Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Gambar Ngeri dan Menarik Hukuman Pancung Zaman Dulu!

Posted: 05 Jul 2013 08:17 AM PDT



Malam ni Mc tak rasa nak cerita bab politik. Asyik berpolitik, sampai naik biol kepala otak. Lama-lama boleh jadi gila macam Anwar Ibrahim dan Mat Sabu.

Kita layan gambar menarik dan ngeri hukuman pancung zaman dulu.. he he he.. layan saja la.

Adegan hukuman pancung kepala di Vietnam1905









McTheory:
Dah pancung, siap boleh ambik gambar? gila ka apa..

TUDIAA! Khalid Gagap Terima Wahyu Waktu Tidur Untuk Terima Loji #Langat2

Posted: 05 Jul 2013 05:37 AM PDT


Berikutan krisis air yang bakal melanda Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada 2014, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengubah fikiran apabila berkata beliau sedia mempertimbangkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).

Namun projek itu, katanya perlu mematuhi beberapa syarat termasuk mengambil kira isu harga yang setimpal dengan kos perlaksanaannya di samping tidak membebankan pengguna pada masa akan datang.

"Projek Langat 2 adalah perlu tetapi dengan mengambil kiraan 'economic value' kepada negeri. Jika harga yang kita ambil secocok dengan jangkaan kita sebab yang bayar adalah pengguna di Selangor.

"Kalau kita buat Langat 2, kita kena duduk berbincang untuk bagaimana menggunakan air dari Langat 2, kita kena guna harga terbaik untuk rakyat Selangor.

"Saya ingin beritahu Kerajaan negeri sudah bersedia untuk mengadakan perbincangan profesional bersama Kerajaan Pusat untuk menentukan bahawa rakyat Selangor akan mendapat perkhidmatan air terawat dengan harga terbaik sama ada melalui projek Langat 2 atau mana-punca air yang ada di Selangor," kata Khalid ketika menjawab pertanyaan tambahan oleh Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) dalam sidang dewan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri menolak projek Langat 2 dengan alasan bekalan air adalah mencukupi untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2019, selain proses rundingan penstrukturan semula industri air Selangor antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan belum selesai.

Dalam pada itu, ketika menjawab pertanyaan Shahrum Mohd Sharif (BN- Dengkil), Khalid menegaskan jumlah 17 bilion liter air yang disalurkan kepada pengguna di negeri ini adalah mencukupi walaupun sebanyak 30 peratus daripada air dirawat hilang semasa proses pengagihan.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan negeri dakwanya akan berusaha untuk mengurangkan masalah tersebut sehingga 15 peratus seperti yang telah dipersetujuan melalui perjanjian antara Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 2004 yang lalu.

"Kita ada 34 buah loji rawatan air di Selangor dengan jumlah air dirawat adalah 4,606 juta liter untuk satu hari. Dan adakalanya ia boleh ditingkatkan kepada 4,800 juta liter sehari.

"Jumlah air yang sampai ke pengguna adalah 70 peratus daripada jumlah keluaran tersebut.

"Pada dasarnya kalau semua air kita rawat sampai ke pengguna, tiada masalah air tak cukup. Tapi masalahnya adalah 30 peratus daripada air dirawat atau 'non-revenue water' hilang dalam proses pengagihan," katanya.

Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2.

Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja.

Penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.-AntaraPos

PANASS!! "You Malay Go Back To Sumatera!" #Racist @PDRMsia

Posted: 05 Jul 2013 12:12 AM PDT


Mc tau ramai yang melenting bila baca kenyataan seperti diatas. Tapi itulah hakikat yang mereka mahukan. Pepecahan diantara kaum, kehidupan selama ini di Malaysia makmur dan aman, diganggu gugat bilau bila ada kenyataan seperti diatas.

Akaun FB sesiapa pun boleh buat. Betul ke ayat tu dari seorang yang bernama Vivian Chong? Atau hanya kaki cucuk supaya melayu dan cina di Malaysia ni saling bermusuhan? Pihak berkuasa boleh menyiasat perkara ini. Bukan susah pun, SKMM boleh membantu.

Sudah beberapa orang rakan blogger yang agak baik dengan Mc diserbu dan dirampas laptop atas alasan bukti siasatan. Kalau blogger berbangsa Melayu boleh diserbu sedemikian rupa, sudah tentu Vivian Chong atau pembuat Vivian Chong ini juga boleh ditangkap dengan mudah oleh pihak berkuasa.

Posting kali ini bukan nak jawab kenyataan yang Vivian Chong buat, kerana semua orang tahu, pemberi rasuah terbesar di Malaysia adalah kaum cina. Sehingga ada penguatkuasa yang diugut untuk mengambil rasuah, kalau tidak ambil, mungkin akan dibunuh atau ahli keluarga akan dicederakan.

Jadi jika tak ada pemberi, mana mungkin akan ada penerima? Soo.. siapa perasuah sebenarnya?

Berbalik pada kenyataan si Vivian atau pereka Vivian, Mc harap pihak berkuasa jangan beri muka pada orang yang cuba menganggu gugat keamanan di Malaysia.

Cubaan menghalau orang Melayu dengan kenyataan sedemikian, amat berat dan boleh menyebabkan perkara yang tidak di inginkan berlaku.

McTheory:
Orang melayu dah cukup bersabar, tolong jangan di uji lagi..

HOT! PRK Kuala Besut, Ustaz UMNO Lawan Ustaz Dap? #KualaBesut

Posted: 04 Jul 2013 09:12 PM PDT


 Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut besar kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua ustaz antara calon Umno dan PAS apabila nama yang paling popular meniti di bibir kalangan penyokong kedua-dua parti itu adalah personaliti ustaz atau mereka yang mendalami bidang agama Islam.

Calon yang paling popular di kalangan penyokong Umno adalah Nik Yusniza Nik Ismail, bekas Kadi Daerah Besut yang kini bertugas sebagai Pegawai Agama di Dungun.

Di pihak PAS pula, dua daripada tiga nama senarai pendek yang dikemukakan PAS dikatakan juga golongan ustaz.

Dua nama itu ialah bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad manakala seorang lagi ialah Bendahari PAS Besut, Azlan Yusof.

Daripada 13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS pernah memenangi empat kali iaitu pada PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999.

"Oleh itu, peluang untuk PAS menang dalam pilihan raya ini adalah cerah," kata Ketua Ulama PAS Terengganu yang juga tokoh PAS Besut, Husein Awang.

Husein pernah bertanding di DUN Kuala Besut dalam PRU 1990 tetapi tidak berjaya. Beliau kalah dengan majoriti hanya 246 undi sahaja.

Pada 1959, calon PAS yang menang ialah Mohamad Senari, Mohamad Said menang pada 1969, Husein Jusoh menang (1974) manakala pada 1999 kerusi itu dimenangi Nik Zawawi Nik Salleh.

Bagi Husein, yang pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (1999 - 2004), semangat penyokong PAS untuk memastikan parti mereka menang dalam PRK ini amat tinggi.

"Semua mahu PAS menang untuk melihat apa akan berlaku apabila dalam DUN ada 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN dan 16 Adun Pakatan," katanya.

Pandangan beliau disokong Wan Azhar.

"Kita mahu lihat apa akan berlaku jika Adun PAS membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker misalnya. Ketika itu speaker yang dilantik BN tidak bolehlah mengundi kerana ia usul ke atasnya," kata Wan Azhar.

Beberapa tokoh BN sebelum ini beranggapan jika PAS menang pun, ia tidak akan mengubah apa-apa kerana speaker yang dipilih BN akan menjadi undi penentu.

PRK Besut diadakan selepas kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar minggu lalu akibat komplikasi paru-paru berair.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat jam 10.00 pagi nanti dan membuat keputusan mengenai tarikh PRK di DUN Kuala Besut.- TMI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...