Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


EKSKLUSIF!! Abang Calon Pas Kuala Nerang Pun Tak Sokong Adiknya Sendiri!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 24 Apr 2013 08:17 AM PDT


Syed Azni Syed Omar atau di kenali sebagai Pak Tuan merupakan abang kepada Syed Ibrahim Syed Omar yang merupakan calon PAS di Kuala Nerang.

Demi perjuangan parti yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air, Pak Tuan Syed Azni tetap dengan pendiriannya serta keluarga yang lain akan menyokong Barisan Nasional di PRU 13 ini. Walaupun adik bongsunya menjadi calon Pas.

Bagaimana pun Pak Tuan dan keluarganya yang lain tidak akan membuang adiknya itu, Syed Ibrahim. Sebaliknya Pak Tuan tetap menganggap adiknya itu sebagai darah daging, cuma sedikit berbeza pandangan dalam ideologi politik.

Selepas penamaan calon. Pak Tuan kini di lihat sering bersama Badrul Hisham (Ketua Pemuda UMNO Kedah), calon BN yang akan bertanding di DUN Kuala Nerang untuk membantu berkempen di setiap kawasan DUN Kuala Nerang.

Kalau Abang pun tak sokong dan percayakan adiknya, kenapa pula rakyat Kuala Nerang nak percaya si Syed Ibrahim ni?


McTheory:
Korang taknak join Pas sekali ke? he he..

PANASS!! Saham #FGV Terus Rugikan Peneroka #Felda?

Posted: 24 Apr 2013 07:17 AM PDT


Di siri ceramah ANAK haram yang sudah hampir terkubur tu, mereka tidak sudah-sudah kata saham FGV asyik jatuh saja, meh sini aku nak kongsi..saham mana yang tak pernah alami kejatuhan? yang bodohnya puak ANAK bengong ni, depa tidak adil..bila mana saham jatuh jer..terus depa kata saham FELDA jatuh bankrup.

Sedangkan selepas tu, saham FGV naik mencanak-canak dan dikatakan akan mengaut keuntungan sebanyak 150%. Wow! banyak tu, kat bawah ni Mc sertakan graf naik turun FGV.

Saham FGV

Ni buktinya..adakah graf tu jatuh menjunam? tidak bukan..ianya turun dan naik? biasalah saham..nama pun saham..mestilah turun naik.

Oklah di sini ada beberapa fakta untuk dikongsikan : 
1) Sejak kebelakangan ni, pasaran ekuiti global agak lemah terutama dengan situasi ekonomi Eropah yang tidak menentu..
2) FGV terlibat dalam industri berkaitan kelapa sawit, naik turun harga saham syarikat dalam industri ini bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah.
3) Harga sawit bergerak secara 'cyclical' turun dan naik semula mengikut masa. Bila harga sawit naik, melambung jugalah saham FGV dan syarikat-syarikat lain dalam industri yang sama.
4) Pembangkang gila ceramah sampai tak faham perjalanan perniagaan saham..Sebab itu jugalah KOHILAL, Syarikat milik mereka tu dulu lingkup.

Kalau tak pandai bab saham, tak payah cakap la, memalukan saja. Kalau tak pandai berniaga, bagi orang lain berniaga, yang tak pandai tu makan gaji sudah. Sama juga macam memerintah negara, kalau tak pandai tu, tak payah nak perintah, bagi orang lain. Korang jadi pembangkang lebih sesuai, sebab itu saja yang korang tu. Bangkang segala yang Kerajaan buat!


McTheory:
Kalau bodoh tu, belajar, bukan sukahati buat-buat pandai!

PANASS!! Rumah Puaka Terletak di Sik Telah Di Kesan!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 24 Apr 2013 05:37 AM PDT



Mc mendapat laporan dari sahabat di Sik, mengenai rumah puaka yang menganggu orang kampung. Namun betul ke berita ni? Sebelum tu Mc nak minta maaf, gambar diatas tidak ada kena mengena dengan cerita ini. Hanya untuk hiasan semata-mata.

Gambar dibawah pula, menceritakan sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan, dan diyakini telah berhantu! Betul ke? Sama-sama kita pastikan!


Jauh sangat zoom ni.. zoom in..

haaa.. kan dah jelas... mana hantunya?

PKR Sik dah lama terkubur! yang tinggal hanyalah rumah kosong tidak berpenghuni dan menyeramkan. Mau tak seram, ada satu mata yang sentiasa memerhati kita dari jauh. he he..

Sebenarnya tidak ada hantu pun dalam posting ni. Cuma Mc nak beritahu PKR kat SIK dah tinggal nesan, dan gambar kat atas tu la batu nesannya. he he..

Sebab tu kalau ada orang kata PKR kuat! Mc boleh gelak terguling-guling. Kuat apa kejadahnya, kalau jentera selama ni pun dok pinjam Pas!

Sebenarnya Pakatan dah salah percaturan dengan membiarkan PKR bertanding kerusi parlimen lebih dari Pas. Sebab PKR tak kuat pun. Boleh kira dengan jari orang PKR ni. Kalau Pas Mc tak nafikan memang jentera Pas kuat dan ramai.

Cuma Pas masih tak boleh bersaing dengan UMNO, sebab Pas buat kerja tak ikhlas dan jual nama Islam. Cuba bawa betul-betul perjuangan Islam tu. Jangan mulut saja dok sebut Islam, tapi tindakan, macam haram!

McTheory:
Kalimah Allah pun nak di jual, Islam pa kejadahnya puak ni..

HOT INFO! Mahasiswa UUM Tekad Bantu BN, Perangi Pakatan di Kedah! #Siswa4U #TukarKedah

Posted: 24 Apr 2013 02:16 AM PDT


Kenyataan Media dari Pengerusi Siswa 4 U Zon Utara, Azri Norfikri Aziz, Timbalan Yang Dipertua MPP UUM 

Atas kesedaran dan peluang yang diberikan dalam peruntukkan undang-undang yang dipinda dalam Perkara 15 (2) (c) Akta Universiti Kolej Universiti (Pindaan) 2012 atau lebih dikenali dengan AUKU, kami mahasiswa Universiti Utara Malaysia dan kumpulan mahasiswa Kedah telah bertekad untuk bergerak bersama Siswa4U.

Penyertaaan dan sokongan terhadap Siswa4U dibuat kerana kami percaya pada 'AkuJanji' Barisan Nasional dalam memelihara kebajikan rakyat. Selain itu, kami golongan mahasiswa inginkan suasana politik yang matang, harmoni, berintergriti dan mendukung prinsip undang-undang. Kami, Siswa4U peka dengan perkembangan isu-isu semasa dan kami sedar akan tanggungjawab mahasiswa untuk mencorak masa depan Negara. Justeru, dengan kebebasan yang diberikan oleh AUKU, kami bergiat secara aktif dalam arena politik di luar kampus.

Kami bukan sekadar 'turun padang' untuk berjumpa dengan rakyat Kedah untuk berkongsi pandangan, memberi khidmat masyarakat dan mengedar flyers, malah kami turut memberi ceramah di atas pentas politik Barisan Nasional. Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat Nasional, Negeri Kedah dan Bahagian kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk turut serta secara proaktif dan membina.

Inilah yang dimaksudkan oleh Transformasi yang didokong oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak yang amat kami cintai. Kami berharap agar sekalian mahasiswa dapat bersama-sama memberikan sokongan yang padu kepada pasukan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan kami juga mengalu-alukan penyertaan lebih ramai rakan-rakan mahasiswa dalam gerakan Siswa4U.

Sesungguhnya terdapat dua isu utama yang melanda negeri Kedah, yang menyebabkan kami terpanggil untuk menyumbang akal fikiran, tenaga dan masa untuk memenangkan Barisan Nasional. Isu yang pertama amat dekat dengan kami, iaitu isu pendidikan yang melibatkan mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) dan isu pembalakan di kawasan hutan utama Kedah.

Kami mendapati bahawa kegagalan kerajaan Pas untuk menguruskan KUIN dan balak dengan baik mencerminkan kepincangan dalam pentadbiran negeri secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, adalah lebih bijak untuk rakyat memberikan mandat kepada calon-calon pilihan YAB Dato' Seri Najib di negeri Kedah dan di seluruh negara berdasarkan pencapaian atau track record pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang lebih cemerlang.

Kami yakin, masalah yang berlaku di KUIN akan diselesaikan dengan pantas sekiranya kerajaan Barisan Nasional mentadbir Kedah. Kami amat marah apabila mengetahui bahawa pelajar KUIN telah dipindahkan ke Kuala Ketil walaupun lokasi tersebut tidak mempunyai kelengkapan keperluan yang cukup.
Bagaimanakah pengurusan KUIN yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kedah boleh membiarkan Kampus Kuala Ketil beroperasi tanpa asrama dan masjid untuk pelajar? Malah, pelajar perlu berpindah randah ke dari satu asrama tumpangan ke asrama tumpangan lain hanya untuk tidur!

Ini tidak termasuk kes di mana 7 orang pelajar KUIN yang menamatkan pelajaran mereka dengan ijazah Al-Quran, tidak mendapat pengiktirafan akreditasi oleh Malaysians Qualifications Agency atau dikenali sebagai MQA. Bagaimana nasib mereka sekarang? Adakah masa yang telah mereka habiskan untuk belajar di KUIN hanya sia-sia? Apakah mereka mendapat pembelaan daripada Kerajaan Negeri Kedah? Itu nasib 7 orang rakan sebaya kami yang terbukti tidak terbela, jadi bagaimana pula dengan pelajar yang sedang mengikuti kursus yang sama sekarang ni?

Kami bertegas bahawa kebajikan mahasiswa harus diberi perhatian dengan serius. Mahasiswa tidak wajar menjadi mangsa kezaliman politik dan ketidakupayaan kumpulan pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan negeri untuk mentadbir dengan baik. Berkaitan dengan isu pembalakan oleh Kerajaan Negeri Kedah dibawah program 'Ladang Rakyat, Ladang Sejahtera', kami mahasiswa sangat prihatin terhadap permasalahan yang telah berlaku dan kami berpandangan bahawa ia amat merugikan rakyat negeri Kedah.

Di Gunung Inas, lebih 2000 hektar tanah yang sarat dengan pokok-pokok balak diterokai sejak 5 tahun lepas. Sepanjang 5 tahun ini, kerajaan negeri telah berjanji untuk mengusahakan Ladang Sejahtera, namun begitu hasilnya sungguh mengecewakan. Setelah kerajaan negeri mengaut hasil keuntungan yang melimpah-ruah daripada projek pembalakan, sehingga hari ini, masih tiada sebarang usaha untuk menanam semula pokok balak getah di bawah projek yang dinamakan Ladang Sejahtera. Yang ada, hanyalah pemusnahan alam sekitar, pencemaran sumber air sungai dan pemusnahan sektor pelancongan. Rakyat Kedah hanya menjadi mangsa hasil kerakusan Kerajaan Pas untuk mengaut keuntungan tetapi hasilnya tidak sedikit pun digunakan untuk menjaga kebajikan rakan-rakan kami di KUIN.

Keadaan sama berlaku di Pedu di mana lebih 500 hektar tanah balak diterokai. Lokasi pembalakan yang berhampiran dengan tempat simpanan air iaitu Empangan Pedu amat merisaukan kami. Di sini, Kerajaan Pas menabur janji untuk membuat kebun buah-buahan di tapak yang telah digondolkan oleh kontraktor balak. Malangnya, janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah tidak boleh dipercayai, sama seperti Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat. Janji di masa lepas belum pun ditunaikan, mereka berani berjanji lagi!

Justeru, manifesto Barisan Nasional negeri Kedah yang berteraskan Hal Ehwal Agama, Transformasi Ekonomi dan Transformasi sosial merupakan pilihan terbaik bagi rakyat negeri Kedah. Manisfesto Barisan Nasional realistik memandangkan ia melibatkan perlaksanaan dalam aspek membangunkan negeri Kedah. Pelbagai pelan tindakan seperti membangunkan pusat industri minyak dan gas di Yan dan Bandar Getah bertaraf antarabangsa di Padang Terap mampu menawarkan 13 ribu peluang pekerjaan. Selain itu, kami mahasiswa Siswa4U juga menyokong usaha memperkasakan pengajian pondok dan tahfiz selari dengan iltizam untuk membangunkan masyarakat yang berilmu.

Tambahan pula, kami mewakili seluruh mahasiswa ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang memberikan Baucer Buku 1Malaysia serta rebat telefon pintar. Kami juga terharu apabila kehendak mahasiswa dipertimbangkan dalam penyediaan AkuJanji Barisan Nasional.yang membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam memelihara kebajikan mahasiswa.

Kepada rakyat Malaysia, pilihlah kerajaan yang terbukti menjaga kebajikan dan menjamin kemakmuran negara. #BetterNation untuk hari ni dan masa hadapan.


McTheory:
Tahniah adik-adik, mari kita turun padang Selamatkan Kedah dari Tangan Parti Rejim Pas!!

HOT INFO! #IsuAirSgor! Lagi Bukti Khalid Berkhidmat Cemerlang Pada Rakyat!

Posted: 24 Apr 2013 12:06 AM PDT



Nampaknya Khalid Gagap kena lagi kali ni. Kalau kita buat kerja memang orang akan nampak dan tak pertikaikan kerja kita selama ni. Tapi kalau tak buat kerja, sampai mati pun orang akan ingat dan orang takkan percaya lagi! Itulah yang terjadi pada Khalid Gagap, MB Selangor yang paling teruk dalam sejarah!

Terbaru, pendedahan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, yang mempertikaikan Menteri Besar Selangor itu menerima elaun sebagai Ahli Parlimen hampir RM1 juta, dengan bayaran gratuiti selepas perkhidmatan sebagai wakil rakyat berakhir.

Namun, Soi Lek mendakwa, Khalid Gagap langsung tidak berkhidmat kepada penduduk Bandar Tun Razak, malah seolah-olah dia pula menerima semua bayaran elaun dan gratuiti secara percuma dari rakyat.

Itulah yang terjadi sekarang, umpama rakyat Bandar Tun Razak pula yang menyumbangkan hasil pada Khalid. Sedangkan Khalid langsung tak pernah pedulikan keadaan di sana. Buat apa kita nak bayar pada orang yang tak pernah buat kerja!

"Pengundi seperti menyumbang hampir RM1 juta kepada Abdul Khalid sejak lima tahun lalu tanpa melakukan apa-apa di Bandar Tun Razak.

"Justeru, semua pengundi di sini perlu mengambil tahu prestasi semasa wakil rakyat yang dipilih sama ada melakukan kerja atau tidak," kata Soi Lek pada sidang media di Pusat Khidmat MCA Bandar Tun Razak.

Baru-baru ini pangsapuri Seri Penara yang terletak di bawah parlimen Bandar Tun Razak telah mengalami masalah air yang agak serius. Penduduk disana menghadapi gangguan air selama lebih seminggu akibat kekurangan air berikutan paip pecah yang berlaku di Batu Caves.

Paling menyedihkan Khalid sebagai ahli parlimen langsung tak pernah menunjuk muka untuk turun padang mengambil tahu masalah rakyat. Usah kata nak bantu, bertanya khabar pun Khalid tak pernah! Apakah ini pemimpin rakyat yang kita mahu?

Kalau dalam parlimen sendiri pun Khalid tak ambil kisah, cuba bayangkan bagaimana dia jaga Selangor. Sebab tu bila rakyat mengalami masalah, Khalid tak pernah turun dan ambil tahu, sebab itu juga Khalid tak peduli sama ada air di Selangor cukup atau tidak. Sebab Khalid tak jaga rakyat!

Apa yang Khalid tahu hanyalah memberi alasan demi alasan, bercakap dan bercakap, berjanji dan berjanji untuk menyelesaikan masalah. Sedangkan tindakan langsung Khalid tak pernah buat. Pelbagai forum dan ceramah telah Khalid dan konco-konconya buat. Tapi pernahkah Khalid laksanakannya?

Tak laksana tu satu hal, ni bila kerajaan pusat nak tolong ditolak terus. Daripada Langat 2 hinggakan nak buat universiti dan jalan. Dah dua university melepas!!! Betul ke kerajaan Selangor ni kerajaan berkebajikan? Semua untuk kesenangan rakyat habis ditolak.

Atas sebab demikian kita tak perlukan pemimpin yang hanya pandai bercakap, kita nak pemimpin yang bercakap dan bekerja! Pemimpin yang janjinya ditepati! Ni cakap saja lebih tapi habuk pun tarak!

Dapatkah kita mempercayai lagi kata-kata orang sebegini? Kini Khalid dipindahkan ke Pelabuhan Klang, entah apa pula yang akan Khalid 'janji' pada penduduk disana semata-mata untuk meraih undi. Patutnya sebagai MB Selangor, Khalid menunjukkan contoh yang baik pada semua ADUNnya. Kalau MB pun teruk, Mc tak dapat bayangkan bagaimana pula orang-orang bawahannya!

Kata orang, kepimpinan melalui teladan! Kalau begini teladannya, sudah tentu yang bawahnya lagi teruk dari Khalid!

Kalau kepalanya dah cakap Manifesto bukan Janji, tentu orang bawah pun amalannya sama juga!!!

McTheory:
Masih nak percaya dengan puak Pakatan ni? Hentikan saja la!

PANASS!! Tan Sri Zam Dedahkan Azizan Razak Tak Suka Anwar Ibrahim!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 23 Apr 2013 11:16 PM PDT


Satu pendedahan yang berani oleh Tan Sri Zam, Mc percaya tak ramai yang tahu cerita ni. Terima Kasih pada Tan Sri Zam kerana dedahkannya. Kalau berani pergi tanya Azizan sendiri, benarkah apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Zam ni.

Mungkin akan ada MACAI PR yang tak percaya. Biasa la MACAI meraka hanya percaya cakap Anwar, nak tau apa maksud MACAI?

PANASS!! Pendedahan Isteri Calon Pas Disyaki Seleweng Duit Maktab Mahmud?! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 23 Apr 2013 07:17 PM PDT


Sudah dua hari Mc membongkarkan pendedahan laporan audit Maktab Mahmud yang dilihat bermasalah, sehingga disyaki menyeleweng. Nak baca boleh klik SINI dan SINI.

Hari ni Mc dah janji nak dedahkan nama-nama pengetua yang ada kaitan dengan calon dan pemimpin Pas Kedah. Kenapa Mc nak dedahkan? Pada yang tak tahu tu, tengok dulu laporan audit dibawah,



Ni muka depan, rasanya ini yang takdak masalah kot.. he he..


Keterangan audit.. takdak masalah juga..


Ini semalam dah Mc dedahkan, dah mula nampak ada masalah.. baca dalam petak merah!


Ada masalah pengurusan diatas, tapi tak penting sangat, kita belek lagi meh..


Haa.. masalah sudah sampai, tengok dalam petak merah diatas. Hampir semua pembayaran bermasalah. Ada baucer bayaran, tetapi tidak ada resit! Duit Maktab keluar beli apa agaknya? Shopping ka?


Helaian ni paling banyak masalah, Maktab Mahmud Sik, duit keluar, resit takdak! Maktab Mahmud Alor Setar, langsung tak ada audit, dokumen apa pun takdak. Kalau telus dan tak mempunyai masalah, takkan sampai takdak akaun keluar masuk? Maktab Mahmud Pendang, ada pelbagai masalah, agak susah untuk Mc terangkan, boleh rujuk dokumen diatas.


Maktab Mahmud Pokok Sena pun mempunyai masalah yang sama. Baucer bayaran dibuat, tetapi takdak resit. Maknanya tidak mempunyai bukti pembelian. Baucer boleh dibuka atas alasan apa pun. Tetapi yang pentingnya resit pembelian tu.

Kalau macam tu, Pengetua Maktab boleh keluarkan rm10 ribu mengunakan baucer, atas alasan nak beli alat tulis sekolah. Sedangkan duit tu digunakan untuk peribadinya sendiri. Seronoknya kalau macam tu, duit Maktab dah serupa duit mak bapak depa yang punya! 

Mc tak tuduh, tapi bukti laporan ada. Kalau benar beli barang yang berkaitan dengan Maktab, sila kemukakan resit. Bukan hanya buka baucer, kalau macam tu boleh tuduh seleweng duit Maktab! Kata telus, buat kerja cara telus.



Terukkan? Nak tau siapa punya kerja yang melingkupkan, Maktab Mahmud ni? Baca slow-slow apa yang Mc taip dibawah. he he..

Dulu, Maktab Mahmud Pokok Sena, pengetuanya si Zaiton Ismail, Isteri Nasir Mustafa calon Pas Kubang Rotan, sekarang ditempatkan di Maktab Mahmud Alor Setar. Sebab pemindahan, tidak Mc ketahui.

Dulu, Maktab Mahmud Sik, Pengetuanya si Rafida isteri pada Ahmad Yahaya, Ketua Pemuda Pas Kedah. Kini Rafida telah dipindahkan ke Maktab Mahmud Pendang. Sebab pemindahan tidak diketahui.

Maktab Mahmud Baling pula, Pengetuanya nama Zaini, biras YB Nasir Mustafa.

Ishh ishh.. hampir semua pengetua Maktab Mahmud mempunyai kaitan dengan pemimpin Pas. Mc tak kisah, kalau Nasir Mustafa nak letak seluruh keluarga dia jadi pengetua sekalipun. Tapi buatlah kerja dengan amanah!

Siapa pun nak jadi pengetua Maktab Mahmud atau sebarang institusi pengajian, tolonglah buat kerja elok-elok. Jangan seleweng duit, jangan main yuran pelajar.

Tak guna mulut dok takbir, tapi dalam poket penuh dengan duit haram. Sebab tu hidup tak berkat dan sentiasa penuh dengan masalah!

Khabarnya Nasir bergaduh teruk dengan Isterinya, hingga lari pada rumah. Tengok tu...apa akibat bila seleweng duit dan makan duit haram. Bala Allah turunkann!


P/s: Pada isteri-isteri pemimpin BN yang takdak kerja, sabar sat. Lepas BN menang, kita susun semua isteri-isteri ADUN jaga Maktab Mahmud pulak! he he he..


McTheory:
Bawa seluruh keluarga hatta keturunan jaga Maktab Mahmud!! he he..

PANASS!! Ceramah BN di BOOM? #TolakPR #PRU13

Posted: 23 Apr 2013 05:39 PM PDT



Semalam lebih kurang dalam jam 10, malam ada perkara yang mengejutkan telah berlaku. Lokasi kejadian adalah di Bilik Gerakan Barisan Nasional Nibong Tebal. Satu letupan telah berlaku ketika Dato' Teng Hock Nam sedang berucap.

Program tersebut dihadiri lebih kurang 2000 orang. Letupan tersebut berlaku dekat belakang pentas bilik gerakan.


Kejadian letupan itu telah menyebabkan seorang lelaki cedera. Kini beliau sedang dirawat di Hospital Sungai Bakap. Selamatlah kecederaan beliau tu tak teruk, hanya cedera pada kaki kanan.

Apa masalah puak sebelah sana, apahal sampai nak bom-bom macam ni? Perlu ke nak takutkan orang BN dengan letupan? Mungkin dengki sebab ceramah kita ramai, ceramah dorang dah tak ramai kot. Tapi jangan la sampai gunakan bom!! 

Perlukah kita gunakan keganasan untuk menang? 

Biasalah, Pakatan memang selalu guna keganasan untuk menang. Macam demo bersih, pukul polis, tergolekan kereta polis dan macam-macam lagi beruk Pakatan buat, semata-mata nak tunjuk dorang kuat. Boleh jalan la Pakatan, kami dah aman dengan BN.

McTheory:
Pilih BN untuk keamanan..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...