BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! CEC DAP !!! LIM GUAN ENG KENA BELASAH LAGI !!!

Posted: 08 Oct 2013 12:57 PM PDT


Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'kehilangan' 851 perwakilan pada Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah,Zamil Ibrahim berkata,selain Guan Eng,Pengerusi DAP,Karpal Singh juga perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut yang disifatkannya tidak pernah berlaku dalam sejarah politik dunia.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau : 

* Lim Guan Eng dan Karpal Singh perlu jelaskan kepada semua pihak termasuk ROS dan SPR tentang 851 perwakilan yang missing in action pada Kongres Khas parti itu,29 September lalu. 

* Kesemua perwakilan itu yang mewakili 33 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,576 perwakilan layak hadir dan mengundi tetapi 'hilang' semasa kongres tersebut. 

* Pada pemilihan tahun lalu,seramai 753 perwakilan tidak hadir dan kali ini jumlah mereka meningkat kepada 851 orang.Apakah mereka ini merupakan mangsa-mangsa politik Lim Guan Eng? Ini merupakan rekod dunia.Di manakah hak mereka kerana belum pernah berlaku dalam sejarah dunia politik keadaan sedemikian. 

* Sehubungan itu,KITA ingin memberitahu bahawa 851 orang perwakilan itu perlu tuntut hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan DAP iaitu mereka boleh membuat aduan kepada ROS dan pertubuhan itu wajib melayan dan menyiasat aduan tersebut sebab hak mereka telah dinafikan dan dizalimi oleh pemimpin parti mereka. 

* KITA percaya sekiranya kesemua 851 perwakilan itu hadir pada pemilihan tersebut, ia akan merubah keseluruhan keputusan pemilihan CEC sehingga memungkinkan kedudukan Guan Eng akan jatuh ke tangga ke-23 berbanding kelima. 

* Sebagai rakyat Malaysia,saya melihat perkara ini sebab ia membabitkan 38 ahli Parlimen daripada parti itu sekali gus memalukan negara kerana negara luar sentiasa memerhati setiap pemilihan parti politik negara ini. - Utusan Malaysia

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NURUL IZZAH MENGHENTAM KLINIK 1MALAYSIA !!! APA MASALAH NURUL IZZAH NI ???

Posted: 08 Oct 2013 08:30 AM PDT


Bukan sekali Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu mengkaji,tetapi telah beberapa kali.Antara kenyataan paling memalukan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah ialah berkenaan isu Lahad Datu di mana beliau menuduh Pasukan Cawangan Khas sebagai bertanggungjawab untuk mencari orang hilang.Malah,dalam isu agama juga Nurul Izzah tidak berfikir panjang,tetapi menyerbu sesuka hatinya dalam keghairahan untuk meraih undi bukan Islam.Kerana itu,beliau sanggup menyatakan bahawa orang Islam juga berhak murtad iaitu satu kenyataan yang kurang tepat dari konteks Islam dan salah dari segi politik.Seperti bapanya,Nurul Izzah suka mencari publisiti murah atas perkara yang remeh.Namun,sesekali,Nurul Izzah kelihatan teringin juga menyentuh soal yang lebih berat seperti pertahanan negara.Bagaimanapun,ia berakhir dengan beliau telah dikecam hebat kerana merisikokan rahsia negara terbongkar luas.

kali ini,Nurul Izzah mencari publisiti murah lagi dengan terus menghentam produk-produk 1Malaysia.Kita faham keterdesakan Nurul Izzah yang namanya semakin pudar dalam politik negara.saya faham Nurul agak malu dan tertekan dengan ejekan orang ramai terhadap tindakan bapanya membuat 'make-over' ke atas wajah yang ketandusan seri dan Nurul perlu mengalih perhatian ramai.Maka,Nurul pun menghentam Klinik 1Malaysia.Katanya,klinik ini tidak berkualiti dan bertaraf dunia ke-3 kerana tidak menyediakan doktor tetapi hanya Pembantu Perubatan untuk merawat pesakit.nurul izzah,meh saya jawab apa yang anda kata.Benar,bahawa klinik ini tidak menyediakan khidmat doktor kerana memang itupun yang diumumkan kepada rakyat iaitu objektifnya ialah untuk menangani sakit ringan dan biasa sahaja.anda faham tak nurul izzah ??? Objektif ini bertepatan dengan keperluan rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan khidmat perubatan yang murah,dekat dan mudah bagi sakit biasa seperti luka,demam,batuk,selsema,cirit-birit atau sakit kepala dan yang sepertinya.Sakit seperti ini adalah bermusim dan mudah tersebar.

Bagi sebuah keluarga yang ramai,kewujudan Klinik 1M ini tentulah memudahkan,daripada mereka terpaksa bersilih ganti ke klinik lain yang lebih mahal untuk mendapatkan ubat yang sama.Selain itu,ia juga bagi memudahkan pesakit yang memerlukan ubat berterusan bagi penyakit seperti darah tinggi atau insulin bagi pengidap kencing manis dan sebagainya.Dengan adanya klinik 1M ini,pesakit seperti ini tidak perlu lagi menapak ke hospital setiap kali kehabisan bekalan ubat-ubatan.Kerajaan tidak pernah menjanjikan Klinik 1M sebagai bertaraf sebuah klinik pakar tetapi hanya menjanjikan yang ia mampu memudahkan dan mengurangkan beban kos rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan biasa.Oleh itu,kritikan yang dibuat oleh Nurul Izzah adalah tidak relevan sama sekali.Untuk pengetahuan anda wahai  Nurul Izzah,Datuk Seri Najib bukan berperangai seperti Anwar Ibrahim yang gemar berjanji bulan dan bintang walaupun tidak mampu menyediakannya.

Datuk Seri Najib menjanjikan perkara yang logik dan praktikal berdasarkan kemampuan negara.Nurul Izzah pastinya mempunyai mentaliti dunia ketiga yang sentiasa mengharapkan perkhidmatan taraf pertama dengan kos yang paling rendah atau percuma.Beliau juga tentu menyangka yang semua ahli politik adalah penipu seperti bapanya.Hakikatnya,BN tidak pernah menipu.Buktnya,Klinik 1M telah pun wujud dan menepati objektif penubuhannya sepertimana yang dijanjikan. Ia telah terbukti diterima baik oleh rakyat dan berjaya.Justeru,daripada Nurul Izzah asyik tersalah kritik,mungkin lebih baik jika Nurul Izzah cuba bentangkan apakah yang telah dilakukannya atau partinya yang mampu membantu dan memudahkan hidup rakyat.ada berani ??? Rasanya,sudah sampai masanya Nurul berpolitik secara matang,bukan dengan cara dunia ke-3.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! TAHALUF SIYASI !!! PERANG ANTARA ULAMA PAS TELAH BERMULA !!!

Posted: 08 Oct 2013 05:00 AM PDT


seperti yang pembaca Badut Rakyat ketahui,PAS telah lama terbahagi dua iaitu antara kumpulan Ulama dan Anwarinas.Namun,hari ini 'pembahagian' ini semakin rumit kerana kumpulan Ulama PAS sendiri juga turut terbahagi dua di mana satu kumpulan cenderung menyokong Anwarinas dan satu kumpulan lagi kekal membawa prinsip konservatif  PAS yang asal.Apa yang menarik ialah kumpulan Ulama yang 'mesra' Anwarinas itu juga merupakan golongan Ulama yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti,termasuk Presiden dan Mursyidul Amnya.Timbalan Presidennya yang terkenal dengan skandal dengan isteri orang pula turut terkenal sebagai anjing suruhan DAP,selain pengamal ajaran Syiah.Dengan barisan kepimpinan yang sebegini rupa maka,tidak hairanlah PAS menjadi haru biru dan bercelaru.Sebenarnya,akar umbi PAS dan mungkin sebahagian dari umat Melayu di Malaysia,sedikit sebanyak tetap menaruh harapan kepada PAS sebagai pembangkang yang berlandaskan Islam,untuk menjadi 'pengimbang' kepada kuasa kerajaan.Kewujudan PAS seharusnya mampu memastikan pentadbiran negara tidak terkeluar dari landasan dengan membuat teguran dan bangkangan apabila ada keperluan.Maka,kepada Ulama-ulama peneraju parti PAS,diletakkan kepercayaan bagi melaksanakan tanggungjawab ini,iaitu mempertahankan agama yang digariskan sebagai hala tuju parti.   

Malang sekali,Ulama-ulama PAS berpolitik bukan untuk mempertahankan agama tetapi untuk berkuasa.Di sinilah bermulanya kecelaruan PAS iaitu apabila Ulama sendiri sanggup bekerjasama dengan pendokong liberalisasi dan pluralisme demi kuasa.Malah,mereka juga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi komunis yang cita-cita utamanya ialah untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara ini serta membuka ruang dakwah yang luas kepada Kristian.Ulama-ulama peneraju PAS penyokong Anwarinas ini percaya bahawa kesepakatan dengan kumpulan harbi,komunis,syiah,pluralis dan liberalis ini akan membatu mereka berkuasa.Kesepakatan ini disandarkan kepada konsep Tahaluf Siyasi bagi memberi gambaran 'Islam' agar dihalalkan oleh ahli-ahlinya dan kemenangan 4 negeri oleh pakatan ini pada PRU 2008 dijadikan sebagai pembakar semangat untuk PAS terus mengutamakan politik daripada agama.Tanpa PAS sedar, 'tahaluf siyasi' walaupun telah menguntungkan PR,ia telah sebenarnya merugikan PASBuktinya,PRU 2013 menyaksikan bagaimana PAS mendapat undi tercorot berbanding rakan-rakan lain di dalam pakatan.Keputusan yang corot ini memberi kekuatan kepada sekumpulan Ulama di dalam PAS untuk bangkit mempersoalkan  hala tuju parti.  

Ketua Dewan Ulama,Datuk Harun Taib antara yang pertama bersuara mendesak agar tahaluf siyasi dikaji semula.Peneraju parti,yang juga merupakan kumpulan Ulama iaitu Datuk Seri Hadi Awang,bagaimanapun membuat kenyataan untuk terus berpaut kepada PKR dan DAP biarpun mereka masing-masing terbukti sebagai penyokong LGBT dan kafir harbi.Justeru,perang antara Ulama PAS ini terus berjalan selama beberapa bulan tanpa penyelesaian.Harun Taib dikatakan turut disokong oleh Harun Din,Ustaz Nasha dan beberapa Ulama muda lain.Bagaimanapun,suara mereka tidak begitu kuat memandangkan Ulama di peringkat tertinggi iaitu Hadi Awang dan Nik Aziz masih berdegil ingin terus bertahaluf siyasi dengan siapa sahaja,biar syaitan sekalipun,asalkan bukan UMNO.Nampaknya kepimpinan tertinggi PAS sudah dirasuki roh Anwarinas dan mula merasa selesa dengan ide-ide liberalisme,pluralisme.Ini tentulah tidak mengejutkan memandangkan mereka juga turut mengiktiraf Syiah.

Oleh itu,hala tuju PAS kini cukup misteri.Akibatnya,ahli-ahli PAS sendiri dilihat sebagai membawa fahaman,hujah dan pendapat sendiri dalam mempertahankan parti yang mana sebenarnya tidak menepati fahaman,hujah dan pendapat pemimpin atasan mereka.Setakat ini,Hadi Awang dan Nik Aziz jelas tidak sanggup 'bercerai' dengan Anwar dan Lim Kit Siang.Mungkinkah Ulama-ulama ini enggan meminta cerai kerana bimbang akan hilang 'wang saraan' ??? Tanpa sebarang keputusan tuntas mengenai tahaluf siyasi,sokongan terhadap PAS akan terus merosot.Namun,itu bukan soal besar.Soal yang lebih besar ialah ummah akan terus keliru dan bercelaru akibat Ulama-ulama yang haru biru.Soal ini adalah lebih penting dan jika benar ada Ulama-ulama di dalam PAS yang serius ingin membuat pembaikan,maka mereka perlu melakukan tindakan drastik iaitu memilih untuk dipimpin Ulama Anwarinas atau bangkit dan memimpin parti sendiri.Jika itu tidak dapat dilakukan,maka adalah wajib bagi mereka untuk meninggalkan ulama-ulama yang sesat itu, sekali gus menyelematkan ummah dari terus terpesong.Keputusan di tangan masing-masing,untuk dibawa ke kubur masing- masing.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SIAPA SEBENARNYA YANG ANJING ??? @UMONLINE UTUSAN MALAYSIA,ROS,UMNO ATAU TONY PUA ??? WAJIB BACA !!!!

Posted: 07 Oct 2013 10:00 PM PDT



Mungkin untuk menutup malu kerana satu dunia sudah tahu betapa korup dan jahatnya DAP sehingga sanggup menipu ahli sendiri dan memanipulasi pemilihan CEC,maka Tony Pua kini menyalak-nyalak tidak tentu hala.Akibat tidak tahu di mana hendak diletak muka penipunya,tidak semena-mena UMNO,ROS dan Utusan Malaysia pula menjadi sasaran Tony Pua untuk disalak.Pemilihan CEC menjadi kecoh apabila 753 perwakilan membuat aduan kepada ROS kerana tidak menerima notis mesyuarat sekali gus dinafikan hak mengundi.DAP cuba berdolak dalih,malah menipu kononnya 500 dari mereka ada menghantar surat memberitahu tidak dapat hadir.Bagaimanapun,DAP tidak berjaya memperdayakan sesiapa memandangkan mereka tidak mampu membuktikan surat tersebut wujud.  

Lagipun,DAP juga tidak mampu menjawab kenapa para perwakilan itu membuat aduan kepada ROS jika benar telah memberitahu lebih awal yang mereka tidak akan hadir.Akhirnya,DAP terpaksa akur dan membuat pemilihan semula pada 29 September lepas.Pemilihan semula ini sekali gus mengesahkan yang DAP telah berlaku tidak telus dalam pemilihan awal.Justeru,saya tidak faham kenapa UMNO,Utusan Malaysia atau ROS pula yang dimarahi DAP.Sudah menjadi lumrah permainan politik di mana musuh akan mengeksploit kelemahan dan keburukan lawan dan itulah yang dilakukan oleh UMNO.Utusan Malaysia hanya bertindak melaporkan kejadian,manakala ROS pula memberi arahan berdasarkan aduan perwakilan DAP sendiri.Mana-mana manusia yang waras akan memahami kronologi mudah ini.Tetapi,seekor anjing seperti Tony Pua,tentunya tidak faham apa-apa dan hanya menyalak apabila diperintah tuannya.saya faham yang tuan Tony,iaitu Lim sekeluarga kini sedang menahan malu atas apa yang telah dilakukan mereka.Lebih malu lagi apabila pemilihan semula menyaksikan undi mereka merosot,walaupun lebih ramai perwakilan tidak hadir berbanding pemilihan awal dan walaupun begitu ramai calon yang menarik diri di saat akhir.     

Maka,Tony ditugaskan untuk membuat bising menyalak memanggil ROS and Utusan sebagai anjing dan UMNO sebagai tuan anjing.saya faham kenapa Tony membayangkan seolah-olah semua jabatan dan organisasi penguatkuasaan adalah di bawah telunjuk kerajaan,iaitu kerana DAP sememangnya mengimpikan sistem sedemikian.Dari apa yang kita lihat,sekiranya DAP berkuasa sepenuhnya,semuanya pasti berada di bawah telunjuk Lim sekeluarga dan tiada lagi kebebasan bersuara sebenar- benarnya.buktinya,DAP telah beberapa kali menghalang kebebasan akhbar yang tidak sealiran dengannya.Namun,Tony sepatutnya tahu bahawa UMNO dan kerajaan BN bukan seperti DAP. Selama ini kerajaan tidak pernah masuk campur dalam apa-apa urusan penguatkuasaan seperti mahkamah,polis,SPR mahupun ROS.Buktinya,pemimpin UMNO sendiri pernah ditangkap dan dipenjara.Malah,UMNO itu sendiri pernah diharamkan oleh ROS.Apakah Tony lupa sejarah itu ataupun sememangnya tidak pernah tahu ???  

UMNO telah terpaksa didaftarkan semula walaupun ia merupakan parti yang memerintah.Bukankah ini merupakan bukti yang cukup kukuh mengenai ketelusan dan tahap professional UMNO dan kerajaan ???  Oleh itu,jika DAP ingin menyuruh anjing mereka menyalak,sekurang-kurangnya biarlah kena pada tempatnya.Sudahlah keluarga Lim sedang berhadapan dengan malu besar akibat menipu dalam pemilihan CEC dan juga akibat undi merosot,kini terpaksa malu sekali lagi apabila anjing mereka menyalak tak henti-henti memberitahu orang betapa bodohnya keseluruhan kepimpinan DAP itu.Isunya mudah saja iaitu yang mengadu adalah ahli-ahli/perwakilan DAP,jadi jika ada 'anjing' yang terlibat dalam isu ini maka anjing itu tentulah dari dalam DAP sendiri.ROS hanya menjalankan tugas.Apakah DAP inginkan ROS berbuat bodoh saja jika ada ahli-ahlinya yang mengadu ??? Apakah Utusan Malaysia perlu berbuat bodoh juga apabila mendapat berita sensasi seperti ini ??? Sampai bila DAP akan sedar bahawa bukan semua orang bodoh dan bukan semua orang tidak telus seperti mereka ??? jawapan di tangan mereka sendiri

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! LEE KUAN YEW DAPAT SOKONGAN DARI KOMUNIS !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Oct 2013 07:00 PM PDT


LEE Kuan Yew (kanan) dan Lim Chin Siong berbincang untuk kempen Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura pada awal 1960-an.

KETUA Parti Komunis Malaya (PKM),Chin Peng mendakwa kemunculan Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri Singapura adalah kerana sokongan yang diberikan oleh elemen-elemen pro-komunis.Dalam dokumen rasmi diperolehi Utusan Malaysia yang memetik pemimpin komunis,Chin Peng menyifatkan Kuan Yew pada mulanya adalah 'elemen politik yang progresif' tetapi disebabkan cita-cita politiknya yang tinggi telah merubah sokongan politiknya terhadap elemen reaksioner.PKM memang menjadikan PAP iaitu parti pimpinan Kuan Yew bersama tiga parti lain sebagai sasaran untuk PKM menyusup masuk dengan meletakkan elemen pro-komunis memegang jawatan penting dalam parti. Chin Peng menyifatkan perpecahan elemen pro-komunis dari PAP pada 1961 untuk membentuk Barisan Sosialis Singapura (BSS) sebagai 'suatu tragedi' bagi usaha-usaha subversif Barisan Bersatu Komunis atau CUF untuk menguasai parti politik dari dalam di Tanah Melayu dan Singapura ketika itu. 

''Chin Peng menyalahkan Kuan Yew sebagai punca perpecahan di dalam PAP dan menyifatkannya sebagai tidak mengenang budi setelah ditekan oleh monopolis dan kapitalis asing supaya menyingkirkan elemen CUF dari PAP," kata bekas Pengerusi PKM,Musa Ahmad.Namun di sebalik perpecahan dalam PAP tersebut,PKM memutuskan untuk menjadikan BSS sebagai organisasi CUF untuk mencabar dan menentang pengaruh PAP.Pemimpin PKM itu juga kecewa dengan perubahan sikap pemimpin kesatuan sekerja berhaluan kiri Singapura,Lim Chin Siong sejak penahanannya pada 1963.Chin Siong dilihat semakin kurang menyokong komunis kesan daripada taktik diguna oleh Kuan Yew untuk meneutralisasikannya.Chin Peng menganggap penangkapan Chin Siong memberi peluang kepada Kuan Yew untuk melakukan eksperimen menggunakan insentif material sebagai kaedah meneutralisasi atau memenangi jiwa, elemen penting CUF. 

''Dalam satu perbualan, Chin Peng menyatakan dia tidak menyangka Chin Siong akan tunduk sebegitu mudah memandangkan latar belakang pendidikan Chinanya. Kes Chin Siong menjadi pengajaran besar bagi PKM," kata Musa.Berikutan kegagalan ketara gerakan bersenjata komunis di Tanah Melayu,Chin Peng merancang untuk kembali menggunakan taktik subversif dengan menyusupkan orang-orang komunis di dalam kesatuan sekerja dan parti-parti politik.Dalam konteks kegiatan kesatuan sekerja,Chin Peng mahu PKM mengembalikan kekuatan sebelum era-darurat di mana parti tersebut berjaya mendominasi kesatuan sekerja menerusi Persekutuan Kesatuan Sekerjaya Pan Malayan (PMFTU) yang dipimpin oleh Lum Swee,Abdullah CD dan S.A. Ganapapathy.Rekrut Chin Peng juga mahu supaya para intelektual di Universiti Nanyang Singapura direkrut untuk matlamat gerakan bawah tanah CUF dan elemen tersebut akan menjalin hubungan dengan elemen progresif di dalam kelab-kelab sosialis di Singapura dan juga di Universiti Malaya. Dalam mesyuarat pada pertengahan atau akhir 1963, satu mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM diadakan di Peking dipengerusikan oleh Chin Peng dan Siow Chong, Lau Li, Liew Yit Fan dan Musa Ahmad.

Antara topik yang dibicarakan ialah gerakan bawah tanah dan kegiatan CUF.Dalam mesyuarat itu,Chin Peng mengakui kesilapan besar yang dilakukan oleh PKM ialah menarik keluar semua kader-kader CUF di dalam organisasi supaya mengangkat senjata di dalam hutan,sekali gus meruntuhkan sama sekali gerakan bawah tanah komunis ketika itu.Matlamat membawa masuk elemen komunis tersebut hampir berjaya terutama parti PAP untuk mencetuskan kekecohan dan menganggu ketenteraman awam secara terancang serta mencetuskan krisis politik bagi memudahkan kembalinya PKM ke kancah politik negara. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANWAR IS A CRIMINAL AND A PIECE OF SHIT - @YUSTESVIJAY !!!

Posted: 07 Oct 2013 05:00 PM PDT


Anwar's sodomy appeal is starting in December.He will win it.Not even Shafee Abdullah can win that case.Not without me.I am not being arrogant.The points and technicality of it is such.In appeal matters you argue point of law only.You dont argue the case or call witness'.The case in High Court was argued by Yusof. Maybe he was old so he missed some point but later, he was young enough to join Anwar.Check the news excerpts below : 

Defense lawyer Sankara Nair said "there is no case,"adding that Anwar,a former deputy prime minister,has an ALIBI. – Malaysia's Anwar Ibrahim charged with sodomy (Telegraph,UK) Malaysia's opposition leader has told the BBC that he has an ALIBI for "every minute" of the day when he is accused of sodomy with a former male aide – (BBC News) 

What is the meaning of Alibi : 

Evidence in support of an alibi is defined in section 6A(3) Criminal Procedure and Investigations Act 1996 (CPIA) as evidence tending to show that : 

a) by reason of the presence of the defendant 
b) at a particular place or,in a particular area at a particular time she or he was not,or was unlikely to have been,at the place where the offence is alleged to have been committed at the time of its alleged commission.

Anwar Ibrahim had filed a second notice of motion within a week at the High Court and wanted the court to issue an order to interview 10 witnesses,including two Indonesian maids,whose names he had listed in his ALIBI notice.Anwar named the two former Indonesian maids of Hasanuddin Abd Hamid,owner of the condominium unit where the incident allegedly took place.The maids and Hasanuddin were interviewed.

THE MAIDS NOR THE APARTMENT OWNER WERE EVER CALLED AS WITNESS'.IN FACT NO ALIBI WAS EVER CALLED AS A WITNESS. 

In fact, when I was interviewing them with Anwar, some crazy and unexpected stuff was told. That is when i asked myself how on earth the AG did not call this man as a witness? It is not strange at all. He was not called to protect Anwar.The question is why would AG protect Anwar? Why the alibi was never raised as a point by AG?It was mentioned in Court and in criminal trials, ALIBI is a an important point to note.Think. Ask yourself.Is it fair for Anwar to be free? - Yuktesvijay

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...