerajaan Melayu (PAS atau UMNO) zalim? Khabarnya Anwar meroyan nak bentangkan Bajet Pakatan Pembangkang pada 21 Oktober ini. Maka bolehlah 'puak-puak itu' meminta Anwar memberi apa saja yang mereka mahu dengan menggunakan dana-dana Yahudi dan dana-dana hasil kegiatan kongsi gelap dan tipu menipu dalam bisnis yang mereka kumpulkan selama ini. Maaf Mymassa bukan rasis tetapi kami menjunjung prinsip keadilan dan kebebasan bersuara di sebuah negara demokrasi yang merdeka selaras dengan undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Negara Kita Tanggungjawab Kita, Tak suka boleh blah di mana-mana saja pintu keluar di seluruh negara ini. - MyMassa |
INFO! Layak, Azalina Ke Kerusi Majlis Tertinggi? #PemilihanUMNO Posted: 09 Oct 2013 10:21 PM PDT Dato Sri Azalina Othman Said telah membuat satu kejutan apabila menarik diri dari merebut jawatan Ketua Wanita..Beliau yang pada awalnya mahu bertanding Ketua Wanita UMNO telah menarik diri setelah mendapat nasihat. Keputusan yang mengejutkan ini telah mendapat berbagai2 reaksi dari para penyokongnya... Sebaik sahaja beliau mengumumkan penarikan diri itu ramai beranggapan Azalina tidak patut membuat keputusan tersebut...belum pun cakap-cakap orang berhenti tentang penarikan ini, Azalina telah mengumumkan bahawa beliau ingin bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi dalam UMNO... Sebenarnya MT amat penting bagi memastikan dan mengukuhkan sistem pentadbiran parti secara keseluruhan dari dalam..antara peranan penting MT dalam UMNO ialah menggubal perlembagaan parti...lembaga tindakan disiplin parti UMNO...memang penting bukan...yang jatuhkan hukuman ke atas Isa Samad dan tarik balik kemenangan beliau ialah lembaga disiplin...betapa pentingnya jawatan MT sehingga boleh menggantung keahlian serta menarik semula kemenangan Tan Sri Isa samad... Jawatan ini memerlukan seorang yang banyak pengalaman...Disebabkan hal inilah DS Azalina Othman Said difikirkan mampu dan perlu diberi sokongan untuk jawatan ini..di sini juga aku ingin kongsikan beberapa Jawatan beliau yang pernah disandang .. Malah bagi Mc, jika mahu lakukan perubahan dalam wanita, walaupun Azalina ke MT namun ia satu langkah untuk beliau menjadi Ketua Wanita UMNO kelak. Sebenarnya wanita UMNO perlu tenaga dan pemikir seperti Azalina, cuma belum sampai masanya beliau mengorak langkah ke arah itu. Namun UMNO sendiri perlukan pemikiran dan taktikal profesional Azalina, jangan sia-siakan kemahiran beliau dalam perancangan dan taktikal yang hebat. McTheory: Sorang lagi bakat muda untuk diketengahkan.. |
HOT! Betul ke Rombongan Mukhriz Makan Sampai RM6000? Siapa Salah? Posted: 09 Oct 2013 08:04 PM PDT Sebelum ni ada beberapa blog mainkan cerita bahawa ada sebuah restoran di Kelantan 'cekik darah' BIL makan kepada VVIP hingga RM6000. Dah tu, bukan makan tengahari, tetapi makan pagi. Sarapan saja dah RM6000. Kita dengar pun dah rasa melampau. Mc tak berminat nak ulas pasal BIL dan harga makanan di restoran tersebut. Sebab sepatutnya ia diuruskan oleh 'orang tempatan' yang nak bawa rombongan VVIP ke restoran tersebut. Akibat daripada kebodohan 'orang' yang menguruskan rombongan VVIP, dan mempunyai niat jahatnya yang tersendiri, pengusaha restoran dan nama VVIP yang terbabit tercemar. Pengusaha restoran di serbu oleh pegawai KPDNKK kerana laporan terhadap harga makanan. Seperti gambar dibawah, Manakala, VVIP yang dikatakan tu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir, yang Mc percaya tak terlibat langsung dalam soal bab makan pagi tu. Orang yang bawa, dan uruskan soal makanan tu yang bertanggung jawab. Kalau tak percaya tengok video penjelasan dari pengusaha restoran terbabit, Mc tak kata kita boleh percaya pengusaha restoran ni 100%. Tak, sebab kita taktau cerita yang sebenar, dan apa yang mereka bincangkan. Cuma, kesilapan utama ialah, orang yang uruskan sarapan pagi rombongan gagal 'menguruskan'nya dengan betul. Kalau perjanjian dibuat dengan 200 orang rombongan, sepatutnya harga awal sebelum makan pun orang tu dah tahu. Tetapi bila terjadinya kejadian bungkus dan tapau, memang perkara tersebut tak boleh kawal dan boleh menyebabkan pengusaha restoran mengenakan CAS yang lebih! Siapa taknak untungkan? Paling sedih bila bayar orang yang uruskan tu bayar RM5500, tapi ambil BIL RM6000. Oit! makan pun nak 'makap' ke? Makan duit haram tu.. insaflah siapa yang buat kerja bodoh macam ni, dan Mc percaya.. punca sebenar semua ini ialah orang yang uruskan dengan restoran terbabit. Kalau sesiapa tahu, mangkuk mana yang buat kerja bodoh ni, boleh bagi detail dia kat komen bawah. Kita sama-sama dedahkan mangkuk ayun tu. Buat malu nama Dato Mukhriz saja.. McTheory: Pegawai Dato pun boleh tolong pantau..percaya sangat..kan dah kena! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment