BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! @YUKTESVIJAY MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!

Posted: 05 Oct 2013 08:30 AM PDT


karpal dedah anwar liwat,karpal turun jadi lawyer = etika professional 
yuktes vijay kerja mcm lembu utk anwar,lawan dia skrg = penderhaka 

pi bala buat 3 akuan bersumpah,lari ke luar negara = hero ubah 
pm najib sumpah di masjid,magistret perancis tak layan kes = pembunuh 

anwar lompat kijang dari abim ke umno(sempat goda PAS lagi) = pejuang 
yuktes vijay lompat dari pr ke bn,lagipun tak sain borang parti = macai bn 

anwar tipu blackout dan bangla,bangsat yg turun bodoh bingai dilabel cintakan negara 
saya siapkan bukti,bogelkan anwar(ala china doll),tunjuk dia tipu pula penderhaka

anwar cabar pm berdebat, pm enggan, pm takut katanya..habis parlimen utk disko? 
saya maki, ludah, caci, sindir malah ajak debat, anwar buntu, kata saya tak penting 

ini yang best...saya caci anwar,isteri diam,anak MP tu dia,peguam2 diam malah setiap dugong dalam PR diam,tapi yang bodoh bingai yg ditipu tu bising dan heboh... 

relek la bro.....
game baru je start...kau klimaks cepat2 ni apa hal? hari ni baru cerita 3 bom...yg sulu punya takkan you nak gantung diri bila saya dedah 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! CEC DAP !!! DAKWAT TIDAK KEKAL ADALAH HUKUM KARMA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 05 Oct 2013 05:00 AM PDT


Mungkinkah Pemilihan semula CEC DAP yang berlangsung pada 29 September yang lalu telah ditimpa 'karma' kerana parti itu begituketerlaluan dalam menuduh dan memfitnah orang lain ??? Selama ini,DAP begitu lantang menghentam dan mengecam SPR serta kerajaan BN mengenai sistem pilihanraya.Seluruh tenaga kerja DAP digunakan untuk membentuk persepsi bahawa BN dan SPR itu bersekongkol,bahawa semuanya yang berkaitan kerajaan dan Malaysia adalah korup dan kotor.Pilihanraya yang lepas dicop sebagai pilihanraya paling tidak bersih dan rakyat dihasut agar berdemonstrasi menolak keputusannya.

Fitnah dirancang dan disebar konon terdapat peti-peti undi yang hilang dan ditukar.Konon terdapat gangguan bekalan elektrik dan pengundi hantu yang berpuluh-puluh ribu.Konon kes dakwat yang tidak kekal adalah bukti bahawa terdapat penipuan.Konon PR sepatutnya menang berdasarkan undi popular, dan bermacam-macam konon lagi.Namun,semua tuduhan ini tidak mampu membuktikan yang pilihanraya tidak telus.Tiada kes mengundi dua kali atau dihalang mengundi atas sebab dakwat tidak kekal dan tiada seorang pun dari 40,000 pengundi hantu dapat dikesan. 

Malah,kemudiannya terdapat pemimpin-pemimpin PR sendiri yang tampil menafikan terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan yang dikatakan terlibat.Semua kekalutan ini bagaimana pun terbukti sebagai membuang 'karan' saja apabila pemimpin PR akhirnya mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing dengan gembira ria.Pun begitu,usaha untuk memburukkan kerajaan dan menafikan kredibiliti SPR terus dilakukan mereka.Dalam pada itu,parti PR sendiri,terutama DAP turut mengalami kekalutan akibat pemilihan parti yang tidak dijalankan dengan telus.Keadaan menjadi heboh apabila perwakilan DAP membuat aduan kepada ROS bahawa mereka telah dinafikan hak mengundi secara licik sekali.Akibatnya,pemilihan semula terpaksa dilakukan,iaitu pada 29 September lalu.Pemilihan semula itu telah membuktikan bahawa DAP telah sebenarnya melakukan semua penipuan yang telah dituduh mereka terhadap SPR dan BN.

DAP didapati mengambil 'khidmat' pengundi hantu apabila ahli yang telah dipecat juga boleh mengundi,manakala lebih 800 perwakilan yang sepatutnya mengundi pula,telah 'hilang'.Jika DAP menuduh dakwat yang digunakan SPR tidak berkualiti dan mudah dihilangkan,maka dakwat yang digunakan oleh DAP tentunya jauh lebih tidak berkualiti lagi.Menurut sumber,ia boleh ditanggalkan dengan mudah dalam masa 5 minit iaitu sebelum proses pemilihan selesai sepenuhnya atau sebelum sempat meninggalkan dewan.Alasan Setiausaha Organisasi parti itu,Anthony Loke Siew Fook ialah pihaknya telah pun mengumumkan bahawa dakwat tersebut hanya kekal dalam dua tiga jam memandangkan jangkamasa pemilihan yang pendek. 

Beliau juga menekankan bahawa biarpun dakwat telah hilang tetapi tiada kes mengundi dua kali berlaku.Justeru,tiada apa yang patut dirungutkan.Sedangkan,jawapan yang sama telah diberikan oleh SPR apabila diserang bertubi-tubi oleh DAP tetapi DAP enggan menerimanya.Kini,DAP meminta semua pihak agar menerima alasan mereka dengan jaminan secara verbal bahawa tiada penipuan berlaku.Nampaknya,amalan dwistandard sudah menjadi satu kemestian dalam apa jua keadaan dan isu yang melibatkan DAP.Parti ini jelas mempunyai masalah besar untuk bersikap adil dan telus walaupun merekalah yang paling lantang melaungkan dasar kesamarataan dan meritokrasi.Hakikatnya,DAP tidak mungkin dan tidak akan berani bersaing secara adil.Kerana itu,mereka sedaya upaya ingin memastikan kedudukan ekonomi bumiputera sentiasa berada jauh di belakang dengan menolak apa saja usaha untuk mengatasi masalah ini.Dengan cara ini,kaum Cina akan terus berada di hadapan tanpa perlu bersaing di atas pentas yang sama dengan bangsa lain.Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa DAP itu adalah parti yang paling kotor dan jahat, dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

PANAS DAN SENSASI !!! DS @ZAHID_HAMIDI MEMBELASAH REPORTER MELOYAKINI !!! AMIK UBAT !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 05 Oct 2013 01:30 AM PDT


amik ubat !!! terlampau sangat spin,reporter meloyakini kena belasah kaw-kaw dengan Datuk Seri Zahid Hamidi.best tak kena belasah.lain kali jangan spin yang bukan-bukan yekkk.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! LAGAK HERO ANWAR IBRAHIM DI NEW YORK TIDAK DIPEDULIKAN OLEH AMERIKA !!!

Posted: 04 Oct 2013 10:00 PM PDT


Lawatan rasmi Perdana Menteri ke New York baru-baru ini berjaya memberi kefahaman mengenai konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi tunjang kepada pentadbiran transformasi negara.Selain usaha menarik para pelabur ke Malaysia,Datuk Seri Najib juga menegaskan pendirian kerajaan dalam beberapa isu antarabangsa khususnya dalam konflik di Syria dan Mesir dalam ucapannya pada persidangan tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Kunjungan ke PBB merupakan merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh hampir setiap ketua kerajaan di seluruh dunia atas kapasiti negara tersebut menjadi anggota PBB.Di pentas antarabangsa itulah pelbagai isu dan masalah global dibincang atau diketengahkan bagi perhatian pemimpin-pemimpin dunia serta masyarakat antarabangsa.Lucunya Anwar Ibrahim juga terhegeh-hegeh berkunjung ke New York seiring dengan kunjungan Perdana Menteri.Sudah tentu lawatan Anwar hana sekadar lawatan sosial dan tidak kena mengena dengan persidangan PBB kerana beliau hanya sekadar menjadi ketua parlimen di Parlimen dan bukannya ketua kerajaan. 

Yang menariknya wakil rakyat Permatang Pauh itu berlagak seolah-oleh beliaulah yang menjadi perdana menteri dan mewakili Malaysia di PBB.Tindakan beliau itu bukan sahaja diketawakan tetapi juga mencerminkan status mentalitinya.Bukankah tindakan Anwar bersaing dengan Datuk Seri Najib menunjukkan sikap kecewa yang amat mendalam bagi seorang yang telah gagal menjadi perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.Kenyataan Anwar meminta Presiden Barack Obama masuk campur tangan dalam isu keputusan PRU jelas membuktikan bekas banduan penjara Sg Buloh itu hanya mempunyai agenda peribadi dan bukannya bertindak atas kepentingan negara.Tidak kedengaran ada wakil pembangkang mana-mana negara yang juga berkunjung ke PBB semasa ketua negara atas kerajaannya juga berada di New York.Anwar cuba menjadi hero dengan menimbulkan pelbagai isu yang tidak relevan langsung dengan agenda PBB yang lebih besar dan bersifat sejagat.Isu rasuah dan penyelewengan yang cuba di dibelit semasa di new York adalah masalah dalaman yang bukan sahaja fenomena yang dihadapi oleh Malaysia tetapi juga oleh setiap negara di seluruh dunia.Perkara remeh yang di angkat oleh Anwar dalam kenyataannya di luar negara memperlihatkan tekanan perasaan yang dilaluinya kerana rakyat menolak pakatan pembangkang yang di pimpinnya semasa pilihan raya lalu.

Anwar cuba menonjolkan imej sebagai pemimpin berstatus antarabangsa berindentitikan Islam untuk mengaburi mata masyarakat dunia.Bagaimana pun jika dikaji dengan lebih mendalam secara lebih dekat, Anwar hanyalah seorang politikus murahan yang penuh dengan kepura-puraan.Menuduh kerajaan Barisan Nasional korup tetapi beliaulah antara individu paling korup dan menyalahguna juasa semasa memegang kuasa di dalam kerajaan satu ketika dahulu.Juga bercakap membela rakyat tetapi Anwar lah yang pernah membuat beberapa keputusan memeritkan penderitaan rakyat ketika menjadi menteri kewangan.Kini setelah memimpin kumpulan pembangkang Anwar mahu menukar imej sebagai seorang tokoh yang memperjuangkan nasib rakyat dan golongan marhaen.Ini kerana beliau tidak lagi berada di tampuk kuasa untuk berjuang bagi menjaga kepentingan kaum keluarga dan suku sakat kroninya.Kenapa Anwar tiba-tiba diam membisu ketika kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan disel sebanyak 20 sen baru-baru ini ??? 

Kalau dahulu beliaulah hendak menunjukkan sebagai pembela rakyat dengan janji menurunkan harga minyak jika berjaya menjadi perdana menteri tetapi kini senyap sepi.Inikah sikap kepedulian yang ditunjukkan Anwar sekadar di pentas ceramah politik sahaja tetapi apabila gagal mencapai impian terus rakyat dilupakan begitu ??? Hakikatnya rakyat sudah pun menolak Anwar termasuk cita-citanya menjadi perdana menteri.Rakan sekutu politik,Dap dan Pas pun sudah mula mempersoalkan keberkesanan Anwar sebagai ketua pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata di bibir sahaja tetapi gagal melaksanakan apa yang dijanjikan.Cubaan untuk guna PBB juga gagal kerana tidak seorang pun pemimpin kerajaan Amerika yang memberi respons kepada apa yang dilaungkan di New York. Pada mereka Anwar sudah menjadi 'spent force' atau bak kata pepatah Melayu,'habis santan hampas dibuang', dan beliau adalah hampasnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSLUSIF !!! PINDAAN AKTA CEGAH JENAYAH ADALAH BUKTI KERAJAAN INGIN HAPUSKAN PENJENAYAH !!!

Posted: 04 Oct 2013 07:00 PM PDT


Penghapusan Akta Pencegahan Jenayah telah mencetus berbagai reaksi dan juga keadaan yang kelam kabut dalam negara.Ini berikutan meningkatkan jenayah tembak dan bunuh apabila tahanan yang kebanyakannya merupakan ahli dan kepala kumpulan kongsi gelap telah terpaksa dibebaskan.Apa yang menarik ialah kedua-dua kerajaan dan juga pembangkang sama-sama dipersalahkan atas apa yang berlaku ini.Kerajaan dipersalahkan kerana akur dengan desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta Pencegahan,manakala pembangkang dipersalahkan kerana mendesak kerajaan untuk berbuat demikian.Apa yang tidak boleh diterima rakyat ialah keputusan diambil tanpa terlebih dahulu mengambilkira pendapat pihak yang berkait langsung dengan keselamatan negara,iaitu pihak polis.Akibatnya,tuding menuding jari dan tepis menepis terus berlaku di kalangan ahli politik sedangkan akhbar terus melaporkan satu demi satu kes tembakan.Justeru,walaupun kedua-dua pihak enggan memikul kesalahan,pendapat dan kemarahan rakyat telah disuarakan secara berterusan di laman-laman sosial.  

Jika pihak kepimpinan mengambil sedikit masa untuk benar-benar mendengar,maka mereka pasti akan sedar bahawa rata-rata,rakyat mendesak agar Akta Pencegahan dikembalikan.Bagi rakyat,sama ada ahli politik mengaku atau tidak kesalahan masing-masing kerana terdesak untuk menjaga ego atau air muka sendiri,adalah tidak penting lagi.Apa yang penting ialah semua pihak yang berkenaan wajib memastikan keadaan dalam negara terkawal.Untuk itu,rakyat menyambut baik pengumuman mengenai Pindaan Akta Pencegahan 1959.Seperti yang dijelaskan oleh Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Zahid Hamidi,deraf pindaan itu sedang disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara dan dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 September ini.Pindaan ini akan turut mengambilkira Sabah dan Sarawak.Apa yang pasti,pindaan ini bertujuan untuk mengembalikan taring pihak polis yang sebelum ini telah dicabut tanpa kajian menyeluruh.Sudah tentu rakyat merasa gembira dengan komitmen yang ditunjukkan kerajaan untuk mengakhiri keresahan yang melanda masyarakat selama berbulan-bulan ini.  

Walaupun pengumuman ini agak lambat,tetapi ia cukup melegakan.Sebagai peringatan,pindaan ini wajib memberi keutamaan kepada hak rakyat untuk keselamatan dan bukannya mengutamakan hak penjenayah seperti yang dibawa oleh pembangkang.mereka tidak pedulikan sepertimana yang berlaku kepada polis yang terbunuh dalam operasi.yang mereka pentingkan adalah penjenayah.bukti pun telah ada.Selain itu,sebarang keputusan haruslah dikaji dengan menyeluruh agar tidak terdapat sebarang kepincangan yang mungkin membawa kepada masalah yang lain pula di masa depan.Walaubagaimanapun,jika ini sukar dilakukan,mengembalikan Akta Pencegahan yang lama juga sudah cukup untuk membuatkan rakyat gembira dan harapan saya ialah agar Akta ini digubal dengan seberapa segera.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PEMILIHAN UMNO 2013 !!! AYUH SOKONG @KHAIRYKJ !!!

Posted: 04 Oct 2013 05:00 PM PDT


Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia : Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum,saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti.Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu,pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh.Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian,saya telah membawa Pemuda UMNO-BN kearah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.Contohnya,kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang - majoritinya anak muda - mendapat peluang pekerjaan.Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA,Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara. 

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti.Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES,lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan,gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U),profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin. 

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan. Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu.Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.Insya'Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda.Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan. Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober.Saya, KJ,sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...