CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[GOSSIP PANAS] Reezal Merican KAHWIN MAS ANIZAN BINI NO.3

Posted: 27 Jun 2013 01:06 AM PDT


Gosip dari orang dalaman UMNO ini hangat diperkatakan dimana khabarnya Datuk Seri Reezal Merican Naina yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas telah menambah cawangan ataupun berkahwin tiga dengan pelakon wanita yang dulu popular pada tahun 90an iaitu Mas Anizan, yang kini berumur sekitar 40an.

Isteri pertamanya adalah Datin Ismalina Ismail, 41 tahun dan isteri keduanya seperti yang diketahui umum adalah pelakon yang pernah popular suatu ketika dulu iaitu Sharifah Norhaslinda atau lebih dikenali Lin dan mereka telah berkahwin pada 20 Mac 2005 dalam satu majlis yang agak ringkas yang diadakan dekat Cheras Kuala Lumpur.

Datin Ismalina Ismail ni merupakan bekas Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Pengarah Eksekutif Puncak Seni Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat pembinaan dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Setahu kami dahulunya Mas Anizan ni pernah berkahwin dengan  ahli perniagaan, Allahyarham Datuk Ali Bapoo tetapi jodoh Mas Anizan dengan arwah suaminya tidak panjang apabila Ali Bapoo meninggal dunia pada 19 Mei 2008 akibat serangan angin ahmar.

Kalau benar perkara ini, kami ucapkan tahniah pada Datuk… Cantik-cantik isteri datuk dan diharapkan dapat berlaku adil pada ketiga-tiga isteri Datuk dan anak-anak. - Wanista

Isteri Pertama

Isteri Kedua

Sumber: mynewshub

[KES SULU] Bukti Pintasan Tel : Koperal Hassan SALUR MAKLUMAT kepada Pengganas SULU

Posted: 26 Jun 2013 11:48 PM PDT



KOTA KINABALU – Maklumat berhubung pasukan keselamatan akan memasuki Kampung Tanduo, Lahad Datu pada pukul 12 tengah malam, diperoleh melalui pintasan percakapan telefon antara Datu Amirbahar Hushin Kiram dan ketua kumpulan pengganas Kiram, Datu Agbimuddin Kiram.

Saksi kedua yang dilindungi identitinya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa maklumat tersebut diberikan oleh seorang anggota polis cawangan khas.

Dia memberikan keterangan melalui talian terus menggunakan alat komunikasi khas kepada Hakim, P. Ravinthran.

Keterangan tersebut ditaip semula oleh jurubahasa di dalam komputer yang dapat diakses oleh semua peguam dan pendakwaan dalam perbicaraan kes terhadap tertuduh Koperal Hassan Ali Basari didakwa dengan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas di Lahad Datu.

Saksi itu yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan mahir dalam Bahasa Suluk dan Bajau memintas percakapan itu pada pukul 10.31 malam, 25 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan kemudiannya memintanya membacakan catatan itu kepada mahkamah.

"Pada 25 Februari 2013, jam 22:31 (10:31 malam), Datu Amirbahar menyatakan dia mendapat tahu daripada Hassan yang merupakan anggota polis bahawa pihak berkuasa Malaysia akan masuk pukul 12 tengah malam nanti. Raja maklum dan memberitahu mereka telah bersedia.

Datu Amirbahar memberitahu Hassan dan Hussin merupakan adik-beradik dan mereka juga merupakan ahli keluarga kita. Raja maklum."

Hassan yang berasal dari Semporna didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam-peguam Ram Singh, Kamarudin Mohd. Chinki, Syaiful Sufyyan Sidin dan Lo Yun Sin didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Cawangan Khas Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu antara Januari dan 3 Mac lalu.

Datu Amirbahar yang juga anak saudara kepada Jamalul Kiram III dan merupakan komander kumpulan pengganas Kiram berpangkat Jeneral yang menceroboh Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu ditangkap pada 23 Mac lalu di kawasan paya bakau di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna.

Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu pada 19 April lalu atas dua tuduhan, iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

[PEMILIHAN UMNO] Tengku Adnan: Jawatan presiden dan timbalan presiden Umno BOLEH DICABAR

Posted: 26 Jun 2013 11:34 PM PDT


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jawatan presiden dan timbalan presiden Umno akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh oleh setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Tengku Adnan, parti itu tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti.

"Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi.

"Hanya daftarkan diri... semua boleh bertanding," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Isu membabitkan kedua-dua jawatan tertinggi parti itu dibangkitkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang dilaporkan mencadangkan supaya jawatan tersebut tidak perlu dipertandingkan.

Cadangan itu disambut baik di pelbagai peringkat dalam parti supaya perkara itu direalisasikan.

Bagaimanapun ada juga yang membantah dan tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang tidak mahu Umno menjadi parti yang eksklusif.

Adnan dilaporkan berkata bahawa kesemua jawatan harus terbuka untuk dipertandingkan bagi menjadikan Umno kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan.

Ada Pilihan raya kecil di Kuala Besut - Pengerusi SPR

Posted: 26 Jun 2013 07:26 AM PDT

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz
KOTA KINABALU 26 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR tiada pilihan lain selain mengadakan pilihan raya itu dalam tempoh 60 hari bermula esok.

"Sama ada dalam bukan puasa atau semasa hari raya (diadakan pilihan raya) kita akan bincang," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini malam ini.

Yang turut hadir Pengarah SPR negeri, Datuk Idrus Ismail

[IJAZAH PALSU] Menteri Sumber Manusia miliki ijazah palsu?

Posted: 26 Jun 2013 07:21 AM PDT

Datuk Richard Riot Jaem
KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem telah menafikan dakwaan beberapa anggota Parlimen pembangkang bahawa beliau memiliki ijazah palsu.
  
Beliau berkata ijazah dan sarjana miliknya, kedua-duanya dalam bidang sumber manusia, diperolehi daripada University of Hertfordshire.
  
Riot berkata beliau akan menyerahkan kepada peguamnya untuk menentukan tindakan susulan.
  
"Saya mengambil ini sebagai tuduhan serius terhadap saya. Saya biar peguam saya mengendalikan hal ini. Sebagai menteri bertanggungjawab, saya mesti mempunyai pengetahuan baik dengan apa yang saya lakukan untuk berkhidmat untuk negara," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
  
Terdahulu, pada sidang media bersama, Anggota Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Anggota Parlimen Stampin Julian Tan menuduh Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Ewon Ebin memiliki 'ijazah tak boleh dipercayai'.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...