BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! @ZAIDIBRAHIM KATA MALAYSIA AKAN BANGKRAP TANPA SOKONGAN CINA ??? ADA BUKTI KER ???
- HOT NEWS !!! PERUBAHAN MUKA !!! ANWAR IBRAHIM DIKECAM OLEH AKADEMI AL-QURAN ???
- EKSKLUSIF !!! AKTA PENCEGAHAN JENAYAH KEMBALIKAN KEAMANAN NEGARA !!! JANGAN PERCAYA KATA ANWAR IBRAHIM !!!
HOT NEWS !!! @ZAIDIBRAHIM KATA MALAYSIA AKAN BANGKRAP TANPA SOKONGAN CINA ??? ADA BUKTI KER ??? Posted: 06 Oct 2013 05:00 AM PDT Malay Mail baru-baru ini melaporkan kenyataan Zaid Ibrahim yang bertajuk 'Tanpa Sokongan Cina,Malaysia Akan Bankrap'.Menurut Zaid,negara hanya mampu menjana pendapatan kerana adanya kaum Cina yang berniaga dan membayar cukai terbanyak.Untuk pengetahuan anda wahai Zaid,pembayar cukai terbanyak juga adalah Petronas dan kedudukan Petronas yang begitu kukuh itu adalah hasil dari kebijaksanaan pengurusan Melayu nasionalis tulen,bukan Cina.Malah,kewujudan Petronas itu juga adalah cetusan idea Melayu nasionalis tulen.Oleh itu,bagi Zaid untuk memberi kredit seratus peratus kepada orang-orang Cina atas kemajuan Malaysia membuktikan bahawa Zaid adalah seorang yang buta ekonomi atau dalam kata lain,tidak bijak.Kita sedia maklum bahawa dayabeli yang besar adalah dari kaum Melayu walaupun peniaga yang paling ramai adalah dari kaum Cina.jika Melayu tidak membeli,orang Cina tidak boleh berniaga dan tidak boleh untung besar atau membayar cukai yang banyak.Secara ringkasnya,tanpa Melayu,Cina juga akan bankrap.Perlu diingatkan bahawa 'sikap' bukanlah segala-galanya dalam memperkatakan tentang ekonomi Melayu dan Cina di Malaysia. Jika Zaid tidak turut buta sejarah,maka beliau akan tahu bahawa orang-orang Cina mampu melonjak diri ke atas kerana telah diberi peluang luas oleh penjajah,manakala orang-orang Melayu pula ketinggalan jauh kerana mereka telah dihalang penjajah sejak dari awal lagi daripada memajukan diri,bimbang terbangkitnya semangat nasionalis untuk membebaskan negara dari penjajahan.Zaid Ibrahim sememangnya Melayu yang 'hilang' dalam mencari tapak untuk mendapat sedikit penghormatan di dunia ini.Sangkanya,penghormatan itu akan datang sekiranya beliau menunjukkan dirinya sebagai 'bukan Melayu tulen'.Sangkanya,penghormatan itu akan datang sekiranya beliau menyanjung bangsa lain dan sangkanya,penghormatan itu akan datang sekiranya beliau dilihat memandang rendah pada Melayu.Baginya,Melayu tulin adalah kolot dan bodoh kerana,terutamanya tidak mampu berbahasa Inggeris dengan fasih.Zaid menghabiskan hidupnya dengan ke hulu ke hilir memberitahu dunia betapa 'terbuka'nya pemikirannya. Cuba meniru lagak Mat Saleh dan bergaul dengan Cina dan India ataupun Melayu yang 'hilang' sepertinya juga.Kesal sungguh Zaid Ibrahim kerana dilahirkan sebagai Melayu. Dari segi psikologi,Zaid bolehlah dikatakan sebagai mengalami 'inferiority complex' yang teruk kerana tidak punya keyakinan diri untuk berdiri atas kejadian semulajadi dirinya sebagai bangsa Melayu.Hakikat bahawa bangsa yang diagungkan oleh Zaid iaitu Cina amat takut untuk bersaing secara adil tidak pernah disedari oleh Zaid.Jika Zaid mengambil sedikit masa untuk mengkaji,beliau pasti akan terjumpa dengan mudah di internet,mengenai beberapa kajian termasuk dari kalangan kaum Cina Singapura sendiri,tentang bagaimana kaum Melayu,terutamanya,menjadi mangsa diskriminasi kaum Cina secara terancang,konsisten dan sistematik lagi halus di negeri itu.Ini membuktikan bahawa orang Melayu bukan tidak punya potensi untuk bersaing bersama kaum Cina tetapi selain dari segelintir yang masih mempunyai masalah sikap, mereka yang benar-benar mampu bersaing juga ditekan sehingga sukar untuk bangun apatah lagi melonjak ke hadapan.Kajian oleh Dr. Michael D. Barr (Department of History,University of Queensland) membincangkan secara terperinci bagaimana kaum Melayu dipinggirkan sejak pemisahan Singapura dari Malaysia lagi.Apa yang berlaku di Singapura ini juga berlaku di Malaysia di mana kaum Cina yang menjadi peneraju ekonomi.Walaubagaimanapun,orang Melayu di Malaysia masih punya harapan untuk meningkatkan ekonomi mereka kerana kita mempunyai kerajaan yang prihatin dan bijak mengesan kepincangan ini serta mengambil langkah untuk menyeimbangkannya iaitu melalui DEB. Walaupun DEB masih jauh dari mencapai matlamat sepenuhnya,tetapi tidak dapat dinafikan yang ianya telah berjaya menginjakkan ekonomi bangsa Melayu ke tahap yang lebih tinggi dan menyediakan mereka ke arah persaingan yang sama rata di masa depan.Apa yang berlaku ini menyebabkan orang-orang Cina gusar atau lebih tepat,takut.Seperti yagn dikatakan tadi,kaum Cina cukup takut bersaing secara adil dan telus.Ini kerana mereka sedar bahawa Melayu punya daya saing yang cukup untuk berdiri sama tinggi dengan mereka di mana-mana sahaja sekiranya diberi peluang.Justeru,mereka akan melakukan apa sahaja untuk menutup peluang itu sepertimana yang berlaku di Singapura.Sebagai seorang yang tergila-gila ingin menjadi pemimpin,Zaid seharusnya lebih bijak menganalisis sesuatu isu sebelum mengeluarkan kenyataan.Kenyataan Zaid jelas bersifat berat sebelah selain tidak bermaruah kerana menonjolkan sikap mengampu kaum Cina yang amat memalukan serta hina.Jika benar Melayu itu bodoh seperti tuduhan kaum Cina,maka ketahuilah bahawa Melayu yang mereka maksudkan itu adalah Melayu seperti Zaid Ibrahim.Melayu seperti Zaid boleh dikuda untuk membantu mereka melawan Melayu lain yang bijak. bukti mudah boleh dilihat dari apa yang berlaku di Petronas yang menjadi pembayar cukai tertinggi.Jika Petronas begitu kukuh dan teguh suatu ketika di bawah teraju Melayu nasionalis tuln dahulu,tetapi hari ini,Petronas dikatakan telah goyah sedikit dan mengalami berbagai masalah.Apakah kebetulan yang keadaan ini berlaku sejurus selepas pengurusan atasan syarikat ini ditembusi oleh 'Melayu tidak tulen' seperti Zaid dan juga bukan Melayu ??? Jika ini benar,bagaimana Zaid boleh menerangkan kenapa ini terjadi sedangkan 'Melayu tidak tulen' itu sepatutnya lebih bijak dari 'Melayu tulen' ??? Jika benar bijak,bukankah Petronas harus lebih maju di tangan mereka,bukannya semakin bermasalah ??? Dan jika benar ingin bersaing secara adil,kenapa peniaga Melayu perlu dipinggirkan dan ditekan ??? Kenapa perlu 'ditakluk' Petronas yang selamanya di bawah penguasaan Melayu itu ??? Apakah kerana bimbang kaum Cina tidak boleh membuat untung maksima dan membayar cukai untuk menjana pendapatan negara? Atau apakah kerana tidak senang melihat kejayaan dan potensi orang-orang Melayu ??? Melayu seperti Zaid meletakkan diri mereka di awan dan merasa diri sebagai dewa di awang-awangan. Mereka tidak sedar bahawa terdapat beribu lagi Melayu tulin yang fasih berbahasa Inggeris dan lulusan luar negara tetapi tidak pernah 'hilang' jatidiri mereka.Untuk pengetahuan anda juga wahai Zaid,mereka ini juga ramai yang telah berjaya dalam perniagaan tanpa melukut di tepi bahu Cina atau menjilat tapak kaki Cina seperti yang Zaid lakukan.Mereka ini telah terbukti mampu bersaing dan berjaya dengan sendirinya tetapi Melayu seperti Zaid hanyalah Melayu tidak sedar diri yang tidak mungkin akan berjaya tanpa politik dan tanpa mengampu.Jika sukar sangat bagi Zaid untuk menemui Melayu seperti ini akibat pergaulan yang dihadkannya sendiri,maka beliau boleh saja melayari blog-blog milik Melayu yang menggunakan berbahasa Inggeris seperti OutsyedtheBox,Another Brick in the Wall atau Bigdog atau Demi Negara yang bukan sahaja mampu berbahasa Inggeris dengan lebih baik dari Zaid tetapi juga mampu menganalisa isu secara terbuka tanpa perlu mengampu bangsa lain.Kesimpulannya,orang yang benar-benar bijak,mempunyai jatidiri yang kuat, tahu di mana bumi dipijak serta tidak melihat keperluan untuk mengampu sesiapa. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PERUBAHAN MUKA !!! ANWAR IBRAHIM DIKECAM OLEH AKADEMI AL-QURAN ??? Posted: 05 Oct 2013 10:00 PM PDT Perubahan muka Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim menjadi satu topik yang semakin hangat diperkatakan di alam siber.Laman sosial Akademi Al-Quran dalam 'posting' menulis ; "Tak cam saya,ini bakal PM Malaysia yang tewas hari tu ke,apapun dah lain macam wajahnya,tak cam saya.Boleh ke ubah wajah begini.Islam melarang ubah apa yang sudah asli ada sehingga orang kata tak cam saya.Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dah usia 88 tahun pun tak buat begini." Postingnya itu dalam jangka masa singkat telah menarik perhatian rakan-rakan laman sosialnya untuk turut sama membuat ulasan. UNTUK SELANJUTNYA LIHAT GAMBAR DI BAWAH APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 05 Oct 2013 07:00 PM PDT Umum mengetahui tentang senario jenayah yang sedang rancak terjadi di Malaysia.Tahun ini sahaja dilaporkan bahawa kejadian 109 kejadian tembakan berlaku di dalam negara ini.Walaupun mempunyai undang-undang senjata api yang ketat,pihak penguatkuasa sukar untuk bertindak kerana banyak faktor.Diantaranya adalah faktor teknikal yang sering dijadikan senjata ampuh oleh para penjenayah dan peguam mereka apabila dihadapkan ke mahkamah.Perkara ini menjadi bertambah sukar apabila sesetengah penjenayah tidak dapat disiasat kerana kekangan yang terdapat di dalam sistem perundangan negara ini.Pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Di Raja Malaysia sentiasa mencari jalan untuk mengekalkan keamanan negara tanpa menganggu gugat hak-hak asasi yang terdapat di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia.Selepas pemansuhan ISA,ordinan darurat dan akta kediaman terhad,para tahanan di Simpang Renggam pula dilepas.Ini menyebabkan kebanjiran kes-kes tembakan yang sering berlaku di Malaysia. Kejadian ini telah membuka mata rakyat bahawa perlunya undang-undang pencegahan agar kejadian jenayah tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.Justeru itu penggubalan akta pencegahan jenayah 2013 perlu dilaksanakan.Kebanyakkan yang menentang rang undang-undang ini nampaknya tidak memikirkan keamanan negara sekaligus memperjudikan nasib rakyat Malaysia.Ia juga secara tidak langsung menjadikan penjenayah di Malaysia lebih berkuasa kerana terdapat pihak yang membela mereka.Sekiranya pihak penjenayah mempunyai hak untuk diadili,apakah hak rakyat Malaysia agar keselamatan mereka sentiasa terjamin ??? Perlukah rakyat Malaysia terbeban dengan kadar jenayah yang terlalu tinggi semata-mata untuk memastikan kebebasan orang-orang tertentu untuk memanipulasi sistem perundangan Malaysia ??? Seperti biasa,pihak pembangkang mempolitikkan setiap perkara yang keluar dari mulut pihak kerajaan.Walaupun ianya adalah untuk kebaikkan rakyat, seperti satu permainan bagi mereka untuk memperjudikan nasib rakyat,semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka.Kenapa perlu membela penjenayah semata-mata ingin mencapai natijah politik yang belum tentu lagi menguntungkan rakyat Malaysia.Kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim benar-benar tersimpang jauh dari matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang aman damai. Namun begitu,sokongan yang diberikan oleh Majlis Peguam Negara melalui presidentnya Christopher Leong merupakan satu perkara yang tidak masuk akal langsung.Anwar adalah haiwan politik dan sentiasa akan menjadi haiwan politik.Sekalipun langit itu runtuh dan bumi terbelah dua,Anwar Ibrahim tetap akan menjadi haiwan politik.Tetapi untuk presiden sebuah badan pengamal undang-undang,perkataan yang keluar dari mulut Christopher Leong adalah sangat-sangat mengarut.Dalam satu sesi temubual, Christopher telah memberitahu HarakahDaily.com berkenaan pendapat beliau dan Majlis Peguam Malaysia tentang Akta Pencegahan Jenayah tersebut.Beliau dengan senang menuduh kerajaan Malaysia memundurkan undang-undang Malaysia dengan menggubal semula akta tersebut.Adalah satu kesilapan besar sekiranya Christopher mengeluarkan kenyataan tersebut tanpa melihat apa yang sedang berlaku di Malaysia pada waktu ini.adakah Christopher buta mata dan hati sehingga tidak nampak jenayah yang dilaporkan di dalam media (tidak kira pro pembangkang atau kerajaan). Mungkinkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Christopher itu adalah kenyataan yang disuruh oleh pihak-pihak berkempentingan politik.Undang-undang sentiasa akan berubah dan diubah untuk kebaikkan bersama semua pihak.Namun begitu,apakah Christopher tidak faham akan kepentingan akta tersebut untuk rakyat Malaysia sekarang ??? Seperti juga ISA,akta ini tidaklah dinyatakan akan dikekalkan selama-lamanya,sekiranya ia tidak diperlukan lagi,ianya akan dimansuhkan.Tetapi pada waktu dan ketika ini,akta ini amat-amat diperlukan agar rakyat Malaysia dapat kembali menikmati semula keamanan yang mereka rasai selama ini. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment