BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! TOLONG PANTAU CYBERTROOPER PR NI !!!

Posted: 21 Sep 2013 12:51 PM PDT


                            

cuba lihat gambar diatas.macam ni kerr perangai puak PR ??? mula-mula tuduh,lepas tu mencarut tak tentu pasal.apa cerita ni ??? dulu kata orang UMNO kurang ajar.sekarang siapa sebenarnya yang kurang ajar ??? malas nak komen panjang-panjang.ini adalah benar.tak percaya pergi ke facebook page ini.saya baru perasan semua ini.kepada Datuk Seri Shabery Cheek,saya harap tolong ambil tindakan kepada facebooker ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! MANIPULASI PERLEMBAGAAN DAP !!! STRATEGI UTAMA DINASTI LIM TERUS BERKUASA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 21 Sep 2013 05:00 AM PDT


Bekas Naib Pengerusi DAP,Zulkifli Mohd Noor mendakwa terdapat satu senarai terpilih yang direstui oleh kepimpinan tertinggi DAP,dapat berkempen dengan lebih cekap kerana memiliki senarai perwakilan yang akan mengundi sedang berkempen untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.Zulkifli dilaporkan Meloyakini berkata beliau tidak termasuk dalam senarai terpilih tersebut dan tidak dibekalkan senarai perwakilan daripada ibu pejabat DAP.Walaupun Zulkifli tidak menamakan pemimpin atasan DAP yang dimaksudkan itu,namun sudah diketahui umum,ia merujuk kepada penasihat DAP,Lim Kit Siang melalui proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP. 

"Senarai itu tidak diedarkan kepada calon-calon lain. Mereka dah ada (senarai).Saya tak ada (senarai) dan saya terpaksa berkempen dalam 'gelap'," katanya.Zulkifli yang merupakan seorang daripada lapan orang calon Melayu yang merebut 20 tempat dalam CEC.Pendedahan terbaru Zulkifli itu menyamai pendedahan Peter ahli DAP di sebuah cawangan di Johor yang 'membuka' blog thedapinsider sejak beberapa hari lepas.Dalam tajuk "Pembohongan keluarga Lim mempertahankan kuasa dalam DAP," Peter mendedahkan Dinasti Lim,merujuk kepada keluarga Kit Siang dan anaknya Guan Eng berjaya mendominasi DAP sejak dari tahun 1968 dengan cara memanipulasi perlembagaan parti itu."Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa.Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.Parti DAP tidak mempunyai bahagian di setiap Parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja," dedahnya. 


Menurutnya,setiap cawangan DAP dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu cawangan yang mendapat sijil A dan cawangan yang menjadi Sijil B yang ditentukan oleh Setiausaha Agung DAP.Ahli-ahli cawangan yang mendapat sijil A layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC,manakala ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati tetapi tidak mengundi. "Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A. "Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya," dedahnya. 

Selain strategi pembahagian sijil,Peter turut mendedahkan taktik kedua Dinasti Lim untuk terus berkuasa dengan cara 'pemilihan 20 CEC tanpa menamakan jawatan'."Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi,Naib Pengerusi,Setiausaha Agung dan jawatan lain.Tidak ada undi sulit.Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim.Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye,Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP." 

Menurut Peter dua taktik memanipulasikan perlembagaan DAP itu adalah rahsia besar Dinasti Lim terus berkuasa dalam parti itu sejak 50 tahun lalu.Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP."Kit Siang tahu dia sekarang sudah di hujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu,kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP," dedahnya lagi

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! LEBIH BAIK BERUNDING DENGAN PAS !!! LAGI UNTUNG BERBANDING PKR !!!

Posted: 20 Sep 2013 10:00 PM PDT


Tidak dapat dinafikan yang Anwar Ibrahim itu adalah seorang politikus yang cukup hebat sekali sesuai dengan gelaran yang diberikan oleh isterinya iaitu 'Anugerah Tuhan'.Suatu ketika dahulu saya terkejut juga dengan langkah yang diambilnya dalam menghadapi satu-satu isu terutama di dalam keadaan terdesak.Namun,setelah mengenali beliau,tiada apa lagi yang dilakukannya yang dapat mengejutkan saya.Malah,hari ini,ramai yang sudah mampu membaca gerak langkah beliau lebih awal lagi.Bagaimanapun,langkah yang diambil Anwar kali ini cukup menarik iaitu cuba menggambarkan kepada dunia bahawa kerajaan BN atau Datuk Seri Najib sedang menagih kerjasama dengannya atau dalam kata lain,ingin berdamai.Untuk itu,semua bala tenteranya dikerahkan untuk menonjolkan senario yang sama iaitu Datuk Seri Najib telah,melalui orang tengah,berbincang dengannya untuk membentuk satu macam kerjasama seperti kerajaan perpaduan.Kononnya,Datuk Seri Najib buntu dalam menangani tekanan dalaman UMNO yang semakin hilang kepercayaan terhadapnya.Kononnya Datuk Seri Najib sudah kehilangan punca untuk menangani masalah-masalah dalam negara seperti masalah jenayah,ekonomi dan perkauman. 

Justeru,hanya Anwarlah yang mampu menyelamatkan negara,sekali gus kedudukan Datuk Seri Najib melalui satu perjanjian istimewa.Soalan saya ialah bukankah Anwar yang ke hulu ke hilir membuat kacau dan memburukkan negara agar ekonomi merudum ??? Bukankah PR yang mendesak agar Akta Pencegahan dihapuskan dan penjenayah dibebaskan serta membela penjenayah bermati-matian ??? Bukankah PR yang bersungguh-sungguh meniupkan api perkauman di mana DAP secara terang-terangan melaungkan pemerintahan Cina melalui laman sosial Tony Pua ??? Justeru,apa ke jadahnya Datuk Seri Najib memerlukan Anwar untuk menangani semua masalah ini sedangkan Anwar dan pembangkanglah yang menjadi puncanya ??? Dan apa ke jadahnya Datuk Seri Najib perlukan pengaruh Anwar untuk meningkatkan pengaruh dirinya di dalam UMNO sedangkan orang-orang Melayu telah meningkatkan sokongan terhadap parti itu dalam PRU yang lalu,serta menolak Anwar ??? Bukankah ini bermakna sebarang kerjasama dengan Anwar hanya akan mengundang bala kepada Datuk Seri Najib,yakni menyebabkan orang-orang UMNO turut menolak beliau ??? Benarlah kata Jusuf Kalla iaitu Anwar hidup dalam angan-angan yang terlalu tinggi.Tidak mustahil Anwar tidak lagi dapat membezakan mana fantasi dan mana realiti.Kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri membuatkan beliau mula percaya kepada pembohongannya sendiri. 

Hakikatnya,Datuk Seri Najib tidak mungkin bekerjasama dengan manusia yang telah memfitnahnya dengan begitu teruk sekali.Anwar menuduh Datuk Seri Najib membunuh dan sanggup mengupah saksi agar mensabitkan Datuk Seri Najib atas kesalahan tersebut.Jadi,apakah maknanya ini ??? Maknanya,jika Anwar berjaya,Datuk Seri Najib boleh ke penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya.Lebih dahsyat lagi mungkin dikenakan hukuman mati memandangkan kes ini adalah kes bunuh.Dengan niat Anwar yang begitu jahat terhadap Datuk Seri Najib,apakah logik jika Datuk Seri Najib menghulur tangan kerjasama dan melupakan sahaja apa yang Anwar cuba lakukan terhadapnya ??? Apakah jaminan yang Anwar tidak akan melakukannya sekali lagi,iaitu memfitnah dan menghumbankan Datuk Seri Najib ke dalam gaung ??? Inilah yang anda perlu hadamkan,iaitu apa yang Anwar telah lakukan terhadap Datuk Seri Najib adalah melangkaui permusuhan politik.Ia telah menjadi sesuatu yang peribadi serta melibatkan nyawa.Lagipun, yang menang adalah Datuk Seri Najib dan yang kalah adalah Anwar Ibrahim. 

Malah,kemenangan Anwar di Permatang Pauh juga menyaksikan kemerosotan undi yang banyak sekali.Oleh itu,tiada sebab bagi Datuk Seri Najib untuk berbincang dengan orang kalah.Sekali lagi diulang,yang terhegeh-hegeh dan tersorong-sorong pipi yang baru disuntik botox di sini,ialah Anwar Ibrahim.Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO tidak mungkin bekerjasama dengan pihak yang berpegang kepada liberalisme dan pluralisme.UMNO tidak akan sekali-kali berkompromi dalam hal ini.Kerana itulah UMNO tidak ada masalah untuk menghulur tangan kepada PAS walaupun PAS tegar membawa pendekatan takbur meletakkan diri lebih Islam dari UMNO.UMNO bersedia bersatu atas nama ummah dengan PAS biarpun PAS mengkafirkan UMNO.Sekiranya PAS kembali menemui kewarasan,UMNO bersedia bekerjasama dengan PAS tetapi bukan PKR dan bukan Anwar Ibrahim.Kekuatan UMNO dicampur dengan PAS sudah cukup untuk mematikan terus PKR dan juga DAP. Untuk apa UMNO bekerjasama dengan PKR yang mana majoriti wakil rakyatnya adalah kaum Cina yang tidak mungkin akan mengundi BN dalam PRU nanti ???  Justeru,jika benar UMNO atau Datuk Seri Najib benar-benar nak bekerjasama dengan pembangkang,yang pastinya pembangkang itu bukan Anwar Ibrahim.Anwar boleh terus berangan dan jenteranya juga boleh terus menyebarkan angan-angannya.Namun,angan-angan itu akan kekal menjadi angan-angan sepertimana angan-angan ingin menjadi Perdana Menteri pada 16 September…entah pada tahun berapa…

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! CHIN PENG ADALAH PEJUANG NEGARA ??? INI JAWAPAN SEBENAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Sep 2013 05:00 PM PDT


inilah sebenarnya kisah chin peng.siapa kata beliau lahir di malaysia ??? ada kerr bukti nya ??? chin peng yang menjadi setiausaha agung komunis dikatakan pejuang negara ??? apa buktinya ??? jom kita ikuti kisah sebenar 

Salam 2 all. Apabila Allahyarham Usamah Bin Ladin dibunuh pada 02 Mei 2011,jenazah Allahyarham terus dibawa pergi dan dibuang ke laut. Allahyarham yang tidak bersenjata ditembak tepat dikepala dihadapan anak isterinya.Jenazah Allahyarham langsung tidak dibenarkan dilihat oleh ahli keluarga.Malah gambar-gambar serta rekod pembunuhan Allahyarham dihalang daripada disiarkan kepada awam oleh Mahkamah Agong Amerika Syarikat (sila baca naratif dibawah mengenai peristiwa pembunuhan Allahyarham Usamah Bin Ladin dan pembuangan jenazah Allahyarham di laut yang dirahsiakan lokasinya). 

Apa tujuan saya menulis mukaddimah ini sebelum mengupas mengenai kematian Chin Peng? Kerana ada suara-suara sumbang yang kononnya pejuang hak asasi kemanusiaan dan demokrasi ala-barat yang mengutuk Malaysia kerana enggan membenarkan mayat Chin Peng, kepala teroris dan pengganas komunis yang mati di Bangkok semalam.Beliau mati bukan ditembak,bukan kerana berperang,tetapi kerana penyakit diwaktu berumur 90 tahun.Kata Perdana Menteri Dato' Sri Najib, Malaysia tidak akan membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik dan dikebumikan di Malaysia.Malah abunya juga dilarang! Saya ucapkan tahniah atas ketegasan Perdana Menteri! Malah saya ingin menambah,bukan sahaja mayat atau abu,sehelai bulu roma Chin Peng pun jangan dibenarkan dibawa balik dan ditanam di mana-mana bahagian di bumi Malaysia.Jangan biarkan bumi negara ini dicemar dengan mayat atau mana-mana bahagian mayat Chin Peng ditanam didalamnya! 

Chin Peng,atau nama betulnya Ong Boon Hua adalah seorang cauvinis anasir subversif komunis bersifat teroris. Nama Chin Peng sinonim dengan anasir subversif bersenjata komunis di Tanah Melayu untuk menumbangkan Kerajaan yang sah pilihan rakyat dan digantikan dengan kerajaan komunis.Ringkasnya,tangan Chin Peng penuh berlumuran dengan darah rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum. Melayu,Cina, India dan ramai lagi menjadi mangsa kekejaman gerombolan anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng.Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara dibunuh kejam pada 07 Jun 1974 dengan tembakan bertalu-talu disimpang Jalan Tun Perak (dahulu Jalan Mountbatten) berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur. Datuk Khoo Chong Kong,Ketua Polis Perak dibunuh kejam pada 03 Jun 1976 juga dengan tembakan bertalu semasa berada dalam kenderaan rasmi polis di persimpangan lampu isyarat Anderson School Ipoh,Jalan Ashby berdekatan Fairpark.Kebetulan pada masa itu saya bersekolah di Anderson School.Ribuan anggota keselamatan polis dan tentera yang cedera atau terkorban angkara gerombolan komunis pimpinan Chin Peng. Pada masa komunis bermaharajalela mengangkat senjata membunuh rakyat dan anggota keselamatan sekitar tahuan 1970an saya tinggal di berek Pengkalan FRU 5, Sg. Senam,Ipoh,Perak.Saya melihat sendiri kekejaman komunis ini bilamana beberapa anggota FRU 5 turut menjadi mangsa dalam satu serangan hendap di Simpang Pulai. 

Saban hari saya akan melihat helikopter Nuri mendarat di kem tentera bersebelahan pengkalan FRU 5 membawa pulang anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera setelah bertempur di perbatasan menentang komunis bersenjata ini. Kematian Chin Peng walaupun menutup episod kekejaman beliau, namun lukanya tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Rakyat Malaysia tidak boleh memaafkan kekejaman beliau. Walaupun pepatah ada menyebut "masa adalah pengubat duka", namun kekejaman gerombolan subversif komunis pimpinan Chin Peng ini adalah diluar batas kemanusiaan.Sepanjang pengetahuan saya,Chin Peng tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mangsa kekejaman dan kezaliman beliau dan anasir subversif komunis pimpinan beliau.Malah beliau siap menulis buku lagi konon mengkisahkan perjuangan beliau konon untuk memerdekakan negara ini.Kita jangan terpedaya dengan mainan politik segelintir mereka yang kini mendakwa konon Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan. 

Persoalannya mudah, mengapa beliau masih mengetuai gerombolan subversif komunis mengangkat senjata menentang negara walaupun setelah Malaysia merdeka? Mengapa beliau masih enggan meletakkan senjata dan berdamai walaupun peluang terbuka setelah Rundingan Damai Baling 28-29 Disember 1955 di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling? Mengapa beliau tidak memilih untuk berdamai dan hidup di Malaysia setelah Perjanjian Damai Haadyai diantara Malaysia dan Parti Komunis Malaya pada 02 Dis 1989; bilamana semua anasir subversif komunis Tanah Melayu diberi peluang untuk balik hidup di Malaysia dengan aman damai sekiranya mereka berbuat sedemikian sebelum 02 Dis 1990. Chin Peng tidak mengambil peluang itu! Malah,langsung tidak pernah ada gambaran kekesalan atau kesedihan atas kekejaman dan kezaliman yang beliau mahupun anasir subversif komunis pimpinan beliau lakukan selama ini kepada rakyat dan negara bertuah ini! Sebab itu jangan kata mayat, sehelai bulu daripada tubuh Chin Peng pun tidak layak duduk mendiami bumi Malaysia ini! Membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik, ataupun abu nya sekalipun, adalah satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha mayat mendiang bersemadi dibumi bertuah ini! 

Lagipun,tiada rekod menunjukkan Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia.Dan kalau pun benar beliau kelahiran Tanah Melayu, sikap dan tindakan beliau yang bukan sahaja mengetuai gerombolan anasir subversif komunis bersenjata cuba menghancurkan negara, malah melarikan diri ke negara China dan kemudiannya Thailand membuktikan beliau tidak layak ditanam di Malaysia! Kepada Kerajaan Malaysia, kami rakyat Malaysia yang cintakan negara menuntut supaya Kerajaan jangan tunduk kepada tekanan dan lalakan kaum cauvinis, ekstremis dan pelampau demokrasi yang mahukan mayat Chin Peng ditanam di Malaysia, ataupun abunya dibawa balik ke Malaysia!. Kami rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha bumi bertuah Malaysia ini dicemari dengan mayat atau abu atau sehelai bulu pun daripada pengganas subversif dan teroris komunis bernama Chin Peng ini. Ringkasnya, mayat Chin Peng tidak wajar sama sekali dibawa balik untuk ditanam di bumi Malaysia ini samada dalam bentuk jasad, abu mahupun sehelai bulu sekalipun kerana : 

1. tangannya penuh dengan darah anggota keselamatan dan rakyat Malaysia yang dibunuh kejam oleh gerombolan subversif pimpinan Chin Peng; 
2. ramai isteri yang menjadi janda, anak menjadi yatim piatu dan ibubapa kehilangan anak akibat pembunuhan oleh anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng; 
3. Chin Peng bukan warganegara Malaysia walaupun konon cerita beliau lahir di Sitiawan,Perak; 
4. Chin Peng tidak menghormati kemerdekaan negara malah terus mengangkat senjata menentang negara ini dengan tujuan menggantikan pemerintahan yang sah pilihan rakyat dengan kerajaan komunis; 
5. Chin Peng tidak mengambil peluang Perjanjian Damai Haadyai 02 Dis 1989 untuk balik hidup di Malaysia walaupun berpeluang berbuat sedemikian; 
6. Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kekejaman anasir subversif komunis pimpinan beliau, malah tidak pernah menunjukkan kekesalan atas perbuatan itu; 
7. Sebahagian besar hidup Chin Peng dihabiskan di negara China dan kemudiannya di Thailand.Malaysia bukan,dan tidak pernah menjadi tempat bermastautin Chin Peng ini; 
8. Sedangkan jenazah Allahyarham Usamah Bin Ladin pun tidak dibenarkan dibawa balik ke negeri asalnya, sebaliknya dicampak ke laut yang dirahsiakan lokasinya sehingga kini. 

Wallahua'lam dan wassalam. Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin 

Selasa 
11 ZulQaedah 1434 
17 Sep 2013

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...