tun faisal dot com

tun faisal dot com


#MPmalas Nurul Izzah hilang 4,637 undi kerana ketololan diri sendiri #tolakPR #undiBN #PRU13

Posted: 23 Apr 2013 08:30 PM PDT


Lain kali turun la kawasan selalu-selalu. Barulah kenal siapa pengundi siapa tidak. Apa masalah mereka. Dari mana asal mereka. Inilah masalah kalau banyak sangat ceramah luar kawasan dan asik pegi demo je. Ini jugalah masalah bila jadi calon parachute yang jadi wakil rakyat bukan sebab kekuatan diri dan khidmat terhadap masyarakat, tetapi disebabkan oleh nama bapa..



KENYATAAN MEDIA

MANGSA-MANGSA TUDUHAN PENGUNDI HANTU OLEH NURUL IZZAH

21 APRIL 2013

Kami mewakili 4,637 pengundi berdaftar di Lembah Pantai membantah sekeras-kerasnya cubaan Nurul Izzah Anwar untuk menafikan hak kami untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menuduh kami sebagai pengundi hantu.

Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada 22 Mac 2013 Nurul Izzah telah memfailkan semakan kehakiman menuntut SPR untuk membatalkan pendaftaran 4,637 pengundi Lembah Pantai yang disifatkan oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu kononnya kerana alamat kediaman kami tidak lengkap atau tidak wujud. Apabila kami menyemak senarai pengundi hantu yang dikemukakan Nurul Izzah, bayangkan betapa terkejutnya kami bila mendapati nama-nama kami tersenarai sebagai pengundi hantu.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, kami adalah penduduk Lembah Pantai sejak sekian lama. Kami telah lama menetap di sini, bekerja di sini, anak-anak kami pun lahir di sini. Kami juga telah lama mengundi di sini. Ada antara kami sudah mengundi sebelum Nurul Izzah lahir lagi!

Semasa kami mula-mula mendaftar untuk mengundi, kami masih lagi tinggal di kampung-kampung setinggan dan itulah alamat yang kami gunakan untuk mendaftar. Tetapi seiring dengan arus pembangunan, kami telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan lebih selesa. Tetapi walaupun kami tidak lagi menetap di kawasan asal, kami masih lagi penduduk Lembah Pantai.

Tindakan Nurul Izzah menuntut pembatalan pendaftaran kami menyerlahkan kejahilan beliau mengenai sejarah Lembah Pantai. Hanya kerana sesuatu kawasan itu tidak lagi wujud, tidak bermakna alamat tersebut adalah alamat palsu dan tidak bermakna kami adalah pengundi hantu.

Beberapa kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah adalah seperti berikut:

i. Kg Pasir Kiri, sekarang adalah tapak Gerai Penjaja yang telah dirata dan penduduk berpindah ke Taman Gasing ( PDM – PANTAI DALAM )

ii. Kg Pasir Dalam ( Juga di kenali sebagai Kg Kelantan ) sekarang adalah Pejabat NPE dan sebahagian New Pantai Express ( PDM PETALING SELATAN )

iii. Kg Pantai Halt sekarang telah di bangun dengan PPR Pantai Ria ( PDM PANTAI HALT )

iv. Kampung Lembah Pantai – sekarang ini adalah Menara TM dan sekitarnya ( PDM PANTAI BAHARU )

v. Kampung Awal adalah Kuarters Pengawal Universiti Malaya yang telah berpindah ke Indraloka ( PDM KAWASAN UNIVERSITI )

vi. Setinggan Bukit A, Bukit B, Bukit C dan Bukit B Tanjung, Kg Kerinci telah tiada di mana kawasan mereka telah dibangunkan ( PDM BUKIT KERINCI ). Semua telah berpindah ke Taman Bukit Angkasa atau di PPR Kg Limau.

vii. Sepanjang New Pantai Expressway dan pembinaan Rel Keretapi Komuter mempunyai banyak rumah-rumah SETINGGAN . Semua penghuni telah dipindahkan ke PPR sekitar Lembah Pantai.

Pengundi-pengundi yang pernah berdaftar di kawasan ini dengan sewenang-wenangnya telah dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Tindakan Nurul Izzah melabelkan kami sebagai pengundi hantu juga adalah sebahagian taktik politiknya untuk menagih simpati, kononnya Barisan Nasional menggunakan pengundi hantu untuk menang. Kami berharap pengundi Lembah Pantai tidak akan terpedaya dengan taktik murahan sebegini.

Sebelum ini, ada di antara kami yang mengundi Nurul Izzah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, tapi kami kecewa, demi untuk mencipta isu pengundi hantu, Nurul Izzah sanggup menganiaya kami dan cuba untuk menafikan hak kami untuk mengundi.

Pilihan kami adalah calon yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan. Pilihan kami adalah calon yang kuat kerja, bukannya kuat cakap semata-mata. Pilihan kami bukannya orang yang hanya tahu membuat fitnah. Pilihan kami sudah tentunya bukan Nurul Izzah!

Untuk mengadakan sidang media ini, kami hanya mengambil masa tiga hari untuk mengesan lebih 200 pengundi yang cuba dianiaya oleh Nurul Izzah. Kebanyakan dari mereka merupakan bekas penghuni kawasan setinggan manakala selebihnya adalah dari kawasan lain yang turut dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Kami yakin masih ramai lagi pengundi yang tidak sedar bahawa mereka telah dianiaya oleh Nurul Izzah.

Sehubungan dengan itu, kami akan menubuhkan satu gerakan yang akan dikenali sebagai GEMPUR – Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai bagi menjejak kesemua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang ditindas oleh Nurul Izzah agar mereka tahu siapa Nurul Izzah sebenarnya.

Awas Nurul Izzah! Kami tidak akan berdiam diri apabila hak kami cuba dinafikan dan kami akan pastikan semua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang teraniaya tahu bagaimana kau cuba menindas kami.



HAJI MOHD YAHYA BIN YUSOP
(Bagi pihak 4,637 pengundi asal Lembah Pantai)


Hadi tolak calon PKR, DAP yang sokong komunis; tapi Mat Sabu boleh pulak? #tolakPR #PRU13

Posted: 23 Apr 2013 06:00 PM PDT



Hadi tolak calon PKR, DAP yang sokong sosialis dan komunis



Tapi apasal Timbalan Presiden Pas yang sokong komunis masih Hadi letak sebagai calon?

Nik Aziz pasti masuk neraka kerana ini? #tolakPas #undiBN #PRU13

Posted: 23 Apr 2013 10:46 AM PDT




Anak menantu Nik Aziz kaya raya. Nik Aziz pegi haji berkali-kali termasuk guna duit sponsor. Kenapa duit sponsor haji dan kekayaan anak menantu Nik Aziz tidak boleh disumbangkan untuk bantu mereka yang miskin dan dhaif ini? Tunggulah tempat di neraka kerana mengabaikan mereka yang miskin dan lemah ini..

#PRU13 : [VIDEO] Nik Aziz Sanggup Menyiksa Rakyatnya Hidup Kesempitan ??? #tolakPAS #vote4BN

http://perigitimur.blogspot.com/2013/04/pru13-video-nik-aziz-sanggup-menyiksa.html


Macam tidak percaya bila melangkah ke pondok buruk penduduk Kampung Pulau Gajah Pengkalan Chepa Kelantan yang berhampiran dengan Pantai Sabak. Langsung tidak pernah terlintas di sudut hati untuk membayangkan betapa siksanya kehidupan yang penduduk yang seagama dan sebangsa dengan kita yang hidup dalam serba kekurangan.



Tapi hakikat sebenarnya memang terdapat di Negeri Berkebajikan Kelantan Darul Naim. Berkesempatan menziarahi beberapa penduduk Kg. Pulau Gajah bersama beberapa rakan dari Kelantan Cyber Warriors (KCW) iaitu Tentera Maya, Kaki Rayau KB, Kelate Today, dan Perigi Timur bagi meninjau sendiri kedaifan penduduk di perkampungan tersebut.



Kenapakah sebuah parti yang di dalam manifestonya Negeri Berkebajikan boleh mengabaikan kesusahan penduduk di bawah DUN MB Kelantan sendiri. Untuk rekod Kg Pulau Gaah terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Chempaka yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 23 tahun dahulu lagi.



Semasa penulis bersiar-siar di Kampung Pulau Gajah, penulis sempat bertemu mesra dengan pasangan warga emas yang tinggal dalam sebuah rumah yang usang. Penulis bertanyakan tentang bantuan yang diterima oleh mereka. Tapi malangnya, mereka tidak menerima apa-apa bantuan dari wakil rakyat mereka iaitu Nik Aziz dan dari Kerajaan PAS Kelantan. 

Diharap Nik Abdul Aziz melihat penderitaan yang dihadapi oleh penduduk terbabit dan tidak hanya terlalu sibuk dengan hal politik sehingga terlupa kepada rakyat sendiri.



Inilah kezaliman kerajaan PAS Kelantan. Hanya memikirkan perut sendiri dan kroni-kroninya sahaja. Tetapi nasib rakyat terbiar begitu sahaja tanpa terbela oleh pihak yang sepatutnya turun padang dahulu.



Adakah layak untuk kita memberi undi kepada Nik Aziz yang hanya tau untuk meraih undi sahaja, tetapi tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga kawasannya sendiri. 



Pas hanya reti menerintah tetapi melaksanakan tanggungjawab jauh panggang dari api. Kepada penduduk yang berada di kawasan Dun Chempaka  faham-fahamlah sendiri jangan kita dibutakan dengan pelbagai tipu muslihat pemimpin Pas yang pandai berkata-kata ibarat burung kakak tua. 



Jadikanlah PRU13 nanit tahun untuk merubah kerajaan Pas kepada kerajaan yang lebih memberi kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat jelata iaitu UMNO/BN !!!


Foto : KCW




#PRU13 Saya suka Gwiyomi paling tongong @RafiziRamli dan @AzminAli

Posted: 23 Apr 2013 06:55 AM PDT

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...