Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Pas sedia bekerjasama dengan UMNO?

Posted: 22 Sep 2013 06:30 AM PDT



Pas nak bekerjasama dengan UMNO bila dijemput? Kenyataan yang kelakar tahap dewa ni. Apa yang Pas mahukan? Tak sudah-sudah spin politik!

PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika PAS dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat Alor Setar hari ini.

Abdul Hadi berkata jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.

"PAS pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata kerjasama antara Umno dan PAS untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.

Mengenai cadangan Dewan Ulama PAS supaya tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang dikaji semula, Abdul Hadi berkata Dewan Ulama PAS berhak mengemukakan usul ke muktamar PAS akhir tahun ini yang kemudian akan dibawa ke sebuah jawatankuasa untuk ditapis.

"Terpulang kepada Dewan Ulama PAS, bukan hak kita dan jawatankuasa usul akan melihatnya. Kadang-kadang usul ini tak perlu dibahas tetapi diselesaikan secara peringkat dalaman parti," katanya.

- Bernama

INFO! Cerita Kelakar Tentang Erti Perjuangan!! #PemilihanUMNO

Posted: 21 Sep 2013 10:31 PM PDT

Ini baru betul pejuang.. he he..

Kelakar bila dengar tentang erti perjuangan..

Cerita benar..

Si yang kononnya pejuang, naik kereta BMW, si yang sisuruh berjuang cuma naik motor cabuk.

Si pejuang ni menyuruh si berjuang berkempen untuknya, kononnya bila dia dah naik pangkat, dia akan memperjuangkan BANGSA dan AGAMA.

Tapi bila si berjuang minta duit untuk bekerja, si pejuang akan marah-marah!

"Macam ni ka pejuang, bila suruh buat kerja sikit minta duit, buat kerja sikit minta duit.. tak ikhlas langsung!"

Pulanglah si berjuang naik motor buruk dengan perasaan hampa. Balik rumah memikirkan nak makan apa bulan ni. Anak nak sekolah, bil letrik, bil itu bil ini. Kesiann si berjuang..

Si Pejuang pula selepas marah si berjuang, terus capai BMW ke hotel untuk makan. Kemudian balik rumah beli HP baru untuk isteri dan anak2.

Rumahnya banglo, berpengawal peribadi, bertukang masak dan bertukang cuci. Duit tersimpan kemas atas hasil 'PERJUANGAN'.

Jika benar ikhlas untuk berjuang, kenapa perlu kejar jawatan? Kenapa perlu kayakan diri sedemikian rupa? Soalan tu patut ditanya pada diri yang menganggap dirinya PEJUANG.

Pejuang sebenar tak perlu berpangkat tinggi, tak perlu populariti, tak perlu muka masuk TV dan tak perlu cari pangkat untuk di daki!

Soalan si Pejuang yang tak sedar diri tanya tadi tu, patut disoal kepada diri sendiri. Bukan pada si berjuang yang nak makan pun bercatu berhari-hari.

Cerita si Pejuang dan si berjuang ni ada dimana-mana, cuma tukar nama tarikh dan tempatnya saja.

Betul ke Tidak?

INFO! 11 Ketua Bahagian UMNO Kedah di Cabar! #BeraniBerubah

Posted: 21 Sep 2013 08:31 PM PDT


Proses pendaftaran bagi pemilihan dalam bahagian Umno di Kedah hari ini menyaksikan 11 daripada 15 bahagian berlaku pertandingan bagi jawatan ketua bahagian.

Setelah proses penyerahan borang ditutup 5 petang ini, Bahagian Padang Serai menyaksikan paling ramai calon menghantar borang untuk merebut jawatan ketua bahagian iaitu enam orang manakala masing-masing tiga di bahagian Sungai Petani, Kuala Kedah, Merbok, Langkawi dan Baling.

Bahagian Kubang Pasu, Pokok Sena, Jerai, Pendang dan Sik, masing-masing terdapat dua calon menghantar borang bertanding jawatan ketua bahagian.

Bagi Bahagian Alor Setar, Padang Terap, Kulim/Bandar Baharu dan Jerlun hanya satu borang diserahkan untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian yang bermakna mereka menang tanpa bertanding.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Jerlun, setelah diberi laluan oleh Datuk Abu Hassan Sariff yang rela "turun pangkat" apabila bertanding jawatan timbalan ketua bahagian.

Proses pendaftaran di Dewan Wawasan di Jitra hari ini hanya melibatkan 14 bahagian di Kedah manakala Bahagian Langkawi diberikan kebenaran mengadakan pendaftaran di tempat sendiri di Wisma Umno Langkawi berikutan masalah logistik.

- Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...