Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Kisah Perlakuan Seks Remaja Bawah Umur Dengan Golongan Atasan?

Posted: 03 Jul 2013 08:17 AM PDT


Masalah sosial, remaja bawah umur, hubungan seks dan rempit sering kedengaran di akhbar, berita tv, portal dan blog. Contohnya macam cerita kat bawah ni, baca dulu.. ada cerita lain disebalik ni,

Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

"Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks," katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.

Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.

bla bla bla bla bla.. ok kita dah tahu, remaja ini bermasalah, terbabit dengan seks bebas dan rempit, adakala mereka juga terlibat dengan dadah. Banyak berita macam ni dilaporkan oleh akhbar dan media. Macam mana dengan perlakuan yang lebih kurang serupa tapi melibatkan golongan kelas atasan?


Pernah kita dengar kelab mewah dan spa VIP di serbu? Sedangkan aktiviti dalam tu lebih teruk dan lebih buruk. Kalau anak remaja ni ditangkap, dimalukan dalam akhbar, bagaimana dengan laki orang dan bini orang di'pusat' maksiat yang di halalkan sebab duit? 

Perkara sebegitu juga perlu di cegah, kalau nak ikut keutamaan, kelab 'atasan' ni yang perlu dihapuskan dahulu, kerana ia lebih jelas merosak. Cuma ia bagai disembunyikan atas sebab tertentu.

Bukan Mc nak bela remaja yang buat maksiat tu, tapi kita kena sedar, ada lagi sudut hitam lain yang perlu kita 'cuci' dan bukan hanya satu sudut saja yang kotor.

Siapa tahu, hapuskan sudut kotor hitam yang besar tu, dapat membersihkan sekali sudut hitam yang kecil?

Artikel ini takdak kena mengena dengan politik, ini adalah kesedaran umum yang perlu masyarakat kita tahu. Untuk merawat penyakit, kita perlu tahu puncanya dulu sebelum mencegah.

McTheory:
Hanya pendapat peribadi, ikut suka nak dengar ke tak..

PANASS! Siapa salah bila gambar masjid dipijak? #TolakPAS

Posted: 03 Jul 2013 05:37 AM PDT




Ahh.. Sinar Haruan dah pandai main cerita sensitivi agama?

BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

"Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam," katanya- Sinar

Komen:Nak tau sebab apa jadi macam ni? Pasal Pas sanggup diperkudakan dan dibiarkan jadi lembulah menyebabkan umat Islam kini dilevel yang rendah. Sebelum ini pernah ada benda macam ni berlaku?

McTheory:
Pas bukan nak naik kan darjat Islam, tapi merendahkan lagi..

TUDIAA!! Video Panas Menarik Mengenai Anwar Tersebar Lagi!!

Posted: 03 Jul 2013 01:17 AM PDT


Tak cukup dengan video, ni ada sikit bahan untuk baca.. Mc taktau apa dia, rasanya boleh baca sendiri kot. he he he..


Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.

Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.

Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.

"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama Pas dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.

PANASS! Kerajaan BN Kedah Kejam Pecat Staff KUIN? #HanyaDiKedah

Posted: 02 Jul 2013 09:35 PM PDT


Kejam betul Kerajaan BN Kedah ni. Pasaipa pecat pekerja yang tak bersalah dan berdosa?

Selepas Jamil lari dari KUIN, ramai kroninya pun lari jugak. Tapi masih ada yang tinggal untuk buat kacau, mereka inilah virus yang bakal mengagalkan usaha untuk memulihkan KUIN.

Sapa Dato' Latifah Hassan ni?


Semasa menjadi Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan UNISEL beliau sudah didesak supaya meletak jawatan atau kontraknya tak disambung. Orang 'kuat' PKR ini juga bakal merosakkan usaha memulihkan KUIN.

Di Unisel pun orang dah tolak tiba-tiba datang pula ke KUIN. Apa agenda beliau walaupun Jamil dah lari tetapi beliau masih ada di KUIN. Adakah sebagai mata dan telinga kepada pembangkang ataupun kaki dan tangan pembangkang untuk membuat kacau di KUIN?

Kini umurnya pun dah 62 tahun, soo tak salah kalau kontraknya tidak disambung atau diberhentikan. Lagi pun dalam perjanjian, kontrak Latifah ni boleh diberhentikan bila-bila masa. Soo, faktor umur 62 tahun boleh dijadikan alasan untuk di tamatkan perkhidmatan.

Bagi la peluang pada orang muda pulak bekerja, masa zaman Pas dulu dah koyan-koyan duit sapu, cukup-cukuplah tu. Kalau taknak dengar cakap, kami nak londeh habis. Biar semua tau siapa yang dapat malu.

Takpa, kita tengok permainan Pas dulu.. lepas ni kalau depa terus main kasar, jangan salahkan kami kalau kami buka pekung hangpa naa.. hehe

McTheory:
What u give, u get back..

GEMPAR!! Ulama Syiah Kata Syaitan Tak Sujud Nabi Adam, Sebab Nak Sujud Pada Ali? #SyiahSesat

Posted: 02 Jul 2013 06:19 PM PDT


Masih ramai rakyat Kedah yang tak tahu pasal syiah. Apa yang syiah buat, sampai orang kata depa sesat? Haa.. kat bawah ni ada 3 video. Ni cuma sikit pengetahuan pasal syiah.

Video Pertama, tentang Kenapa Syaitan tidak sujud pada Nabi Adam ketika disuruh oleh Allah SWT.



Video ni pula memaparkan, sembahyang ala syiah.. tengoklah, kot-kot sama macam kita..



Video ketiga ni, cerita TV3 buat pasal syiah, nak kata tipu pun, apa yang depa tunjuk tu betui.. soo?



Sebab tu kita kena tolak ajaran syiah. Jaga ahli keluarga kita jangan sampai terpengaruh dengan ajaran yang sesat tu. Nampak luaran macam sama, tapi fahaman dan ideologi Islam mereka berbeza sangat. Malah jauh menyimpang.

Di Kedah pun dah banyak syiah ni, selamatlah bapak Syiah Malaysia Mat Sabu kalah di Pendang masa PRU hari tu, kalau menang, habis la Kedah!! Jadi pusat syiah terbesar Malaysia la..

McTheory:
Sekat ajaran ini sebelum terlambat.. bahaya..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...