Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


FITNAH!! Sampai Ketua Polis Negara pun boleh kena fitnah? @PDRMsia

Posted: 11 May 2013 08:17 AM PDT



BERITA PANAS!! KETUA POLIS NEGARA NAK LETAK JAWATAN..sumber dari Bukit Aman baru tadi pastikan KETUA POLIS NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR memberikan surat letak jawatan selepas desakan teruk dari pihak BN/UMNO yang mendesak beliau untuk tahan 28 penceramah kebangkitan rakyat #blackout. Beliau rasa bersalah selepas beliau sendiri tidak puas hati dengan cara cara penipuan SPR bersama BN/UMNO. Insiden ini sedang menjadikan Bukit Aman huru hara..kita tunggu berita selanjutnya..


INI adalah khabar angin yang tersebar dengan cukup meluas ketika ini.

Untuk makluman, Tan Sri Ismail Omar memang akan mengakhiri tugasannya sebagai Ketua Polis Negara.

Bahkan laman web rasmi PDRM sendiri telah mengumumkan perbarisan perpisahan beliau pada Khamis ini (16 Mei) yang akan diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Malangnya, persaraan beliau telah dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab kononnya beliau menerima desakan teruk untuk berbuat demikian.

Hakikatnya ialah Ismail akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei ini.

Ini disahkan sendiri oleh Penolong Ketua Urusetian KPN, ACP Ramli Yoosuf.

Bahkan Ramli juga menegaskan yang keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan.

Ini adalah satu perbuatan fitnah yang cukup jelik sedangkan Ismail telah menunjukkan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada PDRM dan negara sejak menyertai pasukan itu.

Semua pihak boleh nilai dan tengok sendiri bagaimana dalam usia yang agak lanjut itu, beliau masih lagi berada di barisan hadapan sewaktu pencerobohan Lahad Datu tempoh hari.

Justeru tidak ada sebab untuk BN, UMNO atau sesiapa saja untuk 'memaksa' beliau berundur.

BN dan UMNO juga tidak ada kuasa untuk berbuat demikian.

Untuk makluman, jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara merupakan jawatan khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan lantikan ke jawatan ini tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, Ismail telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 13 September 2010.

Beliau merupakan KPN yang ke sembilan menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara pada 12 September tahun yang sama.

Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Sesungguhnya percubaan untuk memperlekehkan sumbangan beliau adalah perbuatan yang cukup biadap dan tidak bertanggungjawab.

Kalaupun tidak bersetuju dengan beberapa tindakan beliau, itu bukan bermakna kita perlu MENGHALALKAN tohmahan yang seberat ini.

Diingatkan, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Yang penting, sekurang-kurangnya beliau telah menunjukkan bukti kesetiaan dan pengorbanannya terhadap negaranya, kita sendiri bagaimana pula? – Mynewshub.my

McTheory:
Tangkap saja pemfitnah tuu..

TUDIAA!! Mat Sabu Kata BN Main Tipu Untuk Kalahkan dia? #TolakPR

Posted: 11 May 2013 05:37 AM PDT



Akhirnya Mat Sabu bersuara juga. Sebenarnya dah lama Mc tunggu Mat Sabu nak bersuara ni, almaklumlah, sejak dari bubar parlimen hinggalah hari berkempen, Mat Sabu diantara orang yang tak banyak bunyi, diam saja.

Tapi bila kalah, akhirnya dengar juga suara Mat Sabu ya.. he he.. kita baca apa yang Mat Sabu merepek tentang kekalahan dia tu.

Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai. "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," katanya.

Ekoran itu, Timbalan Presiden Pas tersebut yakin stategi jahat digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.

"Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.

Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.

Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.

Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini. Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.

Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini.

Bagi penganalisis politik negeri Kedah, sudah tentu tak setuju dengan Mat Sabu, sebab kawasan Sungai Tiang, yang diyakini kawasan siam dan tegar BN.

Bila orang dengar Mat Sabu nak jadi ahli parlimen Pendang, sudah tentu ramai orang Melayu Islam dan siam akan menolak Mat Sabu.

Gila!! Kalau nak dibandingkan, Mat Sabu dengan Othman Abdul, jauhnya umpama langit dan bumi. Hanya orang yang tak betul otak saja yang akan undi Mat Sabu.

Sudah la Mat Sabu mempunyai track record jadi Ahli Parlimen yang sangat buruk, tak pernah turun padang pun. Dia juga diantara penyokong syiah di Malaysia, rasa-rasa rakyat Pendang nak ke ambil Mat Sabu ni jadi Ahli Parlimen mereka?

he he he.. sendiri mau ingat laa..

McTheory:
Bukan kaum siam saja tolak Mat Sabu, semua kaum pun taknak dia.. hahaha..

HOT! Alim Ulamak Kedah Juga Bersama Datuk Paduka Mukhriz Mahathir! #HanyaDiKedah

Posted: 11 May 2013 02:17 AM PDT


Bukan calang-calang orang Menteri Besar kita yang baru ni. Dahsyat, dari pemuda hingga ke orang tua semua dia boleh masuk. Baru-baru ni beliau luangkan masa tengok bola bersama-sama orang muda. Kemudian berjemaah bersama alim ulamak dan ilmuan Islam Kedah.

Hampir setiap hari beliau ke seluruh pelusuk negeri bertemu dengan rakyat Kedah dari pelbagai peringkat umur dan kaum. Beliau menyelami denyut nadi rakyat Kedah. Biasa la orang baru, kena banyak turun padang.

Inilah kelebihan orang muda, boleh bergerak laju dan banyak tempat boleh turun. Gerak kerja pantas yang Datuk Mukhriz buat, merangsang keyakinan rakyat Kedah, bahawa pilihan Datuk Mukhriz sebagai MB Kedah adalah tepat!

Insyallah kami tak sabar nak melihat perubahan yang dapat Datuk bawa untuk negeri Kedah.

Kami rakyat Kedah sentiasa menyokong Datuk!

McTheory:
Cuma jangan dilupakan pencacai bloggers dan troopers macam kami nih.. he he

Terkini! Gambar PM @NajibRazak Kunjungi Azizan Razak! #BNbagus

Posted: 10 May 2013 11:48 PM PDT




Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi telah melawat mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak. Ternyata hubungan diantara PM dan Ustaz Azizan memang tidak boleh dinafikan. Ada kenangan lama diantara mereka berdua.

Mc rasa semua pemimpin dah pergi melawat Ustaz Azizan, tapi rasanya ada 3 orang saja belum pergi lagi. Orang itu ialah, Anwar, Guan Eng dan Phahrolrazi, bila agaknya ketiga-tiga manusia ni nak pergi melawat Ustaz?

Takkanlah sahabat dalam Pakatan pun tak teringgin nak tengok kot? Atau ketiga-tiga ni memang takdak hati perut kot??!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANASS!! PM @NajibRazak Lawat Ustaz Azizan di Hospital! #BNbagus

Posted: 10 May 2013 08:49 PM PDT



Diatas adalah gambar mantan Menteri Besar Kedah yang terbaru. Gambar ini diambil selepas kaki beliau dipotong akibat dari jangkitan kuman. Sedihnya melihat seorang yang dulunya garang dan tegas akhirnya terlantar sebegini. Allah maha berkuasa..

Dikhabarkan beliau sekarang sedang dilawat oleh PM Najib Razak.. Mc akan cuba dapatkan gambar lawatan tersebut.

McTheory:
Doakan supaya semuanya selamat..

HOT INFO! Pas Pun Tak Suka Anwar Bantah Keputusan #PRU13

Posted: 10 May 2013 06:17 PM PDT


Makin lama, orang pun dah makin menyampah dengan perangai Anwar ni. Kata orang, bila nak buat sesuatu isu tu. Jangan ter'over' sangat, nanti orang tak percaya. Itu yang terjadi pada Anwar sekarang ni.

Dalam keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menghasut rakyat membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, kepimpinan tertinggi Pas menyeru semua pihak bersyukur dan bersabar menerima keputusan pilihan raya itu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan turut berkongsi nada yang sama ialah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran, yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," kata Abdul Hadi sebagaimana dipetik melalui laman Facebook beliau baru-baru ini.

Sementara itu, Harun yang mewakili Dewan Ulama Pas berpendirian tidak menyokong tindakan Anwar untuk mengadakan demonstrasi dan himpunan membantah keputusan PRU-13.

Anwar sibuk membantah PRU ke 13 ni. Tetapi dalam masa yang sama. Menerima keputusan PRU di negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Siap ada yang dah angkat sumpah jadi kerajaan semula, biar betul ni?

Kalau semua tak adil, kenapa tak boikot semua sekali. Kenapa nak boikot yang kalah saja? Kalau orang pertikaikan di Kedah kononnya BN bawa masuk pendatang siam, untuk undi BN bagi menang, kami BN juga boleh pertikaikan di Penang, Dap juga pendatang cina untuk undi Dap.

Sebab muka cina lagi la sama. Lagi kita susah nak detect!!

Kalau betul BN nak main tipu, dah tentu Selangor tu confirm milik BN sekarang ni. Sebab Selangor negeri maju, Pengerusi Perhubungannya dipegang oleh DS Najib sendiri. Tapi kenapa boleh kalah? Sebab BN tak main tipu, kita memegang amanah rakyat.

Tu pun Anwar dok kelentong, dan pencacai Pakatan telan semua apa yang dia kata. Masing-masing ada akal, Allah kurniakan otak. Fikirlah, jangan ikut hati, jangan ikut rasa. Gunakan akal, buat sembahyang Iztikarah, kalau sangsi sangat.

Err.. puak-puak PKR ni reti sembahyang ke tak?

McTheory:
Geng Pro Yahudi, LGBT dan liberal ni, reti sembahyang ke?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...