BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PEMILIHAN UMNO !!! ADAKAH @KHAIRYKJ BOLEH MELENGKAPKAN TRANSFORMASI ???

Posted: 17 Oct 2013 08:30 AM PDT


UMNO telah lama membela Melayu dengan memberi berbagai tongkat serta membina benteng pertahanan agar bangsa ini dapat berdiri teguh dan terus hidup di celah-celah kemajuan negara.Namun,pertolongan UMNO itu sentiasa dipandang serong sebagai berunsur rasisme dan juga kronisme.Oleh itu,UMNO sentiasa dipaksa untuk menepis dan membela diri walaupun hakikatnya apa yang dilakukan adalah murni serta menjadi kunci keamanan,kestabilan dan kemakmuran negara ini.Walaubagaimanapun,akhir-akhir ini,UMNO dilihat semakin 'segan' untuk membela diri malah turut menerima tuduhan rasisme dan kronisme sebagai benar.Justeru,terdapat asakan dari dalam UMNO sendiri untuk berubah, untuk 'transform' atau 'reform' sepenuhnya agar lebih 'relevan' dan tidak perlu lagi 'defensive' atau 'apologetic' kepada sesiapa.Kemenangan Khairy Jamaluddin dalam pemilihan sayap UMNO semalam dilihat sebagai isyarat jelas bahawa orang-orang UMNO sendiri sudah bersedia untuk berubah.Ini kerana Khairy Jamaluddin merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang pertama memperjuangkan pegangan liberal centrist secara terbuka. 

Beberapa kali Khairy menyatakan yang beliau ingin menjadi Ketua Pemuda BN dan bukan UMNO semata-mata.Cita-cita Khairy untuk melonggarkan keMelayuan UMNO bukanlah rahsia.Malah,Khairy juga tidak segan silu mengambil seorang DAP tegar sebagai Setiausaha Akhbarnya,iaitu Regina Lee.Rakan-rakan lama Khairy ada menceritakan bagaimana sejak dulu lagi Khairy mengimpikan 'United Malaysians National Organisation' untuk UMNO iaitu tiada lagi 'Malays' dalam prinsip perjuangannya.Ini kerana Khairy dikatakan tidak suka melihat orang-orang Melayu terus memakai tongkat kerana ia bermakna ketidakadilan terhadap kaum lain.Di masa yang sama Khairy turut mesra PKR di mana beliau secara sukarela dan bangga menghantar passport kepada Anwar Ibrahim sejurus selepas Anwar dibebaskan suatu ketika dahulu.Walaupun Khairy dikatakan membelakangkan kehendak akar umbi UMNO,tetapi dengan sokongan padu yang diberi kepada Khairy dalam pemilihan kali ini,membuktikan sebaliknya.Jelas,cita-cita Khairy turut dikongsi oleh semua Pemuda UMNO di mana beliau menyapu bersih undi dalam pemilihan kali ini.Nampaknya,Pemuda UMNO nampaknya sudah bersedia untuk melepaskan 'tongkat' dan bersaing secara terbuka atas lantai yang sama rata dengan bangsa lain.Mungkin ada yang melihat perkembangan ini sebagai berbahaya kepada orang-orang Melayu dan juga kestabilan negara. 

Tetapi,dari satu segi,ini mungkin merupakan satu-satunya cara untuk mengubah mentaliti orang-orang Melayu yang terlalu bergantung kepada tongkat kerajaan.Setelah puas para pemimpin kita menegur,memarahi malah menangisi nasib bangsa ini,maka sampailah masanya untuk orang-orang Melayu 'dihukum' kerana enggan berubah.Walaubagaimanapun,saya harap Khairy benar-benar melakukan perubahan dengan bermula dari dalam Pemuda UMNO sendiri.Dalam konsep liberal centrist yang didokong beliau,di mana Melayu bukan lagi 'subjek' utama,maka Khairy harus memastikan yang kerajaan merampas kembali semua tongkat,terutamanya yang diberi kepada kontraktor-kontraktor UMNO. Inilah masanya kontraktor UMNO diajar untuk bersaing secara terbuka dengan kaum lain.Pemuda-pemuda UMNO wajib menunjukkan contoh kepada masyarakat Melayu tentang konsep keterbukaan yang sebenar-benarnya,serta melupakan perniagaan 'alibaba' kerana sistem kuota adalah rasis dan tidak sesuai lagi.Seharusnya,Khairy tidak akan menghadapi masalah untuk melakukan semua ini kerana beliau mendapat sokongan Pemuda secara total.Dengan cara ini,transformasi yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib menjadi sempurna di mana tiada lagi kronisme,tiada lagi rasisme dan tiada lagi Melayu bagi UMNO.Sesungguhnya kemenangan Khairy adalah sesuatu yang tepat bagi UMNO,bangsa Melayu dan negara ini.Yang tinggal kini hanyalah perlaksanaannya sahaja iaitu di mana harus pertama sekali membuang tongkat yang diberi kepada Pemuda UMNO demi menepati konsep 'centrist' yang tidak lagi mengutamakan Melayu.Bolehkah Khairy melakukannya ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! KRISTIAN BERANI GUNA KERANA DI SOKONG OLEH ANWAR IBRAHIM DAN PAS !!!

Posted: 17 Oct 2013 05:00 AM PDT


Majalah mingguan Katolik,The Herald,dilarang oleh Mahkamah Rayuan pada pagi Isnin,14 Oktober daripada menggunakan kalimah Allah untuk membawa maksud Tuhan dalam penerbitannya.Seharusnya kemelut isu kalimah Allah ini selesai.Namun editor majalah berkenaan,Paderi Lawrence Andrew yang menzahirkan rasa kecewa akan keputusan itu berkata,pihaknya merancang untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.Ini bermakna bahawa isu ini mungkin belum muktamad.Jika tindakan itu diambil,pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mewakili kerajaan perlu "turun padang" sekali lagi untuk menghadapi pusingan perbicaraan baru.Lantas, pihak yang bersujud syukur di luar perkarangan Mahkamah atas keputusan Mahkamah Rayuan pagi Isnin 14 Oktober perlu insaf bahawa Allah baru memberi "separuh kemenangan" pada perjuangan mereka yang berpaksikan keyakinan Allah tidak boleh disalahanggap sebagai mempunyai ciri-ciri Tuhan Kristian – Tuhan,anak Tuhan dan Ruhul Kudus! 

Mahkamah Tinggi tersilap,kata hakim

Hakim Mahkamah Persekutuan,Apandi Ali,yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan,Abdul Aziz Abdul Rahim dan Mohd Zawawi Salleh memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi silap apabila membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengeluarkan perintah larangan berkenaan."Pengamatan kami ialah kalimah Allah bukanlah sebahagian teras kepercayaan dan amalan agama Kristian.Berdasarkan hakikat ini kami tidak nampak sebab mengapa pihak responden (Ketua Uskup Gereja Katolik) bertegas mahu menggunakan istilah Allah dalam penerbitan mingguan mereka."Jika penggunaan ini diizinkan ia akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat," kata Hakim Apandi Ali ketika membacakan ringkasan keputusan mereka.

Turut hadir di mahkamah ialah setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia,Hermen Shastri,bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharuddin Md Isa dan Naib Presiden Perkasa,Datuk Zulkifli Nordin.Pada 31 Disember 2009,Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,Lau Bee Lan memutuskan bahawa perintah KDN mengharamkan kalimah Allah di dalam penerbitan Kristian adalah bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.Pada 10 September tahun ini,KDN dan kerajaan Malaysia mengemukakan hujah kepada kepada Mahkamah Rayuan mengapa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak wajar. Jika pihak gereja Katolik meneruskan rancangan untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan ini bermakna ia masih mempunyai alasan dan bukti bahawa kalimah Allah memang sebahagian teras kepercayaan mereka.Sepanjang isu ini tercetus bukan sahaja pihak yang menuntut (gereja) sahaja yang tegas mahu larangan penggunaan kalimah Allah dibatalkan,malah pejuang kebebasan hak asasi manusia dan parti-parti politik juga mahu kerajaan berundur daripada pendiriannya.

Pembangkang dakwa pihak pertahan 'Allah' buta sejarah 

PKR bersikap liberal dalam isu ini.Ketua Umumnya,Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa pihak yang mahu melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian tidak faham sejarah.Bahasa Arab dan kalimah Allah sudah lama digunakan oleh orang-orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan,hujah beliau.Bagaimanapun dalam PAS ada pendapat yang berbelah bahagi.Majlis syura ulama tidak mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam penerbitan Kristian.Namun pemimpin lain,termasuk presiden,Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Berpendirian penggunaan kalimah suci itu boleh diizinkan dengan syarat ia tidak disalahgunakan.Kini Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa tiada alasan tuntas untuk menunjukkan kalimah Allah ini adalah antara isu teras dalam kepercayaan agama orang Kristian.Maka tiada sebab untuk mengizinkan ia digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.Namun paling penting bagi sidang Hakim ialah,keizinan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian akan menimbulkan kekeliruan. 

PAS dan PKR akan pertahan 'Allah' jika utamakan usul fiqh

Dapat dibayangkan apa yang dimaksudkan oleh para hakim berkenaan ialah keputusan yang menyebelahi pihak Kristian bakal mengundang musibah keretakan perhubungan kaum dan agama yang serius.Dalam Islam pun ada kaedah usul fiqh yang menetapkan supaya dalam membuat pilihan di antara dua keburukan,pilihlah yang lebih besar mudaratnya.Isu ini memang menginsafkan betapa pentingnya soal agama tidak ditunggangi untuk dijadikan modal politik.Jika PKR dan PAS mengutamakan kaedah usul fiqh sudah tentu mereka memilih untuk menyokong keputusan kerajaan sejak awal lagi.Namun demi mengaut keuntungan politik,masa depan negara,agama dan bangsa sanggup diperjudikan.Seharusnya tindakan lebih wajar ialah menasihati pihak gereja bahawa demi masa depan perhubungan kaum, dan agama serta memelihara kesejahteraan negara,isu ini usah diperpanjangkan.Usahlah menjadi batu api yang boleh memercikkan pertentangan sengit di kalangan kaum dan agama di bumi Malaysia ini.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! DAP TETAP BERTEGAS UNTUK GUNA KALIMAH ALLAH ???

Posted: 17 Oct 2013 01:30 AM PDT


DAP tetap bertegas dengan pendiriannya berhubung penggunaan kalimah ALLAH.Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng berkata,parti itu tetap mempertahankan dan tidak akan berganjak daripada pendirian mereka sebelum ini. 

"Walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald,kita (DAP) tetap dengan pendirian seperti sebelum ini. Pendirian DAP berhubung isu kalimah ALLAH adalah jelas.Saya rasa anda semua tahu apakah pendirian DAP berhubung isu ini,namun pendirian berkenaan tidak mewakili suara pakatan pembangkang," katanya kepada media semalam.Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya, The Herald.Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan Roman Katolik adalah dibatalkan.Mahkamah Rayun juga berpendapat,tiada alasan mengapa Gereja Katolik berkeras menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya,jika dibenarkan akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.

Bagaimanapun,Guan Eng berkata,Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan mesyuarat pada hari ini bagi membincangkan isu berkenaan."PR akan bermesyuarat esok (hari ini) untuk membincangkan pendirian ketiga-tiga parti berhubung isu ini.Mesyuarat itu menentukan pendirian PR dengan tidak mengetepikan pendirian mana-mana parti di dalamnya (PR).Mesyuarat ini juga diadakan bagi menghormati ketiga-tiga parti dalam mengeluarkan satu kenyataan bersama.Saya tidak boleh bercakap mewakili pakatan pembangkang kerana isu ini adalah sensitif,jadi kita akan tunggu mesyuarat PR dalam menentukan pendirian pakatan terhadap isu ini," katanya.

Sebelum ini,Guan Eng pernah mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu ketika menyampaikan perutusannya sempena Hari Natal tahun lalu.Pada awal tahun ini,PR mengambil pendirian menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran yang seterusnya turut dipersetujui Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! TAN KOK WAI DITANGKAP MENIPU SURAT RASMI !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 16 Oct 2013 10:00 PM PDT


anda lihat surat di atas,naib presiden DAP,tan kok wai tandatangan surat pada 7hb oktober 2013.anda lihat di bawah,ini sebenarnya yang berlaku


satu lagi penipuan telah berlaku,apa cerita ni ??? macam mana tandatangan 7hb oktober tapi tan kok wai dah berada di korea 6hb oktober ??? ajaibnya !!!

Semalam,Jenice membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah mendakwa Tan yang juga Timbalan Pengerusi DAP telah memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap dirinya di akhbar.Jenice mendakwa kenyataan Tan kononnya pembantunya Lee Hsuan Ba terlibat dalam penyalahgunaan kuasa berkaitan isu tembok keselamatan di Taman Seraya,merupakan satu fitnah.

Beliau mendakwa Tan turut mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah seperti dilaporkan di beberapa akhbar pada 24 dan 25 April lalu yang menuduh dirinya terlibat dalam penyelewengan peruntukan kerajaan negeri di kawasan Sungai Pelek,Selangor.Menurutnya DAP mengamalkan 'double standard' apabila tidak mengambil tindakan sama terhadap Tiew Wey Keng dan Lim Lip Eng yang dianggap sebagai Kroni Tan. "Ini merupakan satu fitnah untuk menjatuhkan saya.Saya telah berbincang dengan pihak peguam dan mereka meminta saya membuat laporan polis.Saya minta kes ini dapat disiasat segera kerana ia merupakan perlakuan jenayah yang cuba menjatuhkan reputasi saya," katanya

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PRK SUNGAI LIMAU !!! ADAKAH PENGUNDI TERPEDAYA DENGAN LAKONAN CHRISTOPHER ZAIRIL LIM ???

Posted: 16 Oct 2013 08:12 PM PDT


Pemilihan semula CEC DAP pada 29 September lalu ternyata telah tidak menyelesaikan apa-apa.Dengan semua yang telah menang dalam pemilihan awal menang semula dan lebih ramai ketidakhadiran dilaporkan,maka akar umbi DAP terus memendam rasa.Akibatnya,beberapa negeri mula bergolak kerana tidak tahan lagi dengan sikap kukubesi kepimpinan parti.Perasaan sakit hati turut dirasai oleh DAP Kedah yang mana kepimpinan atasan telah bertindak membubarkan jawatankuasa DAP Negeri yang dilantik secara demokrasi 2010 dan membentuk jawatankuasa interim tanpa sebarang sebab.Ini menyebabkan Pengerusi DAP Negeri,Lee Guan Aik telah dipaksa melepaskan jawatannya kepada Christopher Zairil Lim.Perlantikan Christopher Zairil sebagai Pengerusi DAP Kedah membawa makna bahawa DAP telah membelakangkan akar umbi parti serta tidak menghormati mahupun menghiraukan perasaan jawatankuasa negeri dan juga menipu rakyat Kedah dengan mempromosi Christopher Zairil sebagai Melayu.

Walhal,Christopher adalah berdarah Cina seratus peratus dan hanyalah anak tiri kepada Tan Sri Khir Johari yang mengahwini ibunya pada usianya belasan tahun.Christopher sebelum ini pernah memberitahu wartawan bahawa beliau dan keluarganya termasuk bapanya tidak begitu 'selesa' bergaul dengan orang Melayu mahupun mengamalkan budaya Melayu.Tetapi hari ini,dikhabarkan Christopher kini sedang bertungkus-lumus 'berlatih' untuk menjadi Melayu bagi menghadapi pengundi dalam Pilihanraya Kecil Sungai Limau.Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah bagaimana sikap orang-orang PAS menerima Christopher di Sungai Limau.Apakah mereka akan membiarkan DAP menipu atas alasan membantu parti PAS ??? Sg. Limau hanya mempunyai 3% pengundi Cina dan kehadiran Christopher sebagai Cina tentulah tidak perlu sama sekali.Maka,saya yakin yang Christopher akan hadir sebagai Melayu dengan hanya memperkenalkan diri sebagai 'Zairil Khir Johari'.Secara dasarnya,masyarakat Cina di Kedah adalah berbeza dengan Pulau Pinang. 

Rata-rata masyarakat Cina Kedah fasih bertutur loghat Kedah dan hidup di kalangan orang-orang Melayu tanpa apa-apa 'sekatan' yang nyata.Pergaulan semua kaum di Kedah cukup harmoni kerana rakyat Kedah terkenal dengan sikap peramah.Keharmonian ini agak 'terganggu' akhir-akhir ini apabila DAP semakin berkuasa di Malaysia.Bagaimanapun,saya percaya masyarakat Cina Kedah akan dapat menilai sendiri sikap DAP yang sanggup membelakangkan akar umbi parti sendiri dan juga mengenepikan jawatankuasa negeri yang dilantik secara demokrasi.Jelas sudah bahawa DAP bersikap kuku besi dan sanggup menipu dan melakukan apa saja untuk berkuasa walaupun menindas ahli sendiri. Perlantikan Christopher Zairil adalah bukti segala apa keburukan DAP ini.Justeru,apakah rakyat Sg. Limau sanggup memberi kuasa kepada PAS yang bersekongkol dengan penipu, penindas dan kukubesi ??? saya percaya,pengundi Sungai Limau,mahupun rakyat Kedah keseluruhannya,dari berbagai parti lebih bijak untuk menilai mana intan dan mana bom jangka.Kedah tidak perlukan DAP tetapi perlukan BN untuk terus menikmati hidup yang aman dan harmoni dan DAP itu adalah sebahagian dari PAS.Memberi kemenangan kepada PAS di Sungai Limau turut bermakna memberi kemenangan kepada DAP melalui PR.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...