CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[PEMBUNUH UPAHAN] Di Malaysia, Upah Bunuh Hanya Serendah RM5,000 bagi Mangsa Orang Biasa

Posted: 01 Jul 2013 06:49 PM PDT


Kuala Lumpur: Antara RM5,000 hingga RM15,000. Itu harga atau upah dikenakan pembunuh upahan yang turut digelar 'malaikat maut' bagi membunuh atau menghapuskan sasarannya.

Difahamkan, 'kontrak' pembunuh upahan adalah kes terpencil di Malaysia namun sejak kebelakangan ini ia mula hangat diperkatakan semula selepas beberapa kes kematian dikaitkan dengan mereka termasuk beberapa kes berprofil tinggi.

Antaranya ialah kes membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal jam 8.15 pagi 26 April lalu ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat menghala Lebuh Wawasan di Putrajaya.

Menurut sumber, RM5,000 hingga RM15,000 adalah harga dikenakan pembunuh upahan bagi sasaran biasa.

Namun, harga itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit sekiranya sasarannya golongan kenamaan, berpangkat tinggi atau pun personaliti.

"Berdasarkan maklumat risikan, pembunuh upahan kebanyakannya terdiri daripada rakyat negara jiran yang menyusup masuk ke negara ini selepas mendapat 'kontrak' namun pembabitan warga tempatan juga dipercayai berlaku," katanya.

LOKASI pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam dipercayai angkara pembunuh upahan
 Sumber: MyMetro

Rasuah: Pegawai kanan SPR didakwa hari ini

Posted: 01 Jul 2013 06:15 PM PDT


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengurus sebuah syarikat berhubung kes rasuah melibatkan urusan menyediakan perkhidmatan kenderaan ketika PRU13, hari ini.

Menurut sumber, perbuatan itu dipercayai turut melibatkan seorang pengurus operasi sebuah syarikat swasta yang bertindak sebagai 'orang tengah'.

Pengurus itu dikatakan memperkenalkan ahli perniagaanterbabit dengan pegawai kanan SPRM. "Ini melibatkan urusan perkhidmatan membekal kenderaan ketika pilihan raya," kata sumber itu.

Difahamkan perbuatan meminta rasuah tersebut kononnya sebagai upah kerana telah membantu syarikat sewa kenderaan dan pelancongan yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu dilantik sebagai pembekal kenderaan bagi kegunaan pemerhati asing semasa PRU13.

Pengurus operasi tersebut meyakinkan ahli perniagaan itu bahawa syarikat beliau akan memperolehi tender pembekalan berkenaan dan RM300,000 perlu disediakan sebagai wang sogokan.

Kesalahan itu didakwa berlaku penghujung tahun lalu. Kedua-duanya ditangkap dalam satu operasi perangkap di ibu kota dan mereka dijangka didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...