CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[U-TURN AZLAN] Komen Haron Din Pada 9 Mac, APA KATA BELIAU SEKARANG?

Posted: 01 May 2013 01:52 AM PDT


Berikut adalah Komen Dr. Haron Din pada 9 Mac 2013 selepas Azlan buat pengakuan pada 8 Mac lalu, cepat juga respon beliau, sekarang apa pulak kata beliau agaknya?

Kesian Haron Din, secerdik beliau pun masih boleh diperbodohkan oleh Anwar.

Harakah: Pendedahan Azlan, apa kata Dr Haron Din

9 Mac 2013, SHAH ALAM: Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.

"Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.

"Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan," kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk 'Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?' malam tadi.

Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

"Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

"Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah," ujar Dr Haron.

[GEMPAR] Kes liwat: Azlan tarik balik kenyataan 8 Mac, minta maaf kepada Saiful

Posted: 01 May 2013 01:43 AM PDT

Bapa Saiful Bukhari ketika membuat kenyataan tergempar menarik balik kenyataannya yang mengatakan anaknya dipergunakan pihak tertentu

KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.

Azlan dalam sidang akhbar yang diadakan di salah sebuah hotel di Balakong di sini hari ini berkata, beliau juga mengumumkan keluar daripada menjadi ahli parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa mulai hari ini.

Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.

Kenyataan bertulis Azlan Mohd Lazim, bapa Mohd. Saiful Bukhari

Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.

"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya juga ingin menarik balik permohonan maaf saya kepada Datuk Seri Anwar dan keluarga beliau," katanya yang turut memohon maaf kepada seluruh ahli keluarganya terutama kepada anaknya, Mohd. Saiful Bukhari, yang telah dikhianatinya ekoran tindakannnya yang terdahulu.

Beliau juga berkata, pernah melakukan sumpah laknat bersama anaknya di masjid dan berharap dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau hari ini, pengakuan ini dapat menyelesaikan segala kekeliruan yang telah timbul ekoran kenyataan beliau termasuk di majlis-majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sg. Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu.


AZLAN: Secara rasmi ingin keluar jadi ahli PKR serta merta dan tak mahu jadi ahli mana mana parti.

Mohon maaf kepada anak Saiful Bahri. Sedar sya khianati anak sendiri. Sebagai bapa tak boleh khianati anak dan langgar sumpah. Saya hanya takut kepada Tuhan bukan manusia.
 

Saya sedar sendiri dan telah lakukan kesilapan besar khianati anak sendiri.

Sebagai manusia biasa, saya terpengaruh dengan beberapa pihak. Buat keputusan sebegitu rupa pada 8 Mac. Tidak tiimbul soal ganjaran. Tak terlajak.

Hubungan baik dengan anak. Tak bawa Saiful hari ini. Terpulang kepada Saiful untuk buat sidang akhbar lain. Saiful tahu saya buat sidang akhbar hari ini.


Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orabg sekeliling.

Kenyataan saya adalah atas keinsafan diri saya. Saya lega dan tidak terkongkong dengan mana mana pihak.


Terserah pada Allah... Tidak fikir soal keselamatan diri dan tak perlu buat laporan polis untuk perlindungan. Saya tidak emosional. Bertindak cara rasional.

Setakat ini sahaja kenyataan saya pada hari ini. Sekali lagi saya menegaskan keputusan saya mengadakan sidang akhbar ini adalah atas kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh oleh sesiapa atau dipengaruhi mahupun dipujuk oleh sesiapa. 

[TERBONGKAR] VIDEO Pembakar Semangat GEREJA Jerusalem kepada PAKATAN RAKYAT

Posted: 01 May 2013 12:19 AM PDT



Video pembakar semangat yang ditujukan khas kepada Pakatan Rakyat oleh pihak gereja Jerusalem di Israel terus menjadi perbualan rakyat. Akibatnya, jenuhlah penceramah-penceramah PR menepisnya dengan berbagai alasan konon diedit atau dan 'dicipta' oleh UMNO. 

Video tersebut sebenarnya bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk sebahagian kecil pemimpin tertinggi PR saja. Namun, dengan kuasa Allah SWT ia tetap terlepas dan terdedah kepada umum. 

Sudah berpuluh tahun mereka mencuba dari berbagai arah, namun kita kekal sebagai negara yang bebas dan berdaulat dalam ertikata sebenarnya. 

Kita tidak perlu bergantung kepada kuasa besar secara keterlaluan dan kerana itulah kita mampu menghulurkan bantuan kepada Palestin dan saudara-saudara Islam kita yang tertindas. 

Kita juga tidak perlu bertoleransi dengan fahaman-fahaman liberal barat atau melonggarkan undang-undang yang berteraskan agama Islam semata-mata untuk 'diterima' oleh barat. 

Maka kerana itu, Israel amat berdendam dengan Malaysia dan bersungguh-sungguh mendoakan kemenangan PR. 

Bukankah Allah SWT telah mengingatkan bahawa mereka tidak akan senang selagi kita tidak 'bersama' mereka? 

Tidakkah kita musykil dengan seruan mereka di dalam video tersebut turut berbunyi: 'Malaysia bersama mereka'? 

Bukankah segalanya sudah terlalu amat jelas kini? Masihkah kita ingin menafikannya? 

Benar, video tersebut memaparkan sekumpulan Kristian, dan bukan Judaism iaitu agama kaum Yahudi. Namun, sedarlah bahawa kumpulan Zionis ini bergerak dalam berbagai bentuk. 

Bayangkan, berapa ramai sahaja yang mampu ditarik oleh mereka sekiranya mereka bergiat atas nama 'Judaism'? Sudah tentu ramai yang lari jika mereka mendakwahkan agama Judaism. 

Kristian adalah agama yang paling ramai penganutnya selepas Islam dan pertembungan Islam dan Kristian adalah sesuatu yang azali. Memandangkan Islam dan Kristian terlalu dekat dari segi sejarah dan kepercayaan, maka tentulah lebih mudah untuk dikelirukan. 

Memandangkan Injil dibenarkan diubahsuai mengikut keadaan tempat dan zaman, maka ia terdedah luas kepada hasutan syaitan yang membisikkan kesesatan sehingga akhirnya agama itu menjadi sesat sama sekali.

Maka, jelas terdapat satu usaha terancang secara besar-besaran untuk melagakan umat Islam dengan Kristian di samping menerapkan fahaman liberal kepada manusia sejagat? Malaysia adalah bumi yang dilimpahi rahmat kerana Islam telah dirangkum sekali ke dalam perlembagaannya. 

Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar memahami apa itu 'kesederhanaan' iaitu kita tidak terlalu ekstrem dan tidak juga membenarkan kebebasan yang keterlaluan. Malaysia juga berlaku adil kepada bukan Islam. 

Kesemua inilah yang membantu melonjakkan negara ini sebagai negara Islam yang sebenar, dan dihormati di seluruh dunia. Dan inilah yang ingin diubah oleh Israel melalui Pakatan Rakyat. 

Justeru, kemenangan PR adalah kemenangan Israel. 

Fikirkanlah…. 

Sumber: TheFlyingKick

[FITNAH PR Yang HALAL?] JOHAN Maharaja Lawak HENTAM BN, Tak Nak Tengok TV3

Posted: 30 Apr 2013 11:08 PM PDT



Berdasarkan tweet Johan melalui akaun tweeter Johan ERA menyatakan "tlg hentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab sebelum saya ambil tindakan dan kepada semua semua (hanya) @JohERAJohERA adalah satu-satunya akaun tweeter saya"



FAIZAL & AHMAD IDHAM HENTAM Norman Kata Industri Hiburan HANCUR Jika PR PERINTAH

Posted: 30 Apr 2013 09:43 PM PDT


Nampaknya, bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan para peminat Norman KRU yang tidak bersetuju dengan kenyataannya. Malah, rakan selebriti iaitu Ahmad Idham dan Faizal Tahir turut bersuara menolak pendapat Norman.

Menerusi akaun Twitter kedua-dua selebriti tersebut, pengarah, Ahmad Idham dan juga penyanyi, Faizal Tahir, telah menulis kenyataan yang dilihat secara jelas tidak setuju dengan kenyataan Norman KRU (boleh baca disini).

Faizal Tahir menerusi akaun Twitternya menulis, "Some people have seriously got to be kidding me by saying industry filem dan muzik akan hancur kalau bertukar tangan pimpinan."

Faizal turut menambah, "Dr seorg 'org lama' industri – 'kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akn hancur' Hahaha"

Screen Shot 2013-04-29 at 11.59.32 AM

Ahmad Idham pula menerusi akaun Twitternya juga dipercayai menulis tweet dibawah selepas Norman menulis kenyataannya di laman Twitter.

Screen Shot 2013-04-29 at 12.00.24 PM

Tak cukup disitu, gitaris Hujan iaitu AG Coco juga dipercayai menujukan tweet-nya ini kepada Norman KRU.

Screen Shot 2013-04-29 at 12.13.38 PM

Nampaknya, ramai selebriti yang tidak berapa setuju dengan kenyataan Norman KRU. Dijangkakan lebih ramai lagi yang tidak bersetuju, namun mungkin mereka mengambil jalan untuk tidak terlibat dalam isu ini.

Apa pun, kata-kata oleh Joe Lee (@klubbkidkl) menerusi akaun Twitternya benar-benar menarik perhatian kami.

"Baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – undi anda adalah undi anda. Let nothing sway you from the reality of things."

Industri Filem & Muzik Hancur Jika PAS Berkuasa – Norman KRU 

Jika Azhar Sulaiman mengecam penyokong Pakatan Rakyat, lain pula bagi Norman Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Norman KRU.

Sebelum ini, Abang kepada Yusry dan Edry dilihat mengecam parti pembangkang iaitu PAS apabila dia mendakwa industri muzik dan perfileman tempatan akan musnah jika PAS memegang tampuk pemerintahan negara.

"Sorry ye, apa yg saya tweet ni mesti penyokong PR tak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur," ujar Norman dipetik dari laman Twitternya.

Screen Shot 2013-04-29 at 8.20.02 AM

Tak cukup disitu, Norman turut menambah, pengeluaran muzik dan filem antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas.


Screen Shot 2013-04-29 at 8.27.06 AM

Wah, nampaknya kini semakin ramai artis yang lantang bersuara melalui medium sosial. Sebagai seorang yang neutral, adakah anda setuju dengan tindakan mereka ini?

Atau mungkin artis sepatutnya memberikan pendapat dan pandangan yang lebih baik tanpa menyentuh sensitiviti serta 'menembak' mana-mana pihak?

Sumber:Ohbulan

[NAFI] Musa Hassan Nafi Dakwaan Anggotai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat

Posted: 30 Apr 2013 06:39 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada Selasa menafikan dakwaan pakatan rakyat beliau menyertai parti itu, dan menganggotai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Musa menegaskan beliau hanya memberi nasihat keselamatan dari semasa ke semasa apabila diminta oleh parti itu atas kapasitinya berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang keselamatan.

"Saya hanya diminta untuk beri nasihat keselamatan, jika diperlukan, dan bukan terlibat secara rasmi dalam majlis keselamatan mereka," katanya.

Pada Isnin, media melaporkan Musa menyertai MPKPR sebagai penasihat berikutan beberapa insiden keganasan politik sejak kebelakangan ini.

Pakatan Haram melancar MPKPR pada 31 Mac lepas.

[TUDUHAN] Siasat DAKWAAN Pas, Dakwat Kekal HILANG bila DIBASUH dalam Sesi Pengundian Awal

Posted: 30 Apr 2013 04:21 AM PDT

Pihak Polis dan SPR diminta menyiasat dakwaan Dr Zulqarnain Lukman, Pengarah Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang menyatakan dakwat kekal dalam sesi pengundian awal boleh hilang apabila dibasuh dengan air dan sabun.
Berikut adalah petikan kenyataan beliau yang dipetik daripada laman Facebook Tuan Guru Dato' Haron Din
 seperti berikut:
Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu:

1. Isu dakwat kekal hilang

menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi

Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara.

Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.

Sekian

Dr Zulqarnain Lukman
Pengarah Perundangan
Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...