BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KURANG AJAR !!! GAMBAR MASJID DI PIJAK OLEH PENGUNJUNG PASAR RAYA !!!

Posted: 02 Jul 2013 10:39 AM PDT


BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.Ini kerana,tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid,sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga,Aziz Embi,58,mendakwa,kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam,bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

"Pada mulanya saya tidak sedar perkara ini,
tetapi lama-kelamaan baru saya sedar ia gambar masjid dan dipijak orang ramai setiap kali memasuki pintu masuk pusat beli-belah ini," katanya.

Pengunjung,Khairul Arif Abdul Hakim,25, pula berkata,pusat beli-belah berkenaan patut peka terhadap sensitiviti umat Islam.

"Walaupun saya percaya mereka berniat baik dan mahu memeriahkan suasana hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi,tetapi seharusnya hal ini tidak berlaku," katanya ketika ditemui di pasar raya berkenaan, semalam.

Seorang lagi pengunjung,Yahya Abd. Razid, 42 berkata, pihak pengurusan sepatutnya meletakkan gambar berkenaan di dinding dan bukannya di lantai.

"Kalau nak juga letak di lantai,letak sahaja ucapan Selamat Hari Raya tanpa gambar masjid," katanya.

Manakala,Halim Samsuddin, 34,pula berharap,pihak pengurusan pasaraya terbabit dapat mengalihkan segera gambar masjid yang diletak di atas lantai itu,sebelum lebih ramai pengunjung memijaknya.

"Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam," katanya. 

EKSKLUSIF !!! JONKER WALK !!! ANTARA RASISME (DAP) DAN KEPENTINGAN RAKYAT (BN) DIDEDAHKAN !!!

Posted: 02 Jul 2013 08:30 AM PDT


POLEMIK rasisme yang ditimbulkan DAP lanjutan dari keputusan kerajaan Melaka untuk menutup pusat penjaja di Jonker Walk,telah menyerlahkan isi perut sebenar parti rasis yang mengaku sebagai berbilang kaum itu.Sementara kerajaan negeri Melaka membuat keputusan berkenaan untuk 'melegakan' kesesakan lalulintas yang diakibatkan oleh pembukaan Jonker Walk pada 2010,DAP pula memandang tindakan itu sebagai balas dendam kerajaan BN terhadap masyarakat Cina (akibat menolak BN dalam PRU13) yang membentuk kumpulan majoriti peniaga di Jonker Walk.Menyerlahkan lagi kerasisan tersebut bila Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng mengancam untuk tidak membenarkan bazar Ramadhan dibuka di negeri tersebut pada bulan puasa yang akan datang.Apa alasan untuk tidak membenarkan orang Melayu Pulau Pinang berniaga pada bulan Ramadhan,adakah sama dengan masalah yang berlaku di Melaka ??? Dan apa kaitan pulak hal yang berlaku di Melaka dengan Pulau Pinang ??? saya cabar Guan Eng tutup Bazar Ramadhan,itupun kalau beranilah,jangan cakap saja lebih.

Lagipun, ini bukan pertama kali DAP menutup periuk nasi peniaga Melayu,sudah banyak kali tapi kurang diketengahkan. Sementara orang Cina diberi sebesar-besar kebebasan untuk berniaga mengikut suka hati mereka di negeri yang mereka jajah.Sekurang-kurangnya dengan berlaku penutupan Bazar Ramadhandi Pulau Pinang ini,orang Melayu di seluruh negara akan semakin berat untuk mengundi DAP.Sekarang pun dah berat,tambah dengan tindakan macam ini, lagilah berat.Dari kejadian ini nampak jelas bahawa DAP memang sebuah parti rasis,menggunakan alasan rasis untuk menghasut orang Cina supaya tidak mengundi BN dan bila cubaan itu gagal menumbangkan BN,DAP mengangkat hampir setiap keputusan kerajaan persekutuan/negeri berkaitan orang Cina sebagai isu rasis.Semua ini dilakukan bagi menutup kegagalan (lebih kepada pembohongan) Anwar Ibrahim menghadirkan jumlah undi yang cukup dari orang Melayu dan orang India untuk menumbangkan kerajaan BN, bila mana DAP berjaya menghasut hampir 100% orang Cina untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lepas. 'Tragedi' ini sepatutnya membuka mata banyak pihak yang enggan melihat DAP sebagai parti rasis. Banyak yang sudah disebutkan tentang perkara tersebut,tapi malangnya masih ada juga segelintir dari masyarakat kita, terutama orang Melayu yang tergamak memberi undi kepada parti rasis ini.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #BLACKOUT505 !!! DAKWAT KEKAL !!! ANWAR IBRAHIM MEMBUAT LAPORAN POLIS PALSU !!!

Posted: 02 Jul 2013 05:00 AM PDT


Setelah tidak tahan disindir kerana tidak membuat laporan polis terhadap 'penipuan' yang berlaku dalam PRU-13,akhirnya pada 27 Mei 2013 Anwar pun menyahut cabaran itu.Bagaimanapun,di dalam laporan tersebut,Anwar langsung tidak menyebut mengenai 'penipuan SPR' sama ada kejadian mengundi dua kali,tidak dibenarkan mengundi,pengundi hantu atau peti undi bertambah selepas 'blackout'.Satu-satunya 'penipuan SPR' yang dilaporkan hanyalah berkenaan dakwat kekal yang tidak kekal di jarinya.Beliau diiringi Wan Azizah telah membuat laporan itu pada jam 12.30 tengah hari di balai polis Tropicana dekat Kuala Lumpur.Dalam kenyataanya,beliau menerangkan sebagai melaporkan seperti berikut : "Saya mengundi pada pukul 9.30 pagi di Kubang Semang,Parlimen Permatang Pauh.Saya basuh jari yang dicalit dakwat kekal pada pukul 5 petang pada hari yang sama dan saya dapati dakwat itu hilang." Namun,perkembangan terbaru telah mendedahkan pertemuan Anwar dengan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla selepas pilihanraya,yang mana Jusuf Kalla telah mempersoalkan dakwat yang masih ada di jari Anwar.Jusuf Kalla dilaporkan berkata pada Anwar, "kamu kata isu dakwat,lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang." 

 Nampaknya,Anwar berbohong lagi. Bagaimana Anwar membuat laporan polis konon dakwat di jarinya hilang sedangkan Jusuf Kalla masih boleh melihatnya beberapa hari kemudian ??? Apakah Anwar akan menuduh Jusuf Kalla berbohong bagi menyelamatkan dirinya ??? Dalam pertemuan yang sama, Jusuf Kalla mempersoalkan kewarasan Anwar kerana berdegil ingin menjadi Perdana Menteri.Katanya, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen,Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!". Tambahnya lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia,ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)".Beliau juga turut menempelak penipuan Anwar berkenaan pengundi hantu, "Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya". 

Sebenarnya,kita di sini sudah berbuih memberi penjelasan kepada penyokong Anwar mengenai perkara yang sama, dan nampaknya Jusuf Kalla juga menggunakan hujah-hujah yang sama dengan kita bagi menepis kegilaan Anwar.Jelas,sesiapa sahaja yang waras sudah pasti dapat memikirkan hujah-hujah ini, dan hanya orang gila sahaja yang mendesak kepada perkara yang tidak logik. Maka tidak hairanlah Jusuf Kalla menggambarkan Anwar sebagai "hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau". Apa yang pasti ialah Anwar tidak mampu membuat laporan polis mengenai pengundi hantu dan 'blackout' kerana kedua-dua isu ini tidak wujud sama sekali.Justeru,satu-satunya peluang untuk menimbulkan kekecohan ialah isu dakwat kekal.Namun,kini terserlah sudah bahawa isu dakwat kekal juga Anwar telah membuat laporan polis palsu.Justeru,hanya satu kesimpulan yang dapat dipaparkan di sini iaitu : Apabila ianya Anwar, ia pasti menipu.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM MALUKAN DIRI SENDIRI !!! TIBA-TIBA SOKONG SPR GUNA DAKWAT KEKAL !!! APA CERITA NI ???

Posted: 02 Jul 2013 03:20 AM PDT


Penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu mendapat kecaman hebat dari pembangkang tetapi penggunaannya tidak mendapat tentangan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan datang.Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,pembangkang tidak akan memboikot PRK Kuala Besut dan partinya akan bersama PAS ketika berkempen nanti. "Bukan sekadar menyokong, kita juga akan berkempen penuh dan kuat untuk PAS."Kita tak peduli pasal dakwat SPR itu." katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini. 

Penggunaan dakwat kekal pada PRU13 5 Mei lalu menjadi mendapat tentangan hebat terutama dari pihak pembangkang ekoran dakwat yang dikatakan kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) luntur selepas dicuci beberapa kali.Sementara itu,mengulas mengenai akta baru melibatkan penukaran agama bagi kanak-kanak,Anwar memberitahu pendekatan secara Islamik perlu diambil,mengikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W. "Seperti di awal kenyataan saya sebelum ini,kita mengambil pendekatan Islamik."Ketika kanak-kanak ingin menukar agama (bapa), walhal si ibu masih bukan Islam,sebagaimana yang dilakukan Nabi, kembalikan semula (agama) mengikut si ibu," katanya. 

Namun yang demikian Anwar masih berpendapat ia perlu diberi pemahaman jelas bahkan beliau sendiri masih hadir ke perjumpaan anjuran pelbagai pihak dalam memenuhi proses rundingan dan penelitian.Lantas yang demikian Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menggesa agar isu terbabit tidak membawa kepada keburukan dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama dalam negara."Saya ada berbincang dengan Tuan Guru Hadi Awang (PAS) pimpinan Keadilan dan Lim Guan Eng (DAP). Dapatkan pemahaman dan teliti sebelum mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai."Saya juga ada ke perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO), Ambiga juga ada bersama dan masih dalam rundingan. "Tak perlu menjurangkan antara penganut Islam dan bukan islam," ujarnya. - Rakyat News

HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 !! ANWAR IBRAHIM DAH GILA !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Jul 2013 01:30 AM PDT


Semua orang menggeleng-geleng kepala melihat bagaimana Anwar boleh dengan selamba mengangkat sumpah di Parlimen sedangkan di masa yang sama mengerahkan balaci-balacinya berkhemah dan berguling dalam jerebu membantah keputusan PRU.Semua orang mengerutkan dahi cuba memahami gambar-gambar Anwar duduk berbual dan bergelak-ketawa dengan Datuk Seri Najib dan pemimpin BN lain dalam waktu balacinya cuba merempuh masuk ke Parlimen.Semua orang tertanya-tanya bagaimana Anwar mampu berhadapan dengan Datuk Seri Najib sedangkan beliau cukup maklum bahawa Datuk Seri Najib tahu bagaimana Anwar cuba menjatuhkannya dengan sebesar-besar fitnah.Malah,Anwar juga tahu bahawa Datuk Seri Najib pasti sudah menonton aksinya dengan China Doll di internet.Anwar juga tahu bahawa Datuk Seri Najib dan seluruh sidang parlimen cukup tahu siri-siri penipuannya yang kantoi tetapi beliau masih lagi menafikannya.Semua orang sedang memerhatikan gelagat Anwar yang tidak tahu malu,tetapi Anwar dengan selamba menghadapi semua orang bagai tiada apa-apa berlaku.

Hakikatnya,manusia yang waras tidak akan mampu terus melakonkan satu watak yang sudah terdedah. Tiada manusia waras yang sanggup berhadapan dengan dunia selepas video seksnya tersebar dan terkantoi pula menipu dalam usaha menutupnya.Tiada manusia waras yang boleh secara terbuka menyuruh orang berdemonstrasi separuh mati untuk menggulingkan musuhnya,tetapi beliau sendiri duduk semeja bermesra dengan musuhnya secara terbuka juga.Lebih-lebih lagi apabila musuhnya itu tahu betapa jahatnya dia sehingga sanggup memfitnah dan mengupah begitu ramai orang bagi mencapai matlamatnya.Manusia yang sanggup berbuat semua ini tentunya tidak waras lagi.Maka tidak hairanlah apabila rakan Anwar,Jusuf Kalla yang juga bekas Naib Presiden Indonesia menggambarkan Anwar sebagai 'orang gila' dalam pertemuannya dengan Ketua Pembangkang itu baru-baru ini.Kenyataan tersebut dikukuhkan oleh Al-Azharrisiddiq dengan bertindak memaparkan pandangan Jusuf Kalla di dalam tulisannya.Menurut Azhar,Anwar meminta untuk berjumpa dengan Jusuf Kalla bagi meminta beliau menjadi orang tengah dengan memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah PRU-13 hendaklah menerima kekalahan itu dengan baik.Jusuf Kalla bagaimanapun, turut menjemput dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi dalam pertemuan itu,iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris,kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar. 

Namun demikian,selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada BN,Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan.Tindakan Anwar menyebabkan Jusuf Kalla,Yusril,Fahmi dan Ihza marah kepadanya dan 'meleterinya'.Bagaimanapun,Anwar telah menegaskan kepada mereka yang beliau ingin menjadi Perdana Menteri juga.Di sinilah sahabat-sahabatnya itu dapat mengesan sesuatu yang tidak kena dengan Anwar dimana digambarkan oleh Jusuf Kalla sebagai 'hidup dalam imaginasi yang melampau'.Kata Jusuf Kalla,Anwar sudah menganggap dirinya Perdana Menteri dan tidak mampu menerima hakikat kekalahan PRU-13.Selain itu, Jusuf Kalla juga menjelaskan bahawa perjumpaannya dengan Anwar sebenarnya adalah atas desakan Amerika.Tidak pasti sama ada desakan Amerika itu adalah kerana turut yakin Anwar akan menang, atau sekadar ingin Indonesia membuat penilaian akan 'keadaan' Anwar.Jusuf Kalla mungkin berlapik dalam menyatakan pandangannya terhadap Anwar tetapi kita faham maksudnya iaitu Anwar tidak lagi berada di alam nyata. Anwar sudah terlalu jauh dibawa imaginasinya dan kekalahan PRU-13 menjadi trauma kepada dirinya. 

Anwar selama ini hidup dalam kepercayaan bahawa beliau adalah Perdana Menteri biarpun hanya memenangi 89 daripada 222 kerusi dan biarpun dengan majoriti berkurangan dengan banyak di kawasannya sendiri. Anwar menidakkan sistem pilihanraya berdasarkan jumlah kerusi tetapi percaya bahawa sistem pilihanraya negara ini adalah berdasarkan populariti.Semua ini adalah bukti bahawa Anwar sudah tidak rasional lagi.saya pasti,Wan Azizah,Nurul Izzah serta mereka yang berada dalam lingkungan rapatnya turut dapat mengesan masalah psikologi Anwar.Namun,selagi Anwar mampu menjadi sumber bekalan wang untuk mereka, selagi itulah mereka akan menjulangnya dan membiarkan beliau hidup dalam fantasi.saya tidak bimbangkan Anwar,kerana saya tahu beliau punya wang yang cukup untuk menampung kegilaannya.Apa yang saya bimbangkan ialah negara ini akan menjadi kelam kabut akibat mempunyai Ketua Pembangkang yang gila.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #BLACKOUT505 !!! ANWAR IBRAHIM DIKUTUK KERANA KHIANATI PERJUANGAN ANAK MUDA !!!

Posted: 01 Jul 2013 10:00 PM PDT


Beberapa perkara menonjol pada perhimpunan Black 505 yang baru berlalu Sabtu lepas di Padang Merbok,berhampiran dengan bangunan Parlimen.Pertama perhimpunan haram yang mnerupakan kemuncak kepada beberapa siri kempen jelajah yang dianjurkn oleh Anwar Ibrahim di atas kegagalan beliau menjadi Perdana Menteri dilihat sebagai 'total failure' atau kegagalan paling teruk baginya. Jika pada perhimpunan lain penyokong yang datang mendengar kelentong Anwar mampu mencecah jumlah yang besar sehingga 10,000 hingga 20,000 orang tapi kali ini amat mengecewakan dengan kehadiran lebih kurang 10,000 orang sahaja.Ini adalah tamparan kepada Anwar yang selama ini membohongi pengikutnya melalui strategi fitnah terhadap kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya.Ini menyebabkan reaksi pertama Anwar setelah melihat kegagalan usaha mennumbangkan kerajaan pada 22 Jun lalu ialah dengan mengatakan pembangkang kini dirundungi sindrom 'political fatigue' atau kepenatan politik.Ini yang amat ditakutkan oleh Anwar kerana beliau kini boleh merasai bahawa penyokong-penyokong pembangkang sudah sedar mereka telah ditipu oleh pemimpin mereka sendiri. Pertama yang sudah celik mata terhadap pembohongan Anwar ialah orang-orang Cina yang hampir tidak kelihatan langsung pada perhimpunan tersebut. 

Kaum inilah yang menjadi pendesak dan berjaya mengapi-apikan orang Melayu supaya keluar ke jalanan berdemonstrasi kononna untuk menolak keputusan PRU13 lalu.Mereka juga membanjiri padang-padang dan stadium-stadium sebelum ini seolah-olah memberi gambaran kepada Anwar kaum Cina tidak akan berganjak daripada sokongan mereka kepadanya. Apabila tiba hari penentu di Padang Merbok, orang-orang Cina kecut perut dan meninggalkan penyokong-penyokong Melayu yang benak hati dan jumud fikiran untuk berdepan dengan pasukan keselamatan.Persoalannya di mana orang-orang Cina dan mengapa mereka menarik diri pada saat-saat akhir ketika perjuangan sudah sampai pada penghujung dan keadaan menjadi getir ??? Kesedaran mereka ditipu Anwar satu hal tetapi seruan jihad yang dilaungkan oleh Husam Musa meminta 100,000 penyokong pembangkang mengorbankan nyawa untuk mencapai kemenangan telah menakutkan kaum Cina yang sebelum ini amat lantang bersuara menentang kerajaan.
Orang-prang Cina yang lebih sayangkan nyawa dan kehidupan duniawi tidak sanggup untuk bergadai nyawa demi agenda peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Penyokong-penyokong Pas juga tidak ramai kelihatan kerana sebelum ini Dewan Ulama parti itu telah mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan rusuhan jalanan yang dirancang oleh Anwar.Hanya Husam sahaja yang bertindak di luar arahan Dewan Ulama kerana beliau tergolong dalam kumpulan Anwarinas yang menjadi duri dalam daging dalam Pas dengan memperomosi agenda bosnya. Sebab itulah Husam terpaksa mengeluarkan 'fatwa' syahid sebagai usaha terdesak untuk mengerahkan penyokong keluar beramai-ramai pada hari Sabtu lalu tetapi malangnya apa yang dihajatnya tidak berlaku. 

Mereka yang datang berhimpun di Padang Merbok dalam keadaan cuaca panas yang berjerebu pula hanya terdiri kebanyakannya daripada golongan muda dan belia Melayu yang hilang arah hidup dan tidak mengerti permainan politik pemimpin mereka. Malah ramai daripada mereka amat kecewa dan hampa kerana tidak berpeluang untuk terlibat dalam aksi bertempur dengan pihak keselamatan secara ganas. Maklumlah trompet jihad telah ditiup oleh Husam tetapi hanya sekadar bunyi bising sahaja tidak lebih daripada itu.Ada di antara golonga muda mula membuat bising dan memconteng kata-kata kesat terhadap pemimpin mereka sendiri kerana kecewa perhimpunan tersebut diadakan dalam keadaan aman dan tenteram. Malah segelintir membuat keputusan untuk bermalam di kawasan perhimpunan dengan membuat khemah untuk meneruskan perjuangan yang sia-sia itu.Harapan tinggi dengan emosi kemarahan yang meluap-luap terhadap kerajaan dan SPR oleh penyokong pembangkang akhirnya dikhianati Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang. 

Mereka yang sebelum ini berkobar-kobar untuk memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan persidangan Dewan Rakyat akhirnya terpaksa telan air liur yang mereka ludahkan ke langit. Sedang penyokong pembangkang berhempas pulas kononnya untuk menegakkan keadilan dengan menahan lapar dan dahaga serta kulit madan di sinari terik panas matahari, pemimpin-pemimpin mereka dengan senyuman dan berpakaian segak mengangkat sumpah jawatan.Sedang penyokong pembangkang berbaring di atas jalan raya yang membahang panas,Anwar dan anak Nurul Izzah,Hadi Awang,Lim Kit Siang dan anak Guan Eng, serta Karpal Singh dan anak Gobind bersenang lenang dalam dewan yang nyaman dan sejuk serta menikmati makanan dan minuman yang enak dan lazat bersama pemimpin-pemimpin kerajaan.Hakikatnya Anwar telah kencing atas kepercayaan dan keyakinan penyokong-penyokongnya yang begitu taksub dan fanatik terhadapnya.Pemimpin agung yang selama ini mereka puja dan sanjung rupa-rupa hanyalah seorang pelakon politik munafik yang licik dan berjaya mengaburi mata mereka yang terlalu sayangkan kepada beliau.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KONSPIRASI LANTIKAN PENGERUSI UMNO SELANGOR @NOHOMAR DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Jul 2013 07:07 PM PDT


Dari artikel Berita Harian bertarikh 25 June 2013,Noh Omar dikatakan akan dilantik menjadi Pengerusi UMNO Selangor selepas dipersetujui ketua-ketua bahagian UMNO di Selangor, yang akan menjadi Timbalan ialah Abdul Shukor Idrus dan Johan Abdul Aziz pula sebagai Setiausaha UMNO negeri.Difahamkan Najib bersetuju dengan perlantikan ini.Ramai di kalangan penyokong UMNO/BN menggunakan media sosial melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman ini.Walau bagaimanapun,Presiden UMNO yang juga Pengerusi UMNO Selangor tidak pernah memaklumkan perkara ini secara rasmi.Nampak sangat tindakan beberapa individu ini seperti memandai-mandai 'laparkan' jawatan Pengerusi UMNO Selangor.Benarkah apa yang ditulis dalam artikel Berita Harian itu bahawa Najib bersetuju dengan perlantikan baru itu ? Penulis tergelak bila membaca semula artikel Berita Harian yang menulis "menurut sumber". Kenapa "sumber" itu tidak mahu namanya didedahkan, adakah "sumber" itu salah seorang pecacai yang mahu mewujudkan persepsi pemilihan Pengerusi UMNO Selangor yang baru ? Perlu diingat artikel itu dibuat dalam akhbar rasmi untuk menimbulkan rasa serba salah Najib kerana mungkin dia sendiri tidak dimaklumkan tentang perkara ini. Jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian ini lah "game" yang sedang dimainkan beberapa individu yang cukup kemaruk dengan jawatan, dah kalah teruk pun masih tak sedar diri. Setelah 6 hari artikel ditulis,baru lah "game" kotor parasit-parasit dalam UMNO ni terserlah. "Game" anda telah dikesan dan muslihat anda akan ditelanjangkan. 

Menurut sumber dan dari blog Papagomo sendiri,aturan untuk menukar Pengerusi UMNO Selangor dibuat apabila ketua-ketua bahagian UMNO di Selangor telah bertemu di Jakarta dan Manila kononnya mahu Pengerusi UMNO Selangor diserahkan kepada Noh Omar sementara 2 individu lagi dilantik menjadi Timbalan dan Setiausaha UMNO Negeri.2 individu yang dimaksudkan dah penulis nyatakan di atas. Mungkin kerana termakan budi 'dibelanja' ke Jakarta dan Manila,ketua-ketua bahagian UMNO Selangor ini pun mahu tak mahu terpaksa tandatangan persetujuan mereka melantik Noh Omar dan lain2 untuk jawatan yang diaturkan.Memang cukup bangsat "game" yang dimainkan individu-individu berkenaan.Ini lah contoh pemimpin yang terus menerus akan melingkupkan survival UMNO di Selangor.Adakah tindakan melantik Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor itu adalah kehendak beliau sendiri atau drama beberapa individu yang mahu pegang jawatan secara mudah ? Penulis nampak disini Noh Omar bukanlah orang disebalik rancangan kotor ini,beliau dijadikan kambing hitam atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor. 

Apabila timbul berita mengenai Pengerusi UMNO Selangor baru dalam artikel Berita Harian 6 hari lepas, sudah semestinya menimbulkan rasa tidak senang UMNO Pusat apabila tindakan melangkah bendul dibuat. Mungkin UMNO Pusat akan menyangka Noh Omar memandai-mandai melantik diri sendiri sebagai Pengerusi UMNO Selangor yang baru sedangkan individu yang menjadi pengarah rancangan ini lah yang sebenarnya memandai mandai melantik diri sendiri .Tentu pembaca boleh teka siapa yang dimaksudkan itu. Kononnya apabila UMNO Pusat tak berpuas hati dengan tindakan Noh Omar ,maka tentulah dia tak dilantik jadi Pengerusi yang baru maka jawatan Pengerusi baru itu akan disandang oleh Timbalannya .Itu lah game yang dibuat oleh pemimpin UMNO yang mempunyai ijazah diragui ketulenannya (ijazah beli lerr) .Dan bagi ketua-ketua bahagian UMNO Selangor, janganlah terlalu diturutkan dengan kawan2 bodoh sombong kononnya nak mencipta konspirasi bagi merebut jawatan untuk kepentingan mereka sendiri. 

Mereka itu adalah jenis yang memecah belahkan UMNO.Dalam keadaan UMNO dah tenat masih ada hati berkonspirasi bagai? Sedar-sedarlah diri.Di kalangan facebookers,bloggers2 kami dah bersumpah akan memantau ketua-ketua bahagian dan pemimpin2 UMNO yang cuba "hanky panky".Kalau skandal2,rasuah dll mengenai pemimpin PR boleh kami korek, kita boleh buat perkara yang sama juga pada pemimpin UMNO.Jadi janganlah dibuat perkara bodoh yang bakal mengkucar-kacirkan parti.Imej Najib sedikit terjejas dikalangan ahli UMNO yang tak tahu perkara sebenar bila dikatakan 'bersetuju' dengan pemilihan yang dibuat oleh Ketua-ketua bahagian UMNO Selagor . Cukup cukup lah berpakat dan berkonspirasi menjatuhkan sesama sendiri, kerana tindakan anda itu sendiri mungkin membuat diri sendiri terjelepok .Penulis juga menyarankan mereka yang berkonspirasi itu eloklah kembali ke pangkal jalan kerana anda sekarang berada di bawah microscope blogger2 dan facebookers . - BIDAMAN 

SAYA MINTA MAAF KERANA KELUARKAN ARTIKEL RAKAN BLOGGER !!!

MUNGKIN INI SEMUA BETUL ATAU SEBALIKNYA !!!

PERSOALANNYA !!!

ADAKAH DATUK SERI NOH OMAR SETUJU DENGAN SEMUA INI ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PAS SAKIT JIWA !!! FGV MEMBAYAR DIVIDEN KEPADA PENEROKA #FELDA !!!

Posted: 01 Jul 2013 05:00 PM PDT


KETIKA mula-mula Felda Global Ventures Holding (FGVH) ditubuhkan,PAS adalah yang paling ke depan membantah penubuhan syarikat tersebut atas alasan menggadai hak dan tanah peneroka Felda.Macam merekalah yang memperjuangkan peneroka sangat.Selari dengan bantahan tersebut,ditubuhkan NGO haram yang kononnya mewakili generasi kedua Felda,ANAK yang diterajui Mazlan Aliman untuk membantah penubuhan FGVH.Tidak ketinggalan,diseret beberapa orang peneroka untuk membawa kes ini ke Mahkamah sehingga berlaku kelewatan kepada penubuhan FGVH.Cabaran dan dugaan ini tidak perlu yang di dalangi PAS ini bagaimanapun berjaya ditangani kerajaan,sehingga diakhirnya,peneroka yang sama juga 'menjilat-jilat' imbuhan khas yang diberikan kerajaan dan Felda hasil dari pembentukan FGVH ini.Mazlan Aliman sendiri gagal menyerlah dan tewas sebagai calon PAS bagi DUN Bukit Permai,Johor – kekalahan kali ke-4nya sejak mula bertanding sebagai calon PAS pada tahun 1999.

Sekarang,bila FGVH mengumumkan pemberian dividen kedua sebanyak RM 60.02 juta pada bulan Julai nanti,saya yakin PAS akan terus terkedu dan berdukacita. Mana tidaknya, syarikat yang mereka dakwa akan menggadaikan tanah peneroka,kini mula membayar dividen hasil keuntungan syarikat.Menurut kenyataan Pengerusi Felda,Tan Sri Isa Samad semalam, setiap dari 112,635 peneroka di seluruh negara akan menerima bayaran dividen sebanyak RM 550.

Untung, itulah kata kuncinya kerana syarikat yang rugi tidak mungkin mampu membayar dividen kepada pemegang saham. Jelas disitu PAS menipu dan membohong.Semua yang dia sebut mengenai FGVH sebelum ini hanyalah mitos politik parti berkenaan semata-mata. Malangnya masih ada juga sebahagian kecil peneroka termakan dengan dakyah ini disebalik segala macam penerangan yang telah diberikan kepada mereka.Islam yang didakwa PAS menjadi asas perjuangan parti tersebut tidak mungkin menyokong penipuan dan pembohongan seperti yang dilakukan PAS dalam isu FGVH ini.Malah,amat malanglah kepada sesiapa yang percaya kepada pembohongan tersebut (PAS parti berasaskan Islam).

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...