BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! KEPADA PM @NAJIBRAZAK PEMBINAAN MENARA WARISAN PERLU DITERUSKAN !!!

Posted: 04 Jul 2013 08:30 AM PDT


Pembangunan di Kuala Lumpur sememangnya begitu pesat seolah-olah tiada kawalan lagi. Di mana-mana sahaja pembinaan bangunan terus dijalankan walaupun ibukota ini sudah begitu padat sekali.Malangnya,di dalam kepesatan ini,penduduk majoriti terus terpinggir dan dipinggirkan.Jika ada segelintir yang mampu bersaing,membuka perniagaan di pusat-pusat membeli-belah terkemuka,ada saja tekanan yang dikenakan ke atas mereka oleh pemilik-pemilik bangunan atau pihak pengurusan yang rata-ratanya adalah dari kaum Cina.Walaupun telah menguasai hampir keseluruhan Kuala Lumpur,kaum Cina masih lagi tidak berpuas hati.Kampung Baru merupakan satu-satunya kawasan milik Melayu di Kuala Lumpur dan menjadi idaman mereka kerana lokasinya yang strategik.Untuk itu,berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh kaum Cina untuk memecah pemilikan Melayu di kawasan ini.Memahami masalah peniaga Melayu untuk bersaing dengan kaum Cina di Kuala Lumpur maka kerajaan mengambil keputusan untuk membina Menara Warisan Merdeka agar dapat menempatkan peniaga-peniaga Melayu dalam usaha untuk mengimbangkan penglibatan kaum itu dalam kepesatan Kuala Lumpur.Menara Warisan Merdeka ini akan dibangunkan oleh PNB yang mempunyai kekuatan modal untuk membantu kejayaan bumiputera.Namun,idea ini juga ditentang habis-habisan oleh beberapa NGO yang mewakili suara kaum Cina. 

Antaranya,Selangor Chinese Assembly Hall,Persatuan Hokkien Selangor dan Persatuan Chan She Shu Yuen Clan selain parti-parti pembangkang yang ingin mengaut keuntungan politik.Sudah tentu mereka ini tidak mengaku bahawa tentangan mereka itu adalah atas dasar dengki dan rasis,tetapi memberi alasan kononnya pembangunan itu akan menghapuskan tapak bersejarah di Malaysia Entah bila agaknya kaum Cina begitu prihatin tentang peninggalan sejarah negara ini.Setahu saya,kaum itu tidak jemu-jemu berusaha untuk mengubah sejarah.Hipokrasi mereka terserlah apabila mereka pada mulanya memberi tentangan atas alasan pembaziran,kerana Kuala Lumpur telah mempunyai begitu banyak ruang pejabat dan Menara Warisan pasti akan menghadapi masalah penyewaan. Bagaimanapun setelah PNB mengumumkan bahawa sebahagian besar ruang pejabat yang dirancang telah ditempah, maka pihak penentang ini tiba-tiba menukar pula alasan mereka kepada 'sejarah' Lagipun,jika penyewaan yang menjadi masalah,kenapakah para pemaju dari kaum Cina terus menerus membuat pembinaan ??? 

Ruang pejabat di Kuala Lumpur dimonopoli oleh bukan Melayu dan orang Melayu tidak pernah pun mempersoal atau membantah projek-projek pembangunan mereka selama ini.Namun,hanya kerana satu bangunan bakal dibina untuk memberi ruang kepada bumiputera bersaing dengan mereka,mereka pantas membantahnya.Soalnya,kenapakah kaum Cina di negara ini begitu busuk hati sekali ??? Kerajaan dan orang Melayu telah memberi ruang sepenuhnya untuk mereka membina kekayaan,kenapakah mereka masih menghalang kerajaan membantu membuka ruang untuk orang Melayu juga ??? Apakah mereka sebenarnya takut jika orang Melayu mampu bersaing dengan mereka ??? Bukankah mereka juga yang inginkan persaingan yang sihat ??? Jika mereka tidak menindas peniaga Melayu yang menyewa di bangunan mereka,tentulah kerajaan tidak perlu memikirkan pembangunan Menara Warisan ini.Oleh itu,jika NGO Cina bersatu menentang projek menara ini,maka NGO Melayu wajib bersatu untu memastikan projek ini diteruskan kerana ia bakal memberikan imej yang signifikan dengan perjuangan orang Melayu untuk menapak lebih luas dalam bidang ekonomi.

KEPADA PM !!!

TOLONG DENGAR MASALAH KAUM MELAYU !!!

TOLONG BERITAHU PNB TERUSKAN PROJEK MENARA WARISAN DEMI KAUM MELAYU !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #BLACKOUT505 !!! SATU LAGI BUKTI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI AGEN ZIONIS DIDEDAHKAN !!!

Posted: 04 Jul 2013 05:00 AM PDT


Pendedahan mantan Naib Presiden Indonesia,Jusuf Kalla bahawa perhimpunan haram Blackout 505 yang diadakan diseluruh negara anjuran pembangkang adalah di biayai oleh dana asing.Sememangnya telah lama diperkatakan bahawa Anwar adalah seorang agen kuasa asing yang bekerja untuk paksi Zionis-Kristian-Yahudi bagi tujuan melemahkan Islam serta menghancurkan kuasa politik bangsa Melayu.Apa yang dibongkarkan oleh Jusuf kepada media adalah pengesahan kepada segala dakwaan talibarut Yahudi terhadap Ketua Pembangkang itu sebelum ini.Sehingga kini Anwar terkelu lidahnya untuk menjawab dakwaan sahabatnya dari Indonesia itu ataupun apa yang dikatakan tersangatlah sebenar sehingga beliau tidak berani memberi respons sepatah pun. 

Perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan Anwar bermula seminggu selepas beliau kalah dalam Pilihan Raya Umumn ke-13 bukanlah suatu tindakan spontan oleh penyokong pembangkang yang tidak berpuas hati terhadap keputusan yang memihak Barisan Nasional.Dalam mana-mana pertandingan adalah lumrah pihak yang kalah kadangkala payah untuk menerima realiti kekalahan mereka.Dalam PRU13,penyokong pembangkang yang kecundang kepada BN mungkin akan meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dalam bentuk demonstrasi kecilan secara terasing di beberapa tempat.Tetapi mengumpulkan ribuan penyokong secara konsisten dan berterusan di seluruh negara sudah tentunya memerlukan persediaan logistik yang besar dan rumit.Persediaan yang besar atau mega sudah pastinya memerlukan dana dan kos yang besar juga dan di sinilah peranan bantuan kewangan asing yang disebutkan oleh Jusuf itu.Dana tersebut kata Jusuf datangnya dari beberapa buah negara termasuk Turki,Amerika Syarikat,Filipina serta mungkin juga Thailand dan China.Turki,Thailand dan Filipina sememangnya diketahui sebagai sekutu kuat Amerika Syarikat sementara China pula membiayai kumpulan anti-Lynas yang ditaja oleh pembangkang. 

Dana-dana ini dikatakan disalurkan melalui sebuah syarikat besar masing-masing di Filipina dan Turki yang bertindak sebagai 'funder' kepada aktiviti-aktiviti anti-kerajaan anjuran pembangkang. satu perkara yang tidak disebut oleh Jusuf ialah peranan Singapura yang menempatkan kedutaan Israel di pulau itu sebagai pemain utama dalam usaha memporak-perandakan keadaan politik Malaysia.Dalam kes Singapura,parti rasis Dap yang mempunyai rangkaian serta hubungan rapa dengan pimpinan republik itu bertindak bukan sahaja sebagai agen melatih kader-kader parti dari segi politik tetapi juga membantu dalam aspek kewangan dan logistik lain.Ini boleh dilihat daripada laporan yang menyatakan beberapa syarikat swasta di Singapura menaja puluhan bas ekspres untuk mengangkut pengundi-pengundi Cina ynag bekerja di pulau kembali mengundi di Johor.Usaha bersepadu ini berlaku ketika pemimpin Dap,Lim Kit Siang membuat keputusan untuk bertanding di kawasan parlimen Gelang Patah dalam rencana parti itu untuk menawan Johor. 

Akhirnya Abdul Ghani Othman tewas di tangan Kit Siang serta Dap menambah bilangan kerusi Parlimen dan DUN di negeri itu.Dengan dana besar yang diperolehi Anwar tidak mustahil pembangkang khususnya PKR dan Dap sekarang sedang menyusun strategi yang lebih mantap bagi menghadapi PRU14. Sementara itu sepanjang tempoh lina tahun akan datang,pembangkang akan menggunakan dana asing yang besar itu untuk terus menyerang kerajaan BN dengan pelbagai fitnah dan propaganda palsu untuk melemahkan pentadbiran dan menghakis keyakinan rakyat.Pembangkang juga akan memperkukuhkan pasukan tentera sibernya yang didalangi oleh Red Bean Army di bawah kendalian Dap untuk terus memanipulasi fakta dan menyebar pembohongan di media sosial dan internet.Perhimpunan Blackout 505 mungkin sudah berakhir tetapi rancangan untuk terus menimbulkan kekacauan sosial akan tetap menjadi agenda utama pembangkang. 

Perhimpunan mungkin tidak memakai nama yang sama tetapi akan berselindung di bawah nama yang lain pula namun objektifnya adalah sama.Bersih mungkin senyap buat seketika tetapi diamnya adalah juga strategi dan bukannya disebabkan sudah kekeringan isu untuk diperjuangkan. Yang penting ditanya apakah persediaan yang telah dibuat untuk menghadapi cabaran yang maha hebat dan jauh lebih getir pada tahun 2018.Kejayaan untuk menjamin penerusan dasar pemerintahan BN untuk 50 tahun akan datang bergantung besar kepada sejauh mana rancangan serta agenda pembangkang betul-betul di fahami dan dihayati dalam tempoh lima tahun akan datang.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL VS DATUK AZALINA !!! SIAPA PILIHAN PERWAKILAN UMNO ???

Posted: 04 Jul 2013 01:30 AM PDT



Pemilihan UMNO kali ini dijangka 'rancak' dengan semua jawatan termasuk yang tertinggi dibuka untuk pertandingan.Perkembangan terbaru di sayap wanita juga menambahkan lagi kemeriahan apabila bekas Ketua Puteri UMNO Datuk Azalina Othman Said menawarkan diri untuk menentang Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Datuk Shahrizat,setakat ini telah terbukti mempunyai sokongan yang kukuh dari sayap wanita yang setia di belakangnya walaupun ketika berhadapan dengan kontroversi Pusat Fidlot Nasional yang diusahakan oleh keluarganya.pembangkang jerr bodoh mengatakan Datuk Seri Shahrizat yang bersalah,walhal ini semua projek suami beliau.Tidak dapat dinafikan yang Shahrizat layak menerima kesetiaan dari mereka berdasarkan kerja keras beliau selama ini.Ketokohan Shahrizat kemudiannya terus terserlah apabila meneruskan khidmatnya seperti biasa walaupun tidak terlantik ke kabinet.Ini tentulah berbeza sekali dengan Naib Ketua Wanita Umno,Datuk Kamilia Ibrahim yang 'membuat karenah' apabila tidak dicalonkan dalam PRU-13 yang lepas.

Datuk Azalina Othman juga mempunyai kelebihan tersendiri,terutamanya dari personaliti yang 'lebih dekat' dengan generasi muda.Azalina membawa pendekatan 'pembaharuan' serta menggambarkan dirinya sebagai 'ejen perubahan' di sayap wanita khasnya dan UMNO amnya.Beliau berjanji akan menjadikan pergerakan Wanita UMNO lebih menarik dan relevan dalam landskap politik baru.Seperti juga Shahrizat yang terjebak dalam kontroversi fidlot,Azalina yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi.Antara yang paling hebat diperkatakan ialah pembinaan stadium bolasepak di UK yang bernilai RM70 juta yang akhirnya tidak menjadi.Selain itu,ketika memegang jawatan Menteri Pelancongan pula,Azalina telah dipersoal mengenai kos membina laman web Kementerian Pelancongan yang berjumlah RM36 juta.

itu semua permainan pembangkang untuk menjatuhkan azalina.Namun,tidak boleh dinafikan juga bahawa Azalina mempunyai aura tersendiri.Beliau dilihat tegas dan berani iaitu satu kualiti yang amat didambakan dalam kepimpinan hari ini.Apapun,saya tidak dapat menyelami sentimen majoriti dalam sayap wanita UMNO dan tidak dapat membuat tekaan awal tentang siapakah di antara kedua-dua personaliti ini yang lebih dekat di hati mereka.Shahrizat mungkin mendapat tempat di hati mereka yang matang manakala Azalina dilihat lebih berjaya mencuri hati kumpulan yang ingin melihat perubahan.Walau apapun,saya mengharapkan agar ahli-ahli UMNO membuat pilihan yang bijak dan tidak terpengaruh oleh emosi dan tekanan luaran.Ingatlah,parti ini kini dalam keadaan rapuh di mana kita tidak mampu melakukan kesilapan dalam menentukan tempat untuk mereka yang layak dan berhak.Justeru,amatlah penting bagi semua yang terlibat untuk membuat pemilihan dengan meletakkan kepentingan parti di hadapan.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! 222 AGEN PR AKUI #PRU13 SAH DAN TELUS !!!

Posted: 03 Jul 2013 10:00 PM PDT


Di dalam setiap PRU,terdapat ejen dari setiap parti yang bertanding di setiap kawasan pengundian,yang bertugas sebagai pemantau.Begitu juga dalam PRU-13 yang lalu di mana pemantauan yang sama dilakukan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar bermula dari menyemak nama dan saluran mengundi,sehinggalah kepada pengangkutan peti undi dan pengiraan.Pendek kata,tiada satu pun yang terlepas dari pemantauan ejen-ejen setiap parti.Oleh yang demikian,tindakan PR untuk terus membangkitkan soal penipuan dalam PRU-13 seolah-olah menafikan kredibiliti ejen-ejen mereka sendiri.Perlu diingatkan bahawa ejen-ejen ini dipilih oleh parti mereka dan bukan pihak lain.Pastinya pemilihan agen dibuat dengan penuh teliti oleh setiap parti kerana mereka ini akan menjadi 'mata' dan 'telinga' parti sepanjang proses pilihanraya. 

Justeru,sekiranya ada pihak yang perlu dipersoal oleh PR berkenaan penipuan melalui pengundi hantu,blackout,dakwat dan sebagainya,maka yang pertama sekali harus dipertanggungjawabkan ialah ejen-ejen PR sendiri.Untuk makluman,kesemua ejen yang dilantik PR dalam PRU-13 berjumlah 222 orang.Mereka ini jelas telah menandatangani borang rasmi sebagai mengesahkan keputusan kiraan undi.Hanya selepas borang ini ditandatangani mereka,barulah SPR boleh mengumumkan keputusan rasmi.Oleh itu,PR wajib mempersoalkan kenapa ejen-ejen mereka menandantangani borang tersebut jika benar berlaku penipuan ??? Dan kenapa ejen-ejen mereka tidak membantah atau menangkap 40,000 warga Bangladesh yang menjadi pengundi hantu ??? Serta,kenapa ejen-ejen mereka tidak menolak pengiraan undi di kawasan terjadi blackout ??? Dan jika benar dakwat tidak kekal menjadi punca kejadian undi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi,kenapakah ejen-ejen PR membiarkannya berlaku ???

PR perlu menyiasat terlebih dahulu kesemua 222 ejen yang dilantik mereka sebelum mendesak agar SPR disiasat.Satu post-mortem perlu terlebih dahulu dilakukan di dalam PR untuk mengenalpasti punca terlantiknya ejen-ejen PRU yang tidak boleh dipercayai oleh parti sendiri.Kemudiannya,PR perlu mendedahkan ejen-ejen ini bagi mendapatkan kebenaran sama ada mereka sememangnya tidak pandai membuat kerja atau telah dibeli.Sewajarnya,hanya selepas melakukan semua ini barulah PR punya hak untuk membawa perkara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti membuat laporan polis atau mendesak siasatan oleh SPRM,mahupun merusuh dan berguling di atas jalanraya.Jika tidak,maka PR wajib menerima keputusan PRU-13 sebagai sah sepertimana yang disahkan oleh 222 ejen mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DAP RASIS !!! PASAR RAMADHAN DAN JONKER WALK !!! TONY PUA PUSING 360 DARJAH !!!

Posted: 03 Jul 2013 07:30 PM PDT


Kenyataan Ketua Publisiti Dap,Tony Pua yang mencadangkan supaya Pasar Ramadhan ditutup bagi mengelakkan kesesatan jalanraya bukan sahaja mengejutkan malah dianggap amat tidak sensitif dan biadap terhadap umat Islam di negara ini.Dap hanya melihat setiap sesuatu isu itu daripada kacamata rasisme dan perkauman tebal.Keputusan kerajaan negeri Melaka untuk menutup pasar malam di Jonker Street selama sebulan untuk mengkaji aliran trafik di kawasan tersebut juga tidak terlepas daripada pandangan perkauman yang sempit yang terpancar daripada minda yang juga sempit dan jumud.Setelah menang besar dengan mendapat 38 kerusi di dalam Parlimen,Dap sudah menunjukkan sikap yang terlalu bongkak, angkuh dan sombong.Walaupun cita-cita untuk merampas Putrajaya bersama Pas dan PKR tidak berjaya tetapi sekurang-kurangnya Dap telah berjaya melembukan kedua-dua sekutu politiknya itu untuk meraih kemenangan yang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Inilah yang tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang semuanya gila kuasa.Sudah tentu paling rakus ialah Anwar Ibrahim yang terlalu gilakan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatnya. Ini termasuk kerelaan beliau menjadi perkakas kepada Dap yang berjanji untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun jika dikira daripada kekuatan jumlah kerusi,PKR sememangnya tidak layak.Tetapi oleh kerana Dap memainkan strategi mengambil hati orang Melayu,maka Anwar yang tahu dirinya telah ditolak orang Melayu sendiri mengantung sepenuhnya kepada parti rasis itu.Oleh sebab itu Anwar takut untuk mengkritik Dap secara terang-terangan untuk menjaga kepentingan politiknya.Pas pula tidak mengakat kepala apabila Dap menghina Islam dan Melayu kerana juga berganting kepada sokongan wang ringgit daripada Dap.Pendek kata Dap menggunakan kekuasaan wang ringgit dan kekayaan untuk membeli pemimpin-pemimpin Pas dan PKR supaya mereka akan membisu dan merelakan Dap mengutuk Islam dan Melayu sepuas hati mereka.Sehingga kini tidak ada kecaman atau kritikan daripada mana-mana pemimpin Pas atau PKR. 

Begitu juga dengan kenyataan seorang lagi pemimpin rasis Dap,Teresa Kok yang tidak bersetuju Islam dijadikan sebagai Agama Persekutuan ketika memberi keterangan di dalam mahkamah dalam perbicaraan samannya terhadap Utusan Melayu.Di mana pemimpin Pas yang berdegar-degar menjerit mengatakan UMNO kafir, rasuah dan sebagainya macam nak terkeluar anak tekak ??? Mengapa kini mereka membisu seribu bahasa apabila Dap membalun kedudukan dan kesucian agama Islam di Malaysia ??? Apa sudah jadi dengan jatidiri Islam sehingga Husam Musa sanggup keluarkan fatwa sesat mati syahid bagi penyokong pembangkang yang menentang kerajaan ??? Pas dan PKR bukan sahaja sekadar menjadi keldai tunggangan tetapi telah menjadi lebih bodoh dan dungu daripada itu.Sokongan mereka kepada Dap pada PRU13 lalu telah membawa padah kepada orang Melayu. Merekalah yang memberi kekuatan politik kepada Dap untuk menyerang Islam dan Melayu.Merekalah sebenarnya pengkhianat sejatti yang sanggup mengadaikan maruah dan kepentingan bangsa demi kuasa politik.Dap sekarang akan menggunakan kekuatan barunya di dalam Parlimen untuk menyerang hebat Islam dan Melayu kerana mereka yakin orang Melayu kini telah tunduk sepenuhnya kepada mereka.Wang dan ringgit serta janji kekayaan oleh Cina Dap yang rasis telah membutakan hati dan mata pemimpin Melayu. Jika orang Melayu masih tidak sedar mereka akan bangun daripada tidur satu hari dan mendapati bangsa mereka telah menjadi kelas ketiga di bumi sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PERTUKARAN AGAMA KANAK-KANAK !!! APA PENDIRIAN PAS DAN MCA ???

Posted: 03 Jul 2013 05:02 PM PDT


Nampaknya kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara terus menerus menghadapi tekanan.Semuanya berpunca dari kedudukan Melayu yang semakin lemah apabila PAS,sebuah parti Melayu alternatif kepada UMNO,telah memilih untuk bersatu dengan DAP yang memusuhi Islam/Melayu.Kesepakatan yang termeterai antara PAS dan DAP telah memaksa PAS menjadi pasif hatta mengalah dalam isu-isu yang melibatkan kedaulatan agama Islam.Hari ini,DAP kembali mendesak kabinet agar menarik balik Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) mengenai pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur agar selari dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 160 Jadual kesebelas mengenai pengukuhan integriti keluarga, kebebasan beragama dan keharmonian masyarakat. Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang setebal 64 halaman dan mempunyai 116 Seksyen itu memperuntukkan bahawa persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam. 

Penarikan balik undang-undang ini akan menghalang salah seorang ibu atau bapa yang beragama Islam untuk memastikan anaknya tetap menganut agama Islam dalam kes penceraian yang melibatkan pasangan yang murtad.Desakan DAP itu turut didokong oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism,Christianity,Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Majlis Peguam atas alasan pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur secara sepihak oleh hanya salah seorang ibu atau bapa tidak adil bagi kanak-kanak terbabit atau ibu atau bapanya,selain ia bertentangan dengan perlembagaan serta salah dari segi moral dan etika. Dengan persepsi bahawa kaum Cina dari berbagai parti kini bersatu menentang kerajaan, maka ramai yang ternanti-nanti akan kenyataan dari MCA dalam isu ini.Media pembangkang juga pantas memberi tekanan kepada MCA agar membuat kenyataan senada dengan DAP.Setakat ini,Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu telah pun membuat kenyataan di mana beliau menyifatkan desakan tersebut sebagai "mengejutkan" dan "licik" serta berlawanan dengan perdamaian nasional yang sedang hangat diperkatakan. Harapan kita agar kenyataan beliau ini adalah ikhlas atas dasar menghayati kontrak sosial yang terjalin,selain benar-benar menggambarkan suara hati seluruh partinya.

PAS,bagaimanapun belum membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini.Besar kemungkinan,PAS masih lagi membawa pendekatan 'enggan menyinggung DAP' dan lebih rela berdiam diri atau menggadaikan kedudukan agama Islam di negara ini daripada ditendang keluar dari Pakatan Rakyat.Bagi pihak kerajaan,Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa perkara ini akan dibincangkan secara mendalam dari sudut perlembagaan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa dan di masa yang sama memastikan keadilan untuk semua.Kesimpulannya,kedudukan agama Islam di negara ini kini bergantung kepada penyatuan Melayu.Di sinilah kita memerlukan pembangkang seperti PAS untuk bangun memberi desakan yang sama hebatnya terhadap kerajaan agar terus mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini. Pendek kata, PAS perlu membantu UMNO dengan bergerak secara seiring dan bersepadu.Untuk itu,PAS wajib meletakkan pendirian tegas sama ada untuk bersama DAP atau UMNO dalam isu ini.Jika MCA boleh berpegang teguh kepada perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi,kenapa PAS pula yang berdolak dalih ??? Apakah PAS sudah 'tidak begitu Islam' lagi ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...