House PK

House PK


PANAS! INI BUKTI HUSAM 'PECAH TANAH' ADALAH PENIPU DAN PEMBOHONG BESAR!

Posted: 26 Apr 2013 07:36 AM PDT

BARANGKALI fitnah serta permbohongan telah menjadi darah daging Husam Musa dan kita tahu daripada mana atau siapa guru ataupun orang-orang yang berada di belakang untuk menjadikan beliau berani menabur fitnah terutama sekali menjelang tarikh mengundi PRU13 pada 5 Mei nanti.

Tidak cukup menabur fitnah di negeri kelahirannya Kelantan,penyakit fitnah terus menjalar hingga ke Putrajaya apabila beliau memfitnah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memecat AJK Masjid serta menghentikan azan Subuh di Putrajaya.

Husam Musa sudah hilang sahsiah dan jati dirinya dengan meletakkan kepentingan politik lebih utama daripada maruah beliau sebagai seorang Islam dan tidak cukup selama ini PAS mempersendakan islam,Husam mula membuka laluan fitnah serta pembohongan di sepanjang kempen PRU13 di Putrajaya.

Husam yang bertanding menentang penyandang kerusi Parlimen Putrajaya,Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen tersebut kelihatan semakin terdesak dan tindakan beliau memfitnah itu membuatkan Pengarah JAWI Dato Che Mat membuat laporan polis dan akan menyaman Husam musa kerana memfitnah jabatan tersebut.

Husam telah menggunakan taktik kempen dan rayu undi dengan cara cukup jahat serta tidak berhemah apabila membawa budaya fitnah serta caci maki ke dalam masyarakat ataupun rakyat di Putrajaya.Nyata Husam begitu terdesak untuk menang dan tidak hairanlah beliau terpaksa mengheret lelaki tua berumur 84 tahun untuk berkempen bagi dirinya dan lelaki tua ini jugalah yang terus gila mahu bertanding walaupun kesihatannya tidak cukup mengizinkan namun demi kerusi DUN Cempaka,walaupun bertongkat,berpapah dan berpimpin,lelaki tua bernama Nik Aziz ini juga terus bernafsu besar.


Dah jadi Husam Pantalon?

Sesiapa sahaja yang mengenali Husam Musa,mereka tidak akan terkejut dengan tindakan ataupun fitnah sedemikian rupa apatah lagi sejak Husam Musa menjadi ayam sabung kepada Anwar Ibrahim,matlamat menghalalkan cara terus menjadi pilihannya walaupun beliau berada dalam kepimpinan PAS yang kononnya parti memperjuangkan Islam.

Kempen fitnah memfitnah begini bukan perkara baru dalam PAS malah sejak Hadi Awang mengambil alih kepimpinan PAS, prinsip perjuangan Islam amal makruf nahi mungkar bukan lagi menjadi asas kepada perjuangan parti ini dan tidak salahlah Husam Musa membudayakan fitnah seperti ini untuk meracuni pemikiran pengundi di Putrajaya.

Husam barangkali ingat rakyat Putrajaya begitu bodoh serta mudah dimomokkan sebagaimana beliau memperbodohkan pengundi beliau di Kelantan dalam DUN Salor dan kita percaya rata-rata penjawat awam yang menjadi pengundi lebih mengenali Tengku Adnan daripada Husam Musa yang pernah digelarkan Husam Jamnapari kerana terlibat dalam perniagaan kambing bersama Dato Amin yang akhirnya kambing entah kemana,Dato Amin juga terlopong menanggung kerugian.


Husam yang begitu yakin boleh memperbodohkan rakyat Kelantan yang sebahagian besar tinggal dan menetap serta mengundi di Putrajaya dengan memainkan sentimen kenegerian dan barangkali Husam Musa menganggap pengundi yang tinggaldi Putrajaya itu sama bodoh dan bangang dengan pengundi yang memilih beliau di DUN Salor dan bodoh sangatlah pengundi di Putrajaya sekiranya mereka memilih Husam Musa sebagai wakil rakyat di Parlimen tersebut.

Kepada rakyat atau pengundi di Putrajaya,sebelum memilih Husam dan mahu meluapakan segala bakti serta tanggungjawab Tengku Adnan di Putrajaya,kenalilah Husam Musa melalui buku `Kenali Husam' yang sudahpun diedarkan oleh pihak-pihak tertentu di sekitar Putrajaya hari ini.

Nukilan: Sanggah Tok Janggut

MARI KENALI DR NASIR MARX (KATA HADI DIA NI KOMUNIS) DAN PENYELEWANGAN YANG DILAKUKANNHYA DI KOTA DAMANSARA!

Posted: 26 Apr 2013 06:30 AM PDT


Kompleks Muhibbah di Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya, SELANGOR, lebih dikenali sebagai Uptown D' Kota.

Penghujung tahun 2012, sebilangan peniaga di situ berulang kali mengajukan soalan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya dan Menteri Besar SELANGOR, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu pertemuan di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ.

"Mengapakah Kompleks Muhibbah dijual?"

Dilaporkan soalan itu tidak mampu dijawab oleh Tan Sri Khalid dan Datuk Bandar biarpun ditanyakan sebanyak 3 kali oleh peniaga.

Sebelum ini saya telah menulis berhubung kemelut didepani peniaga Uptown itu. Bekas wakil Rakyat, DUN N39, Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim juga tidak memberikan respon terhaap 5 soalan cepu emas saya kemukakan di blog ini.



Klik di sini untuk meneliti soalan terbabit.

Dr Mohd Nasir, seorang daripada 6 calon bertanding untuk merebut kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum, PRU ke 13. Calon mewakili PKR itu ternyata gagal menjelaskan fakta berhubung transaksi penjualan Kompleks Muhibbah sedangkan aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS, itu terletak kurang 2 kilometer dari pejabat Parti Sosialis Malaysia, PSM.

Baca kisah penuh DISINI

APA? 680 AHLUL PAS SERTAI UMNO DI PERAK? ABIS LA INI MACAM...

Posted: 26 Apr 2013 05:34 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menerima 680 borang menyertai UMNO daripada bekas ahli PAS dari Parlimen Larut sempena program Kenduri Rakyat di padang SK Sungai Bayor, dekat Selama.

Mereka mengambil keputusan meninggalkan PAS selepas menyedari perjuangan parti itu semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar.

Bekas Ketua PAS cawangan Sungai Bayor, Zanian Md Shuhor, berkata beliau secara rela hati meninggalkan PAS kerana parti itu semakin menyimpang daripada perjuangan Islam yang sebenar.

"Saya bersama kira-kira 130 bekas ahli PAS cawangan Sungai Bayor mengambil keputusan keluar parti dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap perjuangan parti itu.

"PAS tidak lagi relevan dengan perjuangan Islam kerana sanggup bersekongkol dengan DAP demi kuasa dalam politik.

"Selain itu, isu kalimah Allah dipermain-mainkan oleh pemimpin PAS kerana tiada kata sepakat dicapai hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam itu sendiri," katanya lagi.

Beliau berkata, peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin cerah apabila semakin ramai ahli PAS di kawasan itu mengisytiharkan keluar parti.

Seterusnya baca di Perak Today..

Parti Lebih besar dari Individu

PRU13 Penentu masa depan
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...