CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[TUNAI JANJI] Hartawan Penerbangan Sir Branson JADI PRAMUGARI Bila LOTUS F1 KALAHKAN Virgin

Posted: 12 May 2013 03:31 AM PDT

Pengasas dan Pengerusi Virgin Group Sir Richard Branson (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandez (kiri) tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah, di sini, Ahad. Branson dan Fernandez tiba pada 12.30 tengah hari, dengan pesawat khas AirAsia X melalui penerbangan amal, yang berlepas dari Perth, Australia. Derma telah berjaya dikumpul dan didermakan kepada Yayasan Kanak-Kanak Starlight, Australia. Pada Disember 2009, Branson telah mencabar pasukan Lotus F1 Fernandes untuk mengalahkan kumpulan Virgin Racing dalam Formula 1 2010. Yang kalah akan berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan pemenang. Branson kalah dan perlu melaksanakan janjinya

MELBOURNE: Hartawan penerbangan Sir Richard Branson mendarat di Kuala Lumpur tengah hari ini dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki untuk menunaikan janji setelah kalah pertaruhan kepada Ketua Eksekutif AirAsia Tony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lepas.

Beliau berlepas dari Perth pagi Ahad dengan penerbangan amal untuk mengumpul dana ke Kuala Lumpur, dengan berpakaian wanita.

The Australian Associated Press melaporkan di sebuah bar di Perth CBD pada Sabtu malam, Branson membenarkan pramugari AirAsia mencukur bulu kakinya.

Branson menunjukkan bulu kakinya yang telah dicukur kepada pihak media sebaik sahaja tiba di Terminal Tambang Murah, di Sepang, Ahad.
Terdapat alasan kukuh kenapa beliau mengambil masa yang lama untuk menunaikan janjinya itu apabila kakinya patah, terbabit dalam kemalangan semasa menaiki belon udara panas untuk menyaksikan prototaip Virgin Galactic, yang akan melakukan penerbangan komersil ke angkasa

"Ya, memang betul. Kami sama-sama memiliki pasukan Grand Prix dan saya amat yakin yang saya akan menang," kata Branson sepertimana dipetik oleh AAP.

"Berlaku kesilapan. Sudah tentu pemandu pada perlumbaan itu tidak lagi bersama-sama kami. Saya berusaha untuk mengelak berada di sini (dalam penerbangan amal ini), tetapi tahu perlu tunaikannya."

Sementara itu, Fernandes yang dicabar untuk menunaikan janjinya, mengumumkan akan menjadi seorang daripada pelancong angkasa dalam penerbangan komersil pertama Virgin Galactic, merupakan penerbangan yang amat mahal.

"Apa yang beliau (Branson) tidak sedar ialah sebaik sahaja saya pergi ke angkasa, akan ada versi tambang murah - AirAsia Galactica, kira-kira 10 peratus daripada harga yang beliau kenakan," katanya.

Dana daripada penerbangan amal itu akan disalurkan kepada Starlight Foundation untuk kanak-kanak sakit.

[GADUH SAMA SENDIRI] Pertelingkahan Azmin-Syed Ali Di Twitter Pasal NEPOTISME PKR

Posted: 12 May 2013 03:00 AM PDT


PETALING JAYA: Pertelingkahan dalam talian yang berlaku di antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin terdahulu, Dr Syed Husin Ali telah mewujudkan reaksi segera daripada penyokong-penyokong parti yang merayu agar mereka menghentikannya.

Syed Husin menghantar 'tweet' kepada Azmin berikutan kenyataan pada sidang akhbar mengenai urusan parti dan pelantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Syed Husin mempersoalkan mengapa Azmin menggunakan media dan berkata, ini hanya akan menyebabkan Umno akan "menari-nari gembira".



Beliau berkata Azmin mungkin telah membuat kesalahan, sambil menambah tindakan dan kenyataan beliau boleh menjejaskan kredibiliti parti.

Azmin membalas dengan dua 'tweet', memberitahu Syed Husin untuk menghentikan kepura-puraan dan mendakwa persoalan kredibiliti hanya timbul jika ia menjejaskan orang lain tetapi tidak dirinya (Syed Husin).

Dalam 'tweet' kedua, Azmin memberitahu Syed Husin bahawa beliau juga tahu apa yang telah berlaku dan mendakwa bekas Timbalan Presiden PKR itu juga telah menghantar 'tweet' "menyerang" pemimpin parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak memilih saudaranya.

Dalam perang 'kata-kata' di antara kedua-dua mereka, ia telah mendorong pelbagai reaksi daripada penyokong parti termasuk @syamrin81 yang menulis supaya kedua-dua mereka tidak bergaduh di Twitter tetapi menyelesaikannya secara tertutup.

"Jangan gunakan serangan peluru di Twitter. Tunjukkan kematangan anda. Fikirkan ia sebagai satu pergaduhan di antara suami dan isteri. YB Azmin, anda adalah seorang pemimpin yang disanjungi. "

@Hanifwahid bersetuju dengan berkata: "Tidak adakah ruang lain untuk membincangkan semua ini?"

Seorang lagi pengguna @HussainMohdAmin memberitahu kepada mereka supaya menghentikan pertelingkahan dan menasihati Syed Husin supaya berehat dan Azmin untuk bersabar.

"Penat sgt tu. Sabar la jika x dpt jd MB. Lain kali cube lg," katanya di Twitter.

@eddyquay berkata tindakan Azmin perlu dibiarkan kerana adalah hak beliau untuk membuat sebarang komen.

Seorang lagi, @PakcikJoe memberitahu Azmin dan Syed Husin supaya bertenang.

"Relax la ... rakyat br nak Bersatu yg korang Dok berebut Jawatan ni dah kenape? PTT la x Menang persekutuan.

[AKHLAK ARTIS] Lana Nordin MAKI Peminat Nasihatkan Dia JANGAN SEKSI

Posted: 12 May 2013 12:20 AM PDT




Ikuti kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh pelakon, Lana Nordin di akaun Instagram-nya.

Komen seorang peminat terhadap sekeping gambarnya di Instagram telah menyebabkan selebriti ini tersinggung lantas menyebabkan dia membalas dengan respon yang keras dan biadap. Malah komen beliau agak melampau kerana turut mempersoalkan wanita yang bertudung.  Isu ini telah berlaku sekitar 3 minggu lepas.

Berikut adalah komen yang dihantar oleh peminat tersebut kepada Lana :

Screen Shot 2013-05-07 at 12.22.19 PM

Lana kemudian membalas komen tersebut dengan menyatakan dirinya tidak perlu hipokrit dalam kehidupan sehariannya.

Screen Shot 2013-05-07 at 12.18.00 PM

Tak cukup disitu, Lana turut melahirkan perasaan geram dan mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu membuang masa dengan mengambil tahu atau mengumpat hal orang lain disekelilingnya.


Screen Shot 2013-05-07 at 12.18.10 PM
Maria Farida
Lana bersama pelakon jelita, Maria Farida.

[BUNUH] Lelaki Berusia 56 Tahun Ditahan Berhubung Kes Bunuh Timbalan KP Kastam

Posted: 11 May 2013 10:41 PM PDT


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki pada Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 26 April lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata suspek berusia 56 tahun itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor kira-kira 8.30 pagi.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan Ahad.

Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira 8.15 pagi.

Dalam perkembangan lain, dua lelaki berusia lingkungan 35 dan 40 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes tembak mati seorang lelaki di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras, 26 April lepas.

"Suspek direman sehingga Rabu ini," katanya.

Mangsa R. Karikaalan, 29, mati ditembak setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki menaiki sebuah motosikal di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, ibunya yang berusia 60 tahun turut cedera di lengan kanan.

[VIDEO] KECOH Pengundi BN Tuntut Wang PENGUNDI LUAR

Posted: 11 May 2013 08:11 PM PDT

Wanita dalam rakaman ini (kiri) cuba melakukan provokasi hanya untuk mendapatkan wang pengundi luar.
BALING - Umno Bahagian Baling tampil menjelaskan isu video kononnya Umno Baling membeli pengundi yang tersebar secara meluas di laman sosial.

Video berdurasi 1 minit 20 saat itu dirakamkan di Pejabat Barisan Nasional (BN) oleh pihak  tertentu yang dipercayai bertujuan untuk menjatuhkan imej BN.

Video itu memuatkan perlakuan seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang meminta wang dalam keadaan marah kepada kakitangan Pejabat BN yang bertugas.

Wanita itu turut bertegas berhak mendapat wang terbabit kerana dia merupakan pengundi luar dan mendakwa dia telah menyokong BN bagi kerusi Dun dan Parlimen.

Kenyataan itu disalah anggap oleh banyak pihak yang mendakwa BN membeli pengundi semasa hari pengundian 5 Mei lalu.

Namun begitu, kenyataan yang disiarkan Umno Bahagian Baling juga menerusi laman sosial menegaskan wang tersebut bukan bertujuan membeli pengundi, sebaliknya adalah bayaran kepada penyokong BN bagi menampung kos perjalanan mereka untuk balik mengundi.

Wang terbabit juga diberikan selepas hari pengundian bukan sebelum tempoh pengundi dan mereka yang menerima wang itu adalah mereka yang tinggal luar daerah ini.

Wanita tersebut juga turut membuat provokasi sama di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lubuk, Kabu, Kuala Pegang.

Siasatan mendapati, wanita itu bukan merupakan pengundi BN dan dia menerima wang pengundi luar sebanyak dua kali iaitu di Pejabat BN dan juga di PDM.

Terdapat dakwaan mengatakan wang pengundi luar dipotong dari RM400 kepada jumlah yang rendah.

Dakwaan ini sememangnya tidak benar kerana wang untuk pengundi luar berbeza mengikut jarak dan kos perjalanan mereka iaitu dari RM30 sehingga RM200.

[LAPOR POLIS] Penipuan Membeli UNDI di Pulau Pinang

Posted: 11 May 2013 08:06 PM PDT

Tze Tzin menunjukkan baucar yang diterima pengadu.

Tze Tzin (kiri) dan Abdul Halim (kanan) bersama kesemua hampir 200 pengadu menunggu dihadapan premis seperti yang dijanjikan pihak bertanggungjawab di Sungai Dua kelmarin.
GEORGETOWN - Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah menerima aduan orang ramai yang didakwa ditipu pihak tidak bertanggungjawab berhubung dakwaan ditawarkan wang tunai sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Laporan itu dibuat Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin bersama calon  PKR Dun Teluk Bahang, Datuk Abdul Halim Hussain yang menerima aduan daripada lebih 200 pengadu yang dilihat beratur di sebuah premis di Sungai Dua di sini, tengah hari kelmarin untuk menuntut wang tunai seperti yang dijanjikan kepada mereka.

Tze Tzin berkata, beliau yang menerima aduan itu bergegas ke premis berkenaan dan berjumpa sendiri dengan semua pengadu terbabit bagi mengetahui perkara sebenar.

"Mereka mendakwa, telah dihubungi seorang individu yang tidak dikenali yang memaklumkan supaya mereka boleh menuntut habuan yang dijanjikan sebelum ini di sebuah premis di Sungai Dua bermula semalam (kelmarin) hingga Ahad (hari ini), antara jam 11 pagi hingga 8 malam.


"Kesemua yang menerima panggilan serta sistem pesanan ringkas (sms) berpusu-pusu ke premis berkenaan untuk menuntut habuan mereka iaitu wang tunai," katanya. ketika menghubungi Sinar Harian kelmarin.

Lebih mengejutkan, ada juga daripada mereka mendakwa diminta oleh seorang Adun berbuat demikian.

Tze Tzin berkata, selepas menerima aduan daripada kesemua pengadu di situ, beliau bersama Abdul Halim kemudiannya bergegas ke Balai Polis Sungai Nibong untuk membuat laporan polis sebelum ke SPR negeri.

"Selepas berbual dengan mereka, saya merasakan ada yang tidak kena dengan perkara itu. Saya kemudiannya membuat satu laporan polis dan SPR. Laporan di SPR, ia dibuat kepada Timbalan Pengarah II, Rizal Kamis untuk diambil tindakan.

"Saya berharap agar polis dan SPR membuat siasatan menyeluruh, profesional serta adil. Saya juga berharap agar kes ini akan dibawa ke perhatian Pengarah SPR kerana ia dianggap serius. Saya menyifatkan ia perbuatan membeli undi," katanya.

Sementara itu, Rizal berkata, beliau akan meluluskan aduan itu dan akan menyerahkan kepada ibu pejabat sebelum membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya.

Tze Tzin berkata, jika benar perkara itu berlaku, beliau mengharapkan agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan berikutan ia menjadikan pilihan raya pada kali ini tidak bersih seperti yang diharapkan.

"Jika didapati ia satu perbuatan yang menyalahi undang-undang, saya kesal kerana ia seolah-olah membenarkan orang yang berduit dan kaya raya membeli undi rakyat semata-mata untuk kemenangan calon mereka.

"Jika ia terbukti benar ada unsur politik wang, ia satu perbuatan serius kerana ia melibatkan keputusan pilihan raya. Kita akan buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin ini (esok) untuk siasatan lanjut kerana merasakan ia ada hubung kait dengan gejala rasuah," katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung perkara itu dan akan merujuk kes itu kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya.

Pas Pulau Pinang tetap ‘cool’ walaupun tiada kerusi Exco

Posted: 11 May 2013 07:58 PM PDT

GEORGETOWN - Rata-rata kepimpinan tertinggi Pas negeri ini masih 'cool' walaupun tidak mempunyai sebarang kerusi dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng awal-awal lagi sudah menjanjikan kerusi Exco kepada Pas sekiranya berjaya mendapatkan tiga hingga empat kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setelah gagal dengan misi berkenaan, dan hanya berjaya mendapat satu kerusi, janji berkenaan tidak dapat dikotakan.

"Jadi kami akur kerana ini kelemahan Pas sendiri kerana tidak mendapat sebarang kerusi. Takkanlah kita nak 'demand'.

"Apa pun yang penting kita perlu perbaiki kelemahan ini dan akan memantapkan barisan exco walaupun tiada tanggungjawab dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)," katanya kepada Sinar Harian.

Namun, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, Guan Eng sepatutnya memberi jawatan Exco Agama kepada Mohd Salleh Man yang memenangi kerusi Dun Permatang Pasir bagi membuktikan DAP bukan parti perkauman.

"Saya sendiri melihat Mohd Salleh lebih berkelayakan berbanding beberapa calon PKR beragama Islam yang menang pada PRU13.

"Biarpun berbeza fahaman politik tetapi, jawatan Exco Agama tidak boleh diberi kepada sembarangan orang. Saya rasa calon Pas yang layak memegangnya," katanya

Pas Pulau Pinang sebelum ini membariskan lapan calonnya dalam pertempuran PRU13.

Namun, kemudiannya satu kerusi di Dun Sungai Acheh terpaksa dilepaskan atas dasar tolak ansur ke atas PKR.

Bagaimanapun dari tujuh kerusi berkenaan, hanya kerusi yang dipegang Mohd Salleh di Dun Permatang Pasir sahaja dapat dikekalkan.

Mohd Salleh yang memperoleh majoriti 6,826 undi menewaskan Anuar Faisal Yahaya dari BN.

Sementara itu, enam lagi calon lagi ditewaskan dengan majoriti agak tinggi oleh calon-calon dari BN.

Rosidi Hussain bertanding untuk kerusi Dun Penaga tewas dengan majoriti 1,662 undi, sementara Tasek Gelugor yang diwakili Datuk Seri Abdul Rahman Maidin kalah dengan beza undi sebanyak 3,042.

Di Permatang Berangan, Arshad Md Salleh tewas dengan majoriti 1,621 undi, dan satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi Pas iaitu Kepala Batas turut tewas oleh Afnan Hamim.

Calon yang kalah tipis kali ini termasuklah Asnah Hashim iaitu satu-satunya calon wanita dari Pas yang tewas dengan majoriti 458 undi, sementara di Dun Sungai Dua, Zahidi Mohd tewas hanya berbeza undi 357.

Pada 2008, PRU12 turut menyaksikan tujuh kerusi ditandingi Pas Pulau Pinang, namun hanya kerusi Dun Permatang Pasir berjaya dirampas.

Mohd Salleh berkata, ia bukan alasan kepada Pas untuk tidak turut sama membangunkan negeri ini walaupun tidak mendapat sebarang jawatan.

Tegasnya, kerjasama yang diberikan dari akar umbi kepada barisan kepimpinan atasan amat diperlukan.

"Tidak semestinya kita jadi yang lebih tinggi maka kita baru dapat membantu masyarakat, ia salah. Tidak kira siapa pun kita, yang penting ialah tanggungjawab untuk membantu mesti ada dalam diri," katanya.

Beliau juga mengakui masih akan memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada tahun ini.

"Sudah tentu melalui jawatan saya ini, pelbagai isu mengenai umat Islam khasnya akan dibantu dan saya bersedia menggalas tanggungjawab ini," katanya.
 

[GAMBAR] Ahad 12 Mei, Wacana Kepimpinan Survival Ummah

Posted: 11 May 2013 07:55 PM PDT


Laporan oleh Utusan Online mengenai Wacana Kepimpinan Survival Ummah yang diadakan di Tingkat 6, Hotel Primiera, Bangunan Mara Baru, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ahli panel terdiri Tokoh Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abdul Rahman Arshad; bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Nasharuddin Mat Isa; dan bekas Hakim, Datuk Mohd Noor Abdullah, manakala Datuk Dr. Kamaruddin Kacha akan bertindak sebagai moderator


Wacana ini bagi mengambil iktibar dari Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu. Hasil wacana akan diserahkan kepada pihak berwajib termasuk Perdana Menteri. Resolusi akan dijadi pegangan untuk gerakan di seluruh negara.

Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad dijemput untuk menerangkan bagaimana menyatu padukan Melayu dari sudut pendidikan.



Tan Sri menyatakan ada berapa perkara penting berikutan PRU-13, pertama tidak ada perpaduan antara Melayu, ke dua perkauman semakin tebal.

Dahulu banyak agenda perpaduan dibuat, tapi makin jelas makin tidak tercapai, makin tebal perkauman, ini berlaku di banyak tempat.

Kita lihat banyak tempat bahawa bahasa menjadi faktor penyatuan, di Indonesia misalnya tidak kurang 26 bahasa, penutur paling ramai adalah Jawa, tapi Sukarno memilih bahasa Nusantara, bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia.


Di Filipina ada 4 bahasa besar tetapi dipilih bahasa Tagalog. Begitu juga di Thailand, kerajaannya mensyaratkan semua guru wajib lulus bahasa Thai, sekolah tidak guna bahasa Thai hanya boleh beroperasi waktu petang. Menyebabkan hanya bahasa Thai digunakan.

Sekolah vernakular di Malaysia berkembang lebih maju, maka sekarang hanya 10 peratus bukan Melayu di sekolah kebangsaan, yang lainnya di sekolah vernakular. Jelas bahawa perkauman berkembang dengan luas, ia diteruskan dengan skolah menengah swasta yang memfokus sekolah bahasa jenis kebangsaan.

Pendidikan dahulunya divide, sekarang jika dikatakan begitu ia akan dianggap tuduhan, kalau kita benarkan lagi sekolah seperti ini jangan mengharapkan untuk bercakap mengenai perpaduan,

Harus kita laksanakan sistem satu persekolahan. 


Mengenai bahasa Inggeris, kita akan melahirkan kumpulan masyarakat yang berlainan, kita balik kepada bahasa Melayu, bukan sahaja memperjuangkan bahasa rasmi yang dipilih.

Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas hakim Mahkamah Rayuan pula menyatakan bahawa pengkianatan orang Cina terhadap setia kawan orang Melayu adalah benar. Mereka merancang merampas kuasa politik selepas merampas kuasa ekonomi,

Bagi orang Melayu, pantang larangnya adalah jangan kianati orang Melayu, kerana orang Melayu akan membalas dan dendam kesumatnya tidak sudah-sudah.

Saya menyeru orang Melayu jihad Perlembangaan Persekutuan.


Pejuangan pertama hapuskan istilah Melayu, India, Cina dan lain-lain. Siapakah lain-lain? Layakkah mereka diletakkan dicorot? Salah. Saya menyeru, istilah yang memecah belah isitilah perkauman dihapuskan, kerana dalam Perlembangaan tidak menyebut Melayu, Cina, India.

Kenapa kita iktiraf yang tidak ada?

Yang ada dalam Pelembagaan menyebut Orang Asli, mereka sepupu orang Melayu, ke-dua yang diktiraf adalah orang Melayu ini termasuk keturunan Melayu yang khawin dengan bukan Melayu dianggap sebagai Melayu, ke-3 yang disebut dalam Perlembagaan adalah Bumiputera

Sepatutnya ada satu sekolah aliran sahaja, hapuskan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah ini tidak diktiraf oleh Perlembagaan, Ia memecah belahkan rakyat. Patut sekarang ada sekolah rendah kerajaan, sekolah menengah kerajaan, sjk yang ada sekarang ini ubah kepada sekolah kerajaan. Semua pelajar belajar di bilik darjah yang sama, makan di kantin yang sama, bermain di padang sekolah yang sama. Barulah boleh mengeratkan intergrasi nasional.

Yang tidak setuju dengan satu sekolah adalah anti nasional. Kita berjihad memperkasakan Perlembagaan. Seandainya ada yang membantah dapatkan perintah mahkamah bahawa sekolah jenis kebangsaan ini tidak sah dalam Perlembagaan. Dana negara dan negeri dibelanjakan kepada sekolah jenis kebangsaan tidak ada dalam Pelembangan. Ia dicatatkan dalam perlembangan.

Membantu sekolah agama, ada disebut dalam Perlembangaan.

Orang Melayu bila dikianati, orang Cina harus menerima padahnya, mereka sudah ada kuasa ekonomi, kuasa politik juga mahu dilondeh.

Tanah rezab Melayu ada disebut dalam Perlembagaan, MB dan exco boleh mengistiharkan tanah rizab Melayu, ia hendaklah diisitiharkan di kawasan-kawasan bandar, bukan sahaja untuk rumah tapi kawasan ekonomi.

Orang Melayu harus berhijrah di kawasan bandar untuk memilikinya. Isitiharkan tanah rizab Melayu untuk bertani dan menternak, bukan setakat 5 ekar, bagi orang Melayu buat kuari.

Tanah rizab ini perlu disusun semula untuk majoriti Melayu supaya menjamin kawasan itu kawasan hijau bagi PRU-13.

Fasa 153 kita masih memiliki 20 partus kekayaan negara, susun semula agar kekayaan negeri 67 peratus dalam tiga bidang.Daripada hari ini seeloknya segala perniagaan 67 peratus ambil sahaja. Apa-apa sahaja perniagaan, minta lesen dapat, mudah. Kenapa nak nilai dan pertimbangkan lagi? Tak perlu tunggu, dalam apa segala perniagaan. Dari peringkat pengeluaran sehingga down streem ditentukan oleh Melayu.

Jangan ada rasa iri hati dengan sesama saudara seperti Cina Islam, India Muslim, bila ramai dapat 2/3 majoriti perlu ramaikan orang Melayu. Galakan perkahwinan Melayu dengan bangsa lain.

[CINA TERTIPU] Anwar & Kit Siang TIDAK MAMPU HAPUSKAN hak Melayu dan Bumiputera?

Posted: 11 May 2013 07:06 PM PDT


PADANG RENGAS 11 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana amat kecewa setelah gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Anwar dan Kit Siang begitu yakin pakatan pembangkang mampu menubuhkan Kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum lalu kerana mempunyai kerjasama serta sumber kewangan kukuh selain sokongan pihak luar.

Katanya, berbanding 2008, pembangkang dalam pilihan raya umum lalu bertanding dengan sokongan kewangan dari empat negeri termasuk dua negeri yang kaya iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

"Jadi, betullah dia (pembangkang) kata PRU-13 adalah ibu kepada segala pilihan raya umum. Tengok-tengok tidak menang, maka kecewalah.

"Anwar boleh terus kecewa sebab lima tahun lagi umur dia sudah 71 tahun. Sama juga dengan Kit Siang kerana hendak ambil Putrajaya sudah jadi perkara mustahil," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran meraikan kemenangan BN di Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya tindakan Anwar dan Kit Siang mempertikai BN masih menjadi kerajaan sedangkan pakatan pembangkang menang undi popular, Mohamed Nazri berkata, mereka sepatutnya sudah faham sistem pilihan raya di negara ini.

Katanya, berdasarkan sistem pilihan raya di negara ini, kemenangan dikira berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti yang bertanding.

"Kamu sudah masuk bertanding dan sudah tahu peraturan permainan itu, tetapi apabila keputusan keluar, kamu hendak tukar. Ini saya beritahu, rumah siap, pahat masih berbunyi.

"Dua Ahli Parlimen ini 'gila' hendak jadi Perdana Menteri dan menteri. Bercita-cita sangat dan apabila tidak menang, mereka cari alasan," katanya.

Menurut beliau, pembangkang sebenarnya hipokrit kerana dalam masa sama menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang dan Kelantan.

"Di sini tidak setuju dengan keputusan tetapi di sana berebut hendak jadi Menteri Besar Selangor. Di Pulau Pinang dan Kelantan sudah ada kerajaan.

"Orang dia (Anwar) sudah setuju. Orang Selangor pun sudah hantar nama (Menteri Besar) tetapi (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat), Azmin Ali baru sedar nama sudah dihantar. Maknanya, dia setuju keputusan pilihan raya," katanya.

Sementara itu, kata Mohamed Nazri, pengundi Cina silap pertimbangan selepas memberi sokongan mutlak kepada pakatan pembangkang dalam PRU-13 kerana beranggapan hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera akan dihapuskan sekiranya kerajaan BN berjaya ditumbangkan.

Kata beliau, pengundi Cina tertipu kerana sama ada BN atau pembangkang menjadi kerajaan, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam tetap tidak akan dipinda.

Beliau yakin semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu serta Islam dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sanggup menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya kira kalau Anwar menjadi Perdana Menteri pun, ingat dia berani hendak hapuskan hak Melayu dan bumiputera?

"Saya hendak tanya dia, Anwar, kalau 'hang' tubuh kerajaan, 'hang' berani hendak hapuskan hak orang Melayu? Saya hendak tanya Abdul Hadi dan Mahfuz Omar, kalau mereka tubuh kerajaan, berani tak hapuskan (hak Melayu)," katanya.

Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, sekiranya Anwar dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sanggup berbuat demikian, mereka perlu memulakannya di Selangor dengan membuang segala peruntukan berkaitan kepentingan Melayu dan bumiputera serta Islam dalam Perlembagaan negeri itu.

Menurut beliau, sudah jelas walaupun pakatan pembangkang boleh menubuhkan kerajaan dan meminda Perlembagaan, ahli Parlimen dan ADUN Melayu serta Islam dalam Pas dan PKR tidak berani menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam.

"Bagi masyarakat Cina, mereka tertipu dan hanya mengejar pelangi. Siapa sahaja menjadi kerajaan, hak istimewa Melayu dan bumiputera serta kedudukan agama Islam tidak akan dipinda oleh sesiapa termasuk pakatan pembangkang," katanya.

Mohamed Nazri berkata, pengundi Cina menolak BN kerana merasakan kerajaan tidak ikhlas melaksana konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Sedangkan, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal lagi menegaskan konsep 1Malaysia itu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang mempertahan golongan bumiputera dan Melayu tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.

[DEMO PERTIKAI KEPUTUSAN PRU13] Umno cabar MP Pakatan tidak angkat sumpah di DEWAN RAKYAT

Posted: 11 May 2013 05:16 PM PDT


PONTIAN - Seramai 89 pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang menang kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umno ke-13 (PRU13) dicabar supaya tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, cabaran itu dilontarkan kerana tindakan pemimpin PR yang terus mencetuskan provokasi bagi mempertikai keputusan PRU13 termasuklah mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus dan adil.

"Pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti sudah tahu tentang undang-undang. Jika ada tidak berpuas hati atau berasa ada penipuan berlaku ketika pilihan raya umum lalu, mereka (pembangkang) boleh mengadakan bantahan secara terus kepada SPR.

"Tetapi, apa berlaku sebaliknya. Mereka tidak buat bantahan, sebaliknya melakukan perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor pada Rabu lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Jom Celik Minda Merentasi Dunia Maya di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Permatang Sepam, Benut, di sini.

Ahmad turut menzahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang menerima kemenangan seperti di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tanpa sebarang pertikaian.

"Pentadbiran Pas di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang terus membentuk kerajaan negeri dengan melantik exco mereka setelah beberapa hari mendapat mandat. Pembangkang sebenarnya mengamalkan 'double standard' kerana terus mempertikaikan kemenangan BN, tetapi dalam masa yang sama mengiktiraf kemenangan di negeri-negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor," katanya.

[GAMBAR] Guna TEKNIK Superimpose TERKINI

Posted: 11 May 2013 06:01 AM PDT









[INSAFI DIRI] Koh Tsu Koon letak jawatan, Gerakan tak sertai kabinet

Posted: 11 May 2013 05:41 AM PDT


Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan beliau dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow meletak jawatan minggu depan.

Selepas mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan pemimpin Gerakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata, mereka membuat keputusan untuk bertanggungjawab terhadap prestasi hambar Gerakan dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Presiden Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan Jun, apabila proses pemilihan parti bermula.

Koh berkata Gerakan, seperti MCA, tidak akan mernima sebarang jawatan kabinet peringkat pusat, tetapi akan menerima jawatan di peringkat negeri.
Koh akan meletakkan jawatan secara rasmi pada 16 Mei manakala Teng pula pada pada 11 Mei.

Beliau berkata, pemilihan peringkat cawangan Gerakan akan bermula akhir bulan Jun manakala pemilihan peringkat pusat pada 26 Oktober.

Selain mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan Gerakan, Koh berkata peletakan jawatannya adalah satu keputusan yang dibuat untuk membuka jalan kepada pemimpin baru dan preoses "pembaharuan" dalam parti.

"Saya akan terus menyokong dan berkhidmat kepada parti dengan memberi nasihat dan idea jika dan apabila diperlukan.

"Saya juga merancang untuk menyumbang kepada program latihan Gerakan untuk ahli-ahli parti," katanya.

[PR TIDAK ADIL] BN & Utusan juga ada hak persoal orang Cina

Posted: 11 May 2013 05:30 AM PDT


TIBA-TIBA pemimpin pakatan pembangkang dan para penyokong mereka pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) begitu mengambil berat tentang apa yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Sedangkan, tanpa berselindung umum telah mengetahui selama ini, pakatan pembangkang memboikot, menghentam, mencaci, memaki, memberi nama-nama panggilan menghina dan terus-menerus memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.

Natijah daripada taktik mereka itu selama ini ada dua. Pertama, semata-mata supaya rakyat terpengaruh dengan dakyah jijik mereka untuk tidak mempercayai Utusan Malaysia walaupun berita dilaporkan benar dan betul.

Kedua, mereka mahu paksa Utusan Malaysia menutup mulut, mendiamkan diri dan ketakutan untuk mengkritik serta membongkar segala penipuan mereka.

Taktik dan agenda mereka sejak sekian lama itu tidak ubah seperti apa berlaku di sebuah negara jiran. 

Akhbar-akhbar disaman ratusan juta dolar, sehingga akhirnya semua akhbar dan media di negara itu diam seribu bahasa, tiada lagi kebebasan bersuara.

Selasa lalu, dengan tajuk Utusan Malaysia, Apa lagi Cina mahu? sebagai mengupas tsunami undi Cina yang memihak kepada DAP dalam PRU-13, pemimpin cauvinis pembangkang nampaknya seperti cacing kepanasan.

Semudah mereka menabur fitnah kepada kerajaan selama ini, semudah mereka mencerca serta melabel itu dan ini kepada Utusan Malaysia dan media arus perdana lain, maka semudah itu juga lidah tak bertulang mereka menuduh Utusan Malaysia rasis.

Renungkan sejenak. Akhbar Utusan Malaysia yang selama ini kononnya tidak boleh dipercayai oleh mereka, tiba-tiba mereka sendiri kembali mempercayainya. Rupa-rupanya Utusan Malaysia sangat mengesankan buat mereka!

Mereka menguar-uarkan kepada penyokong dengan pelbagai kenyataan menghentam Utusan Malaysia. Respons mereka itu sangat pelik dan menghairankan. Mereka memberi reaksi pantas terhadap akhbar yang dilabel macam-macam terutama yang 'tidak dipercayai' itu.

Reaksi terbaru pembangkang kepada Utusan Malaysia itu mengingatkan penulis kepada kata-kata seorang pemimpin tinggi kerajaan ketika ditemui di Putrajaya beberapa bulan lalu.

Kata beliau:
""... percayalah, realitinya, mereka (pembangkang) hentam Utusan Malaysia, boikot Utusan Malaysia, saman Utusan Malaysia hanya kerana satu sebab. Sebabnya Utusan Malaysia sangat berpengaruh di seluruh negara terutama dalam kalangan orang Melayu. Ya, sangat berpengaruh.

""Disebabkan pengaruh besar dan kuat Utusan Malaysia itulah, mereka sangat takut kepada Utusan Malaysia, mereka buat macam-macam supaya Utusan Malaysia tutup mulut, akhirnya nanti dapat menamatkan ketakutan mereka.

""Secara psikologinya, mana mungkin mereka buat macam-macam kalau Utusan Malaysia tak berpengaruh. Banyak akhbar yang hentam pembangkang terang-terang tapi mereka tak ambil kisah. Sebab apa? Sebab pengaruh akhbar-akhbar tersebut tak sekuat dan sehebat Utusan Malaysia, jadi mereka tak takut akhbar lain.

""Perjuangan Utusan Malaysia sejak 1939 di landasan yang betul dan benar. Teruskan berjuang untuk bangsa, agama dan negara."

Berbalik kepada isu pokok, laporan muka depan Utusan Malaysia jelas disensasi, dimanipulasi secara tidak beretika serta dibaca secara salah oleh media bukan Melayu dan pemimpin cauvinis pembangkang.

Kenapa penulis kata begitu? Pertama, tajuk Apa lagi Cina mahu? itu sendiri satu soalan atau pertanyaan. Ia langsung tidak berunsur atau tidak melambangkan rasis, kecuali tajuk itu ditambah "... daripada orang Melayu?" di hujungnya.

Bukan media Cina atau pemimpin pembangkang tidak faham apa itu rasis. Mereka juga sedar tajuk itu secara akademiknya tidak melambangkan unsur rasis.

Kecualilah kalau memang mana-mana individu terutama para cauvinis tersebut sudah mematikan pintu hati, akal dan fikirannya sejak dulu untuk mengatakan rasis kepada apa sahaja pandangan jika ia datang daripada pihak yang tidak sealiran mereka.

Melabel orang itu dan ini atau pihak itu dan ini rasis sangat mudah. Takkan menyebut atau menulis perkataan Cina atau huruf C.I.N.A itu pun dianggap rasis? Kalau begitu banyak borang, dokumen, risalah dan bahan bertulis yang perlu dibuang atau dipadam kerana rasis. Nama sekolah Cina pun perlu ditukar kerana tulisan itu rasis.
 
Untuk merasionalkan pandangan songsang pembangkang, di media-media sosial, mereka sengaja tampilkan pendapat ahli akademik yang sealiran mereka untuk menyokong fahaman bahawa Utusan Malaysia rasis. Sudah tentu pendapat mereka bias, memihak kepada pembangkang.

Hakikatnya, Utusan Malaysia dalam berita penuh berkaitan di muka 6 (7 Mei lalu), jelas dan terang ia mempersoal tindakan pihak pembangkang terutama para cauvinis itu yang enggan menerima kekalahan dalam PRU-13 sebaliknya merancang malah telah pun memulakan gerakan memprotes keputusan pilihan raya umum itu.

Laporan itu secara adil mengakui, bahawa undi Cina sudah diberi kepada DAP yang memenangi 38 kerusi dalam PRU-13, jadi apa lagi orang Cina mahu sehingga merancang protes termasuk silent walk untuk membangkitkan rasa tidak senang rakyat.

Malahan, dalam laman Facebook dan Twitter pelbagai kenyataan provokasi dilakukan berhubung protes terhadap keputusan PRU-13. Laporan berita itu juga menyatakan bahawa tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan. Jadi, tidakkah berita itu bersifat adil dalam persoalan yang diutarakan?

Selain itu, selain Utusan Malaysia, Barisan Nasional (BN) juga memang wajar membangkitkan tsunami undi Cina kepada DAP. Ini kerana, setelah pelbagai usaha dilakukan BN untuk memenangi hati orang Cina di Malaysia dengan pelbagai keistimewaan dan projek-projek, akhirnya mereka tidak hargai langsung jasa dan budi BN itu.

Jadi, BN memang berhak malah selayaknya mempersoalkan orang Cina. Ini bukan soal rasis atau tidak rasis. Tetapi ini soal hala tuju dan kelangsungan perjuangan politik BN selepas ini.

Kalau memang orang Cina tidak mahu mengundi BN, apa justifikasi bagi BN sebagai sebuah parti politik untuk terus membela orang Cina secara habis-habisan berbanding kaum lain yang menyokong parti itu?

Pasca PRU-13 ini, BN ternyata tidak mendapat undi Cina, ia beralih sebahagian besarnya kepada DAP. Oleh itu, secara hakikinya, BN berhak mengatakan bahawa sepanjang penggal ini, biarlah DAP yang meneruskan perjuangan membela orang Cina kerana kaum itu terang-terang menolak BN.

Adakah salah untuk BN berkata begitu? Penulis fikir tidak salah untuk Utusan Malaysia mahupun BN berkata begitu, kerana hakikatnya orang Cina telah menolak BN, itu fakta yang tidak boleh dinafikan.

Manifesto atau aku janji BN yang dilancarkan sebelum PRU-13 mempunyai prasyarat iaitu kalau BN diundi dan diberi mandat. Nampaknya, orang Cina tidak memberi undi dan tidak memberi mandat kepada BN, jadi apakah risikonya? Sama-sama kita jawab sendiri.

Seperti mana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini, sesiapa yang dikenal pasti tidak mengundi atau menyokong pakatan pembangkang, telah dipinggirkan daripada bantuan atau projek-projek kerajaan negeri. Mereka yang memulakan politik balas dendam.

Bagaimanapun, sebagai parti yang sangat matang, berpengalaman dan penuh pertimbangan kewajaran, BN sudah pasti tidak melatah atau emosional untuk melupakan kaum lain selain Melayu yang memberi sokongan padu kepadanya dalam PRU-13. Sejarah membuktikan, BN tidak pernah mengamalkan politik dendam.

Kesimpulannya, dalam membincangkan secara mikro dan intrinsik, atau makro dan ekstrinsik yakni sedalam-dalamnya punca-punca kemerosotan undi kepada BN, sama ada oleh Utusan Malaysia mahupun BN sendiri, sudah pasti ia menemukan faktor penolakan orang Cina. Jadi, akan timbul soalan kenapa BN ditolak? Adakah soalan itu rasis?

Bebaskanlah pemikiran sempit yang melihat setiap perkara sebagai rasis, jangan terlalu terikut-ikut cauvinis kaum tertentu yang nyata rasis dan mudah tersentak lalu mengatakan orang lain rasis. Utusan Malaysia punya hak, BN juga selayaknya bersuara.

(Penulis adalah Pengarang Berita Khas Utusan Malaysia)

[TERKINI 11 Mei, TAHNIAH] MCA tetap enggan terima jawatan dalam kerajaan & Dr Chua Akan Berundur Selepas Hal Ehwal Parti Teratur

Posted: 11 May 2013 04:55 AM PDT


Chua Soi Lek (tengah) ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - MCA tetap dengan pendirian enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri berikutan prestasi buruknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Parti akan mematuhi resolusi yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan 2011 dan 2012 bahawa MCA akan menolak semua jawatan dalam kerajaan, jika prestasinya lebih teruk pada PRU13.

"Saya ingin menekankan bahawa keputusan itu (untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan) bukan datang daripada saya atau (timbalan presiden) Datuk Seri Liow Tiong Lai, atau mana-mana badan. Ia daripada EGM yang diluluskan sebulat suara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di Wisma MCA hari ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga akan meletakkan jawatan apabila beliau telah menyusun beberapa perkara dalam parti secara teratur.


"Saya tidak akan pergi (letak jawatan) hanya kerana beberapa orang meminta saya untuk berundur. Majoriti di kalangan ahli meminta saya kekal sebagai presiden parti.

"Sebagai presiden, saya akan memikul tanggungjawab terhadap keputusan PRU-13. Terdapat banyak hal yang perlu diatasi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA pada Sabtu.

Dr Chua berkata, majoriti ahli mahu beliau supaya kekal dalam parti itu.

MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya pada PRU13, menyebabkan ia diberi gelaran memalukan 'seven-11 party' atau parti tujuh-11.

Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun.

Chua berkata keputusan drastik itu juga bagi menghormati keputusan pengundi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyedarinya.

Ditanya sama ada MCA akan mempertimbang untuk menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika ditawar oleh Perdana Menteri, beliau akan menjawab soalan itu selepas Perdana Menteri membuat keputusan dan mengumumkannya.

Sementara itu, Chua menafikan khabar angin bahawa banyak pusat khidmat MCA ditutup, dan berkata anggota parti berkenaan hanya ingin berehat selepas menjalani tempoh berpolitik yang lama selain kempen pilihan raya yang sengit.

"Tidak benar pusat berkenaan sudah ditutup... Saya fikir kami memahami hala tuju kami amat jelas iaitu akan terus menjadi pusat yang berorientasikan perkhidmatan, bukan seperti DAP yang tidak mempunyai satupun pusat khidmat masyarakat," katanya.

Beliau berkata banyak pusat berkenaan ditutup buat sementara waktu bagi menyesuaikan diri dengan senario politik yang baru.

"Sebagai contoh, sesetengah pusat dipanggil Pusat Khidmat Wakil Rakyat, namun kini mereka perlu menukar papan tanda kerana tidak lagi menjadi wakil rakyat.

"Rakyat harus menyoal DAP mengapa mereka tidak mempunyai pusat khidmat masyarakat. Mengapa mereka perlu bising apabila pusat khidmat MCA ditutup beberapa hari. Ini menunjukkan mereka masih memerlukan khidmat MCA," katanya
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...