tun faisal dot com

tun faisal dot com


Harga gula naik - sabotaj peniaga pro-DAP/PR? Harga roti, gas naik, GST - penipuan PR?

Posted: 10 May 2013 09:49 AM PDT





Penipuan 1 - Harga gula. Tiada arahan untuk menaikkan harga gula daripada kerajaan. Jika ada tanya peniaga tersebuat sama ada dia menyokong DAP/PR. Ada kemungkinan mereka sengaja mensabotaj kerajaan dengan sesuka hati menaikkan harga gula. Ada rakan twitter yang memberitahu bahawa ada peniaga yang merupakan penyokong DAP/PR menaikkan harga jualan minyak masak dan harga batteri kereta dan memberi alasan bahawa kerajaan yang naikkan harga. Tindakan ini amat melampau kerana tiada sebarang arahan kerajaan untuk naikkan harga barangan terbuat. Saya yakin peniaga terbabit adalah penyokong DAP/PR dan ini adalah salah satu tindakan sabotaj mereka ke atas kerajaan. Cadangan saya, belilah di kedai-kedai runcit 1Malaysia atau kedai-kedai yang anda yakini tidak akan berlaku sabotaj seperti ini. Jika ada peniaga yang menaikkan harga, semak sokongan politik mereka. jangan benarkan mereka sabotaj kerajaan sedia ada.



Penipuan 2 - GST. Penjelasan daripada Perbendaharaan amat jelas dakwaan GST telah dilaksanakan adalah satu lagi penipuan.


Inline image 1

Penipuan 3 - Harga Gas. Sama juga - penipuan dilakukan oleh pembangkang dan penyokong mereka.

Rakyat yang naif dan mempercayai mereka hanya akan dipermainkan disebabkan kepercayaan ini. Disebabkan itu jangan undi dan sokong penipu, kerana bila mereka menipu dan ada share, like dan retweet penipuan mereka, anda juda turut bersubahat menipu rakyat Malaysia. Di bawah adalah struktur harga gas di Malaysia.

Inline image 2


Penipuan 4 - Harga roti Gardenia
Di bawah adalah bukti tanda harga dan tarikh pembelian roti dibuat. Harganya sama sejak 15 Julai 2012 . Di bawah pula penjelasan daripada Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd tentang harga roti tersebut. 






Jelasnya pembangkang mahukan kemenangan dalam PRU13 sehingga sanggup membuat pelbagai penipuan. Mereka masih tidak boleh buktikan kewujudan 40,000 pengundi hantu yang diterbangkan ke Malaysia dari bangladesh dan senarai pusat penjumlahan undi yang mengalami gangguan bekalan eletrik dan black out. Sampai hari ini selepas PRU13, penipuan masih dilakukan oleh pemimpin dan penyokong PR. Sebab itu dahulu kami ingatkan agar anda tidak mengundi mereka kerana mereka adalah penipu. Sebab itu di Putrajaya, kami mencabar Husam Musa agar beliau melakukan ujian poligraf untuk memastikan beliau tidak menipu tentang projek-projek beliau yang agagal di Kelantan.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...