CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Tiga terbunuh tebing runtuh di Ukay Perdana

Posted: 03 Jul 2013 12:39 AM PDT


AMPANG JAYA: Tiga terbunuh, manakala seorang patah kaki dalam kejadian tebing runtuh di tapak perumahan mewah Taman Sierra Garden, Ukay Perdana di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketika kejadian, kesemua pekerja warga Myanmmar itu sedang melaksanakan kerja pemasangan cerucuk bertujuan memstabilkan struktur tanah di cerun setinggi 2 meter itu untuk kerja pembinaan tebing konkrit.

Kerja menyelamat kini sudah dihentikan selepas pihak bomba berjaya mengeluarkan semua mangsa yang terbunuh dan cedera dalam kejadian tanah runtuh di Ukay Sierra, Ukay Perdana, hari ini.

Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Dalam kejadian 11.29 pagi tadi, tiga pekerja binaan warga Myanmar disahkan maut manakala seorang cedera

Ketiga-tiga mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala pekerja yang tercedera masih mendapat rawatan lanjut di Hospital Ampang.

Identiti mangsa yang terbunuh adalah Mohd Alam, 30; Kowrim, 34; Romzo Ali, 30; manakala mangsa yang cedera masih belum dapat dikenal pasti.

Akaun Twitter MENYAMAR Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot

Posted: 02 Jul 2013 08:31 PM PDT


PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot mengesahkan bahawa akaun Twitter @RichardRiot_MYG bukan miliknya.

Malah beliau menegaskan tidak mempunyai sebarang akaun Twitter peribadi.

"Saya tidak mempunyai Twitter dan tidak akan membuka akaun laman sosial itu," katanya kepada The Star Online.

Akaun Twitter itu yang menyifatkan ia sebagai 'akaun rasmi Timbalan Menteri Luar" (jawatan terdahulu Riot), mempunyai 60 pengikut dan tidak mempunyai sebarang tweet.

Selain itu, gambar yang digunakan bukan gambar Riot tetapi bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

"Namun orang ramai sering kali ingat saya adalah dia," seloroh Riot.

[GELARAN DATUK SULU?] Gelaran Datuk Jeffrydin Kurniaan Sultan Sulu?

Posted: 02 Jul 2013 07:00 PM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi veteran Datuk Jeffrydin menyifatkan individu yang mempertikaikan gelaran Datuk yang diterimanya sebagai tidak sah kerana mempunyai sifat iri hati.

Jeffrydin, 66, berkata, gelaran Datuk itu telah dikurniakan oleh kerajaan negeri Melaka pada tahun 2009 dan bukannya daripada Sultan Sulu di Filipina yang tidak diiktiraf oleh negara ini.

"Terserah kepada mereka bagi yang mahu menilai gelaran itu. Saya tak kisah dengan cakap-cakap orang.

"Buat apa saya perlu kecil hati? Sedangkan sebelum ini lagi besar dugaan yang pernah saya lalui.

"Bagi saya mereka yang mempertikaikan kurniaan gelaran itu kerana ada perasaan iri hati," katanya.

Jeffrydin ditemui pada pelancaran album terbaharunya berjudul Debaran Rindu di Hotel Royale Bintang Damansara di sini pada Selasa.

Tambah Jeffrydin, dia sudah lali dengan pelbagai tuduhan itu kerana ia sering dipersoalkan sejak beliau menerima gelaran tersebut.

Sementara itu, selepas 10 tahun tidak mengeluarkan album, legenda muzik Pop Yeh Yeh ini yakin para peminat setianya akan menyukai himpunan karya lagu baharu itu yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.

Katanya, walaupun kekal dengan muzik Pop Yeh Yeh, Jeffrydin membawakan lagu-lagu dalam album itu dengan selitan unsur-unsur muzik kontemporari.

"Sudah lama saya merancang untuk menghasilkan album buat peminat-peminat."Alhamdulillah akhirnya ia sudah pun disiapkan dan saya yakin album ini akan mendapat penjualan yang baik.

"Menariknya, saya berikan kelainan dengan menampilkan kumpulan One Nation Emcees untuk berduet menerusi sebuah lagu berjudul Debaran Rindu.

"Kami merancang mahu berduet bersama sejak tahun 2008 lagi ketika kumpulan itu masih dalam program realiti GangStarz,"ujarnya.

Selain Debaran Rindu, sebanyak lima buah lagu dimuatkan dalam album baharu tersebut iaitu Pemburu Cinta, Lafu Dari Jiwa, Bing Bang Boom, Persoalanku dan sebuah lagu raya iaitu Syahdu Di Pagi Raya.

Lagu-lagu dalam album itu telah dihasilkan oleh tenaga kreatif komposer seperti Ad Samad, S.Amin Shahab, Tam Spider, Keon, Senibayan, Azmeer dan Datuk M.Nasir.

Debaran Rindu edaran FMC Music akan berada di pasaran bermula 8 Julai ini dan dijual dengan harga RM19.90. Ia juga boleh didapati menerusi iTunes.

[PARLIMEN HARI INI KECOH] Anwar Di DEDAH Ada Akaun Luar Negara Cecah RM209 Juta, MP PR Cuba Halang Pendedahan Dibuat

Posted: 02 Jul 2013 05:29 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa dikejutkan dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Jelas Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileak itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.

Tambah Liang, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.

"Apabila saya membaca semua akaun ini di internet soalan pertama yang muncul dalam kepala saya dari mana datangnya wang sebanyak ini?

"Apa yang didedahkan oleh Wikileaks amat bahaya. Oleh itu saya meminta pihak kerajaan siasat kesahihan maklumat ini memandangkan akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan kita tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat lewat petang Selasa.

Menurut Liang, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersikap hipokrit apabila mengutuk kekejaman tentera Israel namun pada masa yang sama mempunyai akaun simpanan di negara itu.

"Kelakuan hipokrit ini bukan sahaja menggadaikan nasib bangsa, agama, bahkan akan menggadaikan nasib negara pada suatu hari yang akan datang," katanya.

Ketika pendedahan itu dibuat, Anwar bagaimanapun tiada di Dewan.

Namun beberapa wakil rakyat pembangkang bangun mencelah sebagai usaha menghalang Liang daripada terus membuat pendedahan tersebut.

Tian Chua (PKR-Batu) ketika bangkit mencelah mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat sebarang tuduhan melulu.

Sementara itu Jeff Ooi (DAP-Jelutong) pula menggesa supaya Liang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen sekiranya gagal mengemukakan bukti berhubung sumber maklumat berkenaan.

Suasana perbahasan Dewan Rakyat makin kecoh apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula dengan lantang bersuara meminta pembangkang mengambil tindakan undang-undang terhadap Wikileaks.

[ISU HUTANG] Neelofa Kata Itu SMS 2 Tahun lalu, Kenapa Shah Jasle TIMBULKAN SEKARANG?

Posted: 02 Jul 2013 04:17 AM PDT


Sebelum ini Neelofa didakwa telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Shah Jaszle untuk menuntut hutangnya sebanyak RM5,000 dan SMS itu dikatakan telah dihantar sewaktu pelakon lelaki terbabit sedang menyerang pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati Salleh, 21 di sebuah restoran di Bangsar Utama.

Namun begitu, lain pula yang diperkatakan oleh Neelofa. Menurut aktres filem Azura ini, dia sememangnya ada menghantar pesanan ringkas kepada Shah Jaszle, akan tetapi perkara itu telah berlaku sejak dua tahun lalu dan bukannya pada waktu seperti yang diperkatakan oleh pelakon lelaki terbabit.
Saya tak tahu apa attention dia dan saya tak mahu komen banyak tentang hal ini.
Memang saya ada mesej dia minta jelaskan hutang itu, tapi itu dua tahun lepas, ketika filem Azura 2011. Saya terkejut bila tiba-tiba timbul isu ini. Walhal saya memang sudah lama tidak mesej apatah lagi menghubungi Shah Jaszle. Saya tak ada pun nombor telefon dia sekarang.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu hutang tersebut, Neelofa akui telah menghalalkan duit berkenaan dan berharap agar isu itu tidak akan terus berpanjangan.
Saya dah halalkan. Bukan soal pemurah tapi saya anggap perkara ini telah selesai. Saya tak mahu  pening-pening kepala dan kita semua boleh senyap dari memikirkan tentang hal itu. Tapi nanti kalau katakan dia nak bayar hutang itu, mestilah terima sebab itu duit saya.
Untuk makluman Neelofa dan Shah Jaszle pernah digandingkan bersama untuk filem Azura pada tahun 2011 dan sesi penggambaran bagi filem arahan Aziz M. Osman ini difahamkan telah dijalankan sekitar Paris dan London.

Sumber:OhBulan

Kabinet bincang cadangan tubuh suruhanjaya diraja siasat Red Bean Army Jumaat ini

Posted: 02 Jul 2013 03:41 AM PDT

Gabungan NGO Islam yang diwakili Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim di lobi Parlimen hari ini.
KUALA LUMPUR 2 Julai - Cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat cyber troopers (tentera siber) yang dikaitkan dengan parti pembangkang, Red Bean Army (RBA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.

Cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan oleh Gabungan NGO Islam yang diwakili Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim di lobi Parlimen hari ini.

"Saya akan membawa perkara ini untuk pengetahuan Kabinet sama ada permohonan ini wajar atau tidak, sebab ada banyak laporan polis mengenai RBA ini yang kita lihat cukup aktif sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"NGO ini mendakwa bahawa Red Bean Army ini telah mendapat dana yang besar daripada pihak pembangkang untuk membiayai gerakan mereka," kata Shahidan.

Menurut beliau, kerajaan terbuka kepada semua cadangan rakyat termasuk penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat RBA.

Dalam memorandum tersebut, Gabungan NGO Islam yang mengandungi 130 pertubuhan termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpandangan, gerakan Red Bean Army berbahaya kepada keselamatan negara dan merosakkan perpaduan negara.

RBA sebelum ini dikaitkan dengan penyebaran berita palsu melalui Internet termasuk di laman sosial antaranya mengenai berita 40,000 rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU yang lalu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...