Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Bayi Kembar Siam Keluar Dari Mulut?

Posted: 24 Sep 2013 08:37 AM PDT


Terbaca satu artikel beria dari laman hmetro.com.my berkenaan kembar siam parasit yang juga lebih dikenali sebagai Conjoint Twin Parasitic. Dikatakan kembar parasit tersebut bercantum melalui mulut lagi seorang kembarnya. Ikuti berita penuh yang dipetik dari Harian Metro Online.

Ketika Aep Supriatna melihat bayi yang baru dilahirkan isterinya 19 September lalu dia sangat terkejut kerana mendapati zuriatnya itu kembar siam.

Lebih mengejutkan Aep, 36, bayi pertama lahir dalam keadaan biasa tetapi kembarnya keluar dari mulut.

Menurut Aep, isterinya Yani, 33, bersalin di rumah mereka di Kampung Cikadu di daerah Cipeundeuy, Bandung Barat.

"Anak pertama kali normal tetapi yang ini nampaknya kembar siam," katanya. Aep berkata, sebaik saja bayi itu dilahirkan dengan bantuan bidan, ia diarahkan segera dibawa ke hospital tetapi dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Hanya selepas itu, kata Aep, dia dimaklumkan anak ketiganya itu kembar siam.

"Saya sangat terkejut," katanya. Bayi pertama adalah lelaki dan diberi nama Ginan Septian Nugraha dan disahkan sihat.

"Bagaimanapun rongga mulutnya penuh kerana berisi tubuh bayi kedua," katanya.

Allah maha kuasa, pelbagai kejadian, semuanya dari Allah.

HOT! Bila Komunis di DEWA kan.. Almarhum Chin Peng?

Posted: 24 Sep 2013 06:12 AM PDT



Fikir fikirkanlah sendiri ..Nak kata apa lagi.. Dah mampos pun nak diangkat sebagai orang yang dikasihi.. Hebat sangatkah Chin Peng sampai nak kena tulis Almarhum ?? Sejak bila orang kafir mati dirahmati Allah ?? Dah mati pun nak hina Islam ?? Belum pernah dengar lagi dalam kitab budha sekalipun penganutnya mati diletak Almarhum..Yang aku tau mendiang saja..

Apa sebenarnya maksud almarhum tu?, kalimah Almarhum (المرحوم) adalah kalimah Arrohii (الرحيم) iaitu dari kata Rohima (رحم) ertinya "mengasihi". Jadi Arrohiim ertinya "pengasih" (isim Fa'il) sedangkan Almarhum ertinya "yang dikasihi" (isim Maf'ul).

Salah satu sifat Allah adalah Arrohiim (pengasih), kerana Allah itu Arrohiim (pengasih) berarti ada Almarhum (yang dikasihi)Nya, siapakah yang dikasihi oleh Allah itu?

HOT! Puak Pas Hantar Wakil Pi Sembah Mayat Chin Peng?

Posted: 24 Sep 2013 02:24 AM PDT



Rasanya otak puak Pas ni dah tak berapa nak betul dah. Sampai sanggup naik kereta api 18 jam untuk pi tengok bangkai si Chin Peng tu. Kalau Dap tu boleh la tahan lagi, ini pemimpin Pas yang pi tengok, buat apa kejadahnya!

Pemimpin PAS Kedah yang Mc katakan tu ialah Fadzil Baharom, calon Pas bagi Dun Sungai Tiang. Mungkin dia pi sana, untuk menunjukan bahawa dia 'sayang' pada Chin Peng, dan menunjukan bahawa Pas juga bersama Pakatan untuk menyokong Chin Peng.

Fadil hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.

Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri.
Nampak sangat tindakan tersebut kerana nak meraih undi Cina dan Siam.
Kalau dah ahli politik tu, tahi pun sanggup cium kalau dah terdesak nak sokongan!

Pas-Pas ingatkan hanya sanggup gadai nama Islam, rupanya jadi barua komunis pun sanggup! 

Teruk la puak Pas ni.


McTheory:
Kalau la tok nenek dia tau.. tentu depa sumpah seranah!

INFO! Nurul Izzah Sokong TV3?

Posted: 24 Sep 2013 12:08 AM PDT


Tak sangka pulak TV3 boleh interview si Nurul Izzah. Malah paling tak sangka, Nurul Izzah pun boleh terima interview dari TV3. Kata BOIKOT.. he he.. apa raa..


Radio Head? Metallica? Dasat juga si Nurul Izzah ni. Kenapa dalam UMNO takdak orang macam Nurul Izzah ni? Apa yang tak kena dengan parti kita? Anti orang muda? Nak orang tua berkuasa sampai mampus? Macam tu?

Bukan nak puji Nurul Izzah, tapi kita kena kaji kenapa orang muda dalam UMNO tak menonjol. Tentu ada halangan atau orang yang tak suka benda macam tu berlaku. Betul?

McTheory:
UMNO perlu perubahan.. Berani Berubah!

Email Panas! Exco Kedah Guna Penasihat Dari Pas? #KedahAmanMakmur

Posted: 23 Sep 2013 07:25 PM PDT

Exco yang mana agaknya?

Semalam Mc menerima email.. bila Mc baca, email ini memang ada kebenarannya. Jadi hari ni, Mc putuskan untuk menyiarkan email ini untuk kesedaran semua.

Selama ini, blog Mc banyak menapis maklumat yang dapat. Tapi nampaknya, tak guna kalau hanya kita yang terhegeh-hegeh mahu menolong Kerajaan negeri, tapi mereka diatas buat tak peduli dengan apa yang terjadi.

Exco Kedah guna Penasihat dari PAS?
Sungguh majmuk politik di Malaysia apabila ada Kerajaan menggunakan Penasihat dari pihak Pembangkang. Dan ianya berlaku di Kedah. Hanya di Kedah 
Segala perancangan dilakukan dengan cukup teliti. Habis seluruh sistem dikawal oleh beliau. Adakah Kerajaan Kedah dibawah kepimpinan Dato Paduka Mukhriz Mahathir bakal mencipta sejarah dan mengulangi kesalahan Kerajaan terdahulu? 
Siapa Penasihat Khas ini? Dan kenapa beliau sangat dipercayai oleh seorang Exco di Kedah? Adakah Exco ini tak tahu atau buat-buat tak tahu? Menerima maklumat dan nasihat serta cadangan daripada lawan untuk isu besar di Kedah? 
Mungkin Dato Paduka Menteri Besar perlu kaji balik kedudukan Exco ini dan jangan apabila nasi sudah menjadi bubur baru nak tersedar. 
Jika tiada tindakan segera maka tunggulah pendedahan selepas ini yang akan merungkai siapa orang ini. Jangan gadaikan perjuangan untuk kerusi Naib Presiden. BERANI BERUBAH

Dedahkan saja.. Mc sendiri pun banyak benda nak tulis ni.. dah penat bersabar..


McTheory:
Berbuih cakap, masih sama.. adehh..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...