BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! CEC DAP !!! HARI KEBINASAAN DAP DAN DINASTI LIM DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Sep 2013 08:30 AM PDT


Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan,Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama.Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6.kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti.

Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC.Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina. PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu.Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13.Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. 

Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya,Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC.Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat.Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP.Apa kebinasaan yang mereka buat ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KEPUTUSAN #PRU13 !!! KRISIS DALAMAN SERIUS BAKAL HANCURKAN PAKATAN PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 24 Sep 2013 05:00 AM PDT


Keadaan pakatan pembangkang sekarang berkecamuk pasca Pilihan Raya Umum ke-13 kerana perbalahan antara Pas,PKR dan Dap semakin ketara.Ini timbul kerana walaupun pembangkang mampu mengurangkan lagi kerusi Parlimen Barisan Nasional,pergolakan berlaku nerana sifat tamak dan haloba antara ketiga-tiga parti.Sementara BN menerima cabaran dan keputusan rakyat dengan tenang dan mengatur langkah untuk memperbaiki semua kelemahan,pakatan pembangkang pula semakin bongkak dan hilang arah.Kemenangan besar mereka seolah-olah tidak membawa apa-apa makna kepada penyokong kerana pemimpin-pemimpin pembangkang lebih gemar berpolitik dan berpolemik daripada mengubal dasar serta program yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di negeri di bawah pentadbiran mereka.Dari masa sebelum,semasa dan selepas PRU13,tugas utama mereka nampakna hanya untuk tersu menyerang dan memfitnah kerajaan. 

Kekecewaan Anwar Ibrahim tidak mampu menjadi perdana menteri begitu terserlah dalam sikap yang diambil oleh parti-parti pembangkang.Bertambah parah pula,masing-masing juga mempunyai dalaman serius yang harus ditangani segera.Dap umpamanya bergelut dengan mada depan dan hidup mati parti itu berhubung isu penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu.Pelbagai alasan diberikan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengelakkan parti itu dikenakan tindakan undang-undang namun semakin lama krisis tersebut berpanjangan semakin bertambah serius pula jadinya.Keadaan dap kini macam mengorek lubang untuk menutup lubang yang dikorek sebelumnya tetapi semakin banyak lubang dikorek semakin besar pula lubang baru yang baru digali.Nasib dap tidak ada penyelesaian walaupun pemilihan baru di adakan semua pada Disember depan kerana masalah adakah mengenai penipuan dalam proses pemilihan bukannya dari segi teknikal.

Di Selangor pula,pergelutan kuasa antara kem Azmin Ali dan Menteri Besar Khalid Ibrahim tidak kesudahan.Usaha untuk mengenepikan dua wanita yang berkuasa disekeliling Khalid,Faekah Husin dan Arfaeza Aziz nampaknya tidak mendatangkan hasil.Walaupun Saifuddin Nasution dilantik Anwar sebagai pegawai politik di pejabat menteri besar,masalah tidak juga selesai.Saifuddin semacam melukut ditepi gantang sementara Faekah khabarnya bertambah berkuasa.Apatah lagi tindakan Khalid mengadakan mesyuarat exco di Bangkok baru-baru ini menimbulkan persoalan pembaziran kewangan negeri.PKR memutuskan dalam mesyuarat biro politiknya untuk mengadakan dialog dengan BN dalam isu tatakelola tetapi parti itu seharusnya melihat dan menyelesaikan isu salahguna kuasa oleh menteri besar di Selangor terlebih dahulu.Pas pula berada di dalam dilema mengenai isu tahlul siyasi yang menyebabkan wujudnya dua kem pendapat dalam parti itu menjelang muktamarnya ke 59 November depan. Perbalahan antara kumpulan ulama dan kumpulan yang mengikut rentak politik Anwar yang dikenali sebagai Anwarinas atau Erdogan semakain jelas. 

Ada ura-ura di belakang tabir untuk menghapuskan elemen-elemen Anwarinas daripada Pas pada pemilihan akan datang.Golongan ulama melihat kumpulan Erdogan sudah lari daripada landasan perjuangan parti kerana lebih condong untuk membawa pengaruh Anwar yang liberal dan tidak mementingkan perjuangan Islam.Demi kelangsungan Pas sebagai sebuah wadah perjuangan Islam,golongan Anwarinas harus disingkir sebelum keadaan dalaman parti bertambah parah.Apapun hakikatnya,pakatan pembangkang bukanlah berada di dalam suasana yang aman atau kuat sebagaimana yang digembar-gemburkan kepada rakyat.Krisis yang dihadapi oleh Pas,PKR dan Dap adalah amat serius yang bakal mengugat dan meleraikan ikatan dalam kerjasama rapuh mereka selama ini.Sebanyak mana pun mereka mengatakan pakatan pembangkang mendakwa mereka bersatu hati, realitinya mereka hanya menipu diri sendiri termasuk penyokong dan rakyat yang terpengaruh dengan sandiwara pada PRU13 lalu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KEPADA DS @SHABERYCHEEK !!! PORTAL MALAYSIAN INSIDER DI BERI KEISTIMEWAAN ??? BIAR BETUL ???

Posted: 24 Sep 2013 01:30 AM PDT


DASAR kerajaan yang lebih terbuka terhadap media telah disalahgunakan oleh portal berita Malaysian Insider untuk bertindak biadab dan menjadi petualang menggugat aspirasi kebangsaan.Ini isu lama dan sudah banyak kali dipersoalkan oleh orang perseorangan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama pada pasca Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) tahun 2008.Tetapi hingga kini janji pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat belum ditunjukkan.Kalau menyiasat apakah hasil siasatan itu? Kenapa mengambil masa yang terlalu lama seolah-olah menunggu kucing bertanduk baru hendak tampil dengan hasil siasatan? Sejauhmanakah kebenaran dakwaan beberapa NGO bahawa operasi portal ini dibiayai oleh dana asing? Atau dibiayai oleh petualang yang berselindung di sebalik nama orang lain bagi meneruskan hayat portal.SKMM dan KDN perlu berlaku adil kepada Malaysian Insider untuk "membersihkan" nama yang dikaitkan dengan dana asing dan menjadi petualang dengan menjelaskan hasil siasatan kepada umum.SKMM terlalu pantas bertindak ke atas orang perseorangan, misalnya pelajar Aswara yang menghantar komen di Facebook mengenai kejadian membakar gereja.Tetapi ini tidak berlaku kepada Malaysian Insider.

Kenapa? Ketika ini portal berita tidak dapat beroperasi hanya dengan pendapatan iklan dalam talian atau langganan.Pengiklanan dalam talian belum menjadi fenomena sekalipun mencatatkan jumlah pelawat tertinggi.Pasukan editorial Malaysian Insider yang sama seperti akhbar arus perdana dengan adanya pengarang,penyunting,wartawan dan sebagainya memerlukan belanja yang tidak dapat ditampung oleh pendapatan iklan.Maka pertanyaannya siapa dan dari manakah mereka mendapat dana? Sebagai portal yang mendakwa "bebas berbanding akhbar arus perdana yang kononnya dikawal kerajaan, sudah tentu portal ini tidak menerima dana pembangkang.Tetapi siapa kalau bukan pembangkang? SKMM perlu membentangkan hasil siasatan yang menunjukkan operasi Malaysian Insider daripada pendapatan iklan dan bukannya ditaja oleh petualang dalam mahupun luar negara.Sebenarnya tidak menjadi kesalahan kalau dibiayai oleh pembangkang.Sebabnya Malaysian Insider terlalu berjasa kepada pembangkang terutama menonjolkan keburukan kerajaan dan menentang dasar-dasar yang membantu kaum bumiputera.

Bebas 

Portal ini mesti diambil tindakan bukan kerana menyokong pembangkang.Mereka bebas untuk menyokong fahaman politik tertentu dan kerajaan telah membuktikan sikap yang adil apabila meluluskan permit penerbitannya.Ini menunjukkan walaupun pembangkang menuduh kerajaan tidak memberikan kebebasan media tetapi portal pro pembangkang tidak pernah dihalang,apa lagi digantung permitnya.Semua orang tahu Malaysian Insider yang tidak pernah menghentam dasar-dasar cauvinis Cina dalam pembangkang tetapi ini tidak dipertikaikan.Bagaimanapun yang dipersoalkan adalah sikap petualang yang tidak mendukung aspirasi kebangsaan berpaksikan Perlembagaan.Malaysian Insider mesti membezakan antara sokongan kepada fahaman politik tertentu dengan aspirasi kebangsaan.Yang ditunjukkan oleh Malaysian Insider selama ini adalah bertentangan dengan aspirasi kebangsaan terutama dalam isu orang Melayu dan agama Islam.Kenapa Malaysian Insider menyiarkan laporan dari Singapura yang menyokong tindakan sepasang remaja Cina,Alvin dan Vivian yang mengajak umat Islam negara ini berbuka puasa dengan sup tulang babi? 

Adakah kebebasan akhbar yang dianuti oleh portal ini menjadi lesen untuk menyebarluaskan saranan supaya umat Islam mencuba sup tulang babi? Adakah pertimbangan menyiarkan laporan itu kerana memperjuangkan dua remaja berkenaan yang menghina Islam? Bukan semua Cina menyokong sikap biadab pasangan Cina itu kerana mereka faham aspirasi kebangsaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan.Cuma Malaysian Insider yang sengaja mencetuskan prasangka antara Islam dan bukan Islam.Ketika tercetusnya isu kalimah Allah yang mahu digunakan dalam Bible bahasa Melayu,pihak Jabatan Agama Islam mengeluarkan khutbah Jumaat yang menyeru supaya umat Islam memelihara kesucian kalimah itu.Tetapi Malaysian Insider bertindak biadab dengan menyiarkan bantahan daripada paderi Kristian terhadap khutbah Jumaat berkenaan.Bukankah ini bertujuan melaga-lagakan antara Islam dan bukan Islam di negara ini? Adakah kalau tidak melakukan sedemikian bermakna tidak ada kebebasan? Sedangkan yang dianggap "kebebasan itu boleh menimbulkan ketegangan agama seterusnya memporakperandakan negara? 

Komunis 

Terbaru sekali dalam rencana yang disiarkan pada 20 September ini di bawah tajuk Chin Peng as hero,say former Thai general,Malaysian Insider mewirakan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang membunuh beribu orang awam dan anggota pasukan keselamatan.Apakah terlalu penting kenyataan bekas jeneral tentera Thailand ini dalam konteks Malaysia yang menolak ideologi komunis? Kenapa suara Malaysian Insider dalam isu Chin Peng ini senada dengan pembangkang yang sejak lama dulu memperjuangkan supaya Chin Peng dibenarkan balik ke negara ini? Malah Malaysian Insider juga telah melakukan pembohongan dengan memutarbelitkan ucapan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan bangunan baharu Ibu Pejabat Korporat Kumpulan Utusan 13 September lalu.Dalam ucapan itu Najib menyeru supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan berlaku adil kepada Kumpulan Utusan dari segi pembelian iklan.Tetapi Malaysian Insider melaporkan Najib meminta GLC membantu membayar saman-saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan.Ini satu pembohongan tetapi suatu perkara biasa kepada portal yang mendakwa laporannya telus dan benar.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BENARKAH PAS TIDAK PERNAH TABUR DUIT PADA #PRU13 ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 23 Sep 2013 10:00 PM PDT


Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak parti itu dalam PRU yang lalu.Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis,tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.Sedangkan hakikatnya,PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara ini selain membawa perpecahan.Malah,sehingga ke hari ini juga,PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.Lebih dahsyat,PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT.Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu,PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil. 

Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi,maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka.Kali ini,akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi memastikan kemenangan pada PRU lalu.PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli undi.Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.Malah,PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu untuk memastian pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya.Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS sendiri.Justeru,bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelas sekali. 


Lagipun,tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya.Gambar tersebut akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara.Apa yang menarik,Nik Aziz juga tidak menafikan bahawa itu adalah dirinya tetapi hanya mengelak dengan berkata bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah.Soalnya,kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak memerlukannya ???  Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan sedekah berbanding mereka itu ???  Jawabnya,kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya.Parti ini menggunakan agama untuk berbohong,memfitnah dan juga untuk merasuah.Selagi PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik,semakin ramailah pengundi yang akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DULU NURUL IZZAH BENCI SANGAT TV3 !!! KINI MASUK PROGRAM TV3 !!! APA CERITA NI ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 23 Sep 2013 07:00 PM PDT


tu dia,dulu bukan main lagi belasah TV3.Tapi kini sudah berubah.Siapa yang betul didalam hal ini.Atau didalam Tv3 kini sudah ada lembaga yang tukar baju.Bukannya saya nak buat tomahan serta fitnah tapi video kedua-dua dibawah menceritakan segala-galanya pada semua.

LIHAT VIDEO DI BAWAH

DULU


SEKARANG


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SIAPA SEBENARNYA KETANDUSAN CALON ??? PKR ATAU UMNO ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 23 Sep 2013 05:00 PM PDT


Naib Presiden PKR,N.Surendran disaran agar melihat diri ke dalam cermin sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai UMNO. Kenyataan beliau bahawa UMNO ketandusan calon yang berkaliber dilihat sebagai meludah ke muka sendiri.Surendran menyatakan bahawa dalam keadaan BN mendapat prestasi paling corot dalam sejarah dan gagal merampas kembali Selangor dalam PRU lalu,UMNO masih tidak sedar yang ia sedang menuju kepada kekalahan yang lebih teruk dalam PRU yang akan datang.Lebih-lebih lagi apabila semua pihak di dalam UMNO mengambil sikap enggan mengakui kelemahan kepimpinan dengan enggan mencabar kedua-dua jawatan tertinggi dalam pemilihan kali ini.Menurut Surendran,ini adalah bukti yang UMNO ketandusan pemimpin berkaliber untuk menggantikan kepimpinan yang amat lemah itu.Surendran terlupa bahawa prestasi BN mungkin corot dalam PRU yang lalu,tetapi prestasi UMNO sebenarnya meningkat.  

Justeru,adalah tidak adil untuk meletakkan keseluruhan tanggungjawab terhadap kelemahan prestasi BN ke atas bahu pemimpin UMNO.meh saya jawab tuduhan surendran.Apa yang berlaku dalam PRU lalu adalah berpunca dari hasutan perkauman yang keterlaluan oleh pembangkang yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan hampir 100% kaum Cina menolak BN.Sebagai peneraju parti BN,pemimpin UMNO berpegang kepada semangat setiakawan dan bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian.Oleh itu,pemimpin UMNO tidak boleh menjanjikan kelebihan seratus peratus kepada satu kaum tanpa mengambilkira kaum-kaum lain.Tetapi,inilah yang dilakukan oleh pembangkang iaitu menjanjikan Ketuanan Cina kepada masyarakat Cina tanpa mengira kesan kepada negara dan kaum lain.Maka tidak hairanlah jika hampir semua masyarakat Cina memilih pembangkang dalam PRU yang lalu.Hakikatnya,apa yang dijanjikan oleh pembangkang itu amatlah tidak bertanggungjawab kerana ia mampu membawa negara ke arah ketidakstabilan dan mungkin juga kemusnahan.  

Bagi pemimpin PR untuk menjanjikan sesuatu yang bakal membawa kemusnahan kepada negara membuktikan bahawa mereka bukanlah pemimpin yang baik.Malah,PR juga langsung tidak punya pemimpin pelapis yang lebih matang dan praktikal yang boleh disandarkan harapan.Semua pemimpin PR adalah pak turut,bayang-bayang,kalaupun tidak acuan tepat kepada pemimpin sedia ada.PR sebenarnya mengalami masalah ketandusan pemimpin yang kronik sekali.  Masalah ini berpunca dari amalan nepotisme yang keterlaluan.Bapa,ibu,anak,menantu dan sahabat dekat sahaja yang boleh bermimpi untuk memegang jawatan tinggi dalam kedua-dua parti itu.Akibatnya,parti mengalami keadaan statik atau tidak berubah walaupun telah masuk beberapa dekad.Berbeza dengan UMNO,pemimpin datang dan pergi.Pemimpin boleh saja dikritik oleh ahli-ahli sendiri. 

Ada yang ditangkap dan dan dibuang juga sekiranya didapati bersalah.Malah,mana-mana pemimpin yang dilihat lemah,walaupun memegang jawatan tertinggi,tetap tidak terkecuali dari risiko dipaksa melepaskan jawatan.Tentunya,ini berlaku kerana UMNO cukup kukuh sehinggakan kepimpinan boleh digantikan pada bila-bila masa.Ia juga membuktikan bahawa UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin pelapis.Perkara yang sama tidak mungkin dapat dilihat dalam PR.PKR tidak mungkin sama tanpa Anwar Ibrahim,begitu juga DAP dan Dinasti Lim atau PAS dengan Nik Aziz dan Hadi Awang.Pendek kata,parti-parti ini tidak mampu melalui perubahan kepimpinan tanpa menjejaskan identitinya.Justeru,yang ketandusan pemimpin di sini adalah PR,bukan UMNO dan Surendran pasti dapat melihatnya sekiranya beliau terlebih dahulu mencermin diri sebelum bercakap.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...