BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! DATUK JAMIL KHIR PERLU BERTEGAS MEMPERTAHANKAN ISLAM !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 05 Jul 2013 08:30 AM PDT


Kedudukan agama Islam di negara ini terus diserang bertubi-tubi oleh berbagai pihak.Serangan mereka bersandarkan kepada hujah 'hak asasi manusia' di mana secara tak langsung seolah-olah menggambarkan agama Islam sebagai tidak adil yakni menafikan hak sesetengah golongan.Walhal,Islam adalah agama yang meletakkan keadilan di tempat tertinggi dan Islamlah yang mula-mula meletakkan hak asasi kepada semua golongan manusia.Islam memberi hak kepada wanita yang ditindas di zaman jahiliah dan Islam juga yang menggariskan hak anak-anak terutama anak-anak yatim. Islam juga yang mengharamkan perhambaan.Justeru,kenapa hari ini Islam dijadikan sasaran sebagai punca ketidak-adilan ??? Di sinilah terletaknya kepentingan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Hal Ehwal Agama iaitu Datuk Jamil Khir,iaitu untuk menegaskan tentang kebenaran Islam agar dapat difahamkan dan diterima oleh semua golongan masyarakat.Antara beberapa perkara dalam peruntukan agama Islam negara yang dijadikan sasaran serangan ialah mengenai pertukaran agama anak-anak di bawah umur.Kabinet sebelum ini telah memutuskan bahawa agama anak bagi pasangan yang bercerai akibat menukar agama memerlukan persetujuan oleh salah seorang sahaja, antara ibu atau bapa dan bukan kedua-duanya.

Menurut beberapa pihak,syarat ini adalah tidak adil kerana kedua-dua ibu bapa punya hak yang sama untuk menentukan agama anak mereka. Selain itu, pihak ini juga mahukan agar anak-anak diberi kebebasan untuk memilih agama mereka menjangkau usia 18 tahun.Selain itu,mereka juga mendesak agar penganut agama Islam dibenarkan menukar agama (murtad) bagi menepati ayat 'tiada paksaan dalam beragama' menurut ajaran Islam.Bukan itu sahaja,pihak-pihak ini juga mahukan agar golongan songsang (LGBT) diberi hak yang sama dalam masyarakat serta pengharaman aktiviti homoseksual,lesbian dan biseksual dihapuskan.Sementara isu pertukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur masih boleh dibincangkan,isu murtad dan LGBT pula tidak perlu dibuka untuk perbincangan lagi.Isu murtad sudah jelas,iaitu walaupun Islam memberi kebebasan beragama tetapi Islam tidak merestui umat yang murtad.Benar,bahawa umat Islam boleh sahaja menjadi murtad tanpa menukar agamanya secara rasmi di kad pengenalan, iaitu dengan hanya menafikan kalimah syahadah dan melakukan syirik kepada Allah SWT.Tetapi,sebagai sebuah negara Islam,undang-undang Malaysia tidak membuka ruang kepada murtad sebagai berpegang kepada amanah dan tanggungjawab memelihara kesucian Islam. 

Justeru,semua rakyat negara ini wajar akur kepada perlembagaan negara yang telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi.Isu LGBT pula tidak harus dikaitkan dengan Islam semata-mata kerana semua agama, terutama agama-agama langit mengharamkan kegiatan songsang ini.Malah,penganut Kristian di Eropah telah berpuluh-puluh kali mengadakan protes besar-besaran bagi menentang LGBT.Vatican City sendiri telah mengeluarkan seruan khas bagi mengutuk LGBT dan memberi sokongan kepada pihak yang mengadakan protes itu.Justeru,saya tidak faham kenapa penganut Kristian di Malaysia begitu beria-ia membela LGBT.Apakah Kristian Asia dan Kristian Eropah berlainan ??? Apakah 'Jesus' membawa ajaran berbeza mengikut tempat ???  LGBT diharamkan kerana ia bertentangan dengan fitrah semulajadi serta tidak membawa apa-apa manfaat selain keburukan semata-mata.Amalan LGBT merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat selain membawa penyakit seperti AIDS. 

Sehingga kini sudah berjuta-juta dollar dihabiskan oleh berbagai pihak untuk mencari penawar AIDS dan masih lagi belum berjaya sedangkan penyakit tersebut 'tidak perlu wujud' sama sekali jika manusia berpegang kepada fitrah semulajadi serta elakkan kegiatan tidak bermoral.Yang peliknya,walaupun 'pejuang-pejuang hak asasi manusia' ini ingin meletakkan hak kepada LGBT,mereka tidak pula memikirkan hak mangsa 'sampingan' dari kegiatan golongan LGBT ini.Risiko penyakit dari amalan LGBT tidak terhad dalam golongan mereka sahaja tetapi ia mampu merebak kepada mereka yang tidak berdosa melalui berbagai cara seperti pemindahan darah,jarum suntikan perubatan dan lain-lain lagi.Inilah ditegaskan bahawa LGBT tidak berhak merisikokan kehidupan orang lain dari luar kelompok mereka dengan penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh cara hidup mereka.Ini menunjukkan bahawa golongan LGBT adalah golongan yang bukan sahaja tidak bermoral, tetapi juga tidak bertanggungjawab,sekali gus tidak punya hak untuk menuntut apa-apa hak dalam masyarakat.Semua ini wajar ditekan dan dijelaskan tanpa sebarang keraguan oleh pihak kerajaan.Ketegasan amatlah penting bagi memahamkan semua pihak bahawa Islam bukan agama yang menghalang hak sesiapa tetapi Islamlah yang meletakkan hak kepada yang berhak.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! 20 AKAUN ANWAR IBRAHIM DI LUAR NEGARA !!! TECK MENG TIDAK PERLU MINTA MAAF !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 05 Jul 2013 05:00 AM PDT


Ahli Parlimen Simpang Renggam,Liang Teck Meng menarik perhatian ramai di Parlimen apabila mempersoal kesahihan maklumat mengenai pemilikan 20 akaun luar negara bernilai ratusan juta oleh Ketua Pembangkang ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri.9 daripada akaun tersebut dikatakan berada di Israel National Bank.Anwar Ibrahim pantas menafikan perkara tersebut serta menuduh ia sebagai maklumat palsu yang sengaja direka oleh blog-blog pro-UMNO.Katanya,perkara itu tidak terdapat di dalam Wikileaks malah maklumat peribadi seperti nombor passportnya juga salah.Anwar bagaimanapun memberi peluang kepada Teck Meng untuk membuat penjelasan berhubung pendedahan itu dan sekiranya gagal,beliau akan merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.Sebagai rakyat yang memerhati,penjelasan seharusnya datang dari pihak Anwar,bukan Teck Meng. 

Teck Meng sekadar merujuk kepada maklumat yang didapatinya di internet dan meminta agar siasatan dilakukan bukannya menuduh Anwar yang bukan-bukan.Menurut Teck Meng,perkara sebegitu bukannya kecil memandangkan ia melibatkan kuasa asing sekali gus kedaulatan negara.Lagipun,penglibatan Anwar dengan kuasa asing sudah terlalu kerap diperkatakan antaranya melalui SUARAM.Selain itu,bekas Naib Presiden Indonesia,Jusuf Kalla juga ada menyebut berkenaan perkaitan 'Washington' dalam bantahan keputusan PRU-13.Justeru,Teck Meng tidak perlu meminta maaf atau membela diri tetapi Anwar yang perlu menjelaskan secara terperinci.Perlu diingatkan bahawa pihak Anwar pernah menggunakan taktik kotor untuk menuduh Tun Mahathir sebagai mempunyai akaun di Israel juga. Maklumat tersebut disebarkan oleh pihak Anwar dengan mereka-reka nombor akaun palsu dengan harapan rakyat akan terpedaya.Walaubagaimanapun,mengaitkan Tun Mahathir yang menjadi musuh utama Israel merupakan satu strategi pembohongan yang lucu.Tiada siapa pun yang terpedaya dengan pembohongan ini kecuali mereka-mereka yang telah mabuk dipuja Anwar. 

Berbeza dengan Anwar,hubungan Anwar dengan Israel atau kuasa asing begitu terserlah.Anwar secara terbuka merujuk AlGore dan Wolfowitz iaitu penyembelih umat Islam, sebagai sahabatnya.Bantuan dan sokongan yang kedua mereka berikan kepada Anwar ketika di penjara dan selepas dibebaskan, bukan lagi rahsia.Malah,kedudukan Anwar dalam beberapa pertubuhan berkaitan Israel/Zionis telah pun diketahui umum.Anwar juga telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang menyatakan sokongan kepada penubuhan Negara Israel.Akhbar Jerusalem Post pernah beberapa kali memberi sokongan terbuka kepada Anwar dengan menjulang beliau sebagai pemimpin rantau Asia.Suatu ketika,Anwar terpaksa mengadakan 'apology tour' mengadap merafak sembah ampun dan maaf terhadap tokoh-tokoh Zionis apabila tersasul mengecam pencerobohan Israel terhadap Palestine dalam keghairahannya untuk meraih sokongan umat Islam di Malaysia.

'Tangan-tangan Anwar' seperti yang disebut oleh Teck Meng,iaitu SUARAM sudah pun terkantoi sebagai agen asing.Selain SUARAM,BERSIH yang turut membantu perjuangan Anwar juga telah mengaku sebagai menerima dana asing.Pun begitu,tanpa semua maklumat ini Anwar masih perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang tidak putus-putus untuk menampung kehidupan mewah keluarganya.Melihat dari aktiviti Anwar yang keluar masuk dari satu negara ke satu negara dan tinggal di hotel-hotel mewah,dengan sendirinya menimbulkan persoalan tentang pendapatan sebenarnya.Itu tidak lagi mencakupi perbelanjaan lain seperti beberapa orang pengawal keselamatan dan jet peribadi.Jika semua perbelanjaan ini bukan datang dari poket Anwar,dari poket siapa ??? Siapakah yang begitu kaya dan begitu 'menyayangi' Anwar sehingga sanggup menaja kehidupannya sekeluarga sehingga melebihi taraf kehidupan seorang Perdana Menteri ??? Inilah jawapan yang Anwar perlu berikan kepada Teck Meng dan inilah jawapan yang dinanti-nanti oleh rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 #BLACKOUT505 #BLACK505 !!! AKHIRNYA DEMOKRASI DI PULAU PINANG DAH MATI !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 05 Jul 2013 02:00 AM PDT


Selepas PRU-13,kita melihat saban minggu anak-anak muda DAP ke hulu-ke hilir memakai baju hitam,berhimpun dan berteriak bahawa 'demokrasi sudah mati'.Laman-laman sosial mereka habis ditukar kepada gambar profil berwarna hitam sebagai tanda berkabung atas 'blackout' yang berlaku ketika PRU, kononnya.Entah apa yang anak-anak produk SJKC ini faham mengenai demokrasi agaknya.Jika benar demokrasi sudah mati,merekalah yang membunuhnya apabila enggan menerima keputusan pilihanraya.Tetapi hari ini 'kematian' demokrasi benar-benar menjadi nyata apabila Sidang Dewan Undang Negeri Pulau Pinang semalam telah menafikan hak ahli-ahli dewan untuk bersuara.Sedangkan suara ahli-ahli dewan itu adalah suara rakyat. Speaker Dewan,Law Choo Kiang mengumumkan sedemikian atas alasan 'tiada masa' dan tertakluk kepada aturcara. 

Sewajarnya kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu memikirkan mengenai ruang untuk sessi soal-jawab sebelum menyusun aturcara.Bukankah sessi ini sama saja, atau mungkin juga lebih penting lagi dari sessi pembentangan ??? Untuk apa Dewan bersidang jika bukan untuk mencari penyelesaian atau memperjelaskan keraguan rakyat ??? Bagaimana ini boleh dilakukan jika tiada sessi soal jawab ??? Jelaslah bahawa kerajaan Negeri Pulau Pinang ini terlalu mentah sehingga tidak tahu objektif utama sesuatu acara,termasuklah Sidang DUN sendiri.Namun,bukan pertama kali DAP menggunakan kebodohan untuk menutup ketidaktelusan mereka.Sebelum ini pun,DAP sanggup mengaku bodoh tidak tahu mengira asalkan undi dalam pemilihan CEC dapat dimanipulasi bagi menepati citarasa pemimpin tertinggi.DAP juga sanggup mengaku bodoh tidak tahu menaip apabila membentangkan kos projek terowong di bawah laut yang 'terkeliru' dengan angka yang entah dari mana datangnya. 

Justeru,tidak mustahil DAP bukan mentah dan tidak tahu objektif Sidang DUN tetapi sebenarnya sengaja enggan melayan sebarang soal-jawab supaya senang mereka meneruskan agenda kukubesi di negeri itu.Jangan lupa bahawa DAP adalah parti yang berakar umbi dari komunisme.Oleh itu,sebolehnya parti ini akan memaksa sistem komunisme ke atas rakyat negeri mereka biarpun secara halus dan licik.DAP diketahui seringkali menghalang hak media untuk membuat liputan apabila media tersebut tidak memihak kepada mereka.DAP juga terkenal dengan menggunakan taktik kilas tangan atau tutup mulut ke atas sesiapa sahaja yang mengkritik mereka. Ini diakui sendiri oleh semua yang dipecat atau keluar secara sukarela dari parti itu.Jika ini bukan komunisme,maka apakah ia ??? Takkanlah ini yang dinamakan demokrasi pula,mengikut fahaman anak-anak Cina produk SJKC ??? DAP telah pun menikam belakang ahli-ahli mereka sendiri demi menegakkan pegangan komunisme mereka dan menafikan demokrasi dan kini,DAP sedang menikam belakang seluruh rakyat Pulau Pinang dengan membunuh demokrasi.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BENARKAH LGBT BOLEH MENGAWAL POPULASI DUNIA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jul 2013 11:00 PM PDT


Golongan LGBT di serata dunia sedang berusaha untuk mencapai kemerdekaan seksual tanpa batasan.Saban hari kita disajikan oleh media dengan perarakan,kes mahkamah dan pelbagai lagi usaha yang dilakukan oleh golongan ini untuk mendapat pengiktirafan di serata dunia.Bagai ingin mewujudkan kembali kegemilangan di negara purba Sodom dan Gommorah,mereka tanpa segan silu mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sebagai tanda ingin menunjukkan kebanggaan mereka sebagai golongan LGBT.Golongan yang sinonim dengan 7 warna pelangi ini ingin pula dianggap sebagai satu komuniti yang sah dimana sahaja tempat mereka berada.Ini termasuk di asia tenggara dimana golongan ini sedang mula bertapak dan menunjukkan kehadiran mereka kepada dunia Asia.Namun begitu kehadiran mereka tidak dipedulikan dan sebahagian besar masyarakat tidak mengambil kisah tentang kehidupan mereka.Baru-baru ini,perlaku pertelingkahan antara golongan LGBT dan masyarakat dunia apabila mereka secara terang-terangan memohon agar diri mereka diiktiraf sebagai jantina lain.Maksudnya pada hemat mereka dunia perlu mengiktiraf Lelaki,Perempuan dan LGBT. 

Tambahan lagi mereka inginkan hak untuk berkahwin sesama jantina dan hak untuk memohon anak angkat.Dari sudut moral ini amat bertentangan kerana umum mengetahui bahawa boleh dikatakan sebahagian besar agama di dunia ini melarang perbuatan mereka.Namun mereka tetap berkeras agar kerajaan mengiktiraf dimana mereka akan mempunyai ikatan yang sah di sisi undang-undang sesebuah negara.Di Asia Tenggara,kebanyakkan negara termasuk Singapura yang terkenal dengan sikap liberal mereka tidak mengizinkan golongan LGBT daripada berkahwin.Di Malaysia pula,perbuatan liwat/sodom atau apa-apa tindakan yang boleh dianggap sebagai luar tabii akan dihalang oleh pihak penguatkuasa.Namun apa yang memeranjatkan adalah negara seperti Indonesia mengizinkan golongan ini diberikan hak sepenuhnya untuk berkahwin dan akan diiktiraf sebagai "suami" atau "isteri" yang sah di sisi undang-undang mereka.Pengiktirafan Indonesia terhadap LGBT ini sememangnya memualkan bagi mereka yang boleh berfikiran rasional.Namun begitu,jika dipandang dari sudut berbeza Indonesia mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu untuk mengiktiraf komuniti ini sebagai salah satu komuniti mereka yang dilindungi oleh peruntukkan undang-undang. 

Rasionalnya (jika ada) adalah untuk mengurangkan jumlah penduduk di Indonesia yang telah tidak tertampung oleh negara tersebut.Sungguhpun berjuta rakyat Indonesia keluar mencari pekerjaan di tempat lain, jumlah yang tinggal di negara tersebut adalah terlalu tinggi.Lantas dengan mempromosikan kehidupan LGBT yang suka sesama jenis,ia akan mengurangkan kadar kelahiran bayi di negara tersebut.Tambahan pula apabila pasangan LGBT ini sudah berkahwin mengikut lunas undang-undang negara mereka, sudah pasti mereka mahukan anak angkat.Jumlah bayi yang lahir dalam keluarga miskin dan bayi yang tidak mempunyai ibu bapa adalah terlalu tinggi di Indonesia.Ianya mungkin dapat membantu situasi tersebut apabila golongan ini mengambil mereka sebagai anak angkat.Lantas ia bukan sahaja dapat mengurangkan kelahiran anak di Indonesia, tetapi juga dapat menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik untuk mendapat keluarga yang boleh menjaga dan membela mereka.Kesimpulannya,LGBT merupakan satu gejala sosial yang perlu dibenteras, namun begitu adakah kelebihan golongan ini untuk membendung masalah populasi yang sedang berlaku di Indonesia perlu dizahirkan ??? Kajian yang lebih mendalam perlu dilaksanakan bagi mengetahui apakah tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Indonesia itu perlu dikaji semula oleh pemerintah negara republik itu. Namun begitu buat masa sekarang,rasanya Indonesia perlu menyimpan dulu status mereka sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam yang terbanyak di seluruh dunia.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! PAS DAN PKR BEREBUT KERUSI !!! DAP PULA MENGAUT UNTUNG !!!

Posted: 04 Jul 2013 07:30 PM PDT


Masih lagi segar tanah kubur Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut,Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar,pakatan pembangkang sudah berebut mahu bertanding di kawasan tersebut.Malah lebih menyedihkan sebelum jenazah dikebumikan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan pembangkang yakin menanng di kerusi DUN itu.Ini bukan sahaja menunjukkan sikap tidak prihatin dan kurang sensitiviti terhadap keluarga arwah,tetapi juga membuktikan ketamakan politik beliau walaupun dalam apa jua keadaan sekali pun.Awal-awal lagi Dap sudah membidas serta memperli Anwar supaya PR memboikot pilihan raya kecil yang bakal diadakan sebagai bukti bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum k3-13 lalu.Walaupun kononnya nampak tegas, sikap yang dipamerkan oleh setiausaha agung parti rasis Cina itu,Lim Guan Eng,juga tebal dengan hipokrasi dan kemunafikan.Kepada pemimpin pembangkang seperti Guan Eng dan Anwar,biarlah menolak keputusan PRU13 dan menyeru supaya PRK diboikot atau dipulaukan tetapi kawasan yang dimenangi pembangkang tidak dipersoalkan pula.

Pembangkang hanya sibuk mempertikaikan kawasan yang dimenangi Barisan Nasional disebabkan rasa tamak tahap gaban yang tidak mampu disembunyikan daripada rakyat.Jika Dap mahui PRK Kuala Besut diboikot,Pas dan PKR pula berebut-rebut mahu bertanding.Paling awal PKR sudah 'booking' kawasan itu untuk calonnya tetapi Pas membantah kerana di dakwa adalah miliknya.Hanya selepas Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali mengesahkan kerusi itu adalah kepunyaan Pas,barulah keadaan bertegang leher pada peringkat awal ini nampak reda sedikit.Namun apa yang berlaku menunjukkan perbalahan berebut samada kerusi Parlimen atau DUN yang sengit terjadi semasa PRU13 masih belum reda.Bagaikan api dalam sekam,polemik antara Pas,PKR dan Dap tidak akan reda dan sentiasa akan memakan kekuatan dalaman ketiga-tiga parti itu. Dap seolah-olah cuba mensabotaj Pas dan PKR dengan memberi laluan kepada BN.Dap cuba mengurangkan jumlah kerusi yang dipegang oleh Pas artau PKR sekaligus melemahkan pengaruh politik mereka.Dalam politik,jumlah adalah penting,lagi banyak kerusi yang dimenangi,lagi kuatla pengaruh sesuatu parti itu dan sebaliknya. 

Dap yang muncul sebagai taiko dalam Parlimen dengan kerusi pembangkang terbanyak, kini sedang melakar strategi bagaimana melemahkan kuasa politik orang Melayu di kalangan Pas dan PKR.Salah satu caranya ialah menggula-gula Pas dan PKR supaya terus mempertikaikan keputusan PRU13 sementara Dap secara senyap-senyap mengukuhkan kedudukan politiknya. Pas dan PKR yang diperlukan Dap buat sementara waktu ketika parti itu menyusun rancangan merampas kuasa pada PRU14 nanti.Jika Dap mampu menguasai sejumlah kerusi yang membolehkan ia mandiri untuk menubuhkan kerajaan sendiri,apa perlunya Pas dan PKR ??? Inilah yang perlu difahami oleh pemimpin Pas dan PKR bahawa Dap secara licik sedang menggunakan mereka sehabis-habisnya sebelum mereka dicampak seperti sampah.Adakah Dap berterima kasih kepada Pas dan PKR kerana membantu parti itu melonjakkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi daripada 28 pada PRU 2008 kepada 38 dalam PRU13 ??? Malah dalam persidangan Parlimen yang sedang berlangsung, Dap nampaknya mendominasi perdebatan isu-isu yang dibangkitkan.Tidak mustahil Dap kini muncul sebagai 'power broker' atau pemutus kata dalam sebarang keputusan dalam pakatan pembangkang dengan mengenepikan kedua-dua sekutunya.Wakil-wakil Pas dan PKR sekadar menumpang glamer dan sesekali membuat lawak bodoh untuk menghiburkan anggota Dewan Rakyat yang lain.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DAP KENCING DEWAN RAKYAT !!! DAP TIDAK PERNAH MENOLAK ISLAM ??? BETUL KER ???

Posted: 04 Jul 2013 04:30 PM PDT


Persidangan Dewan Rakyat semalam gamat seketika dengan gelak ketawa apabila Speaker Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia,meminta agar semua ahli-ahli parlimen duduk dan berhenti seketika dari bertikam lidah serta menarik nafas panjang. "Berhenti dulu Yang Berhormat,semua di minta dulu.Saya minta semua ahli-ahli yang berhormat agar menarik nafas panjang dulu" pintanya bagi meredakan suasana.Ia ekoran dari kekecohan yang berlaku apabila ahli parlimen DAP,Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz membangkitkan isu Melayu yang mendapat bantahan dari ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional.Ariff ketika seisi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda, Yang di Pertuan Agong menafikan kononnya DAP sebagai sebuah parti yang 'ultra kiasu' dan rasis. 

Ketika mengambil bahagian dalam perbahasaan itu,dia mendakwa DAP tidak pernah menentang Melayu dan Islam seperti yang di katakan sebelum ini. "Siapa kata DAP rasis ??? Sebagai contoh walaupun sebagai ahli DAP saya turut menggunakan ayat-ayat suci al-quran,malah (kepimpinan) DAP tidak pernah mempertikaikan agama saya" katanya.Keliru dengan kenyataan yang diberikan, ahli parlimen Putatan,Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh dan ahli parlimen Lenggong,Dato Shamsul Anuar Haji Nasarah bangun untuk meminta penjelasan.Namun permintaan tersebut tidak di layan oleh Ariff dengan alasan dia tidak mempunyai masa yang cukup.Ketika menyambut perbahasan,suasana kembali tegang apabila Arif mempertikai Umno yang dikatakan bukan sebuah parti yang memperjuangkan Melayu. 

Pelbagai dakwaan turut dilemparkan seolah-olah sengaja untuk memanaskan keadaan.Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu,Shamsul sekali lagi bangun untuk meminta laluan bagi mendapatkan penjelasan.Namun permintaan itu sekali lagi tidak dilayan.Disebabkan itu,Shamsul berang dan mempertikaikan kenyataan Arif itu sambil menegaskan,sekiranya benar Arif seorang yang profesional dan berintegriti,dia seharusnya berani untuk berdepan dan menjawab semua persoalan yang dibangkitkan. "Raub berani tuduh macam-macam,tapi apabila ada yang bangkit minta laluan,takut.Biar saya jawab atau berikan penjelasan dulu" katanya.Persoalannya benarkah DAP bukan sebuah parti yang rasis dan 'ultra kiasu' ??? Apakah hanya kerana parti itu tidak mempertikai penggunaan ayat-ayat ketika berbahas sudah cukup menjadikan parti itu sebagai pembela Islam dan Melayu ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...