CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[ARTIS KITA] Tiz Zaqyah Melenting Ditegur Gambar Berpeluk Bahu Dengan Kekasih di Pulau Perhentian

Posted: 05 Jul 2013 01:40 AM PDT


Rasanya dah hampir dua minggu Tiz Zaqyah berada di Terengganu atau lebih tepat lagi, Pulau Perhentian untuk bercuti bersama kekasih hati dan rakan-rakan.

Daripada gambar-gambar yang dimuat naik ke Instagram dan Twitter miliknya, nampak seronok sangat Tiz menikmati keindahan laut biru sambil menyelam dan snorkeling.

Namun dalam banyak-banyak gambar yang dikongsikan oleh Tiz, terselit juga sekeping gambar mesra bersama sang kekasih di pulau tersebut.

Tiz adalah seorang selebriti, sudah tentu tidak boleh lari dari teguran peminat.

Seorang pengikut Tiz di Instagram telah menegur cara pelakon itu bergambar yang dikira tidak sesuai dengan adat timur. Bagaimanapun, komen itu khabarnya telah dipadam oleh Tiz atas sebab yang tidak diketahui.

Namun kisahnya tidak berhenti setakat di situ sahaja apabila wanita itu mempertikaikan perbuatan Tiz itu hingga menyebabkan pelakon itu membalas komen tersebut dengan kenyataan yang menunjukkan sikap sombong dan tidak boleh ditegur beliau.









 

Siapa Dr Mohamed Mursi?

Posted: 04 Jul 2013 05:51 PM PDT

Mohammed Mursi
MOHAMED Mursi Isa' al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau  pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...